Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
1. PENGENALAN : ILMU TAJWID

1.1 Definisi Ilmu Tajwid

1.2 Matlamat ilmu Tajwid

1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid

1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid

1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid

1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid

2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah

2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah

10

2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah

11

2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah

11

Dapat Menarik Minat Pelajar Mempelajari


Al-Quran.
2.5 Tiga Jenis Kaedah Bertalaqqi ()
3. LANGKAH/CARA KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

13
14

MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN


DI KALANGAN PELAJAR
3.1 Objektif Talaqqi Musyafahah

14

3.2 Langkah-langkah menjalankan Talaqqi Musyafahah

15

dalam p&p al-Quran


3.3 Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah :

15

3.4 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran

15

(Kaedah Talaqqi Musyafahah digunakan oleh guru)


4. MASALAH PEMBELAJARAN KETIKA

16

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TILAWAH


AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI
MUSYAFAHAH
6. RUMUSAN

17

BIBILIOGRAFI

18

PENDAHULUAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT tugasan HBQE2103 Al-Tajwid ini
dapat diselesaikan dan boleh menjadi

rujukan tambahan buat para

pendidik yang dikasihi Allah SWT sekalian.


Tugasan ini menghuraikan tentang Masalah dan cara mengatasi kelemahan murid
dalam penguasaan ilmu Tajwid dan Membuat huraian yang lengkap, memberikan contoh
yang sesuai, jelas dan susunannya menarik perhatian tentang hukum mad dalam
meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar. Tugasan
ini terbahagi kepada lima isi penting yang terkandung dalam tugasan ini
iaitu Pendahuluan dan masalah yang dihadapi murid dalam ilmu Tajwid ; Cadangan
mengatasi masalah dan kelemahan murid dalam ilmu Tajwid ; dan diikuti dengan
Membuat huraian yang lengkap tentang hukum mad.
Pengisian tugasan ini sangat bermanfaat kepada pelbagai golongan
khususnya kepada tenaga pengajar Tilawah al-Quran di sekolah, maktab
perguruan atau institusi pendidikan yang lain. Setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada pihak penyelia tugasan dan juga kepada temanteman seperjuangan di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan
dalam menyiapkan tugasan Al-Tajwid ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati
hasil usaha ini. Yang baik datang daripadaNya dan yang serba kekurangan
adalah daripada diri ini.

Disediakan oleh :
Mohd Zahiruddin bin Azman
(75009016913001)

1. PENGENALAN : ILMU TAJWID


Ilmu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut
lafaz al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan al-Quran. Ia menjadi ilmu asas dan kemahiran awal dalam proses pembelajaran
tilawah al-Quran untuk mencapai objektif kesempurnaan bacaan al-Quran. Salah satu
tuntutan yang turut dianjurkan dalam bidang ilmu tajwid adalah tuntutan untuk menguasai
ilmu Waqaf & Ibtida. Ini bertujuan untuk memelihara makna ayat dan menjauhkannya
daripada sebarang bentuk penyelewengan. Ini terbukti dalam firman Allah SWT tentang
keperluan membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memperelok-kan dan
menyempurnakan hak setiap huruf al-Quran iaitu :



Maksudnya :Orang-orang Yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang
mereka membacanya Dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah
dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang Yang beriman
kepadanya; dan sesiapa Yang mengingkarinya maka mereka itulah orangorang Yang rugi.
Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbahasan ilmu Tajwid, beberapa
penerangan tentang definisi, kedudukan, hukum mempelajari dan kepentingan ilmu Tajwid
akan turut dipaparkan sebagai panduan dan ilmu pengetahuan kita terhadap ilmu Tajwid.

1.1 Definisi Ilmu Tajwid


Ilmu Tajwid dari sudut bahasa menurut al-Zabidi dalam kitabnya Taj al-Arus Min
Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid ( ) ialah masdar atau kata terbitan bagi kalimah
jawwada ( ) yang bermaksud mencantikkan atau memperelokkan sesuatu.
Sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab al-Hawasyi al-Zahariyyah Fi Halli
Alfaz Al-Muqaddimah Al-Jazariah, ilmu Tajwid pada istilah ialah merujuk kepada
penekanan dalam memberi hak-hak huruf daripada sifat-sifatnya yang sedia ada
(lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (Aridah) dan huruf-huruf ini dilafazkan
secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Maksud hak huruf
menurut Al-Marsofi seperti yang diterangkan dalam kitabnya Hidayah al-Qari ila Tajweed
Kalam al-Bari ialah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-shiddah, al-qalqalah, al-istila
dan itbaq. Manakala baginya mustahak huruf pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya
dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-iqlab dan sebagainya.
Manakala maksud ilmu Tajwid menurut kitab al-Wasit Fi Ilmi al-Tajwid yang
dikarang oleh Dr Muhammad Khalid Mansur ialah satu ilmu berkaitan kaedah dan hokum
yang mnerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah
diturunkan kepada NabiMuahmmad s.a.w. Berikut adalah ringkasan Disiplin (Mabadi)
Kemahiran Ilmu Tajwid.
1.2 Matlamat ilmu Tajwid
Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab al-Muzakkirah Fi al-Tajwid (Tajwid
Riwayah Hafs An Asim Tariq al-Syatibiyyah) karangan Muhammad Nabhan Hussayn
Misri, matlamat/al-Ghoyah ilmu Tajwid ialah tertumpu kepada pemeliharaan lisan (lidah)

daripada kesalahan membaca al-Quran bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Beliau juga membahagikan ilmu Tajwid kepada empat rukun iaitu :

1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid


Ilmu tajwid terletak pada tahap satu ilmu dan kemahiran yang sangat mulia
kedudukannya.Ini terbukti melalui peranan dan impak ilmu tajwid di mana ia berfungsi
sebagai panduan kepada para pembaca dalam membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan.
Dalam memelihara kedudukan ilmu TajwidUlama Qurra telah meletakkan satu
indikator (kayu ukur) dalam mencapai nilai darjat al-Tartil sebagaimana dalam firman Allah
s.w.t. dalam Surah Al-Muzammil ayat 4 iaitu :