Anda di halaman 1dari 4

para hadirin yang dihormati,

alhamdulillah, pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk kita sama-sama
berkumpul di dewan ini dalam majlis gilang gemilang iaitu majlis anugerah pelajar cemerlang sk sungai bakas, subis 2014.
majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, encik sanggat anak jarin
kerana sudi hadir dalam majlis anugerah pelajar cemerlang sk sungai bakas, subis pada tahun ini. selamat datang juga
diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian.semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan
lebih berseri dan bermakna.

sidang hadirin yang dihormati sekalian,


majlis anugerah Pencapaian cemerlang ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah
berjaya mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun 2014, serta meraikan murid pra
sekolah dan tahun 6 yang telah tamat pengajian di sk sungai bakas, subis.
sebagai pembuka tirai majlis ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan koir sk sg bakas yang
bertajuk Standing in the eyes of the world.
majlis mempersilakan

Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagi


ini,dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Sanggat ak jarin
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan
Sg Bakas untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati persembahan daripada murid-murid prasekolah
Dipersilakan....
Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup berbakat ini...

Hadirin hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk kita


menonton `video aktiviti sepanjang tahun Sekolah
Kebangsaan sg bakas.
Sama-sama kita saksikan

Selesai sahaja slide show..

Begitulah tadi eratnya kerjasama antara guru, pihak Persatuan Ibu


Bapa Guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai bakas yang tak ubah seperti paku melekat di papan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas
segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah diwujudkan.Maka beralih kita
ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil dan anugerah.
Hadirin dan hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk
kita menyaksikan para pelajar menerima hadiah sebagai tanda kejayaan yang

dikecapi pada tahun ini.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Mary Kunji Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas untuk
menyampaikan hadiah.

13.

cue :

Apabila GB sudah naik ke pentas..

: Dari Tahun 1 Dahlia, tempat pertama, adik Nicholas ak Nanti,


tempat kedua, adik Sharifah Aminah bt Syed Jamal dan tempat
ketiga,

adik Siti Hajar bt Raduan.

Dari Tahun 2 Dahlia,


1- adik Noreen Noor
2 adik Felix Agus
3 adik Idayu Abd Rahman
dan seterusnya
Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Mary Kunji.

Hadirin yang dihormati. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


hadiah bagi kategori mata pelajaran terbaik.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Sanggat ak jarin Yang DiPertua Persatuan
IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan
Sungai Bakas untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Apabila YDP sudah naik ke pentas

mc : Dari Tahun 1 Dahlia, pelajar terbaik bagi matapelajaran Bahasa Melayu,


Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik disandang oleh adik
Nicholas ak Nanti.

Dari Tahun 6 Dahlia, pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di sandang oleh adik
Mawi b. Abdullah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Sanggat ak jarin.

Kategori pelajar contoh bagi pelajar lelaki disandang oleh adik


Mawi Abdullah dari Tahun 6 Dahlia.

Kategori pelajar contoh bagi pelajar perempuan disandang oleh adik


Erra Fazira dari Tahun 6 Dahlia

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha, Puan Mary Kunji, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, PEncik Sanggat jarin,
YDP PIBG. Dengan segala hormatnya dipersilakan

22.

cue :

Setelah YDP menerima cenderamata.

MC : Majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Encik Sanggat Jarin kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar
Sekolah Kebangsaan Sungai bakas. Terima kasih.

Selain meraikan murid2 yang mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum,pihak sekolah juga menghargai sumbangan
murid dalam bidang kokurikulum.Dengan itu majlis mempersilakan murid berikut naik ke pentas bagi menerima hadiah.
untuk kategori:

Hadirin yang dihormati,


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini
akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan mary Kunji Guru Besar SKSB ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Warga dewan sekalian,


Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini
bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para
pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan
Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Mary
Kunji guru besar SKSB untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

untuk pengetahuan para hadirin, nilam merupakan satu program bagi menggalakkan pelajar-pelajar agar membudayakan
amalan membaca dalam kehidupan mereka.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.

Anda mungkin juga menyukai