Anda di halaman 1dari 13

SULIT

011

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK


JABATAN PELAJARAN PERAK

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2010


(UJIAN AKHIR TAHUN)
011

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


Oktober
50 minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak.

011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak

[Lihat sebelah

SULIT

SULIT

011

Soalan 1 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Cucunda berdoa agar __________ sentiasa sihat sejahtera.


A
nenda
B
bonda
C
kakanda
D
ayahanda

Jamaliah mengemas rumah ____________ mendengar radio.


A
kerana
B
sambil
C
lalu
D
dan

Para pelajar dapat menyaksikan demonstrasi _____________ tikar mengkuang.


A
menganyam
B
menyulam
C
menenun
D
menekat

Bola itu ditendang oleh Torres _____________ penjuru padang.


A
di
B
dari
C
pada
D
daripada

Sudah _______________ abang saya merantau di luar negara.


A
bertahun-tahun
B
berabad-abad
C
berhari-hari
D
berjam-jam

Datuk selalu ______________ tentang pengalamannya semasa di bawah pemerintahan


Jepun.
A
cerita
B
bercerita
C
ceritakan
D
menceritakan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

SULIT

011

Ibu membersihkan _______________ itu sebelum dipotong.


A
kuih-muih
B
buah-buahan
C
sayur-mayur
D
rempah-ratus

Laksamana Hang Tuah dikatakan sangat ________________ bermain senjata.


A
cepat
B
pantas
C
lembut
D
tangkas

Kereta ayah _____________ dapat berfungsi dengan baik walaupun ______________


terlibat dalam kemalangan enam bulan yang lalu.
A
telah belum
B
belum mahu
C
sudah masih
D
masih pernah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Ayah sedang ______________ saluran paip sinki yang tersumbat di dapur.


011

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

A
B
C
D

011

4
menggoncang
menggantikan
mengepam
mengikat

11 Para pengguna hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak
berlaku _______________ .
A
membazirkan
B
pembaziran
C
dibazirkan
D
pembazir
12 Kuda yang ______________ itu berjaya dijinakkan oleh seorang pemuda yang berbadan
_________________ .
A liar tegap
B ganas pejal
C nakal besar
D garang sasa
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13 Banyak penduduk di Kuala Lumpur tinggal di ______________ kerana sewanya lebih


murah.
A
rumah teres
B
rumah pangsa
C
rumah panjang
D
rumah tumpangan
14 Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Terengganu. ________________, saya merancang
akan ke sana pada cuti sekolah yang akan datang.
A
Walaupun begitu
B
Selain itu
C
Akhirnya
D
Justeru
15 _________________ akan melaksanakan titah perintah ______________ kata Bendahara
kepada Sultan Alauddin Syah.
A
Hamba baginda

011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

SULIT
B
C
D

011

5
Patik tuanku
Tuanku patik
Beta hamba

16 Emak memasukkan beberapa _______________ bawang dan _____________ garam ke


dalam sayur yang digorengnya itu.
A
hiris sesenduk
B
ulas secubit
C
hiris secubit
D
biji sesudu

17 _____________ baca arahan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan, kata Pengawas
Peperiksan itu.
A
sila
B
minta
C
tolong
D
jemput
18 Mengapakah dia sukar ____________ hendak menghadiri kelas tambahan Matematik?
A
juga
B
agak
C
benar
D
paling
19 Kita tidak boleh bersikap _____________ apabila melihat kejayaan orang lain.
A
murah hati
B
panas hati
C
busuk hati
D
keras hati
20 Amir Sahimi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana keluarganya
mengalami kesuntukan wang.
Pilih perkataan seerti bagi kesuntukan ialah
A
kebenaran
B
kebebasan
C
keheningan
D
kesempitan
21 Afiq acap kali pulang ke kampung pada hujung minggu.
011

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

011

Pilih perkataan berlawan bagi acap kali ialah


A
B
C
D

kerap kali
jarang kali
sering kali
julung kali

22 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Pernahkah kamu makan nasi yang diletakkan di atas daun pisang?
A
Ya, semasa saya mengunjungi majlis perkahwinan rakan sepejabat ayah saya
B
Ya, nasi yang diletakkan di atas daun pisang ialah budaya masyarakat India.
C
Ya, cubalah sekali, pasti kamu ingin makan lagi di atas daun pisang.
D
Ya, nasi yang diletakkan di atas daun pisang sangat wangi dan lazat.
23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Hujah-hujah yang disampaikan oleh Shakir berasaskan fakta sejarah.
A
Adakah hujah-hujah Shakir boleh diterima?
B
Benarkah hujah-hujah Shakir itu bersaskan sejarah?
C
Bagaimanakah Shakir mampu memberikan hujah-hujahnya?
D
Mengapakah hujah-hujah Shakir begitu bernas dan boleh diterima?
Soalan 24 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24 Siasat dulu perkara ini sebelum awak menuduh saya, pinta Lim kepada Leong.
A Lim memberitahu Leong agar menyiasat dahulu perkara tersebut sebelum
B

menuduhnya.
Lim meminta Leong agar menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum

menuduhnya.
Lim menyuruh Leong menuduhnya terlebih dahulu sebelum menyiasat perkara

tersebut.
Lim diarah oleh Leong menyiasat perkara tersebut sebelum menuduhnya.

25 Cikgu Wawa mengarahkan murid-muridnya supaya beratur terlebih dahulu sebelum


memasuki bengkel Kemahiran Hidup.
011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

SULIT

011

Murid-murid itu disuruh oleh Cikgu Wawa supaya beratur terlebih dahulu sebelum

memasuki bengkel Kemahiran Hidup.


Murid-murid Cikgu Wawa disuruh beratur terlebih dahulu sebelum memasuki

bengkel Kemahiran Hidup.


Cikgu Wawa menolong murid-muridnya supaya beratur terlebih dahulu sebelum

memasuki bengkel Kemahiran Hidup.


Murid-muridnya menyuruh Cikgu Wawa beratur terlebih dahulu sebelum
memasuki bengkel Kemahiran Hidup.

Soalan 26 - 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26

I
II
III
IV
A
B
C
D

Pokok labu itu hidup menjalar di atas tanah.


Ayah saya membeli sebuah kereta yang besar menjalar.
Penyakit berjangkit itu menjalar dengan cepat di daerah itu.
Kakak menjerit apabila terlihat ular itu menjalar ke arahnya.
III dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

27

I
II
III
IV
A
B
C
D

Pak Samad mengukir corak kerawang pada kayu itu.


Alia gemar mengukir kata-kata indah kepada ibunya.
Dia mengukir gambar pemandangan pada dinding bilik.
Gadis itu tidak putus-putus mengukir senyuman sejak pagi tadi lagi.
I, III dan IV
II dan III
I dan III
I dan IV

Soalan 28 - 30
Pilih ayat yang betul.
28

A
B
C
D

Kedua orang budak lelaki itu bercita-cita untuk menjadi doktor.


Pendidikan agama dapat membentuk insan yang mulia.
Ibu membeli sebatang rebung di pasar malam.
Khairul suka makan telur sesetengah masak.

29

I
II

Peserta-peserta lain telah terpilih untuk menyertai acara itu kecuali Aida.
Puan Dora Qistina ialah pemilik Salun Kecantikan Dora.

011

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

III
IV
A
B
C
D

30

011

Perlawanan badminton itu diadakan di mini stadium.


Goreng pisang yang dibelinya sungguh rangup.
I dan II
II dan IV
I, II dan III
I , II dan IV

PIBG memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian


pelajar di sekolah.

II

Kita mesti belajar dengan tekun demi untuk masa depan kita.

III
IV
A
B
C
D

Puan Rasnah sangat rindu akan anaknya yang berada di luar negara.
Adik menangis bila digigit semut api ketika bermain di padang.
I dan III
II dan IV
II , III dan IV
I, II , III dan IV

Soalan 31-35
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tanaman subur sering dibaja,
Setiap pagi dan juga petang;
Hendaklah kita bersemangat waja,
Musuh datang pasti ditentang.
Di jalan raya berhati-hati,
Yang rosak nanti diri sendiri;
Kalau kita bersatu hati,
Perkara yang sukar dapat diatasi.
Ikan haruan siapa punya,

011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

SULIT

011

9
Baru ditangkap di tepi kali;
Biar nyawa jadi gantinya,
Namun menyerah tidak sekali.
Buah bidara di dalam raga,
Buah keranji di atas peti;
Kedaulatan negara tetapku jaga,
Inilah bukti kasih sejati.
Waktu malam pasang pelita,
Sampai masa dinihari tiba;
Apa guna selalu bersengketa,
Negara hancur rakyat menderita.

31

Apakah kebaikan bersatu hati?


A
dapat menentang musuh yang datang
B
dapat mengelakkan rakyat daripada menderita
C
mudah menyelesaikan perkara-perkara yang susah
D
sukar untuk mengatasi perkara-perkara yang susah

32

Apakah maksud dinihari dalam petikan berkenaan?


A
pagi
B
subuh
C
tengah hari
D
tengah malam

33

Bagaimanakah cara penulis menunjukkan bukti kasihnya kepada negara?


A
dengan cara tidak bersengketa sesama anggota masyarakat
B
dengan cara bersatu hati untuk mengatasi sesuatu masalah
C
dengan cara selalu menguatkan semangatnya
D
dengan cara menjaga kedaulatan negaranya

34

Yang manakah bukan nasihat penulis pantun ini?


A
hendaklah menjaga kedaulatan negara
B
jangan sekali-kali bergadai nyawa
C
hendaklah sentiasa bersatu hati
D
tiada gunanya bersengketa

35

Biar nyawa jadi gantinya bermaksud


011

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

A
B
C
D

10

011

sanggup mempertaruhkan nyawanya


enggan digantikan dengan nyawanya
tidak sanggup menggadaikan nyawanya
mahu mendapatkan ganti bagi nyawanya

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Pada suatu pagi, seperti biasa aku keluar untuk mencari makanan. Tiba-tiba, aku
terdengar suara seekor merbuk lain bernyanyi-nyanyi. Dari jauh aku memerhatikan merbuk
yang bernyanyi itu. Nyanyiannya seolah-olah mencabarku. Aku pun segera terbang ke arah
merbuk itu. Tujuanku adalah untuk menunjukkan kebolehanku bernyanyi pula.
Aku hinggap pada satu dahan. Tiba-tiba, aku berasa kakiku tidak dapat bergerak.
Rupa-rupanya, aku telah terkena jerat. Seorang pemuda keluar dari celah-celah belukar di
situ. Dia memegang badanku dan memasukkan aku ke dalam sebuah sangkar. Aku dibawa
pulang ke rumahnya. Maka bermulalah hidup baruku.
Kini, aku dijaga dengan rapi. Makanan dan minuman disediakan. Badan dan
sangkarku sentiasa dibersihkan. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Setiap pagi aku
dibawa ke tempat lapang dan diminta bernyanyi. Aku diajar cara mengeluarkan suara yang
merdu.
Telah banyak pertandingan suara merbuk yang aku sertai. Dalam kebanyakan
pertandingan yang diadakan, akulah yang menjadi juaranya. Bukan tuan aku sahaja yang
memuji-muji kemerduan suaraku tetapi juga rakan-rakannya yang lain. Pernah orang
menawarkan harga beribu-ribu ringgit untuk membeliku tetapi ditolak oleh tuan aku.
Hidupku dikelilingi oleh kemewahan. Tetapi, apalah ertinya kemewahan jika badanku
terkurung. Alangkah seronoknya jika aku dapat hidup bebas seperti dulu. Kata-kata inilah
yang sering bermain-main dalam fikiranku.
36 Mengapakah burung merbuk dijerat?
A
untuk dijual kepada peminatnya
B
untuk dipertandingkan kekuatannya
C
untuk diperdengarkan kemerduan suaranya
D
untuk menyertai pertandingan bulu tercantik
011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

SULIT

SULIT

11

011

37 Apakah yang diidamkan oleh burung merbuk itu?


A
kemerduan suara
B
kemenangan
C
kemewahan
D
kebebasan

38 Pilih pernyatan yang tidak benar


A
Kemerduan suara merbuk itu mendapat pujian daripada semua orang.
B
Burung merbuk itu bangga akan kemerduan suaranya dan tidak suka dicabar
C
Pembeli sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki burung merbuk itu.
D
Kehidupan barunya bermula apabila burung merbuk itu menjuarai pertandingan
suara merbuk.
39 Maksud ditatang bagai minyak yang penuh ialah..
A
segala tingkah lakunya diteliti
B
terlalu dijaga dan diberi perhatian
C
amat prihatin kepada makanannya
D
tidak dibenarkan keluar ke mana-mana
40 Apakah ungkapan yang paling sesuai digunakan pada perenggan terakhir dalam petikan di
atas?
A
B
C
D

mata terlepas badan terkurung


biar terkurung asalkan bahagia
hidup ini penuh dengan dugaan
kemewahan menjamin segala-galanya.

KERTAS SOALAN TAMAT

011

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

[Lihat sebelah
SULIT

SULIT

12

011 2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

011

SULIT

SULIT

011

13

2010 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak

011

[Lihat sebelah
SULIT

Anda mungkin juga menyukai