Anda di halaman 1dari 12

PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN

Pakaian Tradisional

Nama : Amira Qasrina Bt Mohd Arif


Kelas : 4 Cempaka
Guru : Puan Ainie Adina Bt Mohammad
Tajuk : Pakaian Tradisional
Biodata Saya

Nama : Amira Qasrina Bt Mohd Arif


Umur : 10 tahun
Alamat : 6, Jln Sg Serai 27/22, Seksyen 27
Kelas : 4 Cempaka
Sekolah : SK Seksyen 27 (2)
Hobi : Melayari Internet
Cita-cita : Doktor
Ibu : Surianihanem Abdullah
Bapa : Mohd Arif Ibrahim
Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada guru Sivik saya
Puan Ainie Adina Bt Mohammad kerana telah
memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk
menyiapkan folio ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh ahli


keluarga saya khususnya bapa saya Encik Mohd Arif bin
Ibrahim dan ibu saya Puan Surianihanem bt Abdullah
kerana telah memberikan kerjasama dan bantuan dajam
bentuk sokongan moral dan material untuk saya siapkan
folio ini. Sesungguhnya jasa dan budi baik mereka akan
dikenang sepanjang hayat.
Pakaian Kaum Melayu

i. Baju Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian
lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua
jenis iaitu Baju Kurung Teluk
Belanga ataupun Baju Cekak
Musang. Baju ini biasanya dipakai
semasa menghadiri majlis-majlis
perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga bagi menunaikan Sembahyang
Jumaat. Selain itu ia juga amat
sesuai dipakai pada Hari Raya dan
juga majlis-majlis rasmi. Pemakai
Baju Melayu kelihatan lebih berseri
apabila ia mengenakan samping
dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-
kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama
kain pelekat atau kain tenun sutera.
ii. Baju Kebaya
Baju kebaya dipakai oleh wanita
Melayu. Ada dua teori tentang asal
baju kebaya. Satu mengatakan
perkataan 'kebaya' itu berasal
daripada perkataan Arab habaya
yang bermaksud pakaian labuh yang
berbelah di hadapan. Satu lagi
mengatakan pakaian seumpama ini
dibawa oleh Portugis ke Melaka,
maka sebab itulah kebaya telah lama
dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh
wanita Melayu tetapi juga oleh
wanita Cina
Peranakan (Baba) dengan sedikit
perbezaan dalam potongan dan
gaya memakainya.

iii. Baju Kurung


Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah kepada
kita pakaian yang labuh, besar dan menyelubungi seluruh
badan. Namun begitu,baju ini sentiasa menjadi pilihan
wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis
rasmi ataupun sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian ini
menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada
pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada
gerak-geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan
personaliti Melayu sejati.  Baju kurung tradisional
berkeadaan longgar, bertangan panjang dan berpesak
serta kembang dibahagian bawah.  Bagi kaum wanita,
baju kurung sering dipakai dengan kain sarung dan
selendang.
 

Pakaian Kaum India

i. Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian
ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang


panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti
yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.

ii. Sari
Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian
seharian dan turut dipakai pada
musim perayaan. Sari terdiri
daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati
adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si
pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak
tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya
tidak terurai.

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai


berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu.
Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat.

iii. Salwar Kameez


Pakaian salwar kameez atau
baju Punjabi, yang juga
popular di kalangan wanita
di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai warnanya.

Pakaian Kaum Cina

i. Cheongsam

Biasanya dipakai oleh wanita


berketurunan Cina pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang
dipakai oleh wanita Cina di Malaysia
kerana mereka lebih gemar memakai
pakaian fesyen negara barat.
Cheongsam dikatakan berasal dari
baju tradisional lelaki Cina yang labuh
sampai ke kaki. Perkataan 'cheong
sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'.
Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak
revolusi di Negera China pada tahun 1911.

ii. Samfoo

Samfoo membawa maksud 'baju dan


seluar' dalam dialek Kantonis. Ia
merupakan pakaian harian wanita
keturunan Cina yang digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan
yang bekerja di ladang, lombong
atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di
depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

iii. Kebaya Nyonya

Pendatang Cina yang berkahwin


dengan penduduk Melayu
selalunya memakai pakaian
kebaya yang anggun. Baju buatan
tangan ini memerlukan
kepakaran bagi menyulam corak-
corak yang kelihatan seakan-akan
renda yang halus. Hiasan utama
baju kebaya adalah sulaman
tebuk lubang di mana garisan
corak motif bunga di jahit
manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit
pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan
renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher,
lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian
depan baju .Baju kebaya Nyonya biasanya akan
dipadankan bersama kain batik sarung atau batik lepas .

Anda mungkin juga menyukai