Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN SEMPENA KARNIVAL

PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


Oleh
Epredjolly Justin (920426-12-6359)
PENGALAMAN KENDIRI
Sebelum
Sebelum pelaksanaan amali permainan tradisional ini, beberapa perkara telah kami ambil
kira bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan juga sebagai memenuhi
kriteria dalam penilaian ini. Pertama sekali, kami telah memilih permainan yang ingin
dilaksanakan semasa amali di mana pemilihan permainan ditentukan melalui cabutan oleh
ketua bagi subjek ini. Kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri, Lau Hao Sean,
Mohamad Shazwan Bin Sulaiman dan Nellson Joumin telah mendapat permainan Batu
Seremban. Sebelum memulakan proses menyediakan kertas cadangan permainan ini, kami
berbincang berkaitan dengan peraturan dan cara permainan batu seremban tersebut
memandangkan terdapat pelbagai cara permainan ini dimainkan di serata negara. Selepas
menentukan cara permainan yang digunakan semasa amali nanti, kami bermain permainan
tersebut dalam kumpulan untuk menguji kesesuain peraturan yang kami telah tetapkan.
Selepas itu, kami melakukan pembahagian tugas untuk memastikan persediaan kami
berjalan dengan lancar.
Semasa raptai dan persediaan tempat, iaitu pada 18 Mac kami menyediakan tempat
permainan mengikut kesesuaian. Tempat yang kami gunakan ialah di tepi gelanggang bola
jaring yang mempunyai kawasan berbumbung. Selesai menyediakan tempat, kami
melakukan simulasi kepada rakan-rakan sekelas di mana mereka merupakan peserta
semasa amali nanti. Kami menerangkan cara permainan dimainkan dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi oleh peserta sepanjang pelaksanaan pertandingan. Segala
kekuatan

dan

kelemahan

yang

dikenal

pasti

direkodkan

dan

kami

membuat

penambahbaikan bagi memastikan permainan bukan sahaja mudah difahami oleh para
peserta, malah membantu kelancaran pelaksanaannya nanti.
Semasa
Semasa pelaksanaan amali ini, iaitu pada 19 Mac, kami memainkan peranan yang berbeza
di mana saya bertindak sebagai pengadil, Lau bertindak sebagai pembantu pengadil,
Shazwan sebagai pencatat skor dan pendaftaran peserta, manakala Nellson sebagai

individu yang menjelaskan peraturan dan cara permainan. Amali dimulakan dengan
pendaftaran para perserta di mana peserta mengisi borang yang disediakan. Seramai 5
kumpulan di mana 3 orang dalam satu kumpulan telah mendaftar untuk permainan tersebut.
Peserta kemudiaannya diberikan sedikit penerangan berkaitan cara permainan dan
peraturan permainan. Permainan dimulakan dengan penentuan siapa yang akan
memulakan permainan terlebih dahulu melalui lambungan taua timangan. Format
permainan adalah kalah mati, di mana kumpulan yang kalah akan disingkirkan, manakala
kumpulan yang menang akan mara ke pusingan seterusnya. Kumpulan Biru dan Hijau mara
ke pusingan akhir dengan kumpulan Biru memenangi permainan dengan kutipan 6 mata
berbalas 0. Pelaksanaan amali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang dan seterusnya komen daripada para penilai.
Selepas
Selesai amali, kami berbincang dalam kumpulan dan membuat penilaian atau posmotem
tentang keberkesanan pelaksanaan amali permainan tradisional yang kami laksanakan.
Beberapa perkara berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan dapat kami kenal pasti dan
dicatatkan sebagai rujukan dalam laporan yang akan dihantar kepada pensyarah
pembimbing. Sebelum meninggalkan tempat amali dilaksanakan, kami memastikan tempat
tersebut bersih seperti sedia kala. Satu laporan lengkap berkaitan dengan amali permainan
tradisional ini akan dihantar kepada pensyarah untuk dinilai dan direkodkan.
KEKUATAN
Terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya kenal pasti sepanjang pelaksanaan tugasan
ini, bermula daripada proses persediaan sehinggalah selesai pelaksaan amali ini. Salah satu
daripadanya ialah saya dapat mempelajari cara-cara untuk melaksanakan sesuatu
pertandingan permainan. Saya bukan sahaja mendapat pendedahan secara langsung untuk
melaksanakan satu pertandingan, malah saya terlibat secara langsung sebagai sebahagian
daripada penganjur pertandingan. Hal ini banyak membantu saya khususnya sebagai bakal
guru yang akan banyak berdepan dengan penganjuran pertandingan seperti ini di sekolah
kelak. Antara pendedahan yang saya perolehi ialah pelantikan ahli jawatankuasa, senarai
ahli jawatankuasa yang perlu, membuat kertas kerja, persediaan atau raptai, dan seterusnya
pelaksanaan pertandingan. Pengurusan selepas pertandingan juga tidak kurang pentingnya
untuk menilai semula keberkesanan penganjuran. Penambahbaikan boleh dilakukan pada
penganjuran yang akan datang.
Selain itu, pelaksanaan amali permainan tradisional ini juga membantu untuk mengekalkan
warisan nenek moyang kita. Permainan tradisional ini merupakan satu tradisi yang diwarisi

secara turun-temurun daripada generasi ke generasi di mana permainan ini dimainkan untuk
tujuan berseronok ataupun untuk mengisi masa lapang. Kebanyakkan daripada permainan
tradisional ini semakin dilupakan terutama generasi muda yang tinggal di kawasan bandar.
Permainan ini mungkin masih dimainkan di kawasan desa tetapi tidaklah semeriah dahulu.
Oleh itu, dengan adanya penganjuran seperti ini, maka permainan ini dapat dinaikkan
semula dan boleh dijadikan salah satu aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Sebagai
bakal guru, kami mendapat kesedaran betapa pentingnya untuk mengekalkan permainan
tradisional ini dan diajarkan kepada murid-murid di sekolah. Dengan adanya kesedaran ini,
maka warisan ini boleh dipelihara.
Selain daripada itu, tugasan ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan kumpulan dan
merapatkan hubungan antara guru pelatih yang mengambil kursus PJM3112. Hal ini
demikian kerana penganjuran dilakukan secara bersama oleh semua guru pelatih pada
tarikh dan waktu yang sama. Bagi membolehkan penganjuran berjalan dengan lancar, maka
kerjasama adalah amat perlu. Tanpa kerjasama yang baik, maka Karnival permainan
tradisional yang merupakan amali PJM3112 ini tidak berjalan seperti yang dirancangkan.
Dalam kumpulan saya sendiri, kami menyedari tugas masing-masing sebelum, semasa dan
selepas amali ini. Oleh hal yang demikian, segala masalah yang dihadapi dibincangkan dan
saling membantu bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Kekuatan yang dapat kami lihat dalam pelaksanaan pertandingan permainan Batu
Seremban dapat dilihat dalam aspek kelancaran pelaksanaan, penerimaan setiap individu
yang bermain, dan pandangan penilai terhadap pelaksanaannya. Dari segi kelancaran, kami
agak berpuas hati kerana tidak berlaku sebarang ganguan yang menyebabkan pertandingan
tergendala. Peralihan daripada satu peringkat kepada peringkat yang lain berjalan dengan
baik. Sebarang masalah yang timbul diselesaikan dengan baik memandangkan kami
membuat persiapan awal untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang timbul. Ini
termasuklah perancangan alternatif dan juga peraturan-peraturan yang spesifik untuk
sebarang kesilapan yang dilakukan oleh peserta.
Selain itu, pemain atau peserta menerima peraturan dan undang-undang dengan baik.
Mereka juga tidak mempunyai sebarang kemuskilan dengan peraturan yang kami tentukan.
sebarang tindakan yang kami kenakan kepada peserta adalah berlandaskan kepada
peraturan yang ditetapkan. Ini menyebabkan mereka tidak membuat bantahan terhadap
tindakan yang dikenakan. Penilai juga tidak banyak membuat teguran berkairan dengan
kertas cadangan mahupun aspek pelaksanaan. Keseluruhannya adalah baik, namun
beberapa perkara yang tertinggal dalam kertas cadangan, iaitu sumber rujukan dan
pengesahan

pada

halaman

terakhir

kertas

cadangan.

Secara

keseluruhannya,

pelaksanaannya adalah pada tahap yang baik. Walaupun begitu, kami perlu membuat
penambahbaikan untuk memastikan pertandingan dilaksanakan dengan lebih baik pada
masa akan datang.
KELEMAHAN
Terdapat beberapa kelemahan yang timbul sepanjang perancangan dan pelaksanaan
permainan tradisional Batu Seremban ini. Salah satu daripadanya ialah pemilihan batu.
Pada mulanya, kami memilih batu kelikir untuk digunakan dalam permainan. Setelah
mencuba permainan tersebut, kami dapati kesesuaian saiz batu adalah bergantung kepada
saiz tangan pemain. Semasa raptai dan persediaan tempat, pensyarah mengatakan
penggunaan batu kelikir adalah kurang sesuai kerana ianya tajam dan berkemungkinan
boleh menyebabkan kecederaan. Oleh hal yang demikian, saya bersama-sama dengan
rakan saya, Shazwan untuk mencari batu yang biasa digunakan dalam perhiasan akuarium
yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang halus. Namun, kerja mencari
bukanlah sesuatu yang mudah. Kami mencari di beberapa buah kedai di sekitar Pekan
Sungai Petani untuk mendapatkan saiz yang sesuai.
Selain itu, kelemahan atau masalah juga timbul semasa persediaan tempat. Semasa
membuat persediaan, kami menghadapi masalah untuk meminjam peralatan khususnya
tikar. Tikar yang ada di Stor telah habis dipinjam oleh pengajian lain. Kami juga menghadapi
masalah untuk bekerjasama dengan mereka untuk meminjamkan sebahagian daripada tikar
tersebut. Oleh itu, kami terpaksa mencari alternatif lain pada hari sebelum pelaksanaan
amali tersebut. Pada hari raptai, kami x dapat menyediakan tempat dengan baik kepada
para pemain untuk mencuba permainan tersebut. Mereka hanya bermain di gelanggang
bola jaring sahaja walaupun kami penyedari bahawa permukaannya adalah tidak sesuai
untuk melaksanakan permainan tersebut.
Masalah lain yang timbul adalah peserta tidak puas untuk bermain semasa peringkat awal
permainan. Hal ini kerana kami menetapkan permainan hanya satu pusingan sahaja pada
peringkat awal. Kekangan masa merupakan faktor utama kami berbuat demikian kerana
penilai memperuntukkan masa pelaksanaan selama 30 minit sahaja. Kekangan-kekangan
ini bukanlah satu masalah untuk kami melaksanakannya dengan teratur. Semua pihak
menyedari masalah-masalah ini dan berusaha bersama-sama untuk mengatasi masalah ini
bukan sahaja antara kumpulan, malah membantu kumpulan lain.

LANGKAH MENGATASI
Bagi mengatasi masalah berkaitan dengan baru, kami terlebih dahulu melaksanakan
permainan tersebut dalam kumpulan dan berbincang tentang kesesuaiannya selaras
dengan cara permainan, dan juga peraturan yang kami tetapkan. Kami kemudian
menetapkan bahawa batu yang digunakan oleh pemain semasa pertandingan adalah
mengikut pilihan mereka masing-masing mengikut kesesuaian mereka. Hal ini bagi
memastikan bahawa permainan adalah adil dan tidak memberi kelebihan kepada manamana kumpulan atau individu. Memandangkan Batu yang kami gunakan tidak sesuai, kami
menukarkan batu kepada batu yang lebih licin, iaitu batu sungai ataupun batu yang
digunakan untuk menghias akuarium. Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya
bersama dengan rakan saya mencari batu yang sesuai di beberapa buah kedai sebelum
mendapat saiz batu yang sesuai.
Bagi mengatasi masalah persiapan tempat, kami menggunakan karpet untuk menggantikan
tikar. Kami bernasib baik kerana rakan-rakan yang lain sanggup meminjamkan karpet
mereka untuk digunakan sebagai alas semasa bermain. Bagi memastikan konsep
tradisional terpelihara, kami meletakkan perhiasan pada tempat seperti anyaman daun
kelapa pada sudut tempat permainan serta para peserta diwajibkan untuk memakai kain
sarung bagi wanita untuk diletakkan pada kepala yang menyerupai selendang dan kain
pelikat bagi peserta lelaki.
Kekangan masa merupakan satu masalah utama dalam pelaksanaan pertandingan ini.
Ianya tidak seperti yang dirancangkan apabila pendaftaran perserta dilakukan dengan
ringkas, manakala masa permainan diperuntukkan adalah hanya seminit bagi peserta
mengutip mata, dan jika mati, gilirannya akan tamat. Walau bagaimanapun, permainan lebih
seronok pada pusingan akhir kerana masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dan
dimainkan sebanyak 3 pusingan. Ini membolehkan konsep permainan dapat dilihat dengan
jelas dan penilaian dapat dibuat dengan baik. Kelancaran pengurusan merupakan salah
satu faktor penting kejayaan pelaksanaan pertandingan batu seremban yang kami anjurkan
sempena Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Karnival Permainan Tradisional amnya dan permainan batu seremban khususnya dtelah
dilaksanakan dengan jayanya, namun beberapa penambahbaikan boleh diambil kira agar
ianya dapat dianjurkan dengan lebih baik pada masa akan datang. Antaranya ialah
penerangan tentang jenis-jenis permainan tradisional perlu dilakukan secara terperinci agar
tidak timbul kesilapan dalam kalangan guru pelatih. Masalah timbul apabila terdapat

kekeliruan antara permainan kanak-kanak dan permainan tradisional. Contohnya,


permainan tuju selipar dikatakan permainan kanak-kanak, namun Pengajian Cina
menjadikan permainan tersebut sebagai permainan dalam amali mereka. Oleh hal yang
demikian, satu penerangan yang jelas adalah perlu agar masalah seperti ini tidak timbul
pada masa yang akan datang.
Dari segi pengurusan masa, permainan berlangsung tanpa henti, di mana kumpulan
seterusnya akan melaksanakan permainannya selepas kumpulan yang lain selesai. Oleh itu,
kupulan yang seterusnya agak kelam kabut untuk mempersiapkan diri memandangkan
mereka juga yang bertindak sebagai peserta dalam permainan sebelumnya. Oleh hal
demikian, kumpulan yang akan mengendalikan permainan seterusnya sepatutnya tidak
dilibatkan dalam permainan sebelumnya bagi memberi ruang kepada mereka untuk
mempersiapkan segala kelengkapan dan juga tempat.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Sultan Abdul Halim
telah dilaksanakan dengan jayanya walaupun menghadapi beberapa kekangan dan
perubahan. Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama antara guru pelatih dan juga
pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Walaupun berhadapan
dengan cuaca yang panas dan kekurangan dana, ianya tidak menghalang untuk semua
pihak menunjukkan komitmen masing-masing. Kejayaan pelaksanaan merupakan perkara
penting yang dilihat dan bukanlah kehebatan permainan yang dimainkan. Walaupun
permainan tradisional tidaklah sentanding dengan permainan yang dimainkan pada zaman
moden ini, namun kemeriahannya juga terasa apabila semua pihak menghayati akan nilai
yang dibawa oleh permainan tradisional ini. Diharapkan agar apa yang kami laksanakan ini
memenuhi matlamat dan objektif kursus PJM3112. Ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang banyak membimbing kami dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat dan memberi kerjasama sepanjang pelaksanaannya.