Anda di halaman 1dari 8

AMALAN PENDAWAIAN INDUSTRI (SPPE2422-01)

DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUL BIN OSMAN (A14PP3025)
YIP WENG YIK (A14PP30

KEPADA:
DR KAMALUL ARIFFIN SUBARI
Faculty of Education
Universiti Teknologi Malaysia

Kendalian litar:

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Konduit


Antara perkara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga
standard pendawaian adalah seperti berikut :
1. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian.
Kemasukan kabel ke dalam saluran konduit perlu dilakukan sekali kerja bagi
mengelakkan kabel luka dan ruang yang sempit mengakibatkan kesukaran bagi proses
kemasukan wayar yang lain.
2. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika
tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat di antara laluan kabel itu.
3. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja
tamatan.
4. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
5. Pastikan kabel tidak luka semasa memasukkan kabel ke dalam saluran konduit.

Prinsip Kendalian
1. Sistem Pendawaian Satu Fasa menggunakan sistem bekalan kuasa yang diterima
di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AU 1-fasa 240 V, 50 Hz.

Terdapat beberapa litar yang membentuk sistem ini iaitu Litar Pengguna dan Litar
Akhir.
2. Litar Pengguna ialah kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung
ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan). Di papan ini terdapat fius
perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik TNB dan menjadi
tanggungjawabnya.
3. Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter
kilowatt jam (Watt hour meter).
4. Fius perkhidmatan akan mendapat arus yang mana berfungsi untuk melindungi
pengguna daripada lebihan arus dengan menghadkan lebihan arus.
5. Litar pengguna bermula dengan papan suis utama atau Main Switch Board atau
pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.
6. Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (PLBB) atau Earth Leakage Circuit
Breaker (ELCB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB). Diikuti dengan
papan fius agihan atau papan agihan. Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar
penyambungan iaitu wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E).
7. Fius fius seperti Pemutus Litar Miniatur atau Miniature Circuit Breaker (MCB)
yang berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung
daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian. Bar neutral dan busbar bumi
akan disambung terus pada litar akhir dan tidak perlu melalui MCB lagi. Litar
akhir akan mempunyai TIGA dawai iaitu live (L), neutral (N) dan bumi (E).
8. Seterusnya dalam projek ini terdapat Litar Akhir yang keluar daripada papan fius
agihan bagi membekalkan satu atau lebih titik-titik kelengkapan atau soket alur
keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau dengan kata lain litar yang
bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan, kelengkapan atau soket
alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar seperti saterika, TV,
peti sejuk dll.
9. Kawalan :
Apabila litar mendapat arus, maka apabila salah satu S1 & S4 ditutup,

mentol L1 akan menyala.


L2 akan dinyalakan oleh S2.
L3 akan dinyalakan oleh S3.
Litar ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti yang telah
diterangkan di atas. Sistem perlindungan ini akan membantu
menghalang arus lebihan daripada merosakkan kelengkapan elektrik
seminima mungkin dan menyelamatkan nyawa.
berikut disertakan projek satu:

8.

Pengujian
Pengujian dilakukan dengan dua cara iaitu:

1. Ujian Litar Mati


Terbahagi kepada empat(4) iaitu:

Ujian Pemerhatian dan penglihatan


Semak litar secara visual dari segi kekemasan
pemasangan, keadaan kabel (tidak luka/sambungan/tamatan), aksesori
dalam keadaan baik dan selamat.

Ujian Kekutuban
Uji dengan multimeter pada setiap kutub bersambung
dengan kutub yang betul.
a. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub)
dan peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa
sahaja.
b. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung

konduktor fasa.
c. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap
konduktor fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal
yang betul.
d. Alatuji Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
e. Kaedah Pengujian:

Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka

(switch off).
Semua beban hendaklah ditanggalkan.
Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-

tutup(switch on).
Jalankan ujian berdasarkan rajah.
Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada

konduktor fasa.
Menguji punca sambungan soket keluaran.
Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison

skru.
Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 Ohm.

Ujian keterusan
Uji dengan multimeter untuk litar sama ada litar pergi ke
tamatan yang betul.
Kaedah Pengujian:
o Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB,
konductor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi
dari terminal bumi di kotak fius agihan.
o Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah(E-E).
o Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N).

o Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 Ohm.

Ujian rintangan penebatan


Uji dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation
Resistance Tester) untuk

menguji kebocoran arus pada penebat kabel. Voltan kendalian adalah


arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T.
Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa,
konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.
Menghuji ketahanan penebatan kabel;
1. Matikan bekalan utama. Naikkan MCB & ELCB dan hidupkan suis.
Beban di tanggalkan.
2. Ujipada KFA dengan alat penguji antara kutub bertentangan seperti
E-L, E-N, N-L

2. Ujian Litar Hidup


Cara ini perlulah dilakukan dengan bantuan pensyarah. Pen uji hendaklah
digunakan sepanjang proses pemerhatian semasa litar ini dihidupkan dengan
menyambung soket ke suis hidup.
Langkah-langkah:
a. Pastikan litar telah dibuat pengujian pemerhatian, keterusan, dan
kekutuban.
b. Sambung kepala soket ke soket outlet dan sambung dawai wayar ke fius
perkhidmatan mengikut wayar yang wajar.
c. Buka (switch off) semua suis di dalam kotak agihan.
d. Litar-tutup (switch on) kepala soket untuk menghidupkan litar.
e. Guna Pen uji pada Fius perkhidmatan wayar dawai neutral dan live (Lin dan
f.
g.
h.
i.

Nin), (Lout dan Nout).


Pemutus Litar Arus Kenit (MCB) untuk masukan dan keluaran.
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (PLBB) untuk masukan dan keluaran.
Pastikan Tamatan neutral dan bumi tidak mengalir arus ke atasnya.
Selepas itu, semua suis di dalam kotak agihan hendaklah di litar-tutup (switch

on).
j. Periksa setiap terminal dalam semua soket outlet dan semua suis (S/O1, S/O2,
S/O3, S/O4, S1, S2, S2, S3, S4).
k. Litar-tutupkan semua suis dan periksa secara perhati sama ada mentol (L1, L2
dan L3) menyala atau tidak.

10.Refleksi

Banyak yang kami pelajari semasa melaksanakan tugasan pendawaian konduit


fasa tunggal. Antaranya ialah fungsi setiap alat, sambungan dawai wayar live(L),
neutral(N) dan earth(E), pemeriksaan secara menyeluruh dengan teknik yang betul
mengikut piawaian yang sah mengikut perundangan, pemilihan alat alat yang sesuai
dan sebagainya.
Litar perlulah dilukis dan difahami terlebih dahulu. Selepas itu, projek ini
dilakukan berdasarkan kepada litar yang dilukis. Salah litar skematik, maka salah litar
yang dipasang.
1. Manfaat:
a. Tahu sambungan litar seperti neutral, wayar hidup dan pembumian dan
asas untuk terbentuknya litar seperti Fius Perkhidmatan dan susunan suis
dalam Kotak Agihan.
b. Aplikasi peraturan keselamatan
c. Mengenalpasti jenis jenis litar seperti litar pengguna, litar akhir, kawalan,
pengasingan dan pensuisan.
d. Mengenalpasti jenis jenis litar akhir seperti litar akhir gelang dan litar
akhir jejari.

2. Kelemahan:
a. Lemah asas dalam konsep aksesori litar. Hal ini dapat dielakkan dengan
pendedahan yang lebih dalam. Contohnya, tentang peraturan IEE.

Diharapkan pada masa hadapan kelemahan ini didapat dijadikan iktibar dan pengajaran
supaya diri menjadi lebih baik dan menjadi guru yang berwawasan