Anda di halaman 1dari 4

KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL TYLER

Setiap model yang tercipta mempunyai tujuan yang tersendiri. Model-model itu
semestinya unik bermaksud mempunyai kelebihan tersendiri yang mana akan dijadikan
panduan kepada pengguna untuk memilih model tersebut bersesuaian dengan tujuan
kegunaan. Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu pada pelajar
(pencapaian). Semata-mata malah juga menekankan kepada aspek-aspek lain selain
pencapaian pelajar termasuklah:
a. Pengetahuan tentang maksud falsafah program (knowledge about programmed
intention).
b. Matlamat dan objektif tingkah laku.

Matlamat dan objektif program perlu

ditakrifkan dengan jelas.


c. Tatacara untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program.
Selain itu, kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukan yang
kukuh terdapat arahan, bimbingan dan panduan. Mengandungi kriteria untuk menilai
kejayaan program. Malah kaedah yang praktikal iaitu boleh menggunakan kaedah ini
secara berterusan. Kaedah management by objective (MOB) oleh model ini boleh
memantau sesuatu program atau institusi dengan cara tidak formal. Malah model ini juga
sistematik kerana adanya kompenan dan langkah. Malah model ini juga mempunyai
kekuatan dengan objektif yang hendak dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu, model
ini sangat sesuai kerana memberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan
melahirkan pelajar yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini
mempunyai kekuatan tersendiri iaitu model ini mudah, senang difahami, senang diikuti
dan diimplementasikan dan menghasilkan maklumat relevan yang diterima pihak
tertinggi program.
KELEMAHAN MODEL TYLER
Tiada yang sempurna, jika ada kelebihan pasti ada kelemahan. Lantaran itu, model
Tyler juga tidak terlepas mempunyai kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan dalam

model Tyler seperti dibuktikan oleh Pophams (1969, 1973); Sulivan (1965) dan
MacDonald Ross (1973) dipetik dari Sani (1992); Sharifuddin (1996) dan Habibah
(1996).

Antara kelemahan-kelemahan tersebut adalah masalah teknikal yang mana

untuk memperoleh satu set objektif yang operational, penilai dikehendaki memilih
dan memurnikan objektif-objektif yang sesuai. Justeru itu, Tyler mencadangkan proses
tapisan awal dilakukan berpandukan pada falsafah dan psikologi sesuatu program.
Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan rupa bentuk proses yang perlu dilakukan.
Adakah memadai dengan memfokuskan ke atas aspek isi kandungan dan pembelajaran
sahaja dan aspek-aspek ini dinyatakan dalam bentuk tingkah laku? Akibatnya, objektif
penting terutamanya yang berkaitan dengan aspek kurang konkrit program seperti sikap
dan emosi telah diabaikan. Pendapat ini selari dengan pendapat Stake, (1970) dan
Dressel, (1960) iaitu kelemahan Model Tyler ialah tiada pendapat yang konsisten
mengenai siapa yang patut memilih objektif atau objektif yang mana patut dipilih.
Selain itu, Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada hasil
(product) sahaja.

Tyler mengaitkan hasil dengan objektif.

Oleh itu, beliau perlu

memerlukan maklumat tentang sesuatu program selepas satu program lengkap


berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Pendapat ini di
sokong oleh McDonald Ross, (1973) iaitu menurut beliau sungguhpun objektif dapat
didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk mendapatkan hasil pengukuran
adalah jauh dari yang dapat dikesan.
Kelemahan seterusnya ialah bukan semua penggubal kurikulum bersetuju tentang
perlunya menetapkan objektif terlebih dahulu (Atkin, 1963; Eisner, 1967, 1969 dan
Stenhouse, 1971). Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabila terikat dengan objektif
yang telah ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti. Biasanya pembinaan objektif
lebih berfokus kepada tingkah laku yang mudah diukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti
berkaitan dengan sikap seperti menghargai dan menghakimi yang sukar diukur jarang
dimasukkan sebagai objektif khusus dalam penilaian kurikulum.

KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL HILDA TABA

Model Hilda Taba juga mempunyai keunikan tersendiri. Kekuatan Model ini jelas
menunjukkan bahawa kurikulum dan pengajaran adalah saling berkaitan dan tidak wujud
secara berasingan. Selain itu model ini Memberi guru peranan yang lebih besar dengan
tidak hanya membuat mereka pelaksana kurikulum semata-mata tetapi juga pemaju
dalam menjaya matlamat kurikulum. Model ini unik apabila menggunakan kaedah
induktif. Kaedah induktif mewujudkan suasana lebih fleksibel apabila tidak terikat
dengan pihak atasan. Model ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru apabilan
menggunakan guru sebagai pendekatan bagi mencapai matlamat kurikulum. Guru
merupakan tunjang kepada sistem pendidkan. Hilda Taba juga menekankan guru
merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu
guru lebih memahami keperluan bagi memenuhi kurikulum dalam sistem pendidikan.
Kekuatan Model ini juga dapat dilihat secara lebih halus tentang produk yang
dihasilkan iaitu pelajar. Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan
kreatif , apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan. Model ini juga
memerlukan pelajar berkerja dalam kumpulan secara koperatif dan aktif. Selain itu,
pelajar yang dapat menaakul konsep, ia dapat menjana maklumat dalam pelbagai situasi.
Kekuatan model ini apabila melihat kurikulum sebagai "rancangan untuk
pembelajaran". Akhir sekali, model ini memberi kepentingan kepada objektif dalam
usaha untuk mewujudkan tujuan untuk memutuskan apa yang perlu termasuk, terkecuali
dan penekanan dalam kurikulum

1.2

KELEMAHAN MODEL HILDA TABA


Model Taba juga mempunyai kelemahan iaitu ia Proses pelaksaannya memakan
masa yang panjang. Selain itu, proses mengumpul dan memilih maklumat harus
dilakukan terus menerus sebelum dapat membina idea (terutama kategori) dan
membina konsep. Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang
pelajar yang berbeza-beza. Model ini lebih membebankan guru selaku pendidik dan
guru perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan model ini.

5.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya pelbagai model yang telah dicipta bagi mengembangkan lagi kurikulum

yang tinggal hanya pengguna perlu memilih model mana yang sesuai dengan program yang ingin
dilaksanakan. Model Tyler di lihat banyak kelebihan walaupun model ini juga mempunyai
kelemahan namun ia masih lagi model yang terkenal dan popular digunakan di Malaysia. Model
Tyler lebih jelas arah tuju dengan pembinaan objektif yang jelas dengan matlamat pengajaran.
Sementara itu, Model hilda taba juga pada asasnya sama dengan Model Tyler iaitu menekakan
pembinaan objektif namun prosesnya sahaja yang terbalik. Model tyler bersifat deduktif iaiatu
arahan atau format kurikulum diturunkan dari pihak atasan dan ia dikatakan terlalu rigid kerana
guru perlu mengikut skema yang diberikan. Berbeza dengan Model hilda taba objektif kurikulum
bermula dari bawah iaitu guru, pelajar dan masyarakat. Walaubagaimanapun model taba
dikatakan memakan masa yang lama bagi melihat keberkesana model tersebut. Oleh itu, dengan
adanya penulisan tentang Model Tyler dan Taba semoga pembaca dapat membuat penilaian
berlandaskan kelemahan dan kekuatan model-model tersebut dan diacukan dengan

tujuan

program masing-masing.
Rogers
Model pengembangan kurikulum dari Rogers ini berbeda dengan model-model lainnya. Sepertinya
tidak ada suatu perencanaan kurikulum tertulis, yang ada hanyalah rangkaian kegiatan kelompok.
Itulah ciri khas Carl Rogers ssebagai sebagai Eksistensial Humanis., ia tidak mementingkan formalitas,
rancangan tertulis, data, dan sebagainya. Bagi Rogers yang penting adalah aktivitas dan interaksi.
Berkat berbagai bentuk aktivitas dalam interaksi ini individu akan berubah. Metode pendidikan yang
diutamakan Rogers adalah sensitivity training, encounter group dan Training Group
(T Group).

Anda mungkin juga menyukai