Anda di halaman 1dari 12

AMALI 1

MENGKAJI AWAN DAN CUACA


TAJUK
Awan dan cuaca.

TUJUAN
Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.

PENGENALAN
Awan merupakan gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Udara panas
mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan
naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah,
wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi
keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin
tepu dengan wap air. Wap air itu akan mencair dan membentukkan molekul-moleku air
yang sangat banyak dan dikenali sebagai awan.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin
besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Awan hanya akan menampung wapwap air sehingga batasan yang tertentu dan apabila keberatan wap-wap air telah
membatas batasan maksimum, maka titik-titik air tersebut akan terus jatuh kebawah
menghasilkan fenomina yang dikenali sebagai hujan.
Seterusnya awan boleh diklasifikasikan kepada 4 kumpulan iaitu awan peringkat
rendah, awan peringkat pertengahan, awan peringkat tinggi dan awan menegak.
Kumpulan awan peringkat rendah merupakan awan yang berada pada ketinggian
kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis awan rendah ialah awan stratus, kolumbus
dan komulunimbus. Kumpalan awan peringkat pertengahan pula berada pada
ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Antara jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus
dan Altrokumulus. Kumpulan awan peringkat tinggi pula merupakan awan yang berada
pada ketianggian melebihi 6,000m.Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi

ini termasuklah Awan Sirus, Sirostratus dan Sirokumulus. Kumpulan awan terakhir iaitu
awan menegak. Awan menegak tidak dikategori melalui ketinggian. Hal ini adalah
kerana pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai
ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan sangat dipengaruhi
oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubahmengikut keadaan cuaca.
Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah. Bentuk dan jenis awan ini
juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.

HIPOTESIS
Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari
yang sama.

KEMAHIRAN PROSES SAINS


1.

Memerhati

2.

Mengelas

3.

Meramal

4.

Membuat inferens

5.

Berkomunikasi

6.

Mentafsir data

7.

Membuat hipotesis

ALAT RADAS
Telefon pintar berkamera Xiao Mi 3.

PEMBOLEH UBAH
MANIPULASI

: Jenis awan yang terbentuk di langit

GERAK BALAS

: Cuaca ramalan

MALAR

: Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

PROSEDUR
1. Maklumat tentang awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca melalui sumbersumber yang seperti buku text, internet dan lain-lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenisjenis awan yang terbentuk dalam tempoh 4 hari ( memerhatikan cuaca waktu
pagi dan tengah hari, membuat ramalan cuaca waktu petang ).
3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah pengambilan gambar awan,
mencatat perubahan iklim dan mendapatkan suhu cuaca terkini melalui telefon
pintar telah dilakukan pada setiap pagi dan juga tengah hari dalam tempoh 4 hari
tersebut.
4. Merujuk kepada data-data dan maklumat, ramalan telah dilakukan untuk
meramal cuaca pada waktu petang dalam tempoh 4 hari tersebut.
5. Hasil pemerhatian yang diperolehi dianalisa dan ditafsir.
6. Laporan ditulis dengan berserta gambar yang diambil, jadual dan graf.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap pembakaran
sampah yang tebal.
2. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.
3. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih
tajam.

DAPATAN KAJIAN

Lokasi

: Sekitar Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Tarikh

: 19 hingga 22 Januari 2016

Tempoh

: 4 hari

Masa

: 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari

Hari /
Tarikh
Hari

Masa

Gambar Jenis Awan Dan Ramalan

Pemerhatian

Cuaca AccuWeather
7.42am

Jenis: Awan Pertangahan

Pertama

Nama: Altostratus

(19

Suhu: 24C

Januari

Cuaca: Mendung, berkabus

2016)

Kelembapan: Tinggi
Keadaan awan:

Ketinggian : 2 - 5km.
Ia menyerupai lapisan
atau jalur-jalur
berwarna keabuabuan dan berserabut
serta mampu menutup

seluruh langit.
Awan ini memiliki
bentuk yang tidak
menentu.

12.01pm

Jenis: Awan Rendah


Nama: Kumulus
Suhu: 29C
Cuaca: Cerah
Kelembapan: Rendah
Keadaan awan:

Bahagian-bahagian
awan yang kena pada
sinaran matahari akan
tampak lebih putih

kemilau.
Penyebaran cukup
luas di langit.

Hari

7.40am

Jenis: Awan Tinggi

Kedua

Nama: Sirostratus

(20

Suhu: 22C

Januari

Cuaca: Cerah

2016)

Kelembapan: Sederhana
Keadaan awan:

Kurang berawan di

langit.
menyebar dan
menutupi
sebagian atau

seluruh langit.
Menyerupai
selaput tipis

tembus cahaya.
Awan halus,

berwarna putih.
Kadang-kadang
terjadi hujan yang
tidak sampai ke
permukaan bumi.

12.10pm

Jenis: Awan Rendah


Nama: Kumulus
Suhu: 28C
Cuaca: Cerah
Kelembapan: Rendah
Keadaan awan:

Terlihat seperti
serabut atau
buntut kuda
berwarna putih.

Bahagianbahagian awan
yang kena pada
sinaran. matahari
akan tampak lebih

Hari

7.50 am

putih kemilau.
Jenis: Awan Tinggi

Ketiga

Nama: Sirokumulus

(21

Suhu: 22C

Januari

Cuaca: Mendung, Berkabus

2016)

Kelembapan: Tinggi
Keadaan awan:

Bentuknya
menyerupai awan

jenis stratocumulus.
Jika dilihat dari
permukaan, ia
kelihatan seperti
bulatan-bulatan yang
lebih jika
dibandingkan dengan

awan stratocumulus.
Mengandungi butiran
air yang sangat dingin,
bercampur dengan

Kristal.
Mengandung hujan
yang tidak sampai ke
permukaan bumi.

12.08pm

Jenis: Awan Rendah


Nama: Kumulus
Suhu: 30C
Cuaca: Mendung
Kelembapan: Rendah
Keadaan awan:

Terlihat seperti
serabut atau
buntut kuda

berwarna putih.
Bahagianbahagian awan
yang kena pada
sinaran. matahari
akan tampak lebih
putih kemilau.

Hari

7.50am

Jenis: Awan Pertengahan

Keempat

Nama: Altostratus

(22

Suhu: 24C

Januari

Cuaca: Mendung, berkabus

2016)

Kelembapan: Sederhana
Keadaan awan:

Ketinggian : 2 -

5km.
Ia menyerupai
lapisan atau jalurjalur berwarna
keabu-abuan dan
berserabut serta
mampu menutup

seluruh langit.
Awan ini memiliki
bentuk yang tidak

menentu.
12.14pm

Jenis: Awan Pertengahan


Nama: Altostratus
Suhu: 28C
Cuaca: Mendung, berhujan
gerimis
Kelembapan: Tinggi
Keadaan awan:

Ketinggian : 2 - 5km.
Ia menyerupai lapisan
atau jalur-jalur
berwarna keabuabuan dan berserabut
serta mampu menutup

seluruh langit.
Awan ini memiliki
bentuk yang tidak

menentu.
Menghasilkan hujan
gerimis, hujan ringgan
hingga sedang.

Hari

Waktu

Jenis Awan

Nama Awan

Ramalan

Cuaca

cuaca

sebenar

waktu

waktu

petang

petang

Hari
Pertama

Pagi
Tengah

(19

hari

Pertengahan
Rendah

Altostratus
Kumulus

Cerah

Cerah dan

dan

panas.

panas.

Januari
2016)
Hari

Suhu:33C
Pagi
Tengah

Kedua

Tinggi
Rendah

Sirostratus
Kumulus

hari

(20

Cerah

Petang:

dan

Cerah dan

panas.

panas.

Januari
2016)

Suhu: 34C

Hari

Pagi
Tengah

Ketiga

Tinggi
Rendah

Sirokumulus
kumulus

hari

(21

Cerah

Petang:

dan

Cerah dan

panas.

panas.

Januari
2016)

Suhu: 36C

Hari
Keempat

Pagi
Tengah
hari

(22

Pertengahan
Pertengahan

Altostratus
Altostratus

Hujan

Petang:
Cerah dan
panas

Januari
2016)

Suhu: 32C

PERBINCANGAN
1. Analisis dan tafsirkan data yang diperolehi.
Saya telah menanalisis data-data yang diperolehi dalam dapatan kajian
dan membuat tafsiran sebab-sebab saya meramalkan cuaca pada petang
tersebut dan seterusnya membuat perbandingan dengan cuaca yang sebenar.

Saya telah mendapati bahawa jenis-jenis awan sentiasa berubah dalam tempoh
masa empat hari ini. Antara jenis-jenis awa yang boleh saya perhatikan pada
lokasi amali saya ialah awan rendah, awan pertengahan dan awan tinggi. Antara
keempat-empat hari yang saya kaji, saya mendapati 3 hari adalah cerah dan
panas, manakala 1 hari lagi adalah mendung dan berhujan pada waktu malam.
Saya telah merujuk kepada Accuweather.com untuk mendapatkan cuaca
ramalan pakar untuk membandingkan dengan cuaca ramalan saya dan juga
cuaca sebenar. Saya mendapati bahawa cuaca ramalan Accuweather.com
adalah sangat tepat dengan cuaca sebenar.
2. Perbandingan antara cuaca ramalan dengan cuaca sebenar.
Hari Pertama (19 Januari 2016)
Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya
mempunyai awan Altostratus. Pada masa yang sama juga cuaca agak mendung
dan berkabus. Jika mengikut teori, awan Altostratus berserta dengan cuaca yang
mendung menandakan bahawa hujan akan turun. Tetapi pada waktu tengah hari
pula saya telah memerhatikan kawasan kajian diseluputi dengan awan Kumulus
yang menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya
meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan
adalah tepat.

Hari Kedua (20 Januari 2016)


Pada waktu pagi saya telah memerhatikan kawasan kajian saya
mempunyai awan Sirostratus. Awan Jenis ini seolah-olah cerah di permukaan.
awan yang tampak seperti tirai kelambu halus keputih-putihan dan kadangkadang terjadi hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Namun pada pagi
tersebut tidak berhujan. Pada waktu tengah hari pula langit diseliputi dengan
awan Kumulus yang menandakan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan
itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan.
Ramalan adalah tepat.

Hari Ketiga (21 Januari 2016)


Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya
mempunyai awan Sirokumulus. Awan jenis ini terdiri daripada lapisan awan yang
terdiri dari unsur kecil menyerupai butir atau biji padi-padian tanpa bayangan dan

mengandung hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Pada waktu tengah
hari pula langit diseliputi dengan awan Kumulus yang menandakan keadaan
cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang
adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.

Hari Keempat (22 Januari 2016)


Pada waktu pagi dan tengah hari telah menunjukkan jenis awan yang
sama iaitu awan altostratus. Awan altostratus ialah awan pertengah dan tidak
mempunyai bentuk yang tertentu. Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna
keabu-abuan

dan

berserabut

serta

mampu

menutup

seluruh

langit.

Kebiasaannya awan ini akan menghasilkan hujan gerimis, hujan ringgan hingga
sedang.Berdasarkan sebab-sebab berikut, tambahan pula cuaca mendung pada
pagi dan tengah hari, dengan itu saya meramalkan cuaca pada petang akan
berhujan. Namun begitu, cuaca pada waktu petang hari tersebut adalah cerah
dan panas, tetapi hujan turun pada waktu malam. Hal ini mungkin disebabkan
oleh factor-faktor ain yang tidak diambil kira dalam proses amali seperti faktor
kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya.

3. Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah amali yang dijalankan serta


cadangan penambah baikan.
Saya telah menjalankan amali ini di kawasan IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan iaitu hadapan surau sebanyak 4 hari berturutan. Dalam proses
amali ini, saya tidak menukar lokasi kajian saya agar memperolehi dapatan
kajian yang tepat. Selain itu, saya juga memerhati lakosi kajian saya pada masa
yang sama, 2 kali dalam sehari iaitu sebelum 8 pagi dan lebih kurang 12 tengah
hari.
Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali
yang telah saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet
sebelum memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui nama setiap
jenis awan dan juga sifat-sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar
memudahkan saya untuk meramal cuaca pada waktu petang berdasarkan jenis
awan pada waktu pagi dan waktu petang.

Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit


kelemahan dalam kaedah amali ini iaitu memerhati meramal cuaca waktu petang
berdasarkan kepada jenis awan sahaja, sedangkan terdapat banyak lagi factorfaktor seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya turut
menyumbang kepada perubahan cuaca. Selain itu, kawasan pilihan saya iaitu
surau IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan berlokasi di hadapan bukit dan secara
langsungnya masalah kabus sentiasa timbul pada waktu pagi menyebabkan
sukar untuk mengenal pasti jenis awan pada masa pagi dan mempengaruhi
keputusan ramalan cuaca waktu petang.
Berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, saya berpendapat bahawa
faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan
sebagainya juga perlu diambil kira semasa menjalankan amali agar kami dapat
memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat, Selain itu bagi mengatasi masalah
kabus pula hanya boleh diselesaikan melalui cara menukar lokasi amali kepada
kawasan lapang yang tidak berbukit.
KESIMPULAN
Hipotesis diterima. Setelah kajian dijalankan di lokasi tertentu selama empat hari,
saya telah memperhatikan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Jenis-jenis
awan yang terbentuk sama ada awan tinggi, awan pertengahan ataupun awan rendah
saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Walau bagaimanapun, saya
mendapati bahawa ramalan cuaca tidak bolah sekadar merujuk kepada jenis awan
sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan
sebagainya juga perlu diambil kira agar memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat.