Anda di halaman 1dari 28

1.

PENGENALAN KAJIAN

Konsep sastera Islam merujuk kepada karya-karya yang bersifat keislaman dengan
memanifestasikan ciri-ciri dakwah yang membawa kepada kesedaran rohani dan prinsip
tauhid. Shahnon Ahmad berpendapat sastera Islam adalah sastera kerana Allah SWT untuk
manusia sejagat. Perbincangan tentang sastera Islam sememangnya sudah lama
kedengaran khususnya dalam tahun 1970an, bermula dengan gagasan oleh Mohd Yusof
Zaky Yaacob, kemudian merebak kepada polemik sastera Islam antara Shahnon Ahmad
dan Kassim Ahmad. Polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad yang disiarkan di
dalam beberapa keluaran Dewan Sastera pada tahun 1984 ini kemudiannya mengheret
beberapa pengkritik lain seperti Rahman Shaari, Mohd Kamal Hassan, Mohd Affandi
Hassan, Abdul Rahman Hanapiah, Shafie Abu Bakar dan lain-lain lagi. Polemik mengenai
sastera Islam timbul pada dekad 70an dan 80an ini apabila timbulnya dua pihak yang
bertentangan prinsip dalam membicarakan tentang konsep dan teori sastera Islam. Satu
pihak yang menerima sastera Islam di alam Melayu dan satu lagi pihak yang cuba memberi
tafsiran yang bertentangan mengenai sastera Islam. Satu pihak begitu optimistik serta
menghayati Islam secara bersungguh-sungguh dalam memperkenalkan sastera Islam
dalam dunia sastera Melayu. Satu lagi pihak yang pesimistik, serta meragukan untuk
disesuaikan di dalam dunia sastera Melayu pada masa itu. Golongan ini terdedah kepada
pengaruh sekular yang di bawa oleh Barat.

Polemik sastera Islam antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad bermula pada dekad
70an apabila Shahnon Ahmad menulis tentang pandangannya mengenai sastera Islam
pada bulan Julai 1977 di Dewan Bahasa. Beliau begitu tegas dengan pendiriannya
sehingga dua tahun kemudian beliau mengeluarkan saranannya iaitu beliau tidak akan

dipengaruhi oleh aliran-aliran khususnya dari Barat yang boleh menggoyah keyakinannya
terhadap sastera Islam. Pandangan Shahnon Ahmad mengenai sastera Islam dibalas
dengan kenyataan sinis daripada Shamsudin Osman (Dinsman) pada tahun 1977 melalui
tulisannya terhadap kemunculan sastera Islam iaitu Soalnya Kenapa Kita Mesti Bercakap
tentang Sastera Islam. Pada tahun yang sama S. Othman Kelantan dengan tulisannya
iaitu Konsep Sastera Islam dan Ismail Hamid dengan tulisannya iaitu Kesusasteraan Islam
dan Masyarakat juga memberi pandangan mereka mengenai sastera Islam sebagai
menerima kumunculan sastera Islam di alam Melayu. Rasa pesimis terhadap kemunculan
sastera Islam juga terus berlanjutan apabila Sahlan Mohd Saman mengetengahkan
pandangannya melalui artikel pada tahun 1978 iaitu Apa Perlunya Sastera Islam?

Dekad 80an adalah zaman kebangkitan polemik sastera Islam. Dekad ini memperlihatkan
kehangatan berpolemik antara dua tokoh sastera Melayu iaitu Shahnon Ahmad dan Kassim
Ahmad mengenai sastera Islam. Hal ini dapat dilabelkan mengenai Shahnon Ahmad dan
Kassim Ahmad kepada timbulnya dua pihak di dalam sastera Melayu. Shahnon Ahmad
adalah antara pihak yang cuba membawa sastera Islam ke alam Melayu manakala Kassim
Ahmad pula adalah pihak yang memberi tafsiran berbeza mengenai sastera Islam.
Permasalahan timbul bertitik tolak daripada kenyataan Shahnon Ahmad menolak konsep
Seni untuk Masyarakat dan Seni untuk Seni kerana baginya kedua-dua konsep itu bertolak
dari dasar yang bercanggah dengan Islam. Beliau juga menolak ASAS 50 kerana baginya
tindak-tanduk watak-watak dalam karya ASAS 50 adalah tindakan yang mengikut
kebendaan dan bukannya tindakan mengenai pengabdian kepada Allah. Sehubungan itu,
beliau mengeluarkan konsepnya iaitu Seni untuk Allah. Lantaran daripada kenyataan itu,
Shahnon Ahmad

mendapat tentangan kuat daripada Kassim Ahmad yang merupakan

orang kuat di dalam ASAS 50. Kassim Ahmad membalas kenyataan Shahnon Ahmad yang
menolak ASAS 50 dengan menyatakan bahawa Shahnon Ahmad berfikiran sempit dan

meneliti dengan baik mengenai nilai-nilai yang terdapat di dalam karya-karya ASAS 50
adalah nilai yang terkandung di dalam Islam. Selain itu juga Kassim Ahmad mengupas
buku Kesusasteraan dan Etika Islam karya Shahnon Ahmad yang dikatakan sebagai gagal
menyampaikan satu huraian yang memuaskan tentang teori sastera Islam.

Kenyataan Kassim Ahmad itu diterima oleh Shahnon yang menyifatkan bahawa buku
tersebut hanyalah berlegar kepada teologi dan sejarah Islam kerana bagi Shahnon Ahmad
perkara ini disengajakan oleh beliau supaya perkara ini perlu menjadi kewajaran untuk
diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum menyentuh soal-soal definisi sastera Islam itu
sendiri. Shahnon Ahmad kemudiannya menyentuh soal definisi yang ditekankan oleh
Shahnon Ahmad iaitu sastera itu kerana Allah dan berhikmah untuk manusia. Kassim
Ahmad mengulas definisi tersebut dengan mengatakan bahawa ia kabur tetapi akhirnya
beliau menerima definisi itu berbanding dengan konsep di dalam ASAS 50.

Permasalahan sekali lagi timbul antara mereka apabila Kassim Ahmad tidak mahu mengaku
kalah dan mengulangi bahawa sesetengah pendapat Shahnon Ahmad tidak jelas dan
menimbulkan kesulitan. Kassim Ahmad sekali lagi menyentuh soal definisi sastera Islam
yang dikatakan adalah tidak jelas sedangkan karya-karya sastera Islam perlulah jelas dan
dihasilkan sebagai ibadah kepada Allah dan bertujuan untuk manusia. Polemik ini menjadi
semakin hangat apabila Kassim Ahmad seolah-olah mendapat idea baru untuk menolak
definisi yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad. Kassim merumuskan bahawa Shahnon
tidak menerangkan mengapa seni itu dicipta. Dalam kenyataan itu, Kassim Ahmad
menjelaskan kekaburan definisi sastera Islam yang dinyatakan oleh Shahnon Ahmad.

Bertitik tolak daripada permasalahan yang timbul ini, polemik antara Shahnon Ahmad dan
Kassim Ahmad berlarutan dan masing masing tetap dengan pendirian mereka. Akhirnya

polemik konsep sastera Islami dengan menggunakan istilah Sastera Islam menyebabkan
timbulnya

lebih

banyak

masalah

daripada

menyelesaikan

masalah.

Shahnon

Ahmad mengatakan sastera Islam mesti ditulis oleh orang beragama Islam sahaja. Maka
timbul isu daripada Kassim Ahmad bagaimana status sastera agung dunia yang ditulis oleh
orang bukan Islam yang kandungannya tidak bertentangan dengan Islam. Apakah Islam
menolak khazanah itu sebagai khazanah yang bermanfaat dibaca oleh orang Islam? Selain
itu juga bagaimanakah status karya-karya yang ditulis sebelum si penulis masuk Islam,
ataupun sebelum si penulis keluar Islam. Shahnon Ahmad juga mengatakan karya sastera
Islam mesti ditulis dengan adanya niat mahu menulis kerana Allah semata-mata. Maka
timbul isu daripada Kassim Ahmad bagaimanakah kriteria ini dapat dipastikan kerana isu
niat si penulis adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh yang empunya diri. Bagaimana
mungkin seseorang itu mengetahui apa niat individu lain. Selain itu juga, niat yang betul
belum tentu menjamin karya yang dihasilkan itu Islamik. Shahnon Ahmad juga mengatakan
karya sastera Islam mestilah kandungannya dengan terang dan jelas selaras dengan
pandangan Islam. Kassim Ahmad menyatakan timbul masalah kekaburan tentang kriteria
keselarasan kandungan karya dengan pandangan Islam. Sebagai contoh, bagaimanakah
status karya yang bertemakan pandangan Syiah, apakah ia dapat diterima sebagai sastera
Islam dalam konteks masyarakat yang anti-syiah?

Kesan polemik di antara dua tokoh ini cukup besar pengaruhnya bukan sahaja di Malaysia
tetapi juga di Singapura dan Indonesia. Misalnya, Kompas, 24 November 2002 melaporkan
konsep Seni untuk masyarakat yang menjadi motif perjuangan Asas 50 berteraskan
nasionalisme, sejak begitu lama menguasai alam pemikiran sastera Melayu, merosot
apabila tercetusnya polemik sastera di antara dua sasterawan besar Shahnon Ahmad dan
Kasim Ahmad pada pertengahan tahun 1980-an.

Sejak itu, tradisi sastera yang

berunsurkan Islam semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Sesuai dengan

zaman kebangkitan Islam, ramai sasterawan di Malaysia dan Indonesia sudah mulai
kembali menghayati karya-karya sastera yang berunsurkan Islam dan sufi. Di Indonesia
sastera Islam dipelopori oleh penyair besar Abdul Hadi WM. Fenomena sastera Islam di
Indonesia dapat dilihat dengan jelas dalam tahun-tahun 70an. Menurut Abdul Hadi WM
(1989: 83), sastera Islam dapat dikatakan menjadi suatu fenomena meluas dengan
kemunculan penulis angkatan 70an yang cenderung menulis karya-karya sufistik. Kehadiran
karya-karya khususnya genre puisi yang bersifat kesufian oleh penulis-penulis seperti Abdul
Hadi WM, Kuntowijoyo, Danarto, Sutardji Calzoum Bachri dan M. Fudoli Zaini dalam tahun
70an telah diterima khalayak sastera dengan begitu baik. Kelompok penyair ini diteruskan
pula oleh penulis-penulis awal 80an yang mempunyai kecenderungan sama. Antara penyair
tersebut ialah Afriza Malna, Hamid Jabbar, Kriapur, D. Zawawi Imron, Emha Ainun Nadjib
dan Heru Hamka. Kemunculan mereka diperkukuhkan dengan pengenalan gagasan sastera
transcendental oleh Kuntowijoyo di Temu Sastra pada 6 hingga 8 September 1982. Majlis
sastera ini telah dihadiri oleh khalayak sastera yang penting dan telah mendapat sambutan
hangat. Faktor kebangkitan umat Islam di seluruh dunia ketika itu telah menjadi antara
faktor terpenting dalam menyuburkan sastera Islam di Indonesia pada ketika itu.

Polemik sastera Islam pada dekad 70-an dan 80-an belum ada akhirnya. Melalui polemik
antara kedua-dua tokoh ini timbulnya beberapa aliran atau kelompok di dalam dunia sastera
Melayu khusunya dalam membincangkan mengenai sastera Islam. Dalam teori Takmilah,
Shafie Abu Bakar cuba untuk merealisasikan kesusasteraan Islam seperti yang dituntut
dalam al-Quran. Teori takmilah muncul daripada pembentangan beberapa siri kertas kerja
yang membincangkan teori dan konsep sastera Islam. Pada peringkat awal, satu kertas
kerja telah dibentangkan oleh Shafie Abu Bakar yang berjudul Sastera Islam : Teori
Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid di Port Dickson pada 23 31
Oktober 1992 untuk mencari pengertian sebenar teori sastera Islam. Perbincangan umum

dalam kertas kerja tersebut telah memberi ilham kepada Shafie Abu Bakar untuk
nmenggagaskan satu kerangka teori yang boleh digunakan sebagai landasan kritikan dan
analisis karya. Istilah Takmilah mula diketengahkan sebagai satu gagasan setelah Shafie
membentangkan kertas kerja berjudul Takmilah : Teori Sastera Islam sempena Nadwah
Sastera Islam antarabangsa anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 1 3 Disember
1993. Lanjutan daripada itu beliau telah menjelaskan idea mengenai teori Takmilah dalam
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 5 hingga 8 September 1993. Beliau
membentangkan kertas kerja yang bertajuk Teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin: Sebagai
model Sastera Islam. Dr Shafie Abu Bakar menggunakan istilah Takmilah dengan
pengolahan

teks

yang

dipilih

tetapi

bukan

sebagai

judul

utama

kertas

kerja.

Aplikasi teori ini kemudianya telah dilakukan oleh Shafie Abu Bakar terhadap kumpulan
puisi Kau dan Aku karya A. Aziz Deraman dengan judul Kau dan Aku: Analisis Takmilah.

Selain daripada teori Takmilah, salah satu teori yang turut memperkatakan sastera Islam
ialah Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang iaitu seorang
sarjana dan pengkritik terkenal tanah air dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya
dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 29 Oktober hingga 1 November 1989. Beliau telah mengemukakan teori ini dengan
merujuk kepada kitab Taj-al-mulk yang mengandungi pelbagai ilmu dan panduan hidup
yang cukup popular dalam kalangan generasi tua. Menurut beliau, kitab itu membincangkan
enam perkara pokok iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat dan
geraklaku manusia, mimpi dan firasat, cakerawala dan perumahan. Semua unsur ini dilihat
memiliki

fungsi

yang

khusus

dalam

kehidupan

manusia.

Secara

ringkas,

teori

Pengkaedahan Melayu dibahagikan kepada dua pendekatan iaitu Pengkaedahan Alamiah


yang merujuk secara langsung kepada faktor alam yang menjadi latar kehidupan

masyarakat Melayu. Di dalamnya dibahagikan kepada Pendekatan Gunaan, Pendekatan


Moral dan Pendekatan Firasat. Sementara pendekatan kedua pula ialah Pengkaedahan
Keagamaan yang bersandarkan kepada keimanan yang bersendikan nilai keimanan dan
ketakwaan yang bertunjangkan akidah agama Islam. Bahan rujukan utamanya ialah alQuran dan Hadis. Pembentukannya bertujuan menonjolkan sifat-sifat keagungan Allah dan
mempertingkatkan ketakwaan terhadapNya. Dalam pendekatan ini terdapat tiga pendekatan
yang saling berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan Masyarakat dan
Pendekatan Seni.

Melalui Pendekatan Dakwah, sastera dilihat sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai
ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Pendekatan ini berfungsi ke arah
memperkembangkan keunggulan Islam melalui nilai murni dan keistimewaan Islam yang
boleh menimbulkan daya kesedaran. Paparan permasalahan dan pergolakan masyarakat
dalam karya juga sebenarnya boleh memberi keindahan, makna kesenian dan kebaikan.
Pendekatan Dakwah mampu memberi kesan baik dalam aplikasinya terhadap kajian
sastera Islam kerana persoalan yang dipaparkan mampu memberi kesan keimanan dan
ketakwaan.

Mutakhir ini, perkembangan karya-karya berunsur Islam kian meningkat dengan adanya
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Pertandingan-pertandingan ini seperti Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka, Sayembara Novel Berunsur Islam anjuran kerajaan Terengganu,
PELITA dan GAPENA serta Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana
Menteri telah berjaya melahirkan ramai penulis yang bernuansakan Islam termasuklah
Anjanglie sendiri. Pemilihan karya-karya berunsurkan Islam sebagai antara pemenang
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan seperti novel 1515, Advencer si Peniup Ney dan Detektif

Indigo oleh Faisal Tehrani, Pia karya Hartini Hamzah dan antologi puisi Fort Margherita oleh
Mohd Salim Ali dengan sendirinya telah membuktikan penerimaan khalayak terhadap
sastera Islam.

Karya puisi berunsurkan Islam hasil tulisan SN Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) telah
meletakkan sastera Islam berada dalam kedudukannya yang tersendiri. Karya-karya beliau
seperti Dalam Meditasi (1972) dan Mim (1999), membawa Kemala memasuki dunia mistik
yang bersifat kerohanian. Panel Hadiah Karya Sastera 1972 menganggap Meditasi sebagai
puisi terindah, kuat dan berat. Kumpulan sajaknya yang lain ialah Ayn (1983, 1989),
Pelabuhan Putih (1989), Titir Zikir (1995) dan Tanah Kudup (2006). Sajak-sajak Kemala
pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
asing dan diterbitkan dalam penerbitan antarabangsa seperti Horison, Hemisphere,
Asiaweek dan Journal Pacific. Kemala juga sering diundang ke festival puisi antarabangsa
seperti di Indonesia, Republik Korea dan Yugoslavia. Disebabkan sumbangan berharga
kepada kesusasteraan Malaysia, Kemala telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara dari
Yang Di-Pertuan Agong dan gelaran Datuk. Pada tahun 1986, Kemala menerima S.E.A
Write Award daripada Kerajaan Thailand. Selain itu, Kemala juga pernah dilantik sebagai
panel hakim Hadiah Sasatera Malaysia dan panel hakim Hadiah Sastera Sabah. Selain
daripada Kemala sendiri, penyair-penyair lain seperti Shamsudin Othman dengan antologi
Taman Percakapan (2006), Rahimidin Zahari dengan Sekepal Tanah (Kumpulan Puisi)
DBP (1995) dan Suhaimi Haji Muhamad dengan antologi Wujud (1997) telah
menyemarakkan lagi perkembangan sastera bercorak Islami di tanah air. Karya-karya ini
membuktikan sastera Islam dapat diterapkan dengan baik oleh penulis yang menghayati
pengisian sebenar sastera Islam. Dalam Islam, citra sastera yang dituntut adalah
berasaskan amar makruf dan nahi mungkar. Dalam karya-karya ini, terdapat pelbagai citra
manusia sebagai suri teladan kepada manusia lain. Pengkajian citra sastera Islam dalam

puisi adalah sangat berkait dengan keperluan insaniah manusia. Ini disebabkan puisi
banyak merakam tingkahlaku manusia.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Penulis antologi sajak Retak di Jalanan iaitu Anjanglie adalah merupakan penulis yang telah
menghasilkan tiga kumpulan sajak iaitu Selat Kasih (2008), Ajarkan Aku Bertukang (2009)
dan Retak di Jalanan (2013). Dalam ketiga-tiga kumpulan sajak beliau, Retak di Jalanan
dipilih kerana di dalamnya terkandung banyak citra sastera Islam yang sesuai untuk dilihat
dari perspektif sastera Islam. Sehubungan ini kedudukan Anjanglie dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu lebih banyak dilihat dilihat dari sisi keupayaannya mengungkapkan
citra Islam berdasarkan pengalaman peribadinya .

Adalah menjadi satu kerugian kepada dunia kesusasteraan sekiranya karya-karya beliau
yang bermanfaat ini tidak dikaji dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Justeru, kajian ini
adalah diharapkan akan dapat menyebarluaskan pemikiran-pemikiran Islam yang
terkandung di dalamnya.

Selain itu juga, kajian ini dibuat demi memastikan Anjanglie lebih dikenali dalam dunia
kesusasteraan di Malaysia. Walaupun beliau baru menghasilkan 3 kumpulan puisi, namun
keberadaannya menjangkau ruang sempadan antara penyair lama dan penyair baru.
Justeru kajian ini memberi fokus kepada beliau dengan harapan beliau akan lebih dikenali
sebagai penyair bernuansakan dakwah Islam.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :


3.1

mengenalpasti dan menganalisis citra Islam dalam puisi-puisi pilihan karya


Anjanglie dengan menumpukan kepada puisi-puisi yang dimuatkan dalam
kumpulan puisi Retak di Jalanan. Analisis ini penting kerana hasil kajian ini
berguna untuk memahami citra Islam secara lebih mendalam dan seterusnya
digunapakai terhadap puisi berunsur Islam.

3.2

mengangkat Anjanglie sebagai penulis Kedah yang berwibawa kerana citra Islam
yang menunjangi sajak-sajaknya begitu konsisten dengan aliran pemikiran
sastera Islam yang masih belum dibongkar oleh pengkaji.

4. SKOP KAJIAN

Kumpulan puisi Retak di Jalanan merupakan himpunan 83 buah puisi karya Anjanglie
yang dihasilkan sejak pembabitan beliau dalam penulisan puisi pada tahun 1990
sehingga 2008. Kajian ini memberi tumpuan kepada kumpulan puisi Retak di Jalanan
kerana kebanyakan karyanya menampilkan persoalan keagamaan. Oleh itu adalah
diyakini bahawa karyanya dapat menyerlahkan unsur sastera Islam.

5. KAJIAN LEPAS

Setakat ini, tiada lagi pihak yang mengkaji pemikiran Islam dalam karya-karya Anjanglie
terutamanya dari aspek teori sastera Islam dan keindahan bahasanya. Namun begitu,
kajian ke atas kumpulan puisi lain mengikut teori sastera Islam

telah dibuat oleh

Mohamad Rosli bin Mohd Hussin (1995) pelajar dari Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah menekuni kesesuaian tema sajaksajak Muhammad Hj. Salleh dari perspektif Islam. Kajiannya bertajuk Sajak-sajak
Muhammad Hj. Salleh dari Perspektif Islam. Hasil kajiannya mendapati bahawa sajaksajak Muhammad Hj. Salleh yang bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan, alam
dan cinta tidak mencerminkan budaya Islam.

Selain daripada itu, Samsina bt Hj. Abdul Rahman dalam kajian peringkat doktor
falsafahnya telah membuat kajian bertajuk Unsur-unsur Tasawuf dalam Puisi-puisi
Melayu Moden di Malaysia dan Indonesia : Analisis Perbandingan. Beliau telah
mengkaji puisi-puisi 21 orang penyair dari Malaysia dan Indonesia. Samsina Hj. Abdul
Rahman telah mendapati pemaparan unsur-unsur tasawuf dalam puisi moden di
Malaysia lebih awal berbanding di Indonesia.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kajian citra Islam


mengikut teori Sastera Islam masih kurang dilakukan. Atas kesedaran inilah, maka
kajian Citra Islam : Analisis Terhadap Kumpulan Puisi Retak di Jalanan karya Anjanglie
adalah amat bermakna.

6. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini akan dapat :
6.1

menambah bilangan kajian kesusasteraan di Malaysia amnya dan di negeri


Kedah khususnya.

6.2

menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan di Malaysia.

6.3

menjadi sumber rujukan kepada penulis-penulis di Malaysia.

6.4

menjadi bahan kajian penulis-penulis di negeri Kedah.

7. KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah KajianApa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan seperti
tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa perpustakaan antaranya
Perpustakaan Negeri dan Perpustakaan Daerah. Selain itu, maklumat dan sumber
rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang berkaitan
dengan bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan aspek
kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan yang dipilih
ini

digunakan

untuk

memantapkan

konsep,

mengukuhkan

huraian

mahupun

memperoleh contoh-contoh yang berkaitan. Selain itu, bagi mendalami pemikiran


penulis, sesi temubual turut diadakan. Sesi ini diadakan secara bersemuka dan juga
temubual secara atas talian menggunakan medium perhubungan sosial.

8. ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini terdiri daripada 4 bab. Bab pertama merupakan bab pendahuluan. Di dalam
bab ini terkandung pengenalan kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian,
kajian lepas, kepentingan kajian dan kaedah kajian. Bab kedua pula merujuk kepada
konsep dan teori sastera Islam.Bab ketiga menumpukan kepada analisis terhadap citra
Islam di dalam kumpulan puisi Retak di Jalanan. Bab keempat menumpukan kepada
rumusan terhadap kajian.

TEORI SASTERA ISLAM


Teori Takmilah
Menurut Shafie Abu Bakar teori Takmilah yang dibina secara berhubung rapat dengan
falsafah dan prinsip-prinsip keislaman adalah bersifat syumul (menyeluruh) dan holistik.
Sifat syumul dijelaskan iaitu ia mesti bertolak dari falsafah tauhid yang bersifat doktirinik
yang kukuh dalam islam. Dari sifat Kamal Allah yang menjadi unsur bagi Takmilah
sebagai elemen mendidik dan tajmilah (keindahan/estetik) sebagai elemen seni dan
sastera yang meningkatkan martabat insan seperti yang tergambar pada sifat Rasulullah
S.A.W. Teori Takmilah boleh digunakan ke atas semua karya sastera untuk mengesan
nilai keislamannya. Teori ini berperanan sebagai pengukur nilai Islam dalam sesebuah
karya. Sebenarnya, teori ini menekankan kepada tiga komponen penting iaitu
pengkarya, karya dan khalayak. Pengkarya ialah orang yang menghasilkan karya sama
ada karya sastera mahu pun non-sastera. Karya pula ialah hasil karangan yang
diusahakan oleh pengkarya. Manakala khalayak pula merupakan orang yang menikmati
karya yang dihasilkan oleh pengkarya. Semua komponen ini berfokuskan kepada
mentauhidkan Allah. Pengkarya seharusnya seorang yang berilmu serta penuh
ketakwaan. Karya yang dihasilkannya pula mencerminkan kesempurnaan Allah sebagai
Tuhan Penguasa Alam. Justeru, karya sastera dalam teori Takmilah bermula dan
berakhir dalam kerangka tauhid. Hal ini dapat dijelaskan dalam rajah di bawah.

Tauhid
Sastera
Tauhid

Rajah 1 : Kedudukan Sastera dalam Kerangka Tauhid

Beliau menegaskan ada dua komponen utama iaitu Komponen Falsafah yang mewarnai
nilai-nilai seperti kebaikan, kebenaran, kemulian, dan ketinggian serta Komponen Seni
yang mewarnai karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri. Kedua-dua komponen ini
merangkumi nilai baik dan buruk yang ditegaskan dalam teori ini adalah sebagai
pendorong Dr Shafie Abu Bakar . Beliau juga mengenengahkan nilai-nilai yang tidak
diketemui dalam teori-teori kesusasteraan yang terdahulu agar dapat digunakan dalam
menganalisis karya-karya. Teori ini dikatakan bersifat holistik kerana prinsip-prinsipnya
yang tujuh melibatkan segala aspek iaitu Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan,
Karya, Pengkarya dan Khalayak. Tujuh prinsip tersebut adalah seperti berikut iaitu yang
pertamanya ialah prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Sifat Kamal dan sifat Jamal
Allah terpancar pada mahkluk ciptaanNya. Dia merupakan Tuhan Yang Maha Indah,
Maha Sempurna dan Maha Berkuasa. Sifat-sifat ini dapat diterjemahkan ke dalam karya
sastera. Dengan cara sebegini, keimanan khalayak akan menjadi lebih teguh. Ini jelas
dapat dilihat dalam Al-Quran umpamanya pada maksud Al-Quran: Dialah Allah, Yang
Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang

Membentuk rupa makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah


nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala
yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha
Bijaksana.(surah al-Haysr (59) : 22-24).

Kamal

Qadir

Jamal

Alim

Allah
Rajah 2 : Prinsip Ketuhanan yang Bersifat Kamal

Kedua ialah prinsip kerasulan sebagai insan Kamil. Prinsip ini mengambil contoh
Rasulullah (saw) sebagai model insan kamil. Prinsip ini dapat difahami melalui tiga
konsep ideal keinsanan iaitu insan kamil, insan khalifah dan insan Rabbani. Manusia
sebagai insan khalifah ditegaskan seperti dalam maksud ayat Al-Quran dalam surah alBaqarah ayat 30, surah al-Anam ayat 165 dan surah al-Tin ayat ayat 4. Dengan
meningkatkan ketakwaan, manusia akan menjadi semakin dekat dengan Allah. Sastera
sebagai santapan jiwa manusia berupaya mendukung amanah Allah membentuk insan
khalifah dan dan insan Rabbani. Secara rajah, prinsip kerasulan sebagai insan kamil
adalah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rajah 3 di bawah.

Kamil

Rabbani

Rajah 3 :

Ahsan

Khalifah

Prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil

Ketiga pula ialah Prinsip keislaman yang bersifat Akmal. Allah berfirman dalam surah alZariyat ayat 56 yang bermaksud Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah
(perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang batil) dan
peringatan (dengan cara) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik.
Ayat ini menunjukkan bahawa sastera dapat mentakmilahkan jiwa manusia khususnya
yang berhubungan dengan hablum minallah (hubungan dengan Allah) dan hablum
minannas (hubungan dengan manusia). Sebagaimana yang ditunjukkan di dalam rajah
4

di

bawah,

hubungan

takmilah

dengan

Islam

dalam

prinsip ini

mentakmilahkan akidah manusia berasaskan syariat Islam.


Akmal

Syariat

Ihsan

Akidah

Islam
Rajah 4 : Prinsip Keislaman Bersifat Akmal

berupaya

Prinsip keempat ialah prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul. Dalam prinsip
ini peranan akal dan hati dalam menangani ilmu jelas kelihatan. Ilmu adalah maklumat
yang akan menjadi ilmu sebenar apabila dimanfaatkan. Allah berfirman dalam surah
Yusuf ayat ke 2 yang bermaksud Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa AlQuran dengan berbahasa Arab agar kamu berfikir. Hanya manusia berfikir sahaja akan
memahami sebenar-benar tujuan Al-Quran diturunkan. Begitu juga dengan sastera yang
memerlukan ketinggian akal pengkarya untuk mengungkap pemikirannya. Sastera juga
memerlukan keindahan bahasa untuk menyampaikan ilmu secara berkesan. Hanya
khalayak berilmu sahaja yang dapat membongkar ketinggian bahasa dan seterusnya
menghadam setiap akal pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengkaryanya.

Takamul

Akal

Intuisi

Hati

Ilmu
Rajah 5 : Prinsip Sastera yang Bersifat Takamul

Kelima ialah prinsip sastera sendiri yang bercirikan estetika dan bersifat Takmilah.
Prinsip ini melihat hubungan antara takmilah dengan karya.Ia melihat kepada
peningkatan mutu sesebuah karya sama ada dari aspek lahiriah mahupun maknawi.
Kesempurnaan dua aspek ini bererti karya tersebut mempunyai nilai estetika yang tinggi
sejajar dengan konsep takmilah.

Takmilah

Lahiriah

Estetika

Maknawi

Karya
Rajah 6 : Prinsip Sastera Bercirikan Estetika dan Bersifat Takmilah

Prinsip keenam ialah prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri. Ia
membawa maksud perkara yang mendorong pengarang mendalami, menguasai,
melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu bukan sahaja ilmu sastera tetapi juga ilmu-ilmu
agama dan ilmu-ilmu lain demi mencari kesempurnaan dalam berkarya. Pengkarya juga
harus memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah. Pengkarya seharusnya
berilmu kerana sastera berupaya untuk menjadi medium dakwah yang paling berkesan.
Hubungan pengkarya dengan ilmu dapat dilihat di dalam rajah 7 di bawah.

Takmilah

Keislaman

Estetika

Ilmu Sastera

Pengkarya
Rajah 7 :

Prinsip Pengkarya Seharusnya Mengistikmalkan Diri

Sementara prinsip terakhir pula ialah prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka
kearah insan Kamil. Prinsip ini menekankan tujuan akhir penciptaan karya. Sastera
Islam seharusnya berunsur pendidikan, berdakwah dan dapat meningkatkan ketauhidan
seseorang pembaca. Pengkarya harus menonjolkan kebesaran, keesaan dan
kesempurnaan Allah. Gambaran ini dapat dilihat dalam rajah 8 di bawah.

Takmilah

Individu

Estetika

Jamaah

Khalayak
Rajah 8 : Prinsip Sastera dan Khalayak

Takmilah menekankan aspek kesempurnaan dan keindahan melalui pengarang dan


karya kepada pembaca, berdasarkan sifat ketuhanan yang Uluhiyyah dan Rububiyyah.
Konsep dan prinsip Teori Takmilah menuntut pengkarya mejadi seorang yang berilmu.
Pengkarya akan dapat melahirkan karya yang bersifat takmilah sekiranya karya-karya
mereka

berlandaskan

ilmu.

Selain

itu,

khalayak

akan

dapat

meningkatkan

kesempurnaan tauhidnya setelah menikmati karya tersebut.

TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Dalam Kolokium Membina Teori Sastera Sendiri, Hashim Awang(1999) memperjelaskan


terdapat dua hakikat utama iaitu: hakikat keberadaan bangsa Melayu sebagai warga
dunia. Bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat, iaitu bangsa yang memiliki ciri-ciri
keistimewaan dan keutuhan tersendiri iaitu ia mampu membentuk corak tamadun dan
sistem kepercayaan yang berlandaskan kepada agama Islam, ia adalah bangsa yang
berbudaya, berteknologi, beradab, berilmu, dan berdaya cipta atau kreatif. Selain itu,
bangsa Melayu juga bergerak atas dasar cara hidup dan pandangan dunia yang jelas;
kehidupannya

tersusun

dalam

sistem-sistem

pemerintahan,

perundangan,

perekonomian, pendidikan dan pergaulan serta sosial yang bertunjangkan tradisi dan
agama. Ia memiliki tanggapan dan teori alam semesta atau kosmologi tertentu yang
khusus. Kehidupannya menjadi amat erat dan intim dengan alam semesta; daya fikir
dan daya ciptanya sering menyingkap rahsia keadaan, keteraturan dan kesatuan alam
tersebut dan bangsa Melayu juga adalah bangsa yang berbudi bahasa; pergerakan dan
pengucapannya dan mengutamakan ketertiban dan kehalusan.
Wujudnya keistimewaan bangsa Melayu sebagai suatu bangsa besar di dunia
melahirkan pula hakikat kedua yang turut menjadi penyumbang dalam pengukuhan
rasional

tadi. Hakikat

kedua

yang

dimaksudkan

ini

adalah

hakikat

bahawa

kesusasteraan Melayu sebagai satu antara penghasilan daya fikir dan daya cipta
terpenting bangsa Melayu; memiliki teori ciptaannya yang tersendiri dan khusus;
ciptaanya adalah berlandaskan kepada aqidah Islam dan budaya Melayu. Landasan

tersebut menghasilkan tiga bentuk kesusasteraan Melayu yang ditunjangi tiga teras
utama iaitu teras kebajikan, teras ketakwaan, dan teras ketatasusilaan:
i.

Teras

kebajikan,

menimbulkan

karya-karya

kesuasteraan

Melayu

yang

kebanyakannya bersifat didaktik, iaitu kesusasteraan yang memaparkan persoalanpersoalan moral dan didikan ke arah pembinaan kemajuan dan peningkatan taraf
hidup serta budi pekerti bersama-sama semangat nasionalisme bangsa Melayu.
ii. Teras

ketakwaan,

menggerakkan

karya-karya

kesusasteraan

Melayu

untuk

membangkitkan persoalan-persoalan tentang pemupukan rasa kemanusiaan dan


kasih sayang antara sesama manusia, sama ada yang berlainan atau pun
bersamaan agama dan bangsa. Semua perasaan ini dikaitkan pula dengan
kecintaan terhadap bangsa, agama dan watan. Tumbuhnya kecintaan ini pula
memperkukuhkan ketaatan dan ketakwaan kepada Tuhan, yang memang turut
tergarap sebagai antara persoalan-persoalan terpenting dalam kesusasteraan
Melayu. Di sini juga ditimbulkan soalan-soalan kepentingan bangsa Melayu dan
Islam memahami serta mendalami ilmu agama dengan baik dan betul; ini ditekankan
untuk memperlihatkan keindahan dan keunggulan agama Islam di samping dapat
menggambarkan citra umat Islam yang tulen.
iii. Teras ketatasusilaan pula membawa maksud bahawa penciptaan kesusasteraan
Melayu amat mementingkan adab atau teknik penulisan khusus yang dapat
melahirkan nilai keindahan atau nilai seni dalam penciptaan ini, lazimnya pengarang
Melayu memulakan penulisan dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah. Ini
diikuti dengan ucapan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, lalu kemudiannya
dijelaskan niat dan tujuan murninya menghasilkan karya.Selepas itu, barulah
penulisan teks atau penulisan karya sebenar terlaksana, manakala pada
pengakhiran teks dinyatakan secara ringkas antara pengajaran atau moral yang
diperolehi daripada karya. Dalam ketatasusilaan ini ditekankan juga aspek
penggunaan bahasa yang indah serta jelas dengan penyelitan dan penyerian dalam
bentuk puisi yang bernilai; selalunya pengarang Melayu dituntut supaya tidak
menggunakan

kata-kata

atau

menyusun

ayat

yang

boleh

mengelirukan

pembaca. Niat yang tersirat dalam penulisan haruslah ikhlas serta baik sehingga
boleh terhindar dari segala fitnah atau tersinggung pada pihak-pihak tertentu.
Bertolak dari itu, lahirlah Pengkaedahan Melayu yang dimaksudkan sebagai teori
sastera Melayu yang terbentuk berasaskan sepenuhya kepada budaya dan sikap
hidup(weltanschauung),

pandangan

dunia(world

view),

perspektif

alam

semesta(kosmologi), dan agama (Islam) orang-orang Melayu yang memiliki ciptaanciptaan karya mereka yang tinggi dan unik.
Berdasarkan inilah, dua pengkaedahan yang dianggap paling bersesuaian dan
bermakna yang telah diterokai oleh Hashim Awang, iaitu Pengkaedahan Alamiah dan
Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua kaedah ini saling berkaitan di antara satu
dengan yang lain.
1. Pengkaedahan Alamiah
Menurut Hashim Awang(1998:8) sesebuah karya yang hendak dikaji, dikritik atau
dinilai sepertimana kita melihat alam yang memberi segala kebaikan, hikmah,
teladan atau rasa keajaiban dan keindahan kepada manusia. Oleh itu, hasil sastera
juga diumpamakan sedemikian rupa.
Pengkaedahan Alamiah ini dapat dicirikan seperti berikut:
i.

Alam semesta dijadikan sebahagian daripada diri dan kehidupan mereka.

ii.

Pegangan agama Islam diperkukuhkan dengan alam semesta adalah ciptaan


Allah dan ciptaan itu berada dalam keadaan yang indah, berimbang dan
bersukatan, baik pada kuantiti mahupun kualitinya.

iii.

Allah mencipta alam semesta dengan penuh kebijaksaan, nilai dan matlamat.

iv.

Manusia pula merupakan sebahagian daripada alam semesta ciptaan Allah,


manusia dicipta untuk menjadi khalifah yang diamanahkan dengan
tanggungjawab untuk memelihara dan memanfaatkan alam semesta dengan
sebaik mungkin.

Berdasarkan tanggapan - tanggapan tersebut, Pengkaedahan Alamiah terbentuk


kepada tiga pendekatan iaitu: Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan
Pendekatan Firasat.
1.1 Pendekatan Gunaan
Pendekatan Gunaan memberikan penekanan besar dan luas terhadap kegunaan
dan kebajikan sastera, baik dari aspek isi atau bentuknya yang berteraskan
kebajikan dan ketatasusilaan.
Hashim Awang(1999) melihat atau mengandaikan sastera dengan Pendekataan
Gunaan dalam ciri-ciri berikut:
i.

Sastera satu antara objek-objek daripada ciptaan alam; ciptaan berlaku


dengan keizinan atau restu Allah.

ii.

Ciptaan sastera adalah bersebab, berhikmah dan berfungsi tertentu. Ia dilihat


melalui unsur intrinsik dan ekstrinsik yang merangkumi latar belakang
penciptaan, masyarakat, pembaca, pengarang dan ideologi.

iii.

Ciptaan sastera harus dilihat sebagai alat yang boleh memberi manfaat atau
kegunaan besar kepada manusia dan kehidupan luaran dan dalamannya.

1.2 Pendekatan Moral


Pendekatan Moral pula didasari daripada Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa
kejadian dan objek, namun kejadiannya berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi
berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamai alat atau benda yang memberi
kegunaan, tetapi kejadian yang bersifat pengalaman hidup manusia iaitu
pengalaman yang dilalui manusia tertentu dan maklumat yang berkaitan dengan
manusia serta dunianya termasuklah kejiwaan, kepercayaan(agama), kebudayaan,
kemasyarakatan, kebangsaan dan persekitaran.

Ciri-ciri Pendekatan Moral seperti berikut:


i.

Ia dapat memberi kemanfaatan yang lebih jauh dan besar daripada fungsinya
sebagai suatu alat, iaitu kemanfaatan yang berkaitan dengan kebatinan dan
keperibadian manusia.

ii.

Sastera dalam konteks ini bukan lagi berfungsi untuk menyumbangkan


sesuatu faedah, tetapi menyingkapkan dan menyatakan pengalaman.

iii.

Sastera

sebagai

penyingkapan

dan

pernyataan

pengalaman

boleh

mengambil bentuk-bentuk peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan


juga segala maklumat yang berkaitan dengan mereka serta suasana
persekitaran.
iv.

Sastera

dilihat

sebagai

perakam

peristiwa,

perbuatan

dan

perilaku

manusia. Semua yang terakam ini dapat ditinjau sebagai pengibaratan atau
pengiktibaran kepada pembaca dan pengguna sastera.
v.

Sastera juga dalam konteks ini perlu dikaji sebagai sumber maklumat dan
ilmu pengetahuan.

1.3 Pendekatan Firasat


Pendekatan Firasat berlandaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu
kejadian

alam

semesta

yang

memberikan

dan

memperkayakan

pengalaman

hidup. Mengikut Hashim Awang(1989:63) kejadian itu dikaitkan dengan mimpi, iaitu
suatu pengalaman hidup masyarakat Melayu sering dianggap bermakna kepada
kehidupan untuk ditemukan pengertian atau pencarian makna mimpi, dikenali sebagai
takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu.
Hashim Awang mencirikan Pendekatan Firasat seperti berikut:
i.

Sastera perlu dilihat sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin atau yang

sering disebut sebagai yang tersurat dan yang tersirat. Sifat zahir menjadi
penanda atau dalam masyarakat Melayu diistilah sebagai alamat untuk
mendapatkan makna yang tersirat atau penanda.
ii.

Sastera

dianggap

sebagai

wacana

berlapis

atau

berkias

yang

memerlukan kerja-kerja penafsiran untuk menentukan makna atau isi dan


tujuan sebenar yang mahu disampaikan oleh pengarang.
iii.

Dalam sastera terkandung makna atau isi yang tersembunyi; makna atau
sisinya perlu dianalisis serta ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat
luarannya atau melalui sistem tanda dan lambang yang ternukil.

iv.

Sastera dalam konteks ini juga harus dilihat dan dikaji sebagai
pembentukan wacana yang berperlambangan.

2. Pengkaedahan Keagamaan
Pengkaedahan Keagamaan yang dimaksudkan oleh Hashim Awang sebagai
pendekatan yang bersandarkan keimanan yang bersendikan akidah agama
Islam. Sumber yang paling besar dan utama yang menjadi rujukan ialah Al Quraan
dan Hadis. Sumber pembentukkannya pula bersandarkan tujuan menonjolkan sifatsifat keagungan Allah dan mempertingkatkan ketakwaan terhadapNya.
Pengkaedahan ini, bersendikan nilai-nilai estetika dan moral yang bersandarkan
kepada pegangan yang benar dan kudus iaitu kepercayaan kepada kewujudan
Allah dan keyakinan kepada sifat-sifat kebesaran, kekuasaan, kekayaan, dan
kesempurnaanNya.
Pengkaedahan Keagamaan diutarakan melalui tiga pendekatan iaitu Pendekatan
Seni, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Dakwah.

2.1 Pendekatan Seni


Pendekatan

seni

digunakan

untuk

meneliti

nilai-nilai

estetika

yang

ada

padanya. Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan dalam karya sastera. Ia
menjadikan karya sastera sebagai persoalan pokok.
Menurut Hashim Awang(1994:13) hakikat seni Islam, juga seni persuratannya
bukanlah peniruan (mimesis) sepi dalam seni Barat, tetapi berasaskan bentuk
(constructional atau structural: al nazam). Dengan itu seni Islam memberi
keutamaan kepada pemikiran dan makna itu diberi bentuk sehabis indah dan unik
melalui stylization.
Ciri-ciri Pendekatan Seni:
i.

Keindahan dalam sastera adalah keindahan yang melandaskan dirinya kepada


nilai-nilai estetika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran
Islam.

ii.

Keindahan itu dapat dikenalpasti menerusi pelbagai aspek atau unsur


pembinaannya: yang berbentuk harafiah dan dalaman, gaya penceritaan,
kaedah pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan dan gaya
bahasanya.

iii. Keindahan itu dipentingkan adalah penggunaannya, iaitu penelitian sastera bagi
menemukan dan kemudiannya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan
tapak-tapak asas yang murni lagi suci iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan
kepada Allah.
2.2 Pendekatan Kemasyarakatan
Pendekatan ini dianggap sebagai alat pendedahan segala macam persoalan
yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti
yang dituntut oleh agama Islam. Dalam konteks ini, sastera Islam dianggap
sebagai pencipta yang berfungsi khusus dengan membawa perutusan besar
untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia.

Ciri-ciri Pendekatan Kemasyarakatan:


i.

Sastera dianggap lumrah untuk mendedahkan dengan jelas, benar dan berani
permasalahan mengenai kemungkaran, ketidakadilan, penipuan, kepuraan,
rasuah dan segala permasalahan yang dianggap punca kepada kepincangan
masyarakat dan keimanan insan.

ii. Persoalan kemasyarakatan dilihat daripada kaca mata Islam dan tidak digunakan
sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan realiti melainkan
adalah untuk mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan pengukuhan
keimanan serta ketakwaaan insan.
iii. Pendekatan ini menumpukan kepada soal-soal isi dan tema yang memancarkan
permasalahan dalam masyarakat dan kajian juga wajar terarah kepada latar
belakang hidup pengarang untuk melihat keselarian dengan persoalan kebajikan
masyarakat yang dipaparkan dalam karyanya.
iv. Pendekatan ini juga memungkinkan kajian ke arah soal-soal syariah, ibadat,
moral, ekonomi, sosial dan politik dari sudut keIslaman.
2.3 Pendekatan Dakwah
Pendekatan Dakwah menekankan aspek-aspek yang menyentuh segala
persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran dan sifat-sifat
keagungan Allah dalam hasil kesusasteraan Islam.Sastera juga dilihat sebagai
satu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan sesorang insan terhadap
Allah.
Ciri-ciri Pendekatan Dakwah:
i.

Pendekatan ini juga dilihat sebagai mengandungi persoalan yang memaparkan


tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah, serta sastera dapat dijadikan
sebagai kitab yang darinya insan dapat mengenali dengan lebih dekat dan
khusyuk

terhadapNya. Seterusnya,

menimbulkan

kehormatan yang lebih besar dan suci kepada Allah.

rasa

kecintaan

dan

ii.

Pendekatan ini mempunyai persoalan tentang kemurnian dan kelebihan agama


Islam yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan yang lebih
mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan insan
muslim mahupun bukan muslim.

iii. Pendekatan ini banyak bertumpu kepada aspek-aspek tema dan amanat yang
mengarah kepada penyerahan permasalahan tersebut.
iv.

Aspek watak dan perlakuan serta peribadi watak juga menjadi daya penarik
untuk dikaji dengan kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang insan muslim.

Secara ringkasnya Pengkaedahan Melayu boleh dilihat di dalam rajah 9 di bawah.

Pengkaedahan Melayu
Pengkaedahan Alamiah

Pengkaedahan Keagamaan

Pendekatan Gunaan

Pendekatan Seni

Pendekatan Moral

Pendekatan Kemasyarakatan

Pendekatan Firasat

Pendekatan Dakwah

Rajah 9 : Pengkaedahan Melayu

Anda mungkin juga menyukai