Anda di halaman 1dari 124

PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN KEM TERENDAK MELAKA

ASLINDA BINTI KHAMIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


MAC 2003

PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN EMPAT : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KEM TERENDAK MELAKA

ASLINDA BINTI KHAMIS


NO. MATRIK: 20001-O5019

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN


DARIPADA ISYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.

Mac 2003

..

ASLINDA BINTI KHAMIS


No. Pend. 20001-05019

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani

Syukur Alhamdulillah, ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan restunya dapat saya
menyempurnakan penulisan ilmiah ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada Cik Husna Faredza Binti Mohamed Redzwan,
selaku penyelia penulisan ilmiah ini atas dorongan, bimbingan serta keyakinan yang telah
beliau berikan untuk kesempurnaan kajian yang telah dilakukan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Kem Terendak, Melaka iaitu Puan Hjh. Hapsah Binti Hj. Ismail kerana telah
memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan di sekolah terbabit. Ucapan terima
kasih juga ditujukan kepada pelajar tingkatan 4 Sains III dan 4 Ekonomi Asas kerana
memberi kerjasama yang memuaskan.
Buat emak dan abah tersayang terima kasih di atas doa dan restu kalian selama ini. Serta
tidak ketinggalan kepada teman seperjuangan terima kasih atas bantuan dan dorongan yang
diberikan. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada masyarakat Melayu amnya dan
bidang pendidikan khasnya. Bahasa Jiwa Bangsa.

Aslinda Binti Khamis


Program Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

ii

ABSTRAK
PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KEM TERENDAK, MELAKA

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mendapatkan data tentang penguasaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini turut memperlihatkan
kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam penggunaan ayat yang betul
dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu di kalangan pelajar. Kajian tinjauan ini dilakukan ke atas pelajar Tingkatan
Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Seramai 40 orang
pelajar tingkatan empat telah dipilih untuk dijadikan responden. Kajian ini
menggunakan dua set alat kajian iaitu soal selidik dan ujian peribahasa. Pengkaji
menganalisis data secara manual berdasarkan peratus. Keputusan kajian menunjukkan
penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat berada pada tahap
memuaskan. Pencapaian keseluruhan mereka dinilai mengikut gred A,B,C,D dan E
setelah markah diberi mengikut peratus. Sebanyak 22.5% pelajar memperoleh gred B
(Baik), 25.0% pula mencapai gred C (Sederhana) manakala sebanyak 52.5% pelajar
mencapai gred D (Lemah). Jadi, kajian ini menunjukkan daripada 40 orang responden
tiada seorang pelajarpun mencapai tahap cemerlang (A) dan tiada pelajar berada pada
tahap sangat lemah (E). Peratus kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam
penggunaan ayat yang betul pula hanya seorang iaitu 2.5% pelajar berupaya betul
sebanyak 18 daripada 20 soalan yang dikemukakan manakala bilangan pelajar yang
betul di bawah 10 adalah seramai 3 orang iaitu 7.5%. Walau bagaimanapun, majoriti
pelajar betul sekitar 11 hingga 17 jawapan. Masalah penguasaan peribahasa Melayu di
kalangan pelajar tingkatan 4 ini dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu sikap pelajar itu
sendiri, sifat semula jadi peribahasa Melayu dan guru. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan ini dapatlah dirumuskan bahawa peribahasa Melayu perlu dipertahankan.
Oleh itu, ia perlu dipelajari, difahami dan dihayati oleh generasi kini agar ia tidak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas.

iii

ABSTRACT
THE MASTERY OF MALAY PROVERB AMONG FORM FOUR STUDENTS : A
CASE STUDY AT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KEM TERENDAK, MELAKA.
This is a survey to collect data regarding the mastery of the malay proverb among the
Form Four students. This study also includes the ability of students to place the proverb
correctly in a sentence and to identify the problems they encountered while learning the
Bahasa Melayu proverb. The survey was conducted to the Form Four students in
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Forty of them were chosen as
respondents. This study used two sets of devices which are questionnaire and proverb
test. The researchers analyzed the findings manually based on percentage. The result of
the study indicates that the mastery of proverb among students is at the satisfactory
level. The whole achievement is valued according to A, B, C, D and E grades after the
marks are given according to percentage. A total of 22.5% of students achieved B grade
(good), 25.0% got the C grade (satisfactory) while 52.5% got the D grade (poor). Thus,
the study indicates that no one out of the 40 students achieved the excellent level ( A )
and no students are at the very poor level ( E ). The percentage of the ability for
students placing the proverb in the correct usage is only one or 2.5% of students
managed to answer correctly 18 out of the 20 questions asked. The number of students
who answered correctly under 10 are 3 students that equals to 7.5%. Nevertheless,
majority of students got correct around 11 to 17 answers. The problem of mastering the
Malay proverb among the Form Four students is influenced by factors such as the
students own attitude, the nature of the Malay proverb and the teachers. Based on the
study conducted, we can conclude that the Malay proverb needs to be unheld. Thus, it
needs to be studied, understood and valued by the generation so that it will remain
forever.

iv

KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN
i
PENGHARGAAN
ii
ABSTRAK
iii
KANDUNGAN
v
SENARAI JADUAL
vii
SENARAI SINGKATAN
viii
BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Permasalahan Kajian
6
1.3
Tujuan Kajian
10
1.4
Kepentingan Kajian
11
1.5
Batasan Kajian
14

1.6
Definisi Istilah
15
BAB II
TINJAUAN KAJIAN LEPAS
2.0
Pengenalan
18
2.1
Kajian Berkaitan
20
2.2
Kesimpulan
33
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
35
3.2
Reka Bentuk Kajian
35
3.3
Populasi dan Sampel Kajian
36
3.4
Alat Kajian
37
3.5
Prosedur Pengumpulan Data
38
3.6
Prosedur Penganalisisan Data
40

BAB IV
KEPUTUSAN KAJIAN
4.1
Pengenalan
41
4.2
Analisis Ujian Peribahasa
41
4.3
Analisis Soal Selidik
44
BAB V
RUMUSAN
5.1
Pengenalan
54
5.2
Rumusan Kajian
54
5.3
Perbincangan
56
5.4
Cadangan Kajian Lanjut
62
5.5
Kesimpulan
64
SUMBER RUJUKAN
65
LAMPIRAN

A
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan

B
Borang Soal Selidik
C
Ujian Peribahasa

vi

SENARAI JADUAL
No. Jadual
Perkara
Halaman
1
Penguasaan Peribahasa Melayu Di Kalangan Pelajar
Tingkatan 4
42
2
Alasan Pelajar Bagi Yang Tidak Memilih Karangan
Berbentuk Peribahasa Pada PMR 2002
47
3
Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Mempelajari
Peribahasa Melayu
50

vii

SENARAI SINGKATAN

KBSM Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah


(p & p)Pengajaran dan Pembelajaran
SMKKT

Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak

PMR Penilaian Menengah Rendah

viii

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Pendidikan merupakan unsur terpenting dalam mengembangkan budaya manusia dan
masyarakat. Salah satu warisan bangsa Melayu yang boleh dikembangkan melalui
sistem pendidikan ialah peribahasa. Peranan peribahasa tampaknya semakin luntur
penggunaannya dalam percakapan dan penulisan. Fenomena ini seakan-akan
mencerminkan bahawa peribahasa tidak berupaya digunakan oleh generasi muda dalam
percakapan dan penulisan. Bahkan, ada sebilangan generasi muda yang sukar untuk
menghuraikan atau menjelaskan maksud peribahasa walaupun secara singkat. Justeru
itu, peribahasa sesuai dikembangkan dan dipertahankan melalui sistem pendidikan.
Dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), aspek peribahasa perlu
diajarkan dalam pendidikan bahasa Melayu. Ia merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan. Sari pengajaran yang terdapat di
dalam peribahasa Melayu, meliputi pelbagai bidang kehidupan seperti perbandingan

hidup, tumbuh-tumbuhan, kehidupan haiwan dijadikan tamsil yang tepat dengan tabii
dan kehidupan masyarakat umumnya.
Selain itu, di dalam ungkapan peribahasa, terkandung keunggulan pemikiran yang
terhasil daripada pengalaman hidup dan pemerhatian masyarakat masa dahulu. Sedikitsedikit lama-lama jadi bukit, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
dan alah bisa tegal biasa merupakan sebahagian daripada peribahasa Melayu yang
sering menjadi sebutan masyarakat. Jadi, sebagai cabang sastera lama aspek bahasa
Melayu yang amat indah ini seharusnya diajarkan kepada murid-murid di sekolah
supaya mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya sebagai warisan
kebudayaan Melayu.
Rahman Shaari (1993:88) berpendapat, aspek peribahasa harus dianggap sama
pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)
bahasa Melayu. Ini kerana peribahasa hidup dan berkembang bersama-sama bahasa
berkenaan secara keseluruhannya. Cuma kini masyarakat umum kurang memberi
perhatian terhadap peribahasa sendiri pada hal ia merupakan kata-kata bijaksana yang
mengandungi pengajaran dan teladan bagi diri dan kehidupan bermasyarakat.
Terdapat tanggapan negatif yang mengatakan peribahasa sebagai kata-kata yang tidak
bermakna kononnya ia tidak sesuai lagi dengan zaman kini. Mereka lebih gemar
menggunakan bahasa yang dianggap moden dan tidak berbunga-bunga. Sebenarnya,
mempelajari dan menghayati peribahasa bukan sahaja sebagai memenuhi syarat
kehendak kurikulum malahan kita dapat mengenali sejarah masyarakat terdahulu.

Hal ini dipersetujui oleh Asmad (1990:10) yang mengatakan bahawa mengenal atau
mempelajari peribahasa, bukan sahaja dapat diketahui erti dan maksudnya, bahkan
dapat pula mengenal watak, sikap, budi bahasa dan latar belakang sejarah kehidupan
masyarakat yang melahirkan peribahasa itu.
Pelbagai pendapat dan definisi diutarakan berhubung dengan peribahasa. Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba (1962:165) mendefinisikan peribahasa sebagai
:
Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak
beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya,
dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
Maka ialah juga dikatakan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan kerana tiaptiap satu ini cakap yang mengandungi segala sifat bahasa yang telah disebutkan itu.
Manakala Abdullah Hussain (1991: vii) dalam kata pengantar Kamus Istimewa
Peribahasa Melayu pula menyatakan, peribahasa merupakan salah satu cabang sastera
lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Malah hampir setiap bangsa
mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya sendiri, dan peribahasa suatu bangsa itu
mencerminkan watak bangsa itu.
Selain itu, penggunaan peribahasa haruslah betul agar maksud yang hendak
disampaikan tepat dan tidak disalahtafsirkan. Abdul Rahman (1986:1V) berpendapat
seseorang yang dapat menggunakan peribahasa di tempat-tempat yang betul, baik

dalam percakapan mahupun tulisan akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran
menggunakan sesuatu peribahasa. Penggunaan yang tepat dapat menjelaskan sesuatu
maksud yang hendak diperkatakan.
Oleh itu, apabila bercakap tentang peribahasa dalam penggunaannya, kesedaran yang
patut ada ialah penggunaan peribahasa itu mempunyai objektif tersendiri bagi
membolehkan orang yang mendengarnya atau membacanya tidak mudah tersinggung
serta mempunyai kesan yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka. Oleh itu,
penghayatan serta keterampilan mengetahui serta menggunakan wacana warisan tradisi
seperti peribahasa penting dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam konteks
penggunaannya.
Dalam konteks masyarakat Melayu, dengan menggunakan peribahasa mereka mudah
untuk memberi nasihat, teguran, anjuran ataupun sindiran. Oleh itu, diharapkan
pengajaran dan pembelajaran aspek peribahasa di sekolah akan dapat menerapkan dan
menunjukkan keadaan kesopanan, kesantunan dan budi pekerti iaitu membayangkan
keluhuran hati seseorang. Misalnya apabila orang lain membuat kebaikan kepada kita
maka kita tahu membalasnya dengan pengucapan yang baik seperti: orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita merasa.
Selain itu, pengajaran peribahasa di sekolah juga dapat menerapkan nilai-nilai murni
seperti sikap tidak suka membuang masa. Antara peribahasa yang menggambarkan
sikap tersebut ialah bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan terang ketawa
harimau dan bagai menghasta kain sarung. Selain itu sifat berhati-hati

sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak merugikan diri sendiri boleh dilihat
dalam beberapa peribahasa seperti sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna dan sarang tebuan jangan dijolok.
Oleh yang demikian, berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran peribahasa ia
akan dapat mengukuhkan dan meninggikan tahap penguasaan keterampilan berbahasa
di kalangan pelajar daripada aspek lisan, pembacaan dan penulisan. Di samping itu,
penerapan nilai-nilai murni dapat diselitkan.
Dari segi potensi ke arah perkembangannya dalam pengajaran dan pembelajaran
peribahasa Melayu dalam konteks pendidikan formal di sekolah-sekolah seharusnya
memberangsangkan. Ini kerana terdapat beberapa kelebihan daripada penggunaan dan
penguasaan peribahasa itu sendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:
1. Peribahasa Melayu adalah warisan yang perlu dipertahankan oleh generasi masa kini.
Peribahasa memberi kesedaran dan teladan serta pengajaran dalam kehidupan seharian.
Contohnya dalam peribahasa yang berbunyi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya.
Bunyi peribahasa Melayu sedap didengar. Contohnya sarang tebuan jangan dijolok.
Peribahasa dapat meringkaskan sesuatu huraian yang panjang. Contohnya indah
khabar dari rupa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada
keadaan sebenar.
Peribahasa dapat digunakan untuk menyindir dengan bahasa yang sopan.

Menurut Ismail Bin Salleh (1990:406) peribahasa bukanlah ungkapan yang mati untuk
dihafal dan diketahui maknanya semata-mata. Malahan penggunaan yang lebih penting
ialah penggunaan sebenar mengikut keperihalan keadaan, sama ada dalam wacana lisan
ataupun tulisan. Menyedari bahawa ramai yang beranggapan peribahasa itu tidak
bernilai pada masa sekarang, pengkaji ingin menjalankan kajian ilmiah untuk melihat
tahap penguasaan peribahasa di kalangan pelajar. Secara tidak langsung hasil kajian ini
akan dapat melihat keberkesanan pengajaran peribahasa di sekolah melalui tahap
penguasaan mereka.
Permasalahan kajian

Hala tuju ke arah memartabatkan kedudukan dan penggunaan peribahasa Melayu dalam
masyarakat secara langsung boleh dijalankan melalui sistem pendidikan di sekolah
melalui pendidikan bahasa Melayu. Matlamat akhir pengajaran peribahasa ialah supaya
pengajaran, pembelajaran serta penghayatan peribahasa bukan sahaja bertujuan untuk
kefahaman tetapi harus dapat mencapai tahap kemahiran berbahasa di kalangan para
pelajar.
Keberkesanan kemahiran berbahasa ini dapat dilihat daripada kemampuan mereka
untuk menghasilkan gaya penggunaannya yang berkualiti.Contohnya, ia boleh dilihat
dalam konteks aktiviti penulisan kerana sesebuah hasil penulisan akan menjadi lebih
indah dan bermutu jika disulami dengan peribahasa di dalamnya. Peribahasa
seharusnya diberikan perhatian sewajarnya dalam aktiviti penulisan dan lisan. Satu

bentuk motivasi harus dipupuk dan dimantapkan supaya wujud kesedaran serta
keyakinan bahawa peribahasa adalah sebagai satu keindahan bahasa. Justeru itu, para
pelajar harus didorong untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam
situasi tulisan dan lisan sama ada secara formal dan tidak formal.
Walau bagaimanapun, kini peribahasa semakin jarang dan tidak digunakan dalam
kehidupan harian malah penggunaannya sudah menjadi begitu asing bagi generasi masa
kini. Pada tanggapan mereka, peribahasa adalah suatu bahasa klise yang sering
digunakan dan dihafal oleh golongan tua sahaja serta tidak sesuai lagi dengan zaman
kini.
Hal ini disebabkan oleh pengajaran peribahasa Melayu di sekolah yang dikatakan
kurang berkesan. Menurut Koh Boh Bon (1989:150) pengajaran peribahasa di sekolah
cenderung berpusat kepada guru iaitu guru memberikan penjelasan tentang maksud
peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat secara pasif sebagai
penerima maklumat. Semasa proses p&p pelajar tidak dilibatkan secara aktif untuk
berfikir dengan mendalam tentang penyampaian maksud peribahasa melalui analogi
yang digunakan untuk menilai sejauh mana ketepatan ataupun kesesuaian peribahasa itu
dalam konteks penggunaannya.
Kesan daripada pengajaran di atas, telah menyebabkan pelajar tidak akan memahami
erti peribahasa yang telah diajar dengan sebenarnya. Kemudian mereka cenderung
untuk menghafal maksud peribahasa berkenaan. Lama-kelamaan mereka

menganggap peribahasa sebagai satu aspek bahasa Melayu yang tidak bermakna dan
mati.
Oleh itu, dari segi pelaksanaan pengajaran peribahasa Melayu di sekolah telah
menimbulkan beberapa kesukaran kepada para pelajar untuk menggunakan peribahasa
secara berkesan. Keadaan ini berlaku juga kerana pengajaran peribahasa sering
dianggap sebagai satu aspek bahasa yang berasingan serta jarang digabungjalinkan
dengan kemahiran berbahasa yang lain seperti lisan dan tulisan.
Masalah di atas turut dipersetujui oleh Koh Boh Boon (1989:150) yang mengatakan
bahawa pengajaran peribahasa sering kali dianggap sebagai satu aspek bahasa Melayu
yang berasingan jadi ia jarang digabungjalinkan secara teliti dengan aspek lain seperti
lisan dan penulisan. Oleh itu, dari segi pelaksanaan pengajaran peribahasa Melayu di
sekolah telah menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk menggunakan peribahasa
secara berkesan.
Justeru itu, Goh Suzie (1998:100) bersetuju mengatakan bahawa, walaupun peribahasa
Melayu dianggap penting dalam aspek kemahiran berbahasa tetapi aspek ini kurang
dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.
Oleh itu, tidak hairanlah berlaku keadaan di mana kegagalan pelajar menguasai
peribahasa Melayu dengan baik.
Kenyataan ini telah dibuktikan daripada kajian yang dijalankan oleh beliau yang
berjudul Penggunaan Peribahasa Melayu dan Simpulan Bahasa dalam Bahasa Melayu

di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Dapatan kajiannya ke atas pelajar berkenaan


masih pada tahap yang sangat rendah. Responden kajian telah diberikan dua ujian untuk
mengenal pasti sama ada mereka mengetahui, memahami dan menggunakan peribahasa
dan simpulan bahasa sama ada dalam persekitaran formal dan tidak formal. Hasilnya
hanya sekumpulan kecil pelajar mengetahui, memahami peribahasa dan simpulan
bahasa dalam bahasa Melayu tetapi sebahagian besar daripada mereka tidak mampu
untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.
Hasil daripada kajian tersebut, beliau dapat mengenal pasti beberapa masalah yang
dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari peribahasa dan simpulan bahasa
antaranya termasuklah:
sukar untuk diingat dan dihafal
peribahasa Melayu rumit kerana terdapat banyak makna dan sukar untuk memahami
makna tersirat
jumlah peribahasa Melayu banyak dan menyukarkan penghafalan
peribahasa panjang dan mempunyai makna yang pelbagai
makna peribahasa yang mendalam menyukarkan pemilihan situasi yang sesuai untuk
digunakan.
Sehubungan dengan itu, para pelajar mendapati bahawa mereka sukar untuk menghafal
makna atau peribahasa itu sendiri. Ini kerana selain mempunyai makna yang berbagaibagai ia juga mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut situasi dan suasana sesuatu
peribahasa atau simpulan bahasa itu digunakan. Kesukaran mengingat

ini dipersetujui oleh Ishak Ramli (1990:283) yang mengatakan bagi sesetengah orang,
kerana peribahasa itu berbentuk tetap dan menuntut kemahiran hafalan maka untuk
menggunakannya adalah sulit.
Selain daripada sifat peribahasa yang sukar itu terdapat faktor sikap pelajar itu sendiri
yang tidak mempunyai persepsi positif terhadap peribahasa. Persepsi ini mencetuskan
sikap tidak suka, tidak berminat serta mempunyai anggapan bahawa peribahasa dan
simpulan bahasa adalah pembelajaran membosankan. Akhirnya mereka tidak dapat
menguasai keterampilan dalam kefahaman dan penggunaan peribahasa dan simpulan
bahasa dengan baik.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada faktor pengajaran yang kurang berkesan
terhadap pengajaran peribahasa di sekolah, sifat peribahasa itu sendiri yang dianggap
susah dan banyak serta sikap negatif pelajar terhadap peribahasa telah mendorong
pengkaji untuk mengkaji sejauh mana tahap penguasaan peribahasa di kalangan pelajar
tingkatan empat.

Tujuan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuan kajian ini adalah seperti yang
berikut:
melihat sejauh mana tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalangan Pelajar tingkatan
empat

10

melihat kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam penggunaan ayat yang
betul
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu
di kalangan pelajar.
Kepentingan Kajian

Kajian ke atas penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar ini diharapkan dapat
memberi manfaat dan sedikit panduan kepada guru agar mereka dapat memilih
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang lebih tepat dan berkesan. Kepesatan era
sains dan teknologi kini yang semakin membuatkan para pelajar alpa akan unsur-unsur
falsafah pemikiran masyarakatnya. Melalui peribahasa yang sewajarnya dipelajari,
difahami dan dihayati supaya asas pertumbuhan daya pemikiran generasi kini
berteraskan budaya masyarakat bangsanya sendiri.
Secara khususnya, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada:

1. Para guru

Kajian ini dapat memberi manfaat terutama kepada guru bahasa Melayu sendiri.
Mereka mestilah mempunyai kefahaman yang baik terhadap keistimewaan sifat
peribahasa Melayu jika hendak mengajar peribahasa dengan berkesan kepada pelajarpelajarnya. Tegasnya, penguasaan guru terhadap isi pelajaran akan menjamin
keberkesanan pengajarannya. Selain itu, melalui kajian ini juga diharapkan dalam

11

proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) bahasa Melayu para guru akan dapat
membimbing pelajar-pelajar memahami makna tersurat dan terus menyelami makna
tersirat.
Oleh itu, guru perlu mengubah corak pengajaran yang semata-mata berpusatkan guru
kepada lebih menolong pelajar-pelajar membuat inferensi tentang erti tersembunyi di
dalam sesuatu peribahasa. Guru mestilah menyediakan alat bantu mengajar berbentuk
satu petikan, atau wacana berbentuk cerita, peristiwa dan dialog. Ia bukan sahaja dapat
menarik minat pelajar tetapi boleh dilihat sebagai motivasi bagi menggalakkan
pemahaman pelajar.
Selain itu, semasa proses (p&p) berlaku guru boleh menekankan konteks peribahasa
dalam sesuatu ayat atau beberapa ayat. Peribahasa dalam sesebuah wacana juga amat
diberi perhatian bagi memastikan penggunaan peribahasa yang berkesan. Ia perlu diberi
perhatian kerana terdapat beberapa peribahasa yang dapat atau sesuai digunakan dalam
satu atau daripada satu ayat dalam sesuatu wacana. Selain itu, peribahasa harus diberi
perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar pelajar dapat mencapai keterampilan
berbahasa iaitu dapat menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi.
2. Para Pelajar

Kepada para pelajar pula, diharapkan kesedaran timbul kerana peribahasa bukanlah satu
aspek bahasa yang mati untuk dihafal dan diketahui maknanya semata-

12

mata. Sebaliknya mempelajari peribahasa adalah perlu kerana ia merupakan warisan


bangsa Melayu yang menggambarkan keunggulan bangsa dan bahasa Melayu sendiri.
Selain itu, mempelajari peribahasa bukan sahaja dapat menghayati keindahan
bahasanya malah boleh dapat dijadikan pengajaran dan panduan hidup. Jadi pelajar
perlu mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran peribahasa.
3. Peribahasa

Peribahasa Melayu merupakan hasil falsafah pemikiran masyarakat dahulu dan


merupakan warisan budaya Melayu yang dapat dijadikan panduan dan pegangan hidup
pada sepanjang zaman. Oleh itu, ia harus dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya.
Ia merupakan sebahagian daripada perbendaharaan bahasa dan kesusasteraan Melayu
yang tersebar luas di nusantara. Sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Usaha
mengkaji dan mengumpulnya telah dilakukan oleh pelbagai bidang yang mencintai
peribahasa. Antaranya bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi dan sosiologi. Jika
ahli bahasa misalnya mereka memusatkan penelitian terhadap soal-soal kebahasaan
manakala bagi ahli kesusasteraan penelitiannya pula kepada keindahan peribahasa dan
ahli antropologi serta sosiologi pula memusatkan penelitian terhadap hal-hal
kemasyarakatan dan kemanusiaan yang terpancar daripada ungkapan-ungkapan
peribahasa. Oleh itu, peribahasa wajar dipelajari dan dipertahankan.

13

Batasan Kajian

Kajian ini hanya dibataskan kepada dua aspek peribahasa, iaitu simpulan bahasa dan
perumpamaan. Responden yang terlibat pula, daripada kalangan pelajar tingkatan
empat sahaja iaitu seramai 40 sampel. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan peribahasa pelajar. Jadi, dapatan kajian dapat membuktikan sama ada
pelajar menguasai aspek peribahasa ini. Pengkaji menggunakan saiz sampel seramai 40
orang pelajar. Lokasi kajian yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kem
Terendak (SMKKT).
Pengkaji akan memberi borang soal selidik kepada responden untuk mengenal pasti
latar belakang mereka. Contohnya dari segi jantina dan halangan penguasaan
peribahasa di kalangan mereka. Pelajar dikehendaki menjalani ujian bertulis yang
terdiri daripada dua set soalan berkaitan simpulan bahasa dan perumpamaan. Menerusi
ujian ini tahap penguasaan pelajar akan dapat dinilai serta masalah-masalah dalam
mempelajari peribahasa turut dapat dikenal pasti.

14

Definisi Istilah

Berikut adalah beberapa definisi istilah tajuk kajian ini

I1.6.1 Penguasaan

Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:716) penguasaan bermaksud perihal


menguasai dan menguasakan.
Peribahasa

Menurut Zaba (1962:165) Peribahasa ialah segala susunan cakap yang pendek yang
telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama, oleh sebab sedap dan
bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakai akan dia sebutan-sebutan orang
sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Maka ialah juga dikatakan bidalan, pepatah,
perbilangan dan perumpamaan kerana tiap-tiap satu ini cakap yang mengandungi segala
sifat-sifat peribahasa yang telah disentuh itu.
Manakala Teuku Iskandar (1970:856) menjelaskan peribahasa sebagai ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian
tertentu, bidalan, pepatah. Pegangan mereka yang teguh kepada pepatah biar mati anak
jangan mati adat, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka; peribahasa.

15

Asmad (1990:6) pula mendefinisikan peribahasa segala susunan kata atau cakap yang
mendak yang telah umum difahami dan dipakai orang ramai sejak beberapa lama. Oleh
sebab sedap dan bijak atau tepat perkataan atau susunan kata-katanya, tambahan pula
erti dan maksudnya benar dan tepat, maka ia jadi sebutan masyarakat sebagai
bandingan, teladan dan pengajaran yang baik atau sebaliknya.
Sebaliknya Kamarudin Hj. Husin (1997:69) memberikan definisi pendek terhadap
peribahasa. Beliau mendefinisikan peribahasa kepada susunan bahasa yang indah dan
menarik dituturkan oleh orang Melayu terutamanya sejak beberapa lama dahulu. Oleh
sebab bahasanya cantik dan membawa pengertian yang mendalam, susunan bahasa ini
dipakai orang untuk dijadikan teladan, bandingan dan pengajaran.

Seterusnya, merujuk kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:1018) peribahasa disifatkan


sebagai ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu, bidal, pepatah.
Simpulan Bahasa

Pendeta Zaba (1965:151) mendefinisikan simpulan bahasa sebagai rangkaian perkataan


telah tetap tersimpul atau terbuku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti
yang khas berlainan daripada yang asalnya. Teuku Iskandar (1970:1110) mengatakan
simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan
mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya.
Contohnya kaki ayam.

16

Perumpamaan

Perumpamaan ialah ungkapan yang membandingkan dan mengumpamakan sesuatu


perlakuan manusia dengan alam sejagat. Dalam penulisan Ishak Ramly (1990:286),
dikatakan Zaba mentakrifkan perumpamaan sebagai peribahasa yang mengumpamakan
atau membandingkan keadaan sesuatu tingkahlaku manusia dengan alam sejagat.
Biasanya, perumpamaan menggunakan perkataan perbandingan iaitu seperti, umpama,
bagai, laksana dan bak. Contoh perumpamaan ialah seperti kaca terhempas ke batu.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa peribahasa adalah warisan bangsa Melayu


yang mempunyai keindahan bahasanya di samping memberi pengajaran, teladan,
nasihat dan sindiran. Pendek kata, ia wajar dipelajari, difahami dan dihayati oleh
generasi masa kini agar ia tidak menjadi beku begitu sahaja sehingga ditelan zaman.

17

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas adalah ungkapan yang tepat untuk
menggambarkan peribahasa Melayu. Ia telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak
zaman- berzaman seperti mana yang sedia ada terus diungkap, manakala yang baru
terus dicipta. Jadi wajar dikatakan bahawa salah satu warisan bangsa Melayu ini
mendapat perhatian pengkaji yang telah melahirkan pendapat serta kajian terhadapnya.
Merujuk ahli bahasa ia memusatkan penelitian mereka terhadap soal-soal kebahasaan
manakala dalam bidang pendidikan ia dapat menerapkan unsur-unsur pengajaran yang
terkandung melalui peribahasa itu. Sesuai dengan konsep Kemahiran Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), peribahasa menjadi salah satu cabang pendidikan supaya
pelajar dapat mengenal, menilai dan menggunakannya dalam
perhubungan berinteraksi

18

supaya aspek ini

terus

dipelihara.

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan


perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan
bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklah
mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.
(Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM, 2000:15)

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, dari segi p&p bahasa Melayu di sekolah,
peribahasa merupakan komponen dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang terdiri
daripada beberapa jenis serta mengutamakan pemilihan peribahasa yang mempunyai
nilai positif untuk diserapkan kepada pelajar.
Penggunaan bahasa Melayu penuh bervariasi dan terdapat kesatuan bahasa yang
digambarkan melalui penggunaannya. Penggunaan bahasa seumpama ini menguatkan
lagi kenyataan yang mengatakan bahasa Melayu kaya dengan pelbagai bunga bahasa
(S. Nathesen, 1994:6). Penggunaan bunga-bunga bahasa bertujuan untuk mengindahkan
lagi bahasa Melayu di samping mencerminkan sifat kebahasaan itu sendiri yang
mempunyai ciri kehalusan, kesopanan dan variasi yang pelbagai berdasarkan situasi
dan status bahasa itu diungkapkan. Penggunaan peribahasa yang baik ialah seseorang
hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya
peribahasa itu diperlukan (Rahman Shaari, 1993:98).

19

Walau bagaimanapun, jika ditinjau tahap penguasaan peribahasa di kalangan pelajar di


sekolah tidak memberangsangkan. Ini dapat dibuktikan daripada hasil beberapa kajian
ilmiah yang dilakukan oleh pengkaji tempatan di sekolah. Oleh itu, peribahasa
seharusnya diberi perhatian sewajarnya dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat
mencapai keterampilan berbahasa, iaitu dapat menguasai kecekapan berbahasa dan
ketepatan berkomunikasi.
Kajian Berkaitan

Asmad menerusi bukunya bertajuk Siri Bunga Rampai Kebudayaan Malaysia Budaya
Bahasa (I) Puisi, menyatakan dalam percakapan biasa peribahasa kerap disebut sebagai
kata orang tua-tua atau sudah dibidalkan orang dan beliau mengatakan peribahasa
Melayu ada beberapa jenis dan antara jenis-jenisnya itu mempunyai ciri perbezaan yang
khusus. Beliau turut menyatakan pandangannya mengenai masyarakat kini yang kurang
perhatian terhadap peribahasa sendiri pada hal ia merupakan kata-kata bijaksana yang
mengandungi pengajaran dan teladan bagi diri dan kehidupan masyarakat bersama
( 1990:9).

Beliau turut membandingkan masyarakat bangsa yang telah maju dan masih berpegang
teguh kepada pengajaran yang terdapat dalam peribahasa bangsanya. Menurutnya lagi
orang barat amat menghargai peribahasa mereka dan menjadikan aspek ini sebagai
salah satu cara pemikiran dan pegangan atau falsafah hidup mereka. Beliau turut
menyertakan contoh peribahasa antaranya ialah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit,
sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain, yang mempunyai

20

sama maksudnya dengan peribahasa barat, tetap dan tekun, ibu kekayaan. Manakala
peribahasa orang Jepun yang sama maksud dengannya ialah perjalanan 1000 batu,
dimulai dengan satu langkah. Tegasnya beliau menyatakan peribahasa sebagai satu
daripada budaya masyarakat yang harus dipelajari dan dihargai oleh warganegara
masyarakatnya sendiri.
Berdasarkan perbandingan peribahasa kita yang dibuat oleh Asmad kita harus
menyedari betapa pentingnya kita mempertahankan peribahasa sebagai warisan budaya
bangsa Melayu. Hal ini turut dipersetujui oleh Abdul Samad Idris seperti dalam
kenyataan beliau:
Peribahasa, simpulan bahasa dan ungkapan lain bukan sekadar bunga bahasa tetapi
melambangkan etos nilai dan cara hidup umat Melayu. Warisan ini terlalu penting untuk
jangan kita lupakan begitu sahaja. Meskipun bangsa kita terus maju untuk mencapai
cita-cita masyarakat industri yang terampil dari segi sains dan teknologi. Tradisi ini
perlu menjadi idea-idea yang memandu kita untuk hadapi cabaran masa akan datang.
Kalau tradisi positif ini kita teruskan, kita boleh mengadunkan antara tradisi dengan
teknologi dan mewarnakan teknologi dengan budaya tempatan
(Abdul Samad Idris, 1990:XVII)

21

Walau bagaimanapun, menurut Abdullah Hussien (1975:ix), sejak akhir-akhir ini ahli
masyarakat kita sudah jarang menggunakan peribahasa sebagai bunga bahasa dalam
percakapan mereka, baik semasa perbualan tidak formal ataupun semasa bergurau senda
kerana ahli masyarakat masa kini lebih suka berterus-terang dan terus kepada tujuan,
lebih kepada buka kulit ambil isi untuk mengelakkan berlakunya keadaan rusa
ditembak, kijang yang kena. Tambah beliau keadaan ini wujud kerana terdapat juga
tanggapan bahawa ada antara peribahasa berkenaan yang tidak sesuai lagi digunakan
dalam konteks persekitaran sekarang yang serba moden.
Justeru itu, bagi mengelakkan persepsi sedemikian, peribahasa perlulah dilihat sebagai
bukan ungkapan yang mati untuk dihafal dan diketahui maknanya semata-mata.
Malahan yang lebih utama ialah penggunaan sebenar mengikut keperihalan keadaan
sama ada dalam wacana lisan mahupun tulisan. Oleh itu hala tuju ke arah
memartabatkan kembali kedudukan dan penggunaan peribahasa dalam bahasa Melayu
dalam masyarakat Malaysia ditentukan oleh sikap kerana sikap penting mempengaruhi
individu secara dinamik terhadap sesuatu perkara termasuklah peribahasa.
Walaupun peribahasa semakin dilupakan, namun masih ada pengkaji melihat
perkembangan bahasa yang melibatkan pertumbuhan peribahasa moden. Jadi dalam
bahasa yang dinamis ini telah wujud peribahasa-peribahasa baru. Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd (1994:viii) telah menyenaraikan beberapa peribahasa moden antaranya
ialah kayu pengukur, mulut laser, pasar tani, calon bebas, rundingan meja bulat dan
turut menyatakan 4,480 buah peribahasa Melayu moden dalam bukunya.

22

Dalam pada itu, Tajuddin Hj. Abdul Rahman (1989:206), turut menyedari perkembangan
bahasa Melayu yang pesat telah mengakibatkan berlaku beberapa perkembangan baru
dalam bahasa itu sendiri. Beliau mengkategorikan ungkapan baru ini mengikut aspek
tertentu antaranya:Aspek sosial, alam sekitar dan kebudayaan. Contohnya bahasa antarabangsa, bencana
alam dan rumah haram.
Aspek politik dan pentadbiran. Contohnya calon bebas, kerajaan pusat dan kertas kerja.
Aspek ekonomi. Contohnya cukai eksport, sumber ekonomi dan pekan sehari.
Aspek pendidikan. Contohnya cabang ilmu, gaya bahasa dan menduga akal.

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan keistimewaan peribahasa itu sendiri.
Dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jilid. 34, bil.4 ,1990, Ishak Ramly Dan Goh Ong Sing
dalam artikelnya yang bertajuk Menilai Perkembangan Peribahasa Melayu telah
menonjolkan keistimewaan peribahasa yang menjadikan bahasa Melayu kini lebih indah
dan ekonomis.
Menurut mereka peribahasa yang menggunakan lambang yang terdapat di dalam
masyarakat sekarang mengindahkan bahasa Melayu kini. Beliau mengemukakan contoh
perumpamaan, menanti ara tidak bergetah, air ditetak tak akan putus yang bukan
sahaja menggunakan lambang-lambang yang tepat tetapi dengan lambang ini juga
bilangan perkataan dikurangkan sehingga peribahasa itu padat dalam sesuatu susunan.

23

Daniel Jebon Janaun menerusi artikelnya dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jil.1, Bil.6, 2001
yang bertajuk Keindahan Bahasa Dalam Peribahasa Melayu. Menerusi artikel tersebut,
penulis meneliti keindahan bahasa dalam peribahasa Melayu melalui beberapa kriteria
utama antaranya kriteria gaya bahasa, pemilihan diksi, sintaksis dan makna
menganalisis keindahan bahasa tersebut.
Merujuk kepada pemilihan diksi (kata) beliau menghuraikan bahasa yang terdapat
dalam peribahasa Melayu bukan sahaja teratur, padat dan jitu tetapi juga sedap
didengar. Contohnya peribahasa, menabur biji di atas batu yang bermaksud berbudi
kepada orang yang tidak tahu membalas guna; memberi nasihat kepada orang yang
tidak mahu mengendahkannya. Jelasnya, pemilihan kata dalam peribahasa Melayu
dibuat secara sedar dengan mengambil kira aliran dan kecenderungan hidup masyarakat
pada waktu itu.
Berdasarkan jurnal yang sama, Saidatul Nornis Hj. Mahali melalui artikelnya bertajuk
Peribahasa Melayu Dan Cina : Serupa Tetapi Berbeza beliau melihat keindahan yang
tersirat dalam kedua-dua peribahasa tersebut. Antara contoh peribahasa yang
dinyatakan ialah:Peribahasa Melayu
Peribahasa Cina
Maksudnya
Seekor kerbau
Seketul tahi tikus boleh
Seseorang yang
membawa lumpur
mengotorkan sekuali bubur
melakukan kesalahan
semuanya akan
akan memalukan seisi
terpalit
kampung atau anggota
masyarakat lain
Adat dunia balasAir bukit akan berjumpa
Perbuatan yang baik
membalas, syariat paludengan air laut
dibalas baik dan
memalu
perbuatan buruk dibalas
buruk

24

Pisang tak berbuah dua


Kuda yang makan rumput
Kesilapan yang lepas
kali
tidak akan berpusing
tidak akan berulang
semula ke belakang
semula
Indah khabar dari rupa
Seribu kali bertanya tidak
Perkhabaran selalu
berguna, lebih baik tengok
dilebih-lebihkan
sendiri
daripada keadaan
sebenar
(Dipetik daripada Jurnal Dewan Bahasa, Jil.1, Bil.6, 2001)

Berdasarkan sebahagian contoh peribahasa yang dipetik daripada penulisan beliau, kita
dapat memahami bahawa masyarakat Melayu dan Cina sering membuat pengamatan
terhadap pendukung budaya masing-masing. Beliau menyimpulkan, bahawa menelusuri
peribahasa Melayu dan Cina membolehkan kita memahami bahawa peribahasa
merupakan salah satu angkubah utama dalam proses sosialisasi. Tegasnya, kebolehan
mengadun, mengolah dan menyusun atur kata-kata akan membentuk satu keperibadian
yang molek.
Hal ini turut dipersetujui oleh Keris Mas dalam kenyataannya:

Pemilihan kata amat besar ertinya kerana tiap-tiap kata itu bukan sahaja mengandungi
erti tetapi juga mengandungi rasa. Orang menggunakan bahasa bukan semata-mata
menyatakan fikirannya tetapi juga menyatakan perasaannya. Apalagi dalam kehidupan
orang Melayu, bahasa berhubungan budi dan sopan santun. Salah menggunakan sepatah
kata sudah cukup untuk mengecap seseorang itu melanggar bahasa, ertinya kurang
sopan.
(Keris Mas dalam Jurnal Dewan Bahasa, 2001:29)

25

Dalam konteks pendidikan, Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek


peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Beliau berkata demikian kerana
peribahasa hidup dan berkembang bersama-sama perkembangan bahasa secara
keseluruhannya. Beliau berpendapat sebagai pendidik, guru harus melihat peribahasa
dari dua segi, iaitu peribahasa sebagai rakaman minda Melayu dan keduanya peribahasa
sebagai alat yang digunakan untuk tujuan gaya berbahasa.
Berdasarkan dua perkara yang dilihat oleh Rahman Shaari itu dapat dihuraikan aspek
yang pertama peribahasa yang digunakan itu memancarkan pemikiran, falsafah dan
penglihatan dunia yang lahirkan peribahasa itu, iaitu segala pengalaman hidup
masyarakat lama dapat dijadikan sebagai panduan hidup generasi masa kini. Manakala
peribahasa sebagai alat yang digunakan untuk tujuan gaya berbahasa pula boleh dilihat
sebagai tahap kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. Dalam hal ini, ia melihat
kemampuan pelajar untuk menghasilkan gaya penggunaannya yang berkualiti dan ia
dapat dilihat dengan jelas dalam konteks penulisan.
Sesungguhnya peribahasa Melayu adalah elemen penting dalam kemahiran berbahasa.
Namun aspek ini semakin kurang dititikberatkan. Jika ditinjau dari segi pelaksanaannya
pengajaran peribahasa Melayu di sekolah telah menimbulkan kesukaran kepada pelajar
untuk menggunakan peribahasa Melayu secara berkesan (Ishak Ramly, 1990:238).
Kesulitan ini ditambah pula dengan keadaan pengajaran peribahasa di sekolah sering
dianggap sebagai satu aspek bahasa Melayu yang

26

diasingkan dan jarang digabungjalinkan secara teliti dengan aspek lain seperti
kemahiran lisan dan penulisan.
Koh Boh Boon (1989:150), turut bersetuju permasalahan tersebut dan mengatakan
pengajaran peribahasa Melayu di sekolah menengah kita memang patut dan dapat
diperbaiki yang melibatkan perubahan teknik-teknik pengajaran yang diamalkan oleh
guru bahasa Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan pengajaran peribahasa yang
berkesan di peringkat sekolah sewajarnya melalui tiga peringkat iaitu:
pengamatan tentang pertalian antara benda-benda yang dibandingkan
penyimpulan erti simbolik (tersembunyi)
penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam konteksnya
(Koh Boh Boon, 1989:152)

Pendekatan ini, menurut beliau adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
peribahasa Melayu secara berkesan.. Bagi mencapai matlamat tersebut beliau
menyarankan tugas utama guru ketika ini ialah sebagai fasilitator kepada pelajar supaya
mereka dapat memahami maksud tersurat dan tersirat sesuatu peribahasa.
Beberapa kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh pengkaji tempatan mendapati tahap
penguasaan pelajar terhadap peribahasa masih berada di tahap yang rendah. Goh Suzie
melalui kajiannya berjudul Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah dan
beliau meninjau penggunaan aspek perumpamaan dan simpulan bahasa

27

dalam kehidupan harian para pelajar berkenaan serta masalah yang dihadapi dalam
mempelajari peribahasa.
Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penguasaan perumpamaan dan simpulan
bahasa di kalangan mereka masih pada tahap yang sangat rendah. Ia berdasarkan
keputusan dua ujian yang perlu dijalani oleh mereka bagi mendapatkan maklum balas
dari segi pengetahuan, kefahaman dan penggunaan peribahasa dalam persekitaran
formal dan tidak formal. Dua ujian tersebut membuktikan bahawa ada pelajar yang
mengetahui serba sedikit tentang peribahasa tetapi masih tidak mampu
menggunakannya dalam kehidupan harian mereka.
Beliau menjelaskan lagi, pencapaian pelajar yang lemah dalam ujian menunjukkan
pelajar juga tidak dapat memberikan makna peribahasa yang disoal dan tidak tahu
peribahasa yang diberi maknanya. Implikasinya, pelajar tidak dapat menggunakan
peribahasa dengan meluas dalam kehidupan mereka. Hasil kajian Goh Suzie dapat
mengenal pasti halangan-halangan penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan
harian mereka. Antaranya ialah:peribahasa jarang digunakan pada zaman ini
penguasaan peribahasa yang lemah menyukarkan penggunaannya dalam kehidupan
harian
tiada sebab peribahasa Melayu perlu digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu
para pelajar bukan bangsa Melayu tidak faham atau tidak pandai peribahasa Melayu

28

tidak berminat
peribahasa Melayu membosankan sebab sukar difahami
takut melakukan kesilapan apabila digunakan pada situasi yang tidak tepat atau salah
penggunaannya
benci membaca peribahasa Melayu kerana sukar difahami

Manakala masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu


ialah:sukar untuk diingat dan dihafal
peribahasa merumitkan kerana ada banyak makna dan kebanyakan maknanya tersirat
dan sukar difahami
terlalu banyak peribahasa dalam bahasa Melayu sehingga sukar untuk dihafal
peribahasa terlalu panjang dan ada makna pelbagai
makna peribahasa yang mendalam menyukarkan pemilihan situasi yang sesuai
digunakan
ada peribahasa yang mengelirukan

Selain itu, terdapat kajian ilmiah yang dilakukan oleh Mat Kamal B. Abd. Majid yang
menyentuh tentang Penguasaan Simpulan Bahasa di Kalangan Pelajar Tingkatan 3
Sekolah Menengah Sungai Pelek Sepang, Selangor. Berdasarkan kajian yang dibuat,
beliau telah menghuraikan tiga masalah utama dalam penguasaan simpulan bahasa
pelajar antaranya ialah masalah pelajar sendiri, masalah guru yang mengajar dan
masalah p&p simpulan bahasa di sekolah.

29

Dapatan kajian beliau mendapati, penguasaan simpulan bahasa pelajar di tingkatan tiga
ini amat lemah kerana peratus pelajar tingkatan tiga sekolah ini bukan penutur jati
bahasa Melayu sebaliknya penutur jati hanyalah sebanyak 14.7% sahaja. Selain
daripada faktor majoriti pelajar bukan penutur Melayu, masalah bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru yang tidak terkawal, lemah, kaku, tidak mencabar dan
membosankan turut menyumbang kelemahan penguasaan simpulan bahasa di kalangan
pelajar.
Menurut beliau, guru langsung tidak mengambil berat tentang penggunaan bahan-bahan
untuk bantu mengajar simpulan bahasa di sekolah sehingga ada yang menganggap ia
boleh dihafal sahaja oleh pelajar. Manakala masalah pengajaran dan pembelajaran
simpulan bahasa di sekolah pula, mendapati sekolah masih menggunakan kaedah
tradisional.
Menurut beliau pelajar-pelajar di sekolah diajar melalui pendekatan deduktif dengan
memberi hukum-hukum dan peraturan serta makna simpulan bahasa kemudian mereka
dikehendaki hafal simpulan bahasa tersebut dan menjawab soalan yang diberikan.
Beliau turut mengenal pasti proses (p&p) simpulan bahasa yang lebih berpusat kepada
guru teacher oriented dan bukannya berpusatkan kepada pelajar child oriented serta
dari segi minat pelajar, kebanyakan daripada mereka tidak meminati simpulan bahasa.
M. Khalid B. Shaari (1991) pula melalui kajian ilmiah beliau ke atas pelajar Tingkatan
Dua di Sekolah Menengah Dato Ahmad Lenggong Perak bertajuk

30

Perlaksanaan Penggabungjalinan Aspek Simpulan Bahasa Dalam Proses Pengajaran


Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian beliau mengambil kira perlaksanaan
pengajaran simpulan bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa serta
kepenggunaan di kalangan pelajar sendiri. Seramai lapan orang guru bahasa Melayu
dari tingkatan satu dan dua dipilih untuk menjawab soal selidik berkaitan pengajaran
serta perlaksanaan aspek simpulan bahasa di bilik darjah tapi hanya dua guru bahasa
Melayu dipilih sebagai sampel kajian.
Manakala daripada lapan orang guru hanya dua orang sahaja (25%) yang mempunyai
pengalaman mengajar melebihi 11 tahun ke atas. Mereka merupakan guru yang
mempunyai banyak pengalaman dan pernah mengikuti kursus dalam perkhidmatan
sedangkan tujuh orang lagi kurang berkeyakinan untuk mengajar bahasa Melayu
terutama simpulan bahasa dengan baik di bilik darjah. Berdasarkan kenyataan tersebut,
guru berperanan penting dalam menyampaikan ilmu tersebut agar pelajar dapat
memahami pelajaran di samping memupuk minat mereka.
Hasil kajian ke atas pendapat pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru bahasa
Melayu dalam simpulan bahasa mendapati secara keseluruhannya pelajar beranggapan
bahawa guru bahasa Melayu mereka jarang dan tidak pernah melaksanakan kaedah
simpulan bahasa seperti kaedah objek, kaedah rakaman dan kaedah padanan jawapan
simpulan bahasa.
Oleh itu, penekanan perlu untuk gabung jalinkan aspek bahasa Melayu yang akan
memotivasikan pelajar ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani

31

terhadap pelajar. Justeru itu, beliau menyarankan kepada guru-guru bahasa Melayu agar
lebih menekankan kepada penggunaan kaedah mengajar simpulan bahasa yang tepat
dan akan menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses (p&p) bahasa Melayu di
bilik darjah.
Terdapat kajian ilmiah terhadap penggunaan bahan simpulan bahasa dalam buku teks
bahasa Melayu sekolah menengah rendah dan kesesuaiannya sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan sebanyak tiga buah buku teks
bahasa Melayu dari tingkatan satu-tiga. Fokus kajian Hairumazirah Binti Manap ini
ialah kepada aspek penggunaan simpulan bahasa dalam petikan dan latihan yang
disediakan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu alat kajian, iaitu senarai
semak. Pada keseluruhannya, dapatan kajian beliau menunjukkan penggunaan bahan
simpulan bahasa masih lagi digunakan walaupun terdapat kelemahan-kelemahan dalam
penggunaannya.
Penggunaan bahan simpulan bahasa menunjukkan peratusan yang tinggi dalam buku
teks bahasa Melayu Tingkatan Satu iaitu sebanyak 43.8% manakala penggunaan bahan
simpulan bahasa dalam buku teks tingkatan dua iaitu 37.5% seterusnya penggunaan
bahan simpulan bahasa dalam buku teks tingkatan tiga adalah sebanyak 18.8%.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut beliau merumuskan bahawa penggunaan bahan
simpulan bahasa semakin berkurangan dalam buku teks yang dikaji.
Hal ini menunjukkan penggunaan bahan simpulan bahasa tidak dititikberatkan kepada
pelajar peringkat tinggi kerana mementingkan peperiksaan. Beliau berpendapat

32

jika keadaan ini berterusan akan lenyaplah simpulan bahasa yang kaya dengan makna,
falsafah dan kias ibarat. Oleh yang demikian tanpa disedari generasi kini akan
ketandusan bunga bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Kesimpulan

Peribahasa Melayu merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu


yang sesuai dan patut digunakan untuk pembelajaran di sekolah. Berdasarkan beberapa
kajian yang dilakukan, contohnya berkaitan pengajaran daripada peribahasa dapat
menggambarkan kepada kita akan keistimewaan dari segi pemilihan kata serta maksud
tersirat yang terdapat di dalam peribahasa itu sendiri. Bahan ini bukan sahaja boleh
dipelajari dengan mengkaji makna malah merangkumi aspek keindahan, ketepatan dan
kehalusan bahasa penggunanya.
Penggunaan bahan peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan dan perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan seperti yagn
termaktub di dalam sukatan pelajaran berasaskan pengajaran di sekolah diharap bukan
sahaja dapat melahirkan pelajar yang mahir menggunakan unsur bahasa ini malah dapat
menjadikan ia sebagai bahan pengajaran dan teladan dalam kehidupan.
Justeru, setelah beberapa pembacaan yang dibuat ke atas kajian-kajian lepas terhadap
peribahasa pengkaji terdorong untuk mengkaji peribahasa untuk melihat tahap
penguasaan peribahasa di kalangan pelajar. Kemudian tahap penguasaan mereka boleh

33

dinilai berdasarkan ujian yang diberikan meliputi peribahasa jenis perumpamaan dan
simpulan bahasa. Keduanya pengkaji ingin melihat kebolehan mereka meletakkan
peribahasa dalam penggunaan ayat menerusi ujian. Untuk mengenal pasti masalah dan
halangan yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu kajian ini turut
memuatkan aspek ini. Semoga hasil kajian ini nanti memberi manfaat kepada pengkaji
amnya dan dalam dunia pendidikan khasnya.

34

BAB III

KAEDAH KAJIAN

Pengenalan

Penyelidikan ini menunjukkan penemuan hasil kajian yang telah dibuat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka (SMKKT). Pengkaji telah
menggunakan kaedah dan tatacara tertentu untuk mendapatkan data yang diperlukan.
Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk melihat
tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar iaitu melibatkan pelajar
tingkatan empat, SMKKT. Selain itu, kajian ini dilakukan juga untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul
berdasarkan ujian aneka pilihan yang diberikan pada ujian set kedua. Serta kajian ini
juga mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu.

Jadi

dapatan

kajian ini

hanya mewakili

35

kumpulan ini sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar tingkatan empat di sekolah
ini.
Kajian ini bercorak tinjauan iaitu dengan mengemukakan soalan-soalan melalui soal
selidik dan ujian. Soal selidik ini adalah untuk mengetahui latar belakang pelajar dan
masalah-masalah yang mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu mereka (Lihat
Lampiran B). Di samping itu, ujian peribahasa juga turut dibuat bagi memperoleh data
dan maklumat berkaitan aspek-aspek penguasaan peribahasa pelajar dan kebolehan
pelajar dalam meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul ( Lihat
Lampiran C).
Selain itu, pengkaji turut melakukan kajian kepustakaan. Bahan rujukan yang
digunakan merangkumi buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal Dewan Bahasa, tesis dan
sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah (2000) bahasa Melayu.
Populasi Dan Sampel

Sekolah yang dipilih untuk kajian tinjauan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Kem Terendak, Melaka. Sekolah ini terletak dalam sebuah kem tentera yang dikenali
sebagai Kem Terendak. Kem Terendak atau lokasinya terletak di mukim Sungai Udang
dan jarak antara Kem Terendak ke Bandar Melaka ialah 25 kilometar. Sekolah ini
mempunyai populasi pelajar tingkatan empat seramai 134 orang pelajar. Kajian ini
hanya melibatkan 40 orang sampel sahaja.

36

Dalam kajian ini, pengkaji memilih sampel secara rawak mudah. Menerusi cara ini
proses mengambil atau menggunakan sampel berlaku apabila tiap-tiap individu dalam
populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Alat Kajian

Untuk mendapatkan data, alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan ujian
bertulis.
Soal Selidik

Responden diberi satu set soal selidik. Jenis soal selidik yang digunakan oleh pengkaji
ialah soal selidik jawapan dipilih iaitu subjek dikehendaki memilih jawapan yang tepat
terhadap soalan-soalan atau rangsangan yang dikemukakan. Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu, terdiri daripada bahagian A dan bahagian B (Lihat
Lampiran B). Bahagian A terdiri daripada latar belakang pelajar manakala bahagian B
pula terdiri daripada masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa.
Ujian Peribahasa

Bagi menentukan tahap penguasaan atau kemahiran responden dalam bidang


peribahasa, ujian pencapaian digunakan. Ujian ini terdiri daripada dua set soalan yang
meliputi aspek simpulan bahasa dan perumpamaan. Soalan set pertama berkehendakkan
pelajar menjawab 30 soalan manakala set kedua 20 soalan sahaja. (Lihat Lampiran C )

37

Berdasarkan kedua-dua ujian ini, pengkaji telah memilih dua jenis butir ujian iaitu ujian
jenis jawapan dibina dan ujian jenis jawapan dipilih. Jenis butir jawapan dibina
memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan, iaitu
berbentuk subjektif. Ini merupakan soalan yang terdapat pada set pertama yang
memerlukan pelajar mengisi jawapan pada tempat kosong yang disediakan berkenaan
maksud simpulan bahasa dan perumpamaan. Manakala set yang kedua, merupakan
ujian jenis butir jawapan dipilih seperti ujian aneka pilihan yang mengkehendaki
responden memilih satu jawapan yang paling tepat. Dalam set kedua ini pelajar diuji
kebolehan mereka meletakkan peribahasa pada penggunaan ayat yang betul.
Prosedur Pengumpulan Data

Beberapa langkah diambil untuk menjalankan kajian ini:

3.5.1 : Pemilihan Tempat Kajian

Setelah tajuk kajian dikenal pasti, seterusnya pengkaji memilih sebuah sekolah yang
hendak dijadikan tempat kajian, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak,
Melaka. Surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari fakulti diberi kepada pengetua
sebagai pengesahan. (Lihat Lampiran A). Sekolah ini terletak dalam sebuah kem tentera
yang dikenali sebagai Kem Terendak dan jarak di antara Kem Terendak ke bandar
Melaka ialah 25 kilometer.

38

3.5.2 : Meminta Kebenaran

Setelah memilih sekolah, pengkaji menemui pengetua dan guru bahasa Melayu
tingkatan empat di sekolah tersebut untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasama
mereka sepanjang kajian ini dijalankan, seperti mendapatkan data tentang responden,
mentadbir soal selidik dan menjalankan ujian peribahasa ke atas mereka.
3.5.3 : Ujian Peribahasa

Kajian ini melibatkan responden menduduki ujian peribahasa. Aspek yang diuji ialah
meliputi simpulan bahasa dan perumpamaan.Ujian ini pula terbahagi kepada dua set
soalan . Ujian set pertama berbentuk ujian jenis butir jawapan dibina dan ujian kedua
pula jenis butir jawapan dipilih. Hasil ujian mereka diambil dan ditanda oleh pengkaji
sendiri.
3.5.4 : Soal Selidik

Untuk mendapatkan data bagi menggambarkan penguasaan peribahasa Melayu


responden, satu set soal selidik telah dibentuk dengan mengemukakan soalan-soalan
tertentu yang ada kaitan dengan masalah yang dikaji. Soalan yang dikemukakan
merujuk dua bahagian. Bahagian A: mengenai latar belakang pelajar manakala
bahagian B: pula merujuk masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari

39

peribahasa Melayu. Menerusi bahagian B ini pengkaji akan dapat mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari peribahasa Melayu.
Prosedur Penganalisisan Data

Data yang diperoleh daripada soal selidik dan ujian akan dianalisis untuk mendapat
maklumat tentang masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa
Melayu di kalangan pelajar dan tahap penguasaan mereka dalam peribahasa Melayu.
Selepas semua soal selidik dan ujian dikumpul, pengkaji akan menanda sendiri keduadua borang yang telah dijawab oleh responden. Pengkaji akan menganalisis data yang
diperoleh dalam bentuk peratus.
Contoh pengiraan data ialah:-

Peratus =

Jumlah x 100

Bil. Responden

40

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

Pengenalan

Bab ini merupakan laporan daripada hasil kajian tinjauan yang dilakukan ke atas 40
orang responden yang merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan
Kem Terendak, Melaka. Laporan diperlihatkan secara deskriptif dan berdasarkan hasil
ujian peribahasa yang bertujuan untuk melihat tahap penguasaan peribahasa Melayu di
kalangan pelajar tingkatan 4. Selain itu, maklumat juga diperoleh daripada maklum
balas yang diberikan oleh responden melalui soal selidik yang meliputi masalahmasalah yang dihadapi oleh responden dalam mempelajari peribahasa Melayu.
Analisis Ujian Peribahasa

Ujian peribahasa ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama berkehendakkan
pelajar mengisi ruangan kosong dengan peribahasa dan makna yang

41

sesuai. Terdapat 30 soalan yang dikemukakan manakala ujian bahagian kedua pula
soalannya berbentuk aneka pilihan sebanyak 20 soalan bertujuan untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul. Secara
keseluruhannya, markah responden dikira dalam bentuk peratus kemudian penguasaan
mereka akan dinilai mengikut gred A, B, C, D dan E.
Penguasaan Peribahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Secara
Keseluruhan
Jadual 1
Penguasaan Peribahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4
Gred
Ujian Peribahasa
Bilangan pelajar
Peratusan ( %)
(orang)
A (Cemerlang)
_
_
B (Baik)
9
22.5
C (Sederhana)
10
25.0
D (Lemah)
21
52.5
E (Sangat Lemah)
_
_
Jumlah
40
100.0
Berdasarkan jadual 1 di atas, secara keseluruhannya analisis kajian ini menunjukkan

bahawa daripada 40 orang responden yang dikaji menerusi ujian peribahasa berada pada
tahap memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan 9 orang pelajar mencapai tahap
penguasaan peribahasa mereka pada gred B (Baik) iaitu 22.5%. Manakala 10 orang lagi
berada pada gred C (Sederhana) iaitu 25.0%. Seterusnya 52.5% iaitu seramai 21 orang
responden memperoleh gred D dalam ujian peribahasa Melayu yang dijalankan.
Penguasaan peribahasa Melayu pelajar pada gred D adalah yang paling ramai ini
menunjukkan masih terdapat pelajar lemah dalam peribahasa Melayu. Hal ini kerana
pencapaian pada gred ini paling tinggi berbanding gred B dan C.

42

Kesimpulannya, tahap penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan


empat pada tahap memuaskan berdasarkan dapatan kajian melalui jadual satu serta
pengkaji merumuskan pencapaian mereka pada tahap memuaskan kerana tiada seorang
responden yang berjaya mencapai tahap cemerlang dan tiada juga responden yang
berada pada tahap sangat lemah (E).

Kebolehan Pelajar Meletakkan Peribahasa dalam Penggunaan Ayat yang Betul


Kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang betul diuji pada
ujian bahagian dua. Ujian ini mengandungi 20 soalan aneka pilihan yang meliputi aspek
simpulan bahasa dan perumpamaan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan rata-rata
pelajar boleh menjawab ujian ini.
Daripada 20 soalan yang dikemukakan hanya seorang pelajar yang menjawab 18 soalan
dengan betul (2.5%). Manakala bilangan pelajar yang hanya menjawab 10 soalan
dengan betul seramai dua orang (5.0%). Sebaliknya bilangan pelajar yang menjawab 11
hingga 15 soalan dengan betul adalah yang paling ramai. Jadi, dapatlah dirumuskan
bahawa majoriti pelajar dapat meletakkan peribahasa pada penggunaan ayat yang betul.

43

Analisis Soal Selidik

Hasil analisis data soal selidik adalah khusus untuk menjawab latar belakang pelajar dan
masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu.

Latar Belakang Pelajar

Kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar yang melibatkan dua buah kelas iaitu kelas
tingkatan 4 Sains III dan tingkatan 4 Ekonomi Asas. Latar belakang pelajar pula
bertujuan untuk melihat minat dan pandangan mereka tentang peribahasa Melayu. Latar
belakang pelajar terdiri daripada dua bahagian iaitu maklumat peribadi pelajar seperti
keputusan peperiksaan bahasa Melayu peringkat PMR (2002) dan masalah yang
dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penguasaan
pelajar dalam peribahasa bukanlah diukur berdasarkan keputusan bahasa Melayu
peringkat PMR mereka sebaliknya maklumat tersebut hanya untuk kegunaan pengkaji
sahaja.
Berdasarkan keputusan bahasa Melayu peringkat PMR kebanyakan pelajar mencapai
keputusan gred B iaitu seramai 22 orang pelajar (55.0%), pada gred C pula seramai 7
orang (17.5%) manakala 11 orang lagi memperoleh gred A. Tiada seorang pun pelajar
yang mendapat gred D & E.

44

Pada peperiksaan PMR yang lepas (2002), terdapat soalan karangan berbentuk
peribahasa daripada 5 soalan karangan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam kertas 2 bahasa Melayu Oktober 2002. Soalan tersebut berbunyi jika tidak
dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu, sering kali disebut dalam
masyarakat kita. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu (30 markah).
Melalui soal selidik, pengkaji telah mengemukakan soalan tersebut kepada pelajar untuk
mendapat maklum balas sama ada mereka memilih karangan tersebut ataupun tidak
ketika menjawab kertas 2 bahasa Melayu peringkat PMR yang lepas. Jika mereka
menjawab soalan itu mereka dikehendaki untuk memberikan maksud peribahasa itu
sebaliknya jika mereka tidak memilih karangan itu mereka diminta untuk
mengemukakan sebab-sebabnya.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan hanya 5.0%, iaitu seramai 2 orang pelajar sahaja
yang menjawab atau memilih karangan itu daripada 40 orang pelajar. Sebaliknya 95.0%
lagi iaitu seramai 38 orang pelajar tidak memilih karangan itu dengan pelbagai alasan,
iaitu tidak meminati, sukar mendapatkan isi-isi penting, tidak faham maksud peribahasa
dan memilih karangan lain yang lebih senang. Peribahasa yang dikemukakan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia jika tidak dipecah ruyung, di
mana boleh mendapat sagu membawa maksud yang berikut:
tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah
cita-cita dan maksud tidak akan tercapai jika tidak bersusah payah dahulu.

45

Berdasarkan maksud yang dinyatakan di atas sebenarnya ia membawa pengertian yang


sama, iaitu sebarang keinginan atau kehendak tidak akan diperoleh jika kita tidak mahu
bersusah payah ke arahnya. Berdasarkan maksud peribahasa yang dikemukakan oleh
dua-dua orang pelajar yang menjawab karangan itu pengkaji mendapati mereka
mengetahui maksud peribahasa tersebut. Maksud yang diberikan oleh dua orang pelajar
yang memilih karangan berbentuk peribahasa pada peringkat PMR 2002 adalah seperti
yang berikut:kita kena cuba dari bawah untuk mendapatkan hasil
kalau nakkan sesuatu kita kena berusaha

Daripada jawapan yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa mereka faham akan
maksud peribahasa itu. Faktor tersebut telah menyebabkan karangan tersebut menjadi
pilihan mereka. Sebaliknya bagi 38 orang pelajar yang tidak menjawab atau memilih
karangan jenis peribahasa mempunyai pelbagai alasan. Antara alasan tersebut adalah
berdasarkan jadual di sebelah.

46

Jadual 2
Alasan Pelajar Bagi yang Tidak Memilih Karangan Berbentuk Peribahasa
PMR 2002

Bilangan
Alasan
Bilangan pelajar
Peratus (%)
(orang)
1
susah untuk mendapatkan
15
37.5
isi-isi penting
2
tidak faham maksudnya
8
20.0
3
tidak minat karangan
9
22.5
peribahasa

4
pilih soalan lain yang lebih
6
15.0
senang dan menarik

Jumlah
38
95.0

Jadual di atas menunjukkan alasan yang diberikan oleh pelajar yang tidak memilih
karangan peribahasa untuk menjawab bahasa Melayu peringkat PMR. Beberapa faktor
yang menyebabkan mereka tidak memilih karangan peribahasa seperti yang terdapat
pada Jadual 2 di atas. Berdasarkan Jadual 2, majoriti pelajar, iaitu sebanyak 15 orang
(37.5%) tidak memilih karangan berbentuk peribahasa atas alasan kesukaran untuk
mendapatkan isi-isi penting. Ini menunjukkan bahawa mereka bukannya tidak faham
maksud peribahasa sebaliknya mereka kekurangan idea penting untuk menghasilkan
karangan tersebut.

47

Bagi pelajar yang tidak memahami maksud peribahasa itu adalah seramai 8 orang
pelajar iaitu (20.0%). Selain daripada tidak faham maksud peribahasa itu terdapat juga
seramai 9 orang pelajar iaitu (22.5%) yang tidak meminati karangan peribahasa. 6 orang
lagi pelajar iaitu (15.0%) telah memberikan alasan yang mereka memilih soalan lain
yang lebih senang dan menarik. Kenyataan mereka terhadap soalan lain yang lebih
senang dan menarik menggambarkan bahawa peribahasa itu adalah susah dan tidak
menarik.
Selain itu, menerusi soal selidik ini juga pengkaji dapat mengenal pasti bilangan pelajar
yang mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah. Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan pelajar memiliki kamus peribahasa sendiri dirumah iaitu sebanyak 25 orang
pelajar daripada 40 orang (62.5%). Manakala seramai 15 orang lagi (37.5%), tidak
mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah. Dapatan daripada soal selidik ini
memperlihatkan pelajar menyedari kegunaan kamus peribahasa sebagai sumber untuk
merujuk makna peribahasa yang tidak difahami.
Kesedaran peribahasa Melayu sebagai warisan Melayu yang perlu dipertahankan oleh
generasi kini menunjukkan kesedaran yang amat memberangsangkan. Ini kerana
daripada dapatan kajian, 100.0% pelajar mengatakan ia perlu dipertahankan oleh
generasi kini walaupun pada dasarnya terdapat 6 orang pelajar yang mengatakan
bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari peribahasa Melayu.

48

Melalui soal selidik ini pengkaji turut meminta mereka memberikan alasan bagi
jawapan ya dan tidak. Keseluruhan pelajar yang mengatakan peribahasa perlu
dipertahankan memberikan sebab yang sama iaitu peribahasa merupakan warisan nenek
moyang yang perlu dipertahankan. Selain itu, melalui peribahasa pengajaran dan teladan
dapat diperoleh.
Pengkaji sangat bersetuju dengan kesemua alasan yang diberikan oleh mereka dan
berharap daripada kesedaran itu para pelajar akan cuba menghargai dan menghayati
keistimewaan peribahasa walaupun dikatakan peribahasa ketinggalan zaman ekoran
kemajuan sains dan teknologi.

49

Masalah yang Mempengaruhi Penguasaan Peribahasa Melayu di Kalangan


Pelajar
Jadual 3
Masalah-masalah yang Dihadapi dalam Mempelajari Peribahasa Melayu

Bil
Perkara
Kategori

Ya
Tidak

Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
Pelajar
(%)

Pelajar
(%)
(orang)
(orang)
1
Minat mempelajari peribahasa
34
85.0
6
15.0
Melayu

2
Peribahasa Melayu sukar diingat
19
47.5
21
52.5
atau dihafal

3
Peribahasa merumitkan kerana
29

72.5
11
27.5
banyak makna dan kebanyakan

maknanya tersirat dan sukar

difahami

4
Kekerapan guru memberi latihan
19
47.5
21
52.5
karangan berbentuk peribahasa

Secara keseluruhan Jadual 3 menunjukkan bahawa masalah-masalah dalam mempelajari


peribahasa yang dapat dikenal pasti oleh pengkaji. Antara masalah tersebut termasuklah
sikap pelajar sendiri, kesukaran mengingat peribahasa Melayu dan kekerapan latihan
karangan berbentuk peribahasa yang diberikan oleh guru.

50

Berdasarkan jadual, sikap pelajar terhadap peribahasa adalah positif. Ini kerana
kebanyakan pelajar berminat untuk mempelajari peribahasa Melayu iaitu sebanyak 34
orang (85.0%), sebaliknya hanya 6 orang sahaja (15.0%) yang tidak berminat untuk
mempelajari peribahasa Melayu. Kesimpulannya, daripada soal selidik ini, sikap tidak
menjadi masalah utama kerana rata-rata mereka mempunyai minat mempelajari
peribahasa Melayu.
Oleh kerana sebilangan besar pelajar mempunyai minat mempelajari peribahasa Melayu
jadi hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 21 orang pelajar tidak menjadikan
kesukaran mengingat atau menghafal peribahasa Melayu sebagai satu masalah.
Sebaliknya hanya 19 orang (47.5%) sahaja mengatakan peribahasa Melayu
menyukarkan atau sukar dihafal.
Walau bagaimanapun, peratusan itu menunjukkan pelajar bermasalah untuk mengingati
peribahasa. Hal ini disebabkan sifat peribahasa itu sendiri yang mempunyai makna yang
pelbagai dan tafsiran yang berbeza mengikut situasi dan suasana sesuatu peribahasa itu
digunakan.
Masalah mempelajari peribahasa yang turut dikenal pasti oleh pengkaji melalui soal
selidik ini ialah sifat peribahasa itu sendiri yang dianggap rumit kerana mempunyai
banyak makna dan kebanyakan maknanya tersirat serta sukar difahami. Dapatan kajian
menunjukkan peratusan pelajar yang mengatakan peribahasa Melayu rumit adalah tinggi
iaitu sebanyak 29 orang (72.5%) manakala pelajar yang mengatakan peribahasa Melayu
tidak merumitkan adalah 11 orang ( 27.5%).

51

Kekerapan guru memberi latihan karangan berbentuk peribahasa juga merupakan antara
masalah yang dikenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
mempelajari peribahasa Melayu. Guru memainkan peranan yang penting dalam
menggalakkan minat pelajar bukan sahaja dalam penulisan karangan berbentuk
peribahasa malah penggunaan peribahasa yang berterusan di samping melaksanakan
proses p&p yang berkesan.

Dapatan kajian memperlihatkan guru-guru masih menitikberatkan pengajaran karangan


berbentuk peribahasa apabila terdapat pelajar mengatakan guru mereka kerap memberi
latihan karangan berbentuk peribahasa iaitu sebanyak 19 orang pelajar (47.5%). Pelajar
selebihnya 21 orang lagi mengatakan guru tidak memberi latihan karangan berbentuk
peribahasa (52.5%).

Merujuk kepada soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji hanya 4 masalah utama
yang dapat dikenal pasti seperti masalah yang telah dikemukakan oleh pengkaji.
Pengkaji turut memberi ruang kepada pelajar untuk menyatakan sebarang masalah lain
yang dihadapi oleh mereka.

52

Antara masalah yang dinyatakan oleh mereka ialah kesukaran untuk memahami maksud
peribahasa walaupun mempunyai minat untuk mempelajarinya. Kenyataan pelajar
terhadap masalah tersebut dapat pengkaji simpulkan bahawa masalah utama mereka
dalam mempelajari peribahasa Melayu ialah sifat peribahasa Melayu itu sendiri seperti
kesukaran mengingat makna peribahasa. Justeru itu, guru melaksanakan proses (p&p)
yang berkesan supaya kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan terhadap peribahasa
Melayu.

53

BAB V

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan

Bab ini meliputi ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian dan cadangan untuk
kajian lanjutan. Dalam bahagian rumusan kajian, dijelaskan semula tujuan kajian yang
meliputi sampel kajian, alat kajian dan pengumpulan serta pemprosesan data. Dalam
perbincangan pula akan dibincangkan dapatan kajian berasaskan analisis data. Akhir
sekali dibincangkan cadangan selanjutnya.
Rumusan Kajian

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan data bagi melihat tahap penguasaan
peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4. Kajian ini juga dibuat untuk melihat
kebolehan pelajar meletakkan penggunaan peribahasa dalam penggunaan

54

ayat yang betul. Perlu juga diketahui masalah-masalah yang dihadapi semasa mereka
mempelajari peribahasa Melayu.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji memilih kajian tinjauan dengan menggunakan
2 set alat ujian dan 1 set soal selidik. Kedua-dua alat ini dilaksanakan oleh pengkaji
sendiri dengan bantuan seorang guru penyelaras bahasa Melayu ke atas 40 orang pelajar
yang terdiri daripada 2 buah kelas tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem
Terendak, Melaka. Dapatan yang dikumpul daripada alat kajian yang digunakan telah
dianalisis oleh pengkaji dengan melihat tahap penguasaan peribahasa Melayu di
kalangan mereka melalui markah diperolehsecara keseluruhan dalam bentuk peratusan.
Kemudian pencapaian tersebut akan dinilai mengikut gred A,B,C,D dan E.
Kesimpulan dapatan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa penguasaan peribahasa
Melayu oleh pelajar tingkatan 4 SMKKT adalah seperti yang berikut:-Daripada 50
soalan peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa dan perumpamaan, didapati
bahawa tahap penguasan secara keseluruhan yang dicapai oleh mereka ialah pada tahap
yang memuaskan. Berdasarkan daripada pencapaian mereka di dalam ujian yang
diberikan, seramai 9 orang pelajar (22.5%) mencapai gred B, 10 orang (25.0%) gred C
dan 21 orang lagi (52.5%) berada pada gred D. Ini bererti hasil ujian menunjukkan tiada
pelajar yang sangat menguasai peribahasa Melayu dan tiada juga pelajar yang tidak
mengetahui langsung peribahasa.
Merujuk kepada kebolehan pelajar meletakkan peribahasa Melayu dalam penggunaan
ayat yang betul mendapati tiada seorang pelajar yang memperoleh markah

55

penuh iaitu sebanyak 20. Sebaliknya, seorang sahaja yang memperoleh pencapaian
tertinggi adalah sebanyak 18 daripada 20 soalan yang dikemukakan. Pelajar yang
menjawab 11 hingga 15 soalan dengan betul adalah yang paling ramai. Ini menunjukkan
bahawa keseluruhan pelajar boleh menjawab dan meletakkan peribahasa Melayu
mengikut suasana yang sesuai pada tempatnya. Hal ini dibuktikan lagi apabila hanya 2
orang pelajar yang mampu menjawab 10 atau kurang daripada 10 soalan dengan betul.
Daripada hasil kajian juga memperlihatkan bahawa semua masalah yang dikemukakan
oleh pengkaji mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar
tingkatan 4. faktor-faktor tersebut ialah faktor sikap pelajar, kesukaran untuk memahami
maksud peribahasa dan kekerapan latihan yang diberikan oleh guru.

Perbincangan
Dapatan kajian melalui soal selidik didapati keseluruhan pelajar mempunyai sikap yang
positif terhadap pemelajaran peribahasa Melayu. Iaitu seramai 34 orang pelajar
mengatakan minat (55.0%) manakala hanya 6 orang (15.0%) mengatakan tidak minat
mempelajari peribahasa Melayu. Walau bagaimanapun, berdasarkan tindak balas yang
diberikan oleh pelajar berkaitan minat mempelajari peribahasa Melayu tidak boleh
dijadikan ukuran sepenuhnya kerana walaupun mereka meminati peribahasa tetapi pada
peperiksaan PMR yang lepas hanya 2 orang sahaja yang memilih karangan berbentuk
peribahasa. Justeru itu, fenomena ini berkaitan dengan sikap pelajar itu sendiri terhadap
peribahasa.

56

Berdasarkan pendapat Asmah Hj. Omar (1998:107) berkenaan definisi sikap beliau
melihat sikap sebagai gejala mental yang menggambarkan keadaan minda individu
seterusnya beliau mengatakan bahawa sikap positif melahirkan bersama-sama fikiran
yang positif. Sikap positif selalunya menghasilkan kesan yang positif.
Oleh itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar jelas
memperlihatkan pelajar tingkatan 4 ini mempunyai sikap positif terhadap pemelajaran
peribahasa tetapi kesannya tidak menggambarkan keadaan minda individu sebenar
pelajar kerana hanya 2 orang pelajar memilih karangan peribahasa. Serta maklum balas
daripada pelajar mengatakan karangan itu tidak menjadi pilihan kerana beberapa
masalah seperti susah mendapatkan isi-isi penting, susah dan terdapat karangan yang
lebih senang serta menarik.
Walau bagaimanapun, kesan daripada ujian yang diberikan menunjukkan kesan yang
positif tetapi guru harus lebih peka terhadap masalah utama pembelajaran peribahasa
pelajar supaya mereka terus menghayati dan menghargai peribahasa.
Selain itu, pengkaji juga melihat bahawa peribahasa Melayu masih berada di hati
pelajar. Kenyataan ini dapat dikenal pasti oleh pengkaji melalui soal selidik berkaitan
sama ada pelajar memiliki kamus peribahasa sendiri di rumah serta mereka dikehendaki
memberikan alasan bagi jawapan ya dan tidak berkaitan dengan kenyataan
peribahasa perlu dipertahankan. Daripada 40 orang pelajar seramai 25 orang (62.5%)
mempunyai kamus peribahasa sendiri di rumah manakala selebihnya sebanyak 15 orang
(37.5%) tidak memiliki kamus itu. Jadi, ia menunjukkan mereka mempunyai

57

minat terhadap peribahasa dan menyedari penggunaan kamus itu apabila ingin merujuk
sebarang makna peribahasa yang tidak difahami.
Dalam pada itu, kesedaran pelajar terhadap kepentingan peribahasa sebagai warisan
bangsa Melayu yang perlu dipertahankan adalah membanggakan. Ini kerana 100.0%
pelajar mengatakan bahawa peribahasa Melayu perlu dipertahankan. Ketiga-tiga dapatan
kajian ini membuktikan bahawa walaupun pelajar kini hidup dalam era sains dan
teknologi serta lebih selesa dengan bahasa yang dianggap moden tetapi mereka tidak
menafikan kepentingan peribahasa Melayu sebagai warisan yang perlu dipertahankan.
Walau bagaimanapun, untuk memupuk minat pelajar terhadap peribahasa Melayu ini
para guru bahasa Melayu harus memainkan peranan penting. Kelemahan guru dalam
pengajaran peribahasa di sekolah adalah berpusat kepada guru iaitu guru memberikan
penjelasan tentang maksud peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat
secara pasif sebagai penerima maklumat.
Selain itu, guru yang kurang memberi latihan kepada pelajar turut menjadi masalah
untuk pelajar mempelajari peribahasa Melayu. Fenomena ini dapat dijelaskan
berdasarkan bilangan pelajar yang memilih karangan peribahasa untuk menjawab
bahasa Melayu kertas 2 peperiksaan PMR yang lepas. Berdasarkan alasan yang
dikemukakan oleh mereka menunjukkan majoroti daripada mereka tidak berkeyakinan
untuk menjawab soalan tersebut. Oleh itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah (p&p)
peribahasa di sekolah perlu dipertingkatkan.

58

Selain itu, cara penghafalan atau pendekatan tradisional harus diubah sebaliknya
pendekatan kontekstual serta teknik-teknik pengajaran yang berkesan perlu diterapkan
dalam pengajaran bahasa Melayu. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Mohd Tajudin
Abdul Rahman (1999: 498) terdapat satu alihan paradigma dalam proses pengajaran dan
pemelajaran peribahasa dan simpulan bahasa.
Jika dahulu, peribahasa dan simpulan bahasa dihafal bersama-sama maknanya semasa
proses (p&p), pendekatan sekarang bukanlah begitu lagi. Tambahan beliau ia bukan
untuk dihafal tetapi untuk digunakan dengan sekerap mungkin dan harus digabung
jalinkan dalam berbagai situasi. Oleh itu, kesannya sudah tentu pelajar tidak akan
menemui sebarang masalah apabila menggunakan peribahasa dalam pelbagai konteks
sama ada dalam penulisan mahupun lisan.
Tidak dinafikan bahawa hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam
mempelajari peribahasa Melayu berpunca daripada aspek peribahasa itu sendiri seperti
kesukaran memahami makna peribahasa. Selain daripada sikap pelajar dan kekerapan
guru memberi latihan karangan berbentuk peribahasa. Berdasarkan pengalaman
pengkaji mentadbir ujian mereka, respon yang diberikan selepas ujian ialah peribahasa
Melayu susah. Masalah yang dapat dikenal pasti ialah peribahasa Melayu sukar diingat
atau dihafal serta ia merumitkan kerana ada banyak maknanya yang tersirat dan sukar
difahami.

59

Kesulitan untuk mengingat dan menghafal peribahasa turut diperakui oleh Ishak Ramly
(1990:283) iaitu bagi sesetengah orang, oleh sebab peribahasa itu berbentuk tetap dan
menuntut kemahiran hafalan pula maka penggunaannya agak sulit. Selain itu, pelbagai
makna dalam sesuatu peribahasa sehinga bukan mudah dan perlu memahaminya dengan
mendalam agar tidak tersilap penggunaannya. Oleh itu, seperti mana yang disyorkan ke
atas guru bahasa Melayu oleh Koh Boh Boon, guru boleh memilih beberapa peribahasa
yang berkisar satu tema atau tajuk umpamanya, perangai orang yang pandai seperti
yang berikut:
diam-diam ubi berisi
air tenang, jangan disangka tiada buaya
seperti padi, makin berisi makin tunduk
seperti harimau menyembunyikan kuku
jauhari juga yang mengenal manikam.

Selain itu, guru juga boleh memilih beberapa peribahasa yang hampir sama ertinya
untuk perbincangan dengan pelajar. Contohnya menggunakan peribahasa seperti yang
berikut:
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Menurut Rahman Shaari (1993:98) untuk menggunakan peribahasa dengan baik,


seseorang hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat serta

60

konteks peribahasa itu diperlukan. Menurut beliau lagi, perhatian terhadap konteks ayat
di dalam wacana perlu supaya dapat menggunakan peribahasa dengan berkesan.
Berdasarkan kajian, pengkaji dapat menguji kebolehan pelajar meletakkan peribahasa
pada konteksnya.
Kepentingan menggunakan peribahasa dengan berkesan turut diperkatakan oleh Mohd
Tajuddin Bin Hj.Abdul Rahman (1984:111) iaitu seseorang yang dapat menggunakan
peribahasa di tempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan mahupun dalam tulisan
akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.
Penggunaan yang tepat juga dapat menjelaskan lagi sesuatu maksud yang hendak
diperkatakan.
Berhubung dengan kepentingan penggunaan peribahasa yang berkesan telah mendorong
pengkaji melihat kebolehan pelajar meletakkan peribahasa dalam penggunaan ayat yang
betul melalui ujian aneka pilihan. Hasilnya menunjukkan daripada 20 soalan hanya
seorang pelajar yang menjawab 18 soalan dengan betul manakala bilangan pelajar yang
hanya menjawab 10 soalan dengan betul seramai 2 orang. Ini menggambarkan
keseluruhan pelajar berupaya dalam penggunaan peribahasa dengan cara yang betul.

Walau bagaimanapun, penguasaan peribahasa Melayu pelajar masih belum berada pada
tahap yang membanggakan tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi. Di samping sikap
pelajar, guru turut berperanan penting dalam meningkatkan (p&p)

61

peribahasa serta tidak mengabaikan penggabungjalinan peribahasa dengan kemahiran


berbahasa yang lain. Selain itu, corak pengajaran peribahasa juga bukan sekadar
menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas
dalam kehidupan pelajar.
Justeru itu, pendekatan pengajaran peribahasa Melayu yang disarankan oleh Koh Boh
Boon (1989:150) boleh diaplikasikan oleh para guru. Beliau berpendapat bahawa tugas
utama guru bahasa Melayu adalah membimbing pelajar-pelajarnya memahami makna
yang tersurat dan menyelami makna yang tersirat dengan membantu mereka mengamati
perhubungan di antara benda-benda yang dibandingkan, menyimpulkan erti simbolik
yang hendak disampaikan dan menilai ketepatan perumpamaan dalam konteks
berkenaan. Pendekatan ini dinamakan pendekatan kontekstual.

Cadangan Kajian Lanjut

Kajian yang telah dijalankan ini hanya memberi pengetahuan secara keseluruhan
penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4. Ia hanya merangkumi
dua jenis peribahasa sahaja iaitu simpulan bahasa dan perumpamaan tetapi tidak
menggambarkan penguasaan peribahasa secara keseluruhan jenis peribahasa seperti
yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seperti pepatah, bidalan,
perbilangan, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan yang telah termaktub di dalam
Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, banyak penyelidikan yang berhubung dengan analisis

62

ujian dan soal selidik ini boleh dibuat sebagai lanjutan kajian ini. Oleh itu, cadangan
kajian pada masa akan datang adalah seperti yang berikut:-

Pengkaji mencadangkan kajian dilaksanakan terhadap penguasaan peribahasa Melayu


meliputi semua jenis peribahasa yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan.
Contohnya pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan.
Memandangkan maklumat yang diperoleh berdasarkan borang soal selidik berkaitan
bilangan pelajar yang memilih karangan peribahasa peperiksaan PMR yang lepas yang
tidak membanggakan maka kajian penulisan karangan berbentuk peribahasa untuk
melihat ketepatan maksud serta isi-isi yang diberikan berdasarkan penggunaan konteks
yang tepat perlu dijalankan. Menerusi ujian karangan berbentuk peribahasa tersebut
dapat dikenal pasti kelemahan pelajar dalam penulisan karangan berbentuk peribahasa.
Pengkaji mencadangkan kajian pada masa akan datang melihat benarkah peribahasa
Melayu ada yang bernilai negatif ?. Salah satu contoh peribahasa yang dianggap
membawa nilai yang negatif ialah rezeki secupak tidak akan menjadi segantang. Hal
ini ekoran daripada kenyataan yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu
mengatakan bahawa pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan
hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni dalam masyarakat
Malaysia. Kenyataan ini telah

63

menimbulkan tanggapan bahawa kita memiliki sejumlah peribahasa yang mempunyai


nilai negatif dalam kehidupan.

Kesimpulan
Peribahasa Melayu adalah warisan yang perlu dipertahankan. Oleh itu, sebagai warisan
ia bukan sahaja perlu dikekalkan bahkan dipelihara dan diperluaskan penggunaannya di
kalangan anak didik. Pelajar amnya masyarakat khasnya harus menghayati keindahan
dan kehalusan peribahasa Melayu sebagai warisan kebudayaan Melayu. Penggunaan
peribahasa Melayu perlu diperluaskan supaya peribahasa tidak lenyap dan dilupai begitu
sahaja oleh generasi masa kini. Pengguna bahasa Melayu perlu menyedari bahawa
memahami peribahasa bererti mengenal diri dan budaya sendiri. Jadi melalui
pendidikan, pelajar sekolah perlu diperkenalkan unsur-unsur falsafah pemikiran
masyarakatnya melalui peribahasa, supaya asas pertumbuhan daya fikirnya berteraskan
budaya masyarakat atau bangsanya sendiri walaupun kini merupakan zaman atom.

64

SENARAI RUJUKAN
Buku
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Peribahasa Nilai-nilai Murni KBSM. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hussain (1975). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmad (1990). Siri Bunga Rampai Kebudayaan Malaysia Budaya Bahasa (I) Puisi.
Kuala Lumpur : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
Hj. Yahya Hj. Samah, Hj. Amir Hamzah Shamsudin & Hj. Zainal Mokhtar (1992).
Cerita Perumpaan . Kuala Lumpur : Kintan Sdn. Bhd.
Hashim B. Musa (1994). Falsafah Bahasa Melayu Beberapa Aspek Kajian. Universiti
Malaya : DJ Gemilang Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz ( 1997). Siri Pendidikan Perguruan
Pengajian Melayu 3: Komunikasi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahmad (1984). Peribahasa Dalam Penggunaan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
_____________________(2001). Kamus Peribahasa Melayu Untuk Pelajar. Selangor
Darul Ehsan: Laser Press Sdn. Bhd.
Rahman Shaari (1993). Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rejab F.I, Ronifira Rejab & Fatimah Taha (1994). Cerita Peribahasa (Simpulan
Bahasa). Kuala Lumpur : Kintan Sdn. Bhd.
Sazali Mat Abu (1993). Peribahasa Makna Dan Penggunaannya. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Bin Ahmad (Zaba) (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

65

Jurnal
Daniel Jebon Janaun (2001). Keindahan Bahasa Dalam Peribahasa Melayu dlm.
Dewan Bahasa. 1 (6) : 27-33
Goh Suzie (1998). Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah dlm. Dewan
Bahasa. 42 (2) : 100-114.
H. Ahmad Samin Seregar (2002). Nilai -nilai Budaya Di Dalam Peribahasa Melayu
Serdang dlm. Dewan Bahasa. 2 (1) : 36-43
Ishak Ramly & Goh Ong Sing (1990). Menilai Perkembangan Peribahasa Melayu
dlm. Dewan Bahasa. 34 (4) : 283-291
Ismail Bin Salleh (1990). Penggolongan Peribahasa & Simpulan Bahasa Serta
Hubungannya Dengan Peribahasa Dan Pemelajaran Bahasa Malaysia dlm. Dewan
Bahasa. 34 ( 6 ): l402-408
Mohamad Shaidan (2002). Peribahasa Gaya Yang Bersifat Statik dlm. Dewan Bahasa
14 ( 4 ) : 42-43
Mohd Tajudin Abdul Rahmad (1999). Pengajaran-Pemelajaran Peribahasa & Simpulan
Bahasa- Asas-Asas Pertimbangan dlm. Dewan Bahasa. 43 ( 6 ) : 495-511

Saidatul Nornis Hj. Mahani (2001). Peribahasa Melayu & Cina: Serupa Tapi Berbeza
dlm. Dewan Bahasa. 1 ( 6 ) : 27-33

66

Tesis
Hairunnazirah Binti Manap (2001). Penggunaan bahan simpulan bahasa dalam buku
teks bahasa Malaysia. Tesis Sarjanamuda Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Mat Kamal B. Abd. Majid (1991). Penguasaan simpulan bahasa di kalangan pelajar
tingkatan 3 Sekolah Menengah Sg Pelek, Selangor Darul Ehsan satu tinjauan. Kursus
Perguruan Khas Bahasa Melayu Lanjutan, Istitut Bahasa, Kuala Lumpur.
M. Khalid B. Shaari (1991). Pelaksanaan penggabungjalinan aspek simpulan bahasa
dalam proses pengajaran & pembelajaran bahasa Malaysia tingkatan 2 di sekolah
menengah Dato Ahmad, Lenggong Perak satu kajian, Kursus Perguruan Khas, Institut
Bahasa, Kuala Lumpur.

Dokumen Kerajaan Tanpa Pengarang


Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet
Hashim A. Aziz. Peribahasa Melayu & Peranannya. http:
//www.moe.edu.sg/schools/Yje/departments/LANGDEPT/Malay/peribahasa.ht ml
Muhammad Ariff Ahmad. Bicara bahasa: Perihal Menggari Peribahasa.
http://www.bahasawan. Org/isian/peribahasa. htm

67

LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan: Sila isi jawapan dan tandakan ( ) pada kotak yang disediakan. 1. Jantina
Lelaki
Perempuan

Tingkatan: ______________
Keputusan: _______________
Pada peperiksaan PMR yang lepas (2002), terdapat soalan karangan berbentuk
peribahasa yang bertajuk:
Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu, sering kali disebut
dalam masyarakat kita.
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu.
Berdasarkan kenyataan di atas, adakah anda memilih karangan tersebut ketika
menjawab soalan peperiksaan yang lepas.
Ya

Tidak

Jika Ya: Berikan maksud peribahasa itu :______________________________


Jika Tidak: Berikan alasan anda:_______________________________________
5. Adakah anda memiliki kamus peribahasa sendiri di rumah.
Ya

Tidak

68

6. Peribahasa Melayu adalah warisan yang perlu dipertahankan oleh generasi masa kini
Ya

Tidak

Jika Ya/ Tidak:


Nyatakan alasan anda:__________________________
Bahagian B: Masalah yang anda hadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu
1. Adakah anda meminati mempelajari peribahasa Melayu
Ya

Tidak

2. Peribahasa Melayu sukar untuk diingat atau dihafal


Ya

Tidak

Peribahasa merumitkan kerana ada banyak makna dan kebanyakan maknanya tersirat
dan sukar difahami.
Ya

Tidak

4. Adakah guru anda kerap memberi latihan karangan berbentuk peribahasa


Ya

Tidak

Lain-lain masalah, Nyatakan:_________________________________________


_________________________________________

69

LAMPIRAN C
UJIAN PERIBAHASA
ARAHAN:
UJIAN INI TERDIRI DARIPADA DUA BAHAGIAN, IAITU BAHAGIAN A
DAN B. BAHAGIAN A TERDIRI DARIPADA UJIAN PERIBAHASA YANG
MEMERLUKAN ANDA MENGISI RUANGAN KOSONG DENGAN
PERIBAHASA DAN MAKNA YANG SESUAI MELIPUTI SIMPULAN
BAHASA DAN PERUMPAMAAN MANAKALA BAHAGIAN B PULA
MERUPAKAN PERIBAHASA DALAM PENGGUNAAN. ANDA
DIKEHENDAKI MEMILIH JAWAPAN YANG TEPAT.

SELAMAT MENJAWAB.

Ujian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan


peribahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4. Pastikan anda menjawab
semua soalan yang dikemukakan secara jujur dan ikhlas kerana jawapan anda
adalah sulit dan digunakan semata-mata untuk penulisan tesis.

KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI

70

BAHAGIAN A
Arahan: Isi ruangan kosong dengan peribahasa dan makna yang sesuai
Bil
Simpulan Bahasa
Makna

1.
Otak cair

2.
Buah fikiran

3.
Kutu embun

4.
Tangan terbuka

5.
Bunga dedap

6.
Lampu hijau

7.
Berkecuali, tidak menyebelahi mana-mana

pihak

8.
Banggunan yang sangat tinggi

9.
Melagakan-lagakan orang supaya
bergaduh dan berpecah-belah

10.
Orang yang melarikan diri sekuat hati
kerana ketakutan

11.
Zaman yang penuh dengan kemajuan

12.
Perkara yang menjadi percakapan orang
ramai

13.
Budak-budak yang nakal /jahat

14.

Orang yang degil

15.
Maruah, moral

71

Bil
Perumpamaan
Makna

1.
Seperti aur dengan tebing

2.
Seperti Belanda meminta tanah

3.
Seperti isi dengan kuku

4.
Seperti kacang lupakan kulit

5.
Seperti menatang minyak yang
penuh

6.
Seperti membilang bintang di
langit

7.
Orang tamak selalu rugi

8.
Perasaan seseorang yang sangat sedih
kerana kehilangan sesuatu yang disayangi

9.
Mementingkan atau melepaskan diri
sendiri sahaja

10.
Orang yang tidak tahu menilai dan
menghargai kecantikan dan keindahan

11.
Percubaan menegakkan sesuatu yang
salah sebagai sesuatu yang benar

12.
Keseronokan seseorang kerana mendapat
sesuatu yang sangat-sangat diharapkan

13.
Orang yang sentiasa menunggu disuruh
baharu hendak membuat kerja

14.
Sentiasa merendah diri dan tidak mahu
menunjukkan kuasa

15.
Pasangan yang sama cantik dan sama
padan

72

BAHAGIAN B
Arahan: Sila pilih jawapan yang tepat berdasarkan peribahasa dalam penggunaan ayat
yang betul.
I) SIMPULAN BAHASA
1. Ikmal suka mengganggu orang hinggakan dia digelar _________ di kalangan kawankawannya.

A.
Abu Jahal
C.
Abu Nawas
B.
Abu Dajal
D.
Abu Lahab
2. Rafie pernah bertegang leher dengan pengawas sekolah tentang disiplin dan dia juga
dikenali sebagai __________ kerana dia telah menghasut beberapa pelajar lain untuk
menentang pengawas sekolah.
A.
batu api
C.
ikat perut
B.
alas perut
D.
membanting tulang
Keluarga Rahim miskin. Adakalanya mereka terpaksa _________ kerana ayah Rahim
berjimat untuk membayar sewa rumah dan membeli buku-buku pelajaran adik-adiknya.
A.
keluar keringat
C.
ikat perut
B.
alas perut
D.
membanting tulang
4. Maria amat cepat menangkap pengajaran guru-gurunya, berbanding adiknya Mariana
yang sering gagal dalam peperiksaan kerana dia ______________

A.
panjang akal
C.
banyak akal
B.
otak udang
D.
akal kancil

73

5. Hafis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan ____________ kerana dia didakwa


menerima wang sogokan daripada tauke lombong.
A.
beri suap
C.
mata duitan
B.
pecah amanah
D.
makan suap
6. Pak Wahid menasihati anaknya supaya jangan bersikap __________ kerana jika
bersikap demikian nanti orang akan membenci kita.
A.
besar mulut
C.
besar diri
B.
lurus hati
D.
jiwa besar
7. Guru sering menasihati murid-muridnya supaya belajar bersungguh-sungguh hingga
berjaya kerana pelajaran adalah __________. Tanpa pelajaran seseorang insan itu tidak
akan berguna kerana pelajaranlah yang akan menentukan masa depan seseorang.
A.
kemudi hidup
C.
harta pusaka
B.
gergaji mata dua
D.
membawa nasib
Sudah seminggu Ina dan Ani tak bertegur sapa. kita perlu cari _______ untuk
menyelesaikan perbalahan mereka. Kata Ayu kepada Ros. Kemudian Ros mencelah .
tapi siapa ??.
A.
buah fikiran
C.
orang tengah
B.
bulat suara
D.
bulat fikiran

74

Bob adalah _________ pasukan bola sepak sekolahnya. Sebab itulah dia disayangi oleh
guru-guru dan rakan-rakan di sekolahnya.
A.
kaki bola
C.
kaki bangku
B.
ayam tambatan
D.
ayam jalak
Pian merupakan pelajar yang sangat nakal di dalam kelas 4 B. Itulah jadinya kalau ibu
bapanya _____________ sangat kepadanya apa lagi naik kepalalah dia.
A.
berat sebelah
C.
kaki bangku
B.
cepat tangan
D.
beri muka

II) PERUMPAMAAN
1. Yus merupakan seorang anak yang manja, setelah kedua orang tuanya meninggal
dunia, kehidupannya ________________
A.
seperti anak ayam kehilangan ibu
C.
seperti kacang lupakan kulit
B.
seperti anjing dengan kucing
D.
seperti pelita membakar diri

untuk menerangi orang lain


2. Ali sedang memanjat pokok rambai, sebaik sahaja dia sampai ke atas, tiba-tiba dia
terdengar suara ibunya bertempik seperti ____________ . Oleh kerana terperanjat dan
takut dia segera melurut turun ke bawah.
A.

seperti harimau beranak dua


C.
seperti ular kena palu
B.
seperti halilintar membelah bumi
D.
seperti kucing dibawa lidi

75

3. Ros dan Izan asyik berbual-bual semasa cikgu Yana sedang mengajar. Apabila disoal
kedua-duanya _____________ saja.
A.
seperti kerbau dicucuk hidung
C.
seperti ayam berak kapur
B.
seperti kucing biang
D.
seperti cicak makan kapur
Amboi merdu sungguh suara Lin mengaji Quran. Kata orang suaranya merdu
_________________.
A.
seperti buluh perindu
C.
seperti bunyi gong pecah
B.
seperti gagak bersuara murai
D.
seperti murai dicabut ekor
Menghisap rokok adalah amalan orang yang tidak sayang kepada diri sendiri. En. Bakar
selalu menasihatkan anak-anaknya supaya berhenti menghisap rokok tetapi sikapnya itu
samalah ______________ jika dia sendiri menjadi penagih rokok selama berpuluh
tahun.
A.
seperti pahat dengan penukul
C.
seperti kura-kura hendak

memanjat pokok kayu


B.
seperti ketam mengajar anaknya
D.
seperti hendak meluruskan
berjalan lurus
ekor beruk
6. Mary memang _____________ kerana sudah ramai lelaki yang menjadi korban
kekejamannya yang suka mengikis harta dan wang mangsanya.

A.
seperti gadis sudah berlaki
C.
seperti anjing

menggonggong tulang
B.
seperti pisau cukur
D.
seperti gagak

menggonggong telur

76

Telinga Bidin memang _____________. Dia dapat mendengar percakapan orang


walaupun mereka bercakap dengan suara berbisik.
A.
seperti telinga kuali
C.
seperti telinga lintah
B.
seperti buluh perindu
D.
seperti pacat kenyang
Makcik Limah sering menceritakan kejahatan dan tabiat malas anaknya kepada orang
lain. Perbuatannya itu samalah ________________.
seperti menatang minyak yang penuh
seperti membuka pekung di dada
seperti gunting makan di hujung
seperti lebah, mulut bawa madu, ekor bawa sengat
Kasih Zaiton kepada Zainal hanyalah ___________ kerana pada saat-saat dia berjauhan
dengan kekasihnya itu, dia tak pernah mengingati Zainal kerana baginya pelajaran lebih
penting daripada segala-galanya.
A.
seperti si mandul baru beranak
C.
seperti pungguk rindukan
bulan
B.
seperti kucing di atas tembok
D.
seperti embun di hujung

rumput
10. Hubungan teruna dara yang dianggap ____________ itu mestilah dikawal
kebebasan di antara mereka supaya perkara yang tidak diingini tak akan berlaku.
A.

seperti pinang dibelah dua


C.
seperti bunga dedap, sedap

dipakai layu dibuang


B.
seperti kucing dengan panggang
D.
seperti aur dengan tebing

77

Anda mungkin juga menyukai