Anda di halaman 1dari 3

PK07- LAMPIRAN 3/SKAD

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI


MINIT MESYUARAT BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN BIL 2/TAHUN 2015
Tarikh

: 2015

Masa

: 1.30 tengahari

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Pn. Hjh Zawyah Bt Ahmad

Kehadiran

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

Nama
Pn. Noratipah bt. Mustafa
Pn. Rozaini
Pn. Norimah bt Mod Talib
Cik Noorasmad bt Mat Ripin
En Mior Muhammad Shariff bin Ahmad
Pn Rusliza bt Zainal Abidin
Pn Wan Ratna Sari bt Wan Osman
Pn Sabrabee bt Mustaffa
Pn. Mastura bt. Che Omar
En Muhd Sufian b Ismail
Pn. Muzdalipah bt Musa
En Ayob bin Rashid
En Muhammad Suhairi b Saidan Khadri
Pn Zanariah bt Ibrahm
En. Mohd Robaizan b Mohd Fauzi
En Ahmad Farit b Mazlan
Pn Wong Swee Fang
Pn Noorlida bt Ismail

Jawatan
Guru PK Hal Ehwal Murid
Guru PK Pentadbiran
Ketua Lembaga Disiplin/Pengawas
S/U Disiplin 1
S/U isiplin 2
S/U Pengawas
Naib S/U Pengawas
Pengurusan K.Kelas dan Pen.
Disiplin Tahun 1
Disiplin Tahun 2
Disiplin Tahun 3
Disiplin Tahun 4
Disiplin Tahun 5
Disiplin Tahun 6
Pengawas Tahun 3
Pengawas Tahun 4
Pengawas Tahun 5
Pengawas Tahun 6

Tidak Hadir

Urus Setia/Setiausaha

: Cik Noorasmad bt Mat Ripin

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru yang hadir.

Tindakan : makluman

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


2.1
2.1.1

Carta Organisasi
Pn. Noratipah meminta semua ketua unit HEM melengkapkan papan kenyataan
yang telah disediakan.
Tindakan : makluman

Jawatankuasa Pengawas dan Disiplin


3.1 Kehadiran murid
3.1.1

Pn. Rozaini menyatakan terdapat 16 orang Guru Disiplin serta Pengawas di sekolah
tetapi secara keseluruhannya disiplin murid amat mengecewakan dan tidak terkawal.
3.1.2 Hampir 100 orang murid yang datang lewat setiap hari. Loceng yang berbunyi 2 kali
pada waktu pagi mungkin mengelirukan murid dan guru. Masa loceng berbunyi
tidak selaras dengan waktu yang sebenarnya (tercepat 5 minit).
3.1.3 Encik Ayob bin Rashid menyatakan bahawa waktu loceng berbunyi telah dibetulkan
mengikut masa sebenarnya. Mesin punch-card guru dan kakitangan juga telah
dibetulkan. Loceng tetap akan berbunyi 2 kali pada waktu pagi kerana itu yang
diaturkan.
3.1.4 Pn Rozaini menyatakan 7.30 pagi waktu sekolah bermula adalah awal dan
mencadangkan untuk ditukarkan ke 7.40 pagi. Mungkin boleh diaplikasikan pada
tahun hadapan.
Tindakan : makluman
3.2 Disiplin murid
3.2.1

Suasana di dalam kelas agak bising mungkin kerana mereka tidak membuat kerja
yang diberi oleh guru atau guru yang tidak memberi latihan. Oleh sebab itu, keadaan
kelas tidak terkawal. Pn Rozaini meminta guru-guru memantapkan lagi kawalan
kelas dan mengajar dengan baik.
3.2.2 Keadaan pada waktu rehat sangat-sangat mengecewakan dengan sampah-sarap
bertaburan di kawasan sekolah terutamanya di tapak perhimpunan dan kantin. Pada
waktu rehat murid sepatutnya berada di kantin sekolah sahaja, bukan berkeliaran di
sekitar kawasan sekolah.
3.2.3 Waktu loceng balik juga Pn Rozaini meminta guru-guru mendidik murid-murid
supaya tidak berlari terus dalam keadaan yang lintang-pukang. Keadaan tersebut
memperihatkan ketidaksopanan murid-murid seperti tidak dididik dengan baik.
3.2.4 Murid murid hendaklah bersedia dalam keadaan yang teratur untuk pulang. Ini
untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Tindakan : makluman

3.3 Jualan untuk Dana KG


3.3.1

Pihak KGK tidak dibenarkan untuk membuat jualan pada waktu rehat murid-murid.
Masa yang diberi sehingga akhir minggu ini sahaja. Sekiranya mahu meneruskan
jualan juga, mungkin membuat jualan pada waktu murid balik.
3.3.2 Pn Mastura bt Che Omar menyatakan KGK membuat jualan semasa murid-murid
rehat telah mendapat persetujuan dari Guru Besar. Hasil jualan tersebut adalah untuk
menambah dana KGK, Pn Mastura meminta supaya Pn Rozaini mempertimbang
semula hal jualan pada waktu rehat murid.
Tindakan : makluman

HAL-HAL LAIN
4.1

Murid-murid dilihat tidak bersemangat dan mengantuk pada waktu pagi. Guru
digesa mencari jalan untuk memulihkan semangat murid-murid SKAD seperti
membuat senaman atau memasang lagu-lagu yang ceria.
Tindakan : makluman

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi pada pukul 2.45
petang.

Disediakan oleh,

......................
(NOORASMAD BT MAT RIPIN )
Setiausaha Disiplin 1 2015

Disemak oleh,