Anda di halaman 1dari 7

1.

0 AKAUNTABILITI
Kamus dwibahasa mendefinisikan akauntabiliti kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu
atau kepada seseorang. Seseorang guru atau sesiapa sahaja yang diamanahkan untuk melakukan
tugas bermakna berakauntabiliti terhadap apa yang telah diamanahkan kepadanya. Seseorang
guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya yang dikenali sebagai akauntabiliti
keguruan. Akauntabiliti keguruan difokuskan kepada lima aspek iaitu terhadap murid, ibu bapa,
diri sendiri, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion perguruan. Setiap guru
harus

memahami prinsip akauntabiliti supaya dapat memahami tanggungjawabnya yang

sebenar. Penghayatan akauntabiliti sepenuhnya akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme


keguruan. Terdapat 5 jenis akauntabiliti keguruan iaitu akauntabiliti terhadap murid, akauntabiliti
terhadap ibu bapa, akauntabiliti terhadap diri sendiri, akauntabiliti terhadap masyarakat dan juga
akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
1.1 AKAUNTABILITI TERHADAP MURID
Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap adil terhadap
pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Kita perlu lebih
mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik
darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, kita mesti menunjukkan contoh
berpakaian , pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar.
Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas
melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar

supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-

tingginya.
1.2 AKAUNTABILITI TERHADAP IBUBAPA
Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Sentiasalah

berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Di samping itu, kita mestilah sentiasa

menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka


sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang
berkenaan. Sekiranya diminta, kita

akan memberikan maklumat berkenaan

pelajar kepada ibubapa mereka. Akhir sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba
untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial
ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada
mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
mereka.
1.3 AKAUNTABILITI TERHADAP MASYARAKAT
Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun

yang

bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering memupuk sikap dan
nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara
yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita berkhoidmat
dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlu
menggalakkan kerjasama

di antara guru derngan ibubapa

dan masyarakat, serta

mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .


1.4 AKAUNTABILITI TERHADAP DIRI SENDIRI
Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru
yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Kita hendaklah mengamalkan
cara hidup yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat
tanpa penyakit

memberi kelebihan kepada kita untuk berkhidmat

bertanggungjawab dan berkesan.

Di antara aktiviti yang perlu

mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan bersukan.


pemakanan yang sihat.

dibuat

dengan
untuk

Kita juga perlu mengamalkan

Tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan

individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas
dengan berkesan.
1.5 AKAUNTABILITI TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh

mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Kita juga tidak melibatkan diri
dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di
waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab
dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Seterusnya kita perlu

sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutananya

mereka yang baru menjjadi seorang guru. Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi
sebuah perubuhan guru.

2.0 CIRI-CIRI GURU


Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid yang
berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Bagi memastikan seseorang guru itu memenuhi akauntabiliti keguruan dan
menjalankan tugasnya sebagai pendidik, ciri-ciri yang dikehendaki berikut harus disematkan
dalam diri mereka.
2.1 BERSIFAT PROFESIONAL
Guru perlu sentiasa bersikap professional dalam menjalankan tugasnya. Ciri-ciri guru
yang professional adalah rela berkorban dalam menjalankan tugas tanpa mengira batas
waktu, dan tidak mengharapkan balasan. Sebagai contoh, seorang guru itu sanggup membuat
kelas tambahan pada hari cuti hujung minggu bagi membantu murid-muridnya yang lemah
tanpa mengenakan bayaran. Selain itu, guru yang professional juga akan memberikan
perkhidmatan yang bermutu dan memenuhi keperluan murid-murid. Guru harus peka akan
keperluan anak-anak didik dan cuba untuk memenuhi keperluan mereka.
Guru yang profesional juga akan memberikan layanan yang sama rata, adil dan
saksama kepada semua murid tanpa mengira latar belakang murid tersebut. Misalnya,
terdapat seorang murid berbangsa India dan berasal dari keluarga miskin bertanya kepada
gurunya, maka guru harus menjawab pertanyaan murid tersebut kerana dia mempunyai hak
yang sama seperti murid-murid lain.

2.2 MEMILIKI PELBAGAI KEMAHIRAN


Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami
perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, kita hendaklah
berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran .
Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa menegemaskini kemahiran menggunakan
komputer. Dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada
mana-mana rakan

guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan

kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggitingginya.
Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan kita
untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Penggubalan
semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah
penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris
kita perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja
dan para pelajar.
Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana
mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. Oleh itu, kita semestinya
menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori
pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial
kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori
Pembelajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara
model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran
Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model
Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri.
2.3 MENJADI ROLE MODEL
Dengan menjadi role model terhadap murid-murid, guru dapat membentuk nilai dan
sahsiah murid-murid secara tidak langsung. Segala percakapan, perbualan, pakaian dan
tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan murid. Ini kerana mereka menjadikan
guru sebagai idola mereka.justeru, amat perlu sekiranya guru sentiasa menunjukkan contohcontoh yang baik supaya dapat menjadi ikutan murid-murid. Sebagai contoh, guru harus
menuturkan kata-kata yang baik, lemah lembut dan sopan dan tidak boleh mengeluarkan

kata-kata kesat dalam apa jua situasi sekalipun. Sekiranya guru sendiri tidak menunjukkan
contoh yang baik, bagaimana guru mahu menegur muridnya yang melakukan kesilapan.
Janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul sedangkan
dia juga tidak berjalan dengan betul.
2.4 MEMOTIVASIKAN MURID
Selain daripada mendidik murid-murid, guru juga berperanan sebagai pembimbing,
pemudahcara dan kaunselor. Guru merupakan ibu bapa murid-murid ketika di sekolah. Guru
harus peka terhadap segala masalah yang dihadapi murid dan sentiasa terbuka hati untuk
membantu mereka. Sekiranya murid menghadapi masalah dalam institusi keluarganya, sudah
tentu dia akan kelihatan muram dan tidak bersemangat untuk belajar. Apabila terjadinya
situasi sepbegini, guru sebagai ibu bapa kedua harus tampil untuk membantu murid ini
dengan cara mendekatinya dan cuba untuk mendalami isi hatinya. Seterusnya, sebagai
pembimbing, guru harus membantu muridnya berhadapan dengan situasi yang dialami murid
dan memberikan motivasi dan galakan supaya dia terus bersemangat mengharungi kehidupan
dan dapat meneruskan pengajian dengan baik.
2.5 BERPENGETAHUAN
Seseorang guru dianggap sebagai tokoh yang serba tahu. Justeru, guru harus memiliki
pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang sama ada bidang yang diceburi mahupun apa
sahaja ilmu yang berkaitan dengan kehidupan. Guru juga bertindak sebagai penyebar
maklumat di mana isu-isu yang berlaku di sekeliling harus dikongsi bersama murid-murid
supaya mereka tidak ketinggalan dan mendapat manfaat daripada perkongsian yang
dilakukan. Segala isu-isu pendidikan, dasar-dasar baru yang dikemukakan harus diketahui
supaya guru lebih bersedia berhadapan dengan cabaran era globalisasi ini. Isu-isu semasa
seperti masalah gejala sosial misalnya boleh dibincangkan di dalam kelas dan diselitkan
nilai-nilai murni yang berkaitan sdalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya minda
murid-murid lebih terbuka dan mereka tahu akan sebab dan akibat melakukan sesuatu
perkara yang tidak baik. Di sini dapat dilihat peranan guru bukan sebagai penyampai ilmu
malah memenuhi kerperluan murid dalam pelbagai aspek seperti yang dikehendaki dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu asppek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.

3.0 IMPLIKASI
Sekiranya guru memiliki akauntabiliti dan ciri-ciri yang dikehendaki seperti yang
dibincangkan, guru mahupun murid akan mendapat implikasi daripada aspek-aspek tersebut.
3.1 IMPLIKASI TERHADAP MURID
Murid-murid mendapat pelbagai faedah atas ciri dan sikap yang dimiliki guru. Muridmurid akan dapat mendapat manfaat daripada segala ilmu yang dicurahkan oleh guru.
Apabila guru menjalankan tugas mengajar dengan baik, murid dapat memahami apa yang
diajarkan. dengan ini, murid dapat mencapai prestasi yang dingikan dan memanfaatkan ilmu
yang diperolehi sehingga akhir hayat mereka. Selain itu, murid juga berasa seronok untuk
hadir ke sekolah. Mereka menjadikan sekolah sebagai rumah kedua bagi mereka. Mereka
seronok untuk berjumpa dengan guru-guru dan segala masalah disiplin dapat dikurangkan.
Murid-murid juga akan sentiasa bersemangat untuk belajar kerana mereka termotivasi
daripada sikap guru mereka. Mereka menjadikan guru sebagi idola dan berusaha untuk
menjadi seperti guru mereka apabila mereka dewasa kelak. Murid-murid juga akan merasa
dihargai dan disayangi. Tidak ada perasaan dendam terhadap guru mahupun rakan apabila
guru melayani murid-murid dengan adil dan saksama. Murid juga akan menjadi lebih bersatu
dan suasana di dalam kelas akan menjadi lebih harmoni.

3.2 IMPLIKASI TERHADAP GURU


Guru dapat meningkat profesionalisme keguruannya. Bidang perguruan yang kian
dihormati kini akan terus mendapat pengiktirafan dan guru-guru akan dipandang tinggi di
mata masyarakat. Selain itu, sekiranya guru memiliki akauntabiliti dan ciri yang dikehendaki,
guru dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, produktif, kreatif dan inovatif.
Guru akan menjadi insan yang penting dalam menyediakan generasi yang berkualiti yang
bakal mewarisi tampuk pemerintahan suatu hari nanti
Guru juga dapat menggalas tanggungjawab dengan baik dan dapat menghayati
profesion yang diceburi. Dengan ini, guru tidak akan merasai tekanan dalam menjalankan
tanggungjawab malah berasa seronok dalam menjalankan setiap tugas yang diberi.guru-guru

juga akan lebih dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-murid. Murid-murid akan berasa
dekat dengan guru mereka dan guru-guru lebih mudah untuk membentuk peribadi murid
berdasarkan dasar kepercayaan antara guru dan murid tersebut. dengan ini jurang antara guru
dan murid dapat dikurangkan. Guru juga akan sentiasa diingati dan dikasihi murid-murid
walaupun murid-murid telah meninggalkan sekolah mereka nanti. Murid akan mencari guru
yang mereka sayangi walaupun telah terpisah akibat peredaran waktu.

( 1613 Patah Perkataan)