Anda di halaman 1dari 45

TAJUK :

KAEDAH KMKI (KERUSI MUZIK DAN KAD IMBASAN) DAPAT


MENINGKATKAN

PENGUASAAN

KEMAHIRAN

MENGEJA

DAN

MENULIS PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP MURID PEMULIHAN


1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Kemahiran mengeja adalah merupakan satu kemahiran asas membaca yang
sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dengan menguasai asas kemahiran mengeja ini, seseorang
individu itu dapat menerokai pelbagai bidang ilmu. Kemahiran mengeja juga
merupakan kemahiran penting yang menyumbang kepada perkembangan
kognitif dan bahasa. Ini kerana kemahiran mengeja berkait rapat dengan
kemahiran membaca. Membaca adalah suatu amalan yang penting bagi
mendapatkan maklumat. Kemahiran mengeja ini perlu dikuasai oleh setiap
murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
mengeja yang sangat lemah akan menyukarkan murid untuk menguasai
peringkat kemahiran membaca. Hal ini kerana murid tidak akan dapat
mengeja perkataan dengan sebutan ejaan yang betul mengikut suku kata.
Secara tidak langsung perkara ini akan mendorong murid menulis sesuatu
perkataan dengan ejaan yang salah. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian

Pendidikan Malaysia melalui pekeliling KP/JPK/BPKP/03/03/1(43)(1998),


telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara melaksanakan Program Intervensi Membaca, Menulis dan Mengira
(3M) mulai Januari 1999.

Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan


pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat dilakukan dengan
sempurna dan dapat diterima oleh murid. Pelbagai teknik dan kaedah
pengajaran perlu digunakan bagi membantu mengatasi masalah penguasaan
kemahiran mengeja dan menulis dalam kalangan murid pendidikan
pemulihan. Oleh itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengkaji
tahap keberkesanan kaedah KMKI terhadap kemahiran mengeja dan menulis
perkataan suku kata tertutup murid pemulihan. Kaedah ini telah dipilih
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi lebih
seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang lalu


Pada 21 Januari hingga 19 April 2013 yang lalu, saya telah menjalani
praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Sungai Lang. Saya telah ditugaskan
untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas Pemulihan Tahun
2. Jumlah murid pemulihan yang berada di dalam kelas tersebut adalah
seramai 10 orang. Pada minggu kedua praktikum, saya mendapati terdapat
dua orang murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran
mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup. Murid tersebut ialah
Syamil dan Adam. Masalah ini dikenal pasti semasa saya melaksanakan

aktiviti mengeja berdasarkan gambar rangsangan di hadapan kelas. Keduadua murid ini didapati tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata
dengan betul dan kerap kali melakukan kesilapan yang sama. Sebagai contoh,
saya telah meminta Syamil untuk mengeja perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup iaitu po-kok. Namun begitu, ejaan yang disebutkan oleh
Syamil adalah pok-kok. Kesilapan dalam mengeja perkataan turut berlaku
terhadap Adam. Contohnya, saya telah meminta Adam untuk mengeja
perkataan kertas. Namun begitu, perkataan kertas telah dieja menjadi
keretas. Pada pandangan saya, murid-murid pemulihan tersebut tidak
menunjukkan kesungguhan dalam mengeja suku kata yang diberikan. Mereka
kadang kala tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam suku kata
dengan betul. Oleh yang demikian, kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan
Adam ini secara tidak langsung turut mempengaruhi kemahiran menulis
mereka.

Pada minggu ketiga, saya mengambil keputusan untuk membantu


kedua-dua murid tersebut menguasai kemahiran mengeja dan menulis dengan
lebih baik. Oleh itu, saya telah cuba menjalankan kaedah pengajaran yang
lain seperti menggunakan paparan slaid powerpoint. Pada mulanya, keduadua murid tersebut didapati dapat mengikuti pengajaran dengan lebih baik
berbanding sebelum ini. Semasa diminta untuk mengeja perkataan yang
dipaparkan, saya dapati kedua-dua murid dapat mengeja dengan baik. Bagi
memastikan objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai, saya sekali lagi
menguji kemahiran mengeja dan menulis murid-murid tersebut sebelum
berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Malangnya, saya dapati

murid-murid tersebut sekali lagi mengulang kesilapan yang sama semasa


mengeja dan juga menulis.

Pada pendapat saya, kegagalan murid dalam menguasai kemahiran


mengeja dan menulis adalah merupakan suatu perkara yang serius. Sebagai
seorang bakal guru pemulihan, adalah menjadi tanggungjawab saya dalam
memastikan masalah murid tersebut dapat diatasi. Ini kerana kegagalan murid
menguasai kemahiran mengeja dan menulis secara tidak langsung akan
menganggu proses PdP pada masa akan datang. Sekiranya saya tidak
membendung masalah ini secepat mungkin maka sudah tentulah masalah ini
akan memberi kesan negatif kepada murid itu sendiri serta guru-guru bagi
mata pelajaran yang lain.

Sepanjang pemerhatian saya semasa mengajar di kelas pemulihan,


masalah ini mungkin berpunca daripada kaedah pengajaran guru itu sendiri
yang hanya menggunakan kaedah pengajaran secara lisan semata-mata.
Dalam situasi ini, pengajaran secara lisan oleh guru mungkin merupakan
suatu perkara yang kurang menarik bagi murid kerana ianya bersifat statik.
Bagi mengelakkan proses PdP dari menjadi kaku dan membosankan, saya
perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya
bercadang untuk cuba menggunakan teknik pengajaran melalui permainan
dan juga menggunakan kad imbasan.

Pada awalnya, saya telah menjalankan aktviti PdP yang melibatkan


permainan bahasa seperti teka-teki. Saya mendapati murid-murid melibatkan

diri secara aktif dan sentiasa berebut-rebut untuk meneka jawapan. Namun
begitu, setelah diteliti kembali saya mendapati permainan teka-teki tersebut
adalah kurang sesuai dengan tahap kognitf dan tahap penguasaan
perbendaharaan kata murid-murid tersebut.

Pada minggu yang berikutnya, saya cuba untuk mewujudkan aktiviti


permainan yang lain. Saya telah menggunakan permainan kerusi muzik dalam
aktiviti PdP. Aktiviti permainan tersebut turut dibantu oleh penggunaan kad
imbasan yang mengandungi gambar-gambar serta perkataan-perkataan
berkaitan dengan isi pelajaran. Berdasarkan pemerhatian saya, Syamil dan
Adam telah menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan. Ini kerana
saya dapati mereka semakin berminat terhadap pengajaran saya berbanding
sebelum ini. Kedua-dua murid tersebut juga sering bertanyakan kepada saya
sama ada mereka akan bermain permainan kerusi muzik atau pun tidak. Oleh
itu, saya membuat keputusan untuk terus menggunakan kaedah permainan
kerusi muzik dan kad imbasan tersebut kerana mendapat sambutan yang
menggalakkan dari murid-murid. Hal ini kerana kanak-kanak akan
memperoleh

pembelajaran

yang

paling

berkesan

sekiranya

mereka

mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa
Daia, 1992).

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan


Bagi menghadapi era globalisasi pada masa kini, pengkaji berpendapat
bahawa

adalah menjadi

tanggungjawab seseorang guru itu dalam

menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan


Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan pada abad ke-21 menuntut para guru
supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran generik, kemahiran belajar,
pembelajaran koperatif dan konstruktivisme (Abu Bakar Bachik, 1999).

Jabatan Pendidikan Khas (2003) menyatakan di dalam Buku Panduan


Program Pemulihan Khas Tahap Satu menyatakan bahawa program
mengutamakan menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak
menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap dua persekolahan sekolah
rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Dalam hal ini,
masalah penguasaan kemahiran mengeja dan menulis perkataan suku kata
tertutup dalam kalangan murid pemulihan merupakan masalah yang tidak
boleh diambil mudah oleh guru kerana kegagalan murid adalah disebabkan
oleh kegagalan guru dalam menangani permasalahan murid. Seseorang guru
yang bertanggungjawab akan sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi
muridnya walaupun masalah tersebut merupakan masalah yang kecil.
Sekiranya masalah-masalah ini tidak diambil perhatian maka murid-murid
pemulihan tersebut akan berterusan membuat kesalahan yang sama. Mungkin
terdapat segelintir guru yang menganggap bahawa penguasaan kemahiran
mengeja perkataan suku kata tertutup adalah merupakan masalah biasa.
Namun, bagi pengkaji masalah yang lebih besar mungkin timbul sekiranya
masalah yang kecil tidak diselesaikan terlebih dahulu.

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Isu Keprihatinan
Kemahiran mengeja dan menulis adalah merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid terutamanya bagi murid Tahap 1. Berdasarkan
kepada tinjauan awal saya semasa menjalani praktikum, saya mendapati
Syamil dan Adam lemah dalam menguasai kemahiran mengeja dan menulis
khususnya melibatkan perkataan suku kata tertutup. Hal ini telah saya sedari
setelah dua minggu menjalankan sesi PdP di kelas tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh Syamil dan Adam adalah hampir sama.
Apa yang dapat saya perhatikan di sini ialah kedua-dua murid tersebut kerap
kali mengulangi kesilapan yang sama semasa mengeja. Kesalahan dalam
ejaan ini turut berlaku semasa aktiviti menulis dijalankan. Walaupun telah
diberikan tunjuk ajar secara berulang kali namun kedua-dua murid tersebut
masih mengulangi kesilapan yang sama.Antara isu yang dapat saya lihat di
sini ialah kedua-dua murid tersebut cenderung dalam menambahkan huruf
semasa mengeja. Sebagai contoh, semasa diminta untuk mengeja perkataan
gagak, Syamil telah melakukan kesilapan dengan mengeja gakgak.
Kedua-dua murid ini juga seringkali menggugurkan huruf semasa mengeja
dan menulis contohnya seperti menggugurkan huruf n pada perkataan
burung.

Selain itu, mereka juga turut melakukan kesalahan semasa mengeja


dan menulis perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa asing seperti
masjid. Perkataan masjid tersebut telah dieja dan disebut sebagai masjik
dan masjit. Walaubagaimanapun, bagi perkataan suku kata terbuka saya
dapati kedua-dua murid ini tidak menghadapi sebarang masalah dalam
mengeja dan menulis perkataan tersebut dengan betul. Apa yang lebih
menghairankan saya lagi ialah kedua-dua murid ini masih melakukan
kesilapan semasa mengeja walaupun ejaan bagi perkataan telah ditulis oleh
guru di hadapan kelas. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa kedua-dua
murid ini telah menggunakan pengetahuan asas yang mereka ada untuk
mengeja sesuatu perkataan tanpa menyedari bahawa ejaan yang disebut
adalah salah. Ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Brenna (1995)
bahawa kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang
ada pada mereka untuk menyelsaikan masalah.

Perkara ini menunjukkan bahawa Syamil dan Adam sememangnya


lemah dalam mengeja perkataan yang melibatkan suku kata tertutup. Oleh itu,
saya membuat keputusan untuk menjalankan kajian tindakan terhadap keduadua murid ini. Bagi saya, kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk
membantu murid-murid tersebut dalam menguasai kemahiran mengeja dan
menulis. Hal ini kerana kemahiran mengeja merupakan salah satu kemahiran
asas membaca yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya oleh diri saya
yang bakal bergelar guru pemulihan kelak. Sebagai seorang guru, saya
perlulah menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
murid. Hal ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh tokoh Fuller (1969)

seperti yang dinyatakan dalam Roselan bin Baki (2003), keprihatinan adalah
merupakan tanggapan guru atau sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau
sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu
terhadapnya.

Oleh itu, satu tindakan intervensi perlu diambil dengan segera bagi
mengelakkan masalah tersebut daripada berlarutan. Justeru, saya telah
mengambil langkah inisiatif untuk menjalankan kajian tindakan dengan
menggabungkan aktiviti permainan kerusi muzik dan kad imbasan. Hal ini
kerana permainan kerusi muzik itu sendiri adalah merupakan satu permainan
yang menyeronokkan bagi murid. Menurut (Juriah Long etc, 1990),
permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan
murid di samping memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Hal
ini bertujuan untuk membantu memudahkan serta meningkatkan pemahaman
konsep murid dalam kemahiran mengeja dan menulis. Di samping itu,
langkah penyelesaian yang saya gunakan ini juga sedikit sebanyak dapat
menjadikan sesi PdP menjadi lebih menarik dan berkesan.

2.2

Tinjauan Literatur
Kemahiran ejaan mempunyai perkaitan yang rapat dengan kemahiran
membaca. Murid perlu mempunyai kemahiran untuk membatang suku kata
dan menukarkan kod-kod yang dibaca ke dalam bentuk sebutan mahupun
tulisan. Hal ini adalah kerana proses ejaan merupakan mentafsirkan kod-kod
tersebut berdasarkan perkataan yang diajar oleh guru. Murid perlu
mempunyai visual memori yang kuat agar dapat menguasai kemahiran ejaan

dengan baik. Selain daripada itu juga, murid harus menguasai setiap
kemahiran suku kata bermula daripada suku kata yang mudah sehingga ke
suku kata yang paling sukar.

Berdasarkan buku Pendidikan Disleksia yang ditulis oleh Zainal


Kassan dan Suhaila Abdullah pada tahun 2010, ejaan ditafsirkan sebagai
proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan
perkataan secara lisan dan bertulis serta berkait rapat dengan kemahiran
membaca. Berdasarkan penyataan tersebut, saya mendapati sasaran kajian
yang telah dipilih tidak mempunyai masalah membaca yang kritikal kerana
berupaya melihat huruf-huruf yang telah dijalinkan untuk membentuk sesuatu
perkataan tersebut. Walaubagaimanapun, apabila mereka diminta untuk
mengeja semula perkataan dan menghubungkaitkan setiap huruf yang
terdapat pada perkataan tersebut, mereka menghadapi kesukaran untuk
melaksanakannya. Perkara ini sekali gus menyebabkan murid tidak dapat
menulis perkataan tersebut dengan ejaan yang betul walaupun telah diberikan
rangsangan gambar.

Isu masalah membaca sering kali berlaku tidak kira sama ada di
sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Masalah membaca dalam
kalangan murid-murid sekolah sering kali menjadi perhatian masyarakat.
Kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu daripadanya ialah pembangunan
insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sumber utama
untuk seseorang itu memperoleh pengetahuan adalah dengan membaca.

10

Secara logiknya, seseorang individu itu tidak akan dapat membaca dan
menulis sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Perkara ini turut ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983)
yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran
asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.

Penggunaan permainan kerusi muzik dalam menjalankan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan salah satu strategi yang dapat
membantu murid dalam menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Secara
umumnya, permainan adalah salah satu kaedah menarik yang boleh
digunakan sebagai bantuan dalam membantu murid belajar. Beberapa kajian
membuktikan bagaimana permainan dapat meningkatkan kemampuan belajar
dan kebanyakan dari mereka menunjukkan hasil yang positif. Penelitian telah
dilakukan dengan menggunakan permainan bahasa untuk meningkatkan
penyertaan pelajar dalam belajar (Siti Hajar, 1996). Menurut John G. Greer
et. Al. (1977), permainan pengajaran ialah satu aktiviti yang menggunakan
unsur hiburan (fun) dan pertandingan (competition) untuk mengajar dan
mengukuhkan objektif-objektif pengajaran. Oleh itu, kaedah permainan
kerusi muzik ini dilaksanakan kerana mempunyai unsur-unsur hiburan dan
pertandingan yang dapat menarik minat murid.

Kajian lain telah dilakukan dalam membuktikan bagaimana proses


pembelajaran melalui kaedah bermain boleh digunakan untuk mengajar anakanak muda (Normaizam Hamid, 2006). Keputusan kajian tersebut
menunjukkan bahawa belajar melalui bermain adalah kaedah yang paling

11

sesuai kerana sifat anak-anak yang suka bermain. Seorang guru seharusnya
tidak hanya menumpukan pencapaian murid dalam bidang akademik sebagai
keutamaan mereka. Ini akan mengurangkan minat murid untuk senang
belajar.

Menurut Vygotsky, perkembangan kanak merupakan hasil interaksi


antara anak dan persekitaran sosial mereka. Interaksi ini termasuk mereka
yang mempunyai orang tua dan guru, teman bermain dan teman sekelas dan
saudara-saudari. Mereka juga melibatkan objek dengan hubungan yang
signifikan seperti buku atau mainan, dan budaya amalan tertentu bahawa
anak-anak terlibat dalam kelas, di rumah, dan di tempat bermain. Anak-anak
adalah rakan yang aktif dalam interaksi, membangun pengetahuan,
kemahiran, dan sikap serta tidak hanya mencerminkan dunia di sekitar
mereka. Di samping itu, Vygotsky juga mengakui pentingnya bermain untuk
anak-anak. Beliau percaya bahawa bermain memberikan asas bagi anak-anak
mengembangkan kemahiran yang penting untuk kegiatan sosial, peribadi, dan
profesional (Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934)).

Kajian yang dijalankan oleh Cathy John dalam penyelidikan beliau


yang bertajuk Kaedah Sebut, Eja dan Bunyi menyatakan kemahiran
membaca dapat dilakukan melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku
kata yang disertakan dengan gambar agar menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan. Selain itu, Howard Gardner (1953) menyatakan sekiranya
hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu
pengajaran, hanay murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan

12

bahan yang disampaikan. Ini kerana murid mempunyai pelbagai tahap


kecerdasan dan tahap penerimaan pembelajaran yang berlainan.

13

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Umum:
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan
menulis perkataan suku kata tertutup murid-murid pemulihan.

3.2

Objektif Khusus:
Setelah kajian ini selesai dijalankan, matlamat yang ingin dicapai adalah
bertetapan dan seiring dengan objektif khusus yang telah ditetapkan iaitu:
3.2.1

Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja perkataan suku kata


tertutup murid pemulihan melalui kaedah KMKI

3.2.2

Membantu murid pemulihan menguasai kemahiran menulis perkataan


suku kata tertutup melalui kaedah KMKI.

14

3.3

Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji
bagi mencapai objektif kajian iaitu:
3.3.1

Adakah kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan kemahiran


mengeja perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

3.3.2

Adakah kaedah KMKI dapat membantu murid pemulihan menguasai


kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup?

15

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran merupakan subjek atau responden yang ingin dikaji dalam
sesuatu penyelidikan tindakan. Sulaiman Masri (2003) menyatakan kumpulan
sasaran ini mestilah terdiri daripada kumpulan yang terlibat dalam isu
permasalahan yang dikaji.

Bagi melaksanakan kajian ini, kumpulan sasaran yang diambil adalah


dalam kalangan murid Tahun 2 Usaha dari kelas Pendidikan Pemulihan di
Sekolah Kebangsaan Sungai Lang. Daripada 10 orang murid di kelas
pemulihan tersebut, saya hanya memilih dua orang murid sahaja untuk kajian
ini. Kedua-dua murid tersebut ialah Syamil (nama samaran) dan Adam (nama
samaran). Syamil merupakan murid yang berketurunan Melayu manakala
Adam pula berketurunan Jawa. Kedua-dua murid ini terdiri daripada latar
belakang keluarga yang berpendapatan sederhana. Hasil tinjauan awal yang
dilakukan terhadap kedua-dua murid ini, saya dapati mereka sememangnya
mengalami kesukaran dalam mengeja dan menulis ejaan perkataan dengan
betul.

Saya tidak mengambil keseluruhan murid di dalam kelas tersebut


kerana ada di antara murid-murid tersebut didapati sangat jarang hadir ke
sekolah dan ini akan menyukarkan saya untuk mengumpul data dan
melaksanakan kajian tindakan dengan lancar. Murid yang selebihnya pula

16

didapati tidak mengalami sebarang masalah yang kritikal dalam menguasai


kemahiran yang diajar.

17

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)


Berdasarkan kepada beberapa jenis model kajian tindakan yang telah
dipelajari dan dikenal pasti, saya telah mengambil Model Kurt Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan
tindakan. Ini kerana model ini bertepatan dengan kajian yang saya ingin
laksanakan.

Model Kurt Lewin(1946) dan Laidlaw(1992) merupakan model


adaptasi daripada Model Kurt Lewin(1946) dan mengandungi lima peringkat
atau langkah, berbeza dengan Model Kurt Lewin yang mempunyai empat
peringkat sahaja iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi. Ini
kerana Model Kurt Lewin mempunyai kelemahan kerana tidak dapat
memberi gambaran secara khusus dalam menjalankan kajian tindakan. Hal ini
bertepatan dengan Kartini Abdul Mutalib et.al (2012) yang menyatakan idea
Lewin tidak memberi suatu rangka pendekatan kajian yang khusus terutama
sekali dalam struktur penyelidikan pendidikan dan dianggap masih
mempunyai kelemahan. Rajah di bawah menunjukkan proses penyelidikan
tindakan dalam Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992):

18

Mengenal
pasti
masalah

Membuat
refleksi

Melihat
Kesan
Tindakan

Merancang

Tindakan

RAJAH 1 : Proses Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946)


dan Laidlaw (1992)

Berdasarkan RAJAH 1, proses kajian tindakan berlaku dalam satu


kitaran yang berterusan yang melibatkan lima peringkat iaitu peringkat
mengenal pasti masalah, merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan
membuat refleksi. Menurut Kartini Abdul Mutalib et.al (2012), beliau
menyatakan proses penyelidikan yang sistematik melibatkan beberapa aktiviti
atau langkah ataupun siri tindakan iaitu mengenal pasti isu atau masalah
dalam amalan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengambil
tindakan susulan, seterusnya merancang kitaran kedua.

19

5.1.1

Mengenal Pasti Masalah


Bagi mengenal pasti sesuatu masalah, saya terlebih dahulu perlu mengetahui
isu-isu yang timbul daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran(PdP).
Antara isu yang telah diperhatikan ialah berkaitan tingkah laku yang
bermasalah seperti hiperaktif dan pasif, masalah penggunaan BBB dalam
P&P, masalah menulis dan membaca perkataan, penglibatan aktif dan lainlain. Akhirnya, saya telah memilih untuk mencuba meningkatkan kemahiran
mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup. Hal ini kerana terdapat
dua orang murid sangat bermasalah dalam kemahiran ini. Oleh itu, saya telah
mengambil keputusan untuk membuat tinjauan awal dengan mengumpul
data-data berkaitan murid tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh mereka.

5.1.2

Merancang
Pada peringkat merancang, saya telah membuat perancangan untuk
menjalankan kajian dan menentukan kaedah intervensi yang sesuai bagi
membantu Syamil dan Adam untuk menguasai kemahiran mengeja dan
menulis perkataan suku kata tertutup. Saya juga turut membuat pemerhatian
berkaitan dengan amalan pengajaran yang dilakukan oleh gurunya ketika
aktiviti PdP sedang berlangsung. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati
Syamil dan Adam menghadapi masalah dalam mengeja dan menulis
perkataan suku tertutup dengan betul. Oleh itu, saya mula menentukan
objektif kajian, membina persoalan kajan, mencari kepentingan kajian,
membuat tinjauan literatur, serta merancang tindakan yang perlu dilakukan
20

bagi membantu kedua-dua murid tersebut. Saya juga turut merancang caracara untuk mengumpul data seperti melaksanakan ujian lisan, senarai semak,
menjalankan ujian pra dan pos serta cara menganalisis terhadap data-data
yang diperoleh. Sebelum saya mula melaksanakan intervensi bagi mengatasi
masalah murid pemulihan tersebut, saya terlebih dahulu telah merancang
langkah-langkah bagi melaksanakan permainan kerusi muzik dan kad
imbasan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. JADUAL 1 di bawah
menunjukkan perancangan langkah-langkah untuk melaksanakan intervensi
tersebut:
JADUAL 1 :

Kaedah / Teknik

Permainan Kerusi Muzik dan Kad


Imbasan

Cara pelaksanaan

Langkah 1
Guru

akan

memberikan

arahan

dengan jelas terlebih dahulu kepada


murid dan meminta murid untuk
menyusun

beberapa

buah

kerusi

mengikut arahan guru.


Langkah 2
Muzik akan dimainkan oleh guru dan
setiap

murid

perlu

bergerak

mengelilingi kerusi sepanjang muzik

21

dimainkan. Muzik akan dihentikan


pada

bila-bila

masa

mengikut

kehendak guru dan murid perlu


segera mendapatkan tempat duduk.
Langkah 3
Murid yang tidak mendapat tempat
duduk di atas kerusi akan diberikan
tugasan oleh guru bersesuaian dengan
tahap kemahiran murid tersebut.
Langkah 4
Murid tersebut akan diberikan satu
sampul

yang

mengandungi

kad

imbasan atau kad bergambar yang


berkaitan dengan perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup.
Langkah 5
Murid tesebut seterusnya diminta
untuk mengeja dan menyebutkan
semula perkataan yang terdapat pada
kad gambar tersebut.
Langkah 6

22

Murid kemudiannya diminta untuk


menulis semula perkataan tersebut
pada

ruangan

disediakan

jawapan

yang

guru.

Murid

oleh

kemudiannya dibimbing oleh guru


untuk membina satu frasa mudah
berkaitan perkataan yang telah ditulis
sebagai pengukuhan.
Langkah 7
Langkah 2 hingga Langkah 6 diulang
sehingga muncul pemenang bagi
permainan tersebut.
Lagu yang digunakan

Sebarang jenis lagu yang difikirkan


dapat menarik minat murid.

Bahan Bantu Belajar

Komputer

riba,

pembesar

suara,

sampul kertas, kad bergambar, kad


manila
Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah KMKI

23

5.1.3

Bertindak
Saya telah menjalankan tindakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas pemulihan. Pada waktu ini, saya telah membuat
pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku serta tindak balas murid
terhadap isi pelajaran yang diajar sepanjang tempoh sesi pengajaran
dijalankan. Semasa kaedah ini dilaksanakan, saya mendapati ada murid yang
kurang memahami arahan yang diberikan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terutama sekali pada langkah kelima dan keenam
(rujuk Jadual 5.1). Pada peringkat ini, penggunaan kaedah KMKI diuji tahap
keberkesanannya. Data-data kajian telah dikumpul dengan menggunakan tiga
jenis instrumen iaitu ujian lisan, senarai semak, serta ujian pra dan pos
terhadap murid. Ini bertujuan untuk melihat sebarang perubahan dari aspek
tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengeja dan menulis perkataan
suku kata tertutup.

5.1.4

Melihat Kesan Tindakan


Bagi melihat kesan tindakan, saya juga turut mencatat apa yang terjadi di
dalam kelas, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan Adam semasa
diberikan ujian lisan. Kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan Adam telah
direkodkan dengan menggunakan borang senarai semak. Aspek yang diberi
perhatian ialah kesilapan yang dilakukan murid semasa mengeja perkataan
yang ditunjukkan oleh guru. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari keduadua murid telah dicatat dan dianalisis berdasarkan rekod senarai semak yang
telah dibuat. Di samping itu, instrumen ujian pra dan ujian pos turut
digunakan bagi melihat tahap penguasaan murid dalam menulis perkataan
24

suku kata tertutup dengan ejaan yang betul. Ujian lisan, ujian pra dan ujian
pos tersebut telah dijalankan dengan menggunakan item soalan yang sama
bagi mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan serta untuk tujuan
kesahan ujian.

5.1.5

Membuat refleksi
Seterusnya, bagi peringkat membuat refleksi saya telah membuat analisis
terhadap instrumen yang ditadbir bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.
Saya juga turut menilai dan mereflek kembali kekuatan dan kelemahan yang
ada pada kaedah kaedah KMKI yang telah dilaksanakan. Seterusnya,
cadangan penambahbaikan akan dirancang berdasarkan maklum balas yang
diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat sejauh mana objektif yang telah
dinyatakan tercapai. Dapatan kajian yang diperolehi akan dijadikan sebagai
rumusan kajian dan juga sebagai panduan bagi kajian pada masa hadapan.

25

6.0

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

6.1

Ujian Lisan
Bagi mendapatkan data murid berkaitan kemahiran mengeja perkataan suku
kata tertutup, ujian lisan dijalankan dalam dua fasa yang berlainan. Fasa 1
dijalankan sebelum intervensi manakala fasa 2 pula dijalankan selepas
intervensi dilaksanakan. Dalam ujian lisan tersebut, saya telah memilih lima
perkataan suku kata tertutup yang didapati sukar untuk dikuasai oleh murid.
Perkataan-perkataan yang diuji ialah tin, gajus, kertas, masjid dan longkang.
Bagi menjawab soalan di dalam ujian lisan ini, Syamil dan Adam diminta
untuk mengeja dan menyebut secara kuat beberapa perkataan suku kata
tertutup yang ditunjukkan oleh guru. Penilaian terhadap jawapan yang
diberikan oleh Syamil dan Adam direkod menggunakan borang senarai
semak ujian lisan.

6.2

Senarai Semak
Semasa menjalankan ujian lisan terhadap Syamil dan Adam, borang senarai
semak turut digunakan. Borang senarai semak ini digunakan bertujuan
merekodkan jawapan yang diberikan oleh Syamil dan Adam sama ada betul
ataupun salah. Catatan turut dibuat dalam borang senarai semak bagi
menyatakan dengan jelas kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Syamil
dan Adam semasa menjalani ujian lisan.

26

Berikut adalah merupakan contoh borang senarai semak yang digunakan:

RAJAH 2
6.3

Ujian Pra dan Pos


Untuk mendapatkan data bagi tahap penguasaan kemahiran menulis, dua
jenis ujian digunakan iaitu ujian pra dan ujian pos. Bagi ujian pra, Syamil dan
Adam diberikan ujian bertulis berkaitan perkataan yang telah dipilih iaitu tin,
gajus, kertas, masjid, dan longkang. Dalam ujian ini, Syamil dan Adam
dikehendaki untuk menulis ejaan bagi perkataan suku kata tertutup pada
lembaran kerja yang telah saya edarkan. Hasil ujian pra yang pertama telah
menunjukkan satu keputusan yang kurang memuaskan. Hal ini kerana keduadua murid tersebut didapati masih lemah dalam menulis dengan baik bagi
perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Oleh itu, pengkaji telah

27

membuat keputusan bahawa kedua-dua orang murid berkenaan adalah


merupakan responden yang memerlukan rawatan intervensi.
Bagi ujian pos pula, saya telah melaksanakan ujian pos terhadap
kedua-dua murid dengan menggunakan soalan sama seperti yang terdapat
pada ujian pra. Ujian pos ini telah dilaksanakan bagi melihat keberkesanan
kaedah intervensi yang telah dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pos yang
telah dijalankan, saya mendapati kedua-dua responden telah dapat menulis
perkataan suku kata tertutup dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
Berikut adalah merupakan contoh soalan yang diuji dalam ujian pra dan ujian
pos:

RAJAH 3

28

7.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.1

Analisis Ujian Lisan


Objektif pertama bagi kajian ini diukur dengan menjalankan ujian lisan. Ujian
lisan ini terdiri daripada fasa 1 (sebelum intervensi) dan fasa 2 (selepas
intervensi). Ujian lisan fasa 1 dijalankan terlebih dahulu bagi mendapatkan
gambaran awal mengenai tahap pengetahuan serta penguasaan Syamil dan
Adam terhadap perkataan-perkataan suku kata tertutup yang telah dipilih
manakala ujian lisan fasa 2 pula dijalankan setelah intervensi dilaksanakan.
Keputusan bagi

kedua-dua ujian tersebut

telah

dicatatkan dengan

menggunakan borang senarai semak.

7.1.1

Analisis Ujian Lisan - Syamil


Rajah berikut menunjukkan borang rekod senarai semak ujian lisan fasa 1 dan
fasa 2 yang dijalankan terhadap Syamil:

29

RAJAH 4

RAJAH 5
Berdasarkan kepada RAJAH 4, data menunjukkan bahawa Syamil
hanya berjaya mengeja satu daripada lima perkataan sahaja dengan betul.
Empat perkataan yang selebihnya tidak dapat dieja dengan betul oleh Syamil.
Berdasarkan pemerhatian dan catatan yang telah dibuat, saya mendapati

30

Syamil telah melakukan kesilapan semasa mengeja perkataan gajus. Syamil


didapati keliru dalam membunyikan suku kata yang melibatkan huruf g dan
j. Contohnya, Syamil dapat pada awalnya dapat menyebut huruf pada suku
kata ga dengan betul. Namun begitu, Syamil didapati telah membunyikan
suku kata tersebut sebagai ja. Selain itu, Syamil turut melakukan kesilapan
semasa mengeja perkataan kertas. Hasil analisis mendapati Syamil telah
melakukan kesilapan dengan mengeja keretas. Hal ini terjadi mungkin
kerana sebutan keretas tersebut sudah menjadi suatu kebiasaan bagi Syamil.
Di samping itu, Syamil juga didapati turut menggugurkan huruf tertentu
semasa mengeja. Contohnya, Syamil telah mengeja perkataan longkang
sebagai lonkang. Walaubagaimanapun, hasil keputusan ujian lisan fasa 2
telah menunjukkan peningkatan dari aspek jumlah jawapan yang betul.
Perkara ini dapat dilihat pada RAJAH 5. Berdasarkan rajah tersebut, Syamil
didapati telah berjaya mengeja empat daripada lima perkataan dengan betul.

31

Perbandingan Markah Ujian Lisan Syamil


90
80%
80
70
60
50

Fasa 1

40

Fasa 2

30
20%
20
10
0
Fasa 1

Fasa 2

RAJAH 6
Graf bar dalam RAJAH 6 menunjukkan perbandingan markah Syamil dalam
ujian lisan yang dijalankan. Hasil analisis menunjukkan Syamil hanya
memperolehi markah sebanyak 20% sahaja bagi ujian lisan fasa 1. Bagi ujian
lisan fasa 2 pula, Syamil telah memperolehi markah sebanyak 80%. Hal ini
menunjukan terdapat peningkatan markah sebanyak 60% selepas intervensi
dijalankan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penggunaan permainan kerusi
muzik dan kad imbasan telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran
mengeja Syamil.

32

7.1.2

Analisis Ujian Lisan Adam


Rajah berikut menunjukkan rekod senarai semak ujian lisan fasa 1 dan fasa 2
yang dijalankan terhadap Adam:

RAJAH 7

33

RAJAH 8
Berdasarkan kepada RAJAH 7, data menunjukkan bahawa Adam hanya dapat
mengeja satu daripada lima perkataan sahaja dengan betul. Analisis telah
dibuat terhadap kesilapan yang dilakukan oleh Adam. Saya mendapati Adam
telah melakukan kesilapan semasa mengeja perkataan tin. Adam didapati
telah menyebutkan perkataan tin sebagai ten. Bagi perkataan gajus pula,
saya mendapati Adam telah melakukan kesilapan mengeja yang sama seperti
yang telah dilakukan oleh Syamil. Adam didapati keliru dalam membunyikan
suku kata yang melibatkan huruf g dan j. Di samping itu, Adam didapati
melakukan kesilapan mengeja perkataan masjid sebagai masjek. Semasa
mengeja perkataan longkang pula, Adam telah memberikan jawapan yang
tidak lengkap. Hal ini kerana Adam mengeja perkataan longkang tersebut
34

sebagai lonkang. Adam didapati telah menggugurkan salah satu huruf g


pada perkataan tersebut. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan Adam semasa
mengeja ini mungkin terjadi kerana sikap terlalu yakin semasa memberikan
jawapan.
Dalam RAJAH 8 pula, rekod senarai semak bagi ujian lisan fasa 2
menunjukkan Adam dapat mengeja tiga daripada lima perkataan dengan
betul. Data menunjukkan Adam masih melakukan kesilapan mengeja yang
sama bagi perkataan gajus dan longkang.

Perbandingan Markah Ujian Lisan Adam


70
60%
60
50
40

Fasa 1

30

Fasa 2

20%
20
10
0
Fasa 1

Fasa 2

RAJAH 9
Graf bar dalam RAJAH 8 menunjukkan perbandingan markah Adam dalam
ujian lisan yang dijalankan. Hasil analisis menunjukkan Adam hanya
memperolehi markah sebanyak 20% sahaja bagi ujian lisan fasa 1. Bagi ujian
lisan fasa 2 pula, Adam telah memperolehi markah sebanyak 60%. Hal ini
35

menunjukan terdapat peningkatan markah sebanyak 40% selepas intervensi


dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan permainan kerusi
muzik dan kad imbasan telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran
mengeja Adam.

7.2

Analisis Ujian Pra dan Pos


Objektif kedua bagi kajian ini diukur dengan menggunakan instrumen
berbentuk ujian pra dan pos. Kemahiran yang diuji dalam ujian pra dan pos
ini ialah kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup. Ujian pra
dijalankan terlebih dahulu sebelum intervensi dilaksanakan. Hal ini bertujuan
untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis Syamil dan Adam bagi
perkataan suku kata tertutup. Ujian pos pula diberikan selepas intervensi
dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan intervensi
dalam kajian tindakan yang dijalankan. Soalan yang digunakan dalam keduadua ujian adalah sama bagi melihat perbezaan antara sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan.

7.2.1

Analisis Ujian Pra dan Pos Syamil


JADUAL 2 dibawah menunjukkan senarai semak jumlah jawapan betul yang
diperolehi oleh Syamil dalam ujian pra dan pos:

36

JADUAL 2 :

Ujian Pra

Ujian Pos

Gambar /
Bil.
Perkataan

Jawapan

Jawapan

Jawapan

Jawapan

betul

Salah

Betul

Salah

1.

Tin

2.

Gajus

3.

Kertas

4.

Masjid

5.

Longkang

Senarai Semak Ujian Pra dan Pos Syamil

RAJAH 10 : Ujian Pra(kiri) dan Ujian Pos(kanan) Syamil


37

Berdasarkan JADUAL 2 dan RAJAH 10, analisis mendapati bahawa Syamil hanya
dapat menjawab menulis dua daripada lima perkataan sahaja dengan ejaan yang betul
sebelum intervensi dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Syamil tidak mengalami
sebarang masalah dalam menulis perkataan tin dan gajus. Namun begitu, Syamil
didapati tidak dapat menulis perkataan kertas, masjid dan longkang dengan
betul. Kesalahan-kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh Syamil dapat dilihat
pada ujian pra dalam RAJAH 10. Selepas intervensi dilaksanakan, Syamil telah
menunjukkan peningkatan yang baik. hal ini kerana Syamil didapati berjaya menulis
empat daripada lima perkataan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kesilapan
yang dilakukan oleh Syamil semasa menulis telah berjaya dikurangkan.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Syamil


80
70
60
50
40

80%

Markah Ujian (%)

30
20

40%

10
0
Ujian Pra

Ujian Pos

RAJAH 11

38

Graf bar dalam RAJAH 11 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan
pos yang diperolehi oleh Syamil. Ujian pra telah dijalankan ke atas Syamil
sebelum intervensi dilaksanakan. Hasil analisis data menunjukkan Syamil
hanya memperolehi markah sebanyak 40% sahaja. Hal ini kerana Syamil
hanya dapat menjawab dua daripada lima soalan sahaja dengan betul. Bagi
ujian pos pula, Syamil didapati dapat menjawab empat soalan dengan betul.
Ini bermakna hanya satu kesilapan sahaja yang telah dilakukan oleh Syamil.
Markah yang berjaya diperolehi oleh Syamil bagi ujian pos ialah sebanyak
80%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20%
dalam markah ujian Syamil.

7.2.2

Analisis Ujian Pra dan Pos Adam


JADUAL 3 dibawah menunjukkan senarai semak jumlah jawapan betul yang
diperolehi oleh Adam dalam ujian pra dan pos:
JADUAL 3 :

Ujian Pra

Ujian Pos

Gambar /
Bil.
Perkataan

Jawapan

Jawapan

Jawapan

Jawapan

betul

Salah

Betul

Salah

1.

Tin

2.

Gajus

3.

Kertas

X
/

39

4.

Masjid

5.

Longkang

/
X

Senarai Semak Ujian Pra dan Ujian Pos Adam

RAJAH 12 : Ujian Pra(kiri) dan Ujian Pos(kanan) Adam


Berdasarkan JADUAL 3 dan RAJAH 12, analisis menunjukkan bahawa Adam hanya
dapat menjawab menulis satu daripada lima perkataan sahaja dengan ejaan yang
betul sebelum intervensi dilaksanakan. Adam didapati tidak mengalami sebarang
masalah dalam menulis perkataan tin. Namun begitu, Adam didapati tidak dapat
menulis perkataan gajus, kertas, masjid dan longkang dengan betul.
Kesalahan-kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh Adam dapat dilihat pada ujian
pra dalam RAJAH 12. Selepas intervensi dilaksanakan, Adam telah menunjukkan
peningkatan yang baik. Hal ini kerana Adam didapati berjaya menulis tiga daripada

40

lima perkataan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menulis Adam
bagi perkataan suku tertutup telah berjaya ditingkatkan.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Adam


60
50
40
30

60%

Markah Ujian (%)

20
10

20%

0
Ujian Pra

Ujian Pos

RAJAH 13
Graf bar dalam RAJAH 13 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan
pos yang diperolehi oleh Adam. Hasil analisis data menunjukkan Syamil
hanya memperolehi markah sebanyak 40% sahaja. Hal ini kerana Adam
hanya dapat menjawab satu daripada lima soalan sahaja dengan betul. Bagi
ujian pos pula, Adam didapati dapat menjawab tiga soalan dengan betul. Ini
bermakna hanya dua kesilapan sahaja yang telah dilakukan oleh Adam.
Markah yang berjaya diperolehi oleh Adam bagi ujian pos ialah sebanyak
60%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20%
dalam markah ujian Adam.

41

8.0

DAPATAN KAJIAN
Untuk mendapatkan data kajian, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen
iaitu senarai semak, ujian lisan serta ujian pra dan pos. Menurut Kartini
Abdul Mutalib et. al (2012), data penyelidikan tindakan dikumpulkan
daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan tentang maklumat dan isu yang
dikaji.

Hasil dapatan kajian yang telah saya perolehi, penggunaan kaedah KMKI
ini mampu meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan menulis murid
pemulihan bagi perkataan suku tertutup. Berdasarkan hasil analisis ujian lisan
dan senarai semak, Syamil dan Adam didapati telah menunjukkan
peningkatan dalam menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan
suku kata tertutup. Syamil dan Adam didapati telah menunjukkan
peningkatan yang positif selepas diberikan intervensi. Hasil analisis senarai
semak dan ujian lisan ini telah membuktikan terdapat peningkatan kemahiran
mengeja perkataan suku kata tertutup bagi Syamil dan Adam selepas
diberikan intervensi. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Syamil dan Adam
ini secara tidak langsung menjawab soalan kajian yang pertama iaitu :

Adakah kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan kemahiran


mengeja perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

42

Dapatan kajian seterusnya ialah berkaitan tahap penguasaan murid


pemulihan bagi kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup. Berdasarkan
keputusan analisis ujian pra dan pos, peningkatan yang diperolehi Syamil dan
Adam adalah memberangsangkan. Keberkesanan kaedah KMKI ini
dibuktikan melalui hasil ujian pos tersebut. Peningkatan yang ditunjukkan
oleh Syamil dibuktikan apabila dia memperolehi markah 80% untuk ujian pos
berbanding keputusan ujian pra iaitu sebanyak 40% sahaja. Adam pula
berjaya memperolehi markah sebanyak 60% bagi ujian pos berbanding ujian
pra iaitu sebanyak 20% sahaja. Hal ini menunjukkan kedua-dua murid
tersebut telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 40%. Peningkatan
markah yang ditunjukkan oleh Syamil dan Adam ini secara tidak langsung
telah menjawab soalan kajian yang kedua iaitu:

Adakah penggunaan kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan


kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

43

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Bahagian ini menerangkan cadangan kajian yang boleh dibuat berdasarkan
kajian ini. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan ialah :

9.1

Mengaplikasikan Kaedah KMKI Bagi Konstruk Kemahiran Yang


Lain
Kajian berkaitan penggunaan kaedah KMKI ini boleh diaplikasikan dalam
konstruk kemahiran yang lain. Contohnya seperti konstruk kemahiran
mengenal huruf, perkataan suku kata terbuka, perkataan diftong atau
perkataan digraf. Pelbagai kemahiran bahasa Melayu yang dapat disuaikan
mengikut jenis kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.
Dengan menggunakan kaedah KMKI ini, kajian lanjutan dapat dijalankan
bagi melihat tahap keberkesanan kaedah ini dalam konstruk kemahiran
pemulihan yang lain.

9.2

Penambahan Unsur Taktil Dan Kinestetik Pada Kad Imbasan

Kajian berkaitan permainan Papan Tanda ini juga boleh dijadikan bahan
bantu mengajar merentas kurikulum. Permainan ini juga boleh diaplikasikan
ke dalam mata pelajaran Matematik. Konsep permainan yang sama masih
boleh diterapkan. Perubahan yang boleh dilakukan ialah dengan membuat
penambahbaikan pada kad imbasan sedia ada dengan melibatkan unsur taktil

44

dan kinestatik. Hal ini bertujuan untuk menguatkan menjadikan kad imbasan
tersebut menjadi lebih menarik serta dapat menguatkan lagi daya ingatan
murid pemulihan.

45

Anda mungkin juga menyukai