Anda di halaman 1dari 6

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 3)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan


adalah asas kesihatan.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu
dipotong. Tangan yang kotor perlulah dicuci dan dilapkan sehingga
kering. Gigi pula perlu digosok. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar
setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang
bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu
dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu digosok
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu
ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 5)


Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang
bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu
dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci
selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya
selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.
Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 6)
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.
Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari.
Semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki perlu
dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.
Rambut perlu disyampu bagi mengelakkan kelemumur dan jangkitan
kutu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong.
Selepas makan tangan perlu dicuci. Tangan juga perlu dicuci
selepas kita memegang sesuatu atau selesai membuat kerja. Contohnya
selepas berkebun. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Bagi menjaga gigi kita perlu membuat pemeriksaan gigi enam
bulan sekali. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.
Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti
penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri


Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta
menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
*** *** *** *** ***
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk
ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa
bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita
perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang
lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena
penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk
mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang
ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat
pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita
makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita.
Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil
berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih

*****

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang


yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran
penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan
sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan
menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua
belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan
dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum
dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan
yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya
kepada kesihatan kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan
mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas
makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat
yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau

haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari


makanan kita.
Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu,
sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan
gembira sepanjang hari.

Aktiviti
1. ______________________________ .
2. ______________________________ .
3. ______________________________ .
4. ______________________________ .
5. ______________________________ .

Bil

Siapa /

Buat apa /

Keterangan

Watak

Aktiviti

di mana

dengan siapa

guna apa

untuk apa

bagaimana pertanyaan lain yang sesuai


1
2
3
4
5

Ayat

1. ________________________________________________________________________ .
2. ________________________________________________________________________ .
3. ________________________________________________________________________ .

4. ________________________________________________________________________ .
5. ________________________________________________________________________ .

Anda mungkin juga menyukai