Anda di halaman 1dari 2

Aku seorang Abang

Nama aku halim. Kadang kadang aku bertanya, kenapa hidup setiap manusia ini
tidak sama? ada yang terlebih kaya dan ada yang miskin seperti keluarga ku ini.
Setiap kali aku mendengar rakan rakan ku bercerita mengenai kesenangan mereka
aku menjadi cemburu.Jali, rakan sekelas aku minggu lepas mendapat hadiah sebuah
motosikal daripada bapanya. katanya untuk kemudahan pergi kesekolah. Aku
terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi untuk menolong ibuku menoreh getah dan
terpaksa berjalan kaki sepanjang 2 kilometer untuk sekolah. Bapa ku telah tiada
sejak aku tingkatan 3, jadi segala pembelanjaan terpaksa ditanggung ibuku. Aku
sebagai anak sulong dari 2 orang adik beradik harus membantu ibuku bekerja.
Kebelangkaan ini, beliau selalu batuk dan sakit. Ini menyebabkan aku risau dan
kadang kadang, aku menyuruh beliau berehat sahaja dirumah, biar lah aku saja
yang pergi menoreh.penat? ya memang penat tapi aku lebih tidak sanggup melihat
ibuku kesakitan dengan bebanan keluarga.Saudara mara yang lain tidak ingin
membantu, mereka benci melihat kemiskinan keluarga kami. Aku masih ingat ketika
kami tidak diedahkan dan macam tidak diperdulikan ketika datang beraya ke
rumah nenek. Datuk dan nenek lebih suka melayan pak cik dan makcik ku yang
kaya raya. Mereka selalu menghantar wang belanja kepada nenek setiap bulan, nak
harap keluarga kami tidak mampu menghulurkan duit kerana kami sendiri
kesempitan wang. Aku sedih melihat ibuku terpaksa senyum walaupun aku tahu
beliau sedih dan kecewa.
Aku ke sekolah hanya 70 sen sahaja. Itu pun nasib baik ada rezeki, kadang kadang
aku terpaksa mengisi perut berbekalkan air mineral sahaja.Ini menyebabkan aku
selalu terpaksa menolak pelawaan rakan rakan ku untuk pergi ke kantin bersama
dengan alasan sudah kenyang.Namun ini semua tidak mematahkan semangat aku
dalam mencari ilmu. Bagi aku, hanya dengan ilmu kita dapat mengubah nasib
seseorang. Tidak ada orang lain boleh membantu jika kita sendiri tidak menolong
diri kita sendiri. Cikgu Jamal, guru matematik tambahan ku selalu membantu dalam
memahami masalah subjek itu. Di sekolah kami, mata pelajaran itu menjadi mimpi
ngeri kepada pelajar. Cikgu fatimah, guru biologi ku seorang peramah dan
mengambil berat mengenai prestasi pelajar. Dulu, Aku pernah dipanggil untuk
berjumpa beliau kerana keputusan akedemik ku merosot. Aku sangka akan didenda
tetapi aku di sapa dengan suara yang penyanyang.Halim, cikgu tahu masalah
kamu, maafkan cikgu kerana lambat bertindak. kamu kekurangan wang untuk
membeli buku rujukan dan alat tulis bukan? Cikgu selalu perhatikan kamu
meminjam pen dari rakan kamu. Mula mula cikgu ingat kamu selalu terlupa
membawanya tapi cikgu silap.Lalu cikgu fatimah menghadiahkan beberapa pen dan
buku kepada ku. Aku hampir menitiskan air mata ketika itu. Ya allah ada lagi insan
yang perihatin terdapat diriku ini.

Tahun ini aku menduduki spm, Banyak dugaan yang aku terpaksa tempuhi. Dengan
jadual kelas tambahan dan aku juga harus membantu ibu pergi menoreh,
menyebabkan aku kepenatan. Ramai rakan sekelas ku dan juga pelajar pelajar spm
lain mengambil kelas tuition dengan bayaran yang agak mahal bagiku. Ikutkan hati
ini, memang lah aku mahu juga tapi aku sedar kami sekerluarga tidak mampu.
Harga getah sekarang pun bukan mahal sangat.Aku juga risau satu hari nanti, kami
tidak lagi mampu menyara kehidupan ini. Mujur lah pokok getah yang di tanam
arwah ayah ku dulu masih berjasa walaupun sudah tua. Aku sedar, dengan
keadaan macam ini mustahil dapat menyara aku ke menara gading. Di hati ini, aku
mahu menjejak kaki ke sana. Aku mahu merasa kehidupan sebagai seorang
mahasiswa. Dengar mulut orang kampung, belajar dekat sana best. Lepak dengan
kawan kawan dan tengok wayang bersama. hahahaha bestnya mereka dapat
menikmati semua itu.
Masa berlalu dengan pantas, Tanggal 9.12.2010 tamat lah kehidupan aku sebagai
seorang pelajar sekolah menengah dengan berakhirnya peperiksaan spm.Hati ku
lega dan boleh lah aku menolong ibuku bekerja mencari duit. Tahun depan giliran
adikku wahab pula menduduki spm. Aku tidak mahu wahab menerima nasib seperti
aku. Jadi aku melakukan kerja lebih buntuk mencari wang. Jiran rumah sebelah,
encik kamal selalu mengumpah aku memotong rumput di kawasan rumah beliau.
Waktu petang pula aku ke warung mael pula untuk berehat dan minum kopi. Halim,
hari sabtu ni kau free tak? tanya malik kepada ku. Hmm, rasanya free kot. kenapa?
Anak aku tijah nak kawin sabtu ni...aku ingat nak upah kau uruskan majlis tu, boleh
tak? Boleh je pak malik nanti saya uruskan.Dia kawin dengan orang mana pak
malik? Ala orang perak, budak tu baik dan jujur orangnya. Hahaha, taniah la pak
malik, moga bahagia ke anak cucu. Manis mulut kau halim, mael kau kira semua ini,
hari ni aku belanja. Kalu hari hari macam ni kan bagus bisikku dalam hati.
Alhamdulilah dapat juga kerja, walaupun upahnya tak banyak tapi boleh lah
menambah tabungan keluraga kami.
Terasa sejuk pagi ini, mendung dan gelap. matahari belum muncul lagi. kelihatan
daun daun kehijauan dan titisan embun di atasnya. Terdengar kokokan ayam
bertalu. Pagi ini keputusan peperiksaan spm akan diumunkan. Selepas serapan dan
membersihkan rumah, aku berpakaian bersahaja pergi sekolah untuk mengambil
slip keputusan spm aku. terasa debarannya dan kaki ku terasa lemah sedikit. Aku
cuba menbaca beberapa surah bagi untuk menghilangkan rasa gemuruh. Sampah
sahaja aku disekolah, Cikgu jamal meluru ke arah ku sambil tersenyum, halim
taniah kau dapat 9A. Aku tergeman macam tidak percaya apa yang aku dengari.
Hampir sahaja aku menangis di situ. terima kasih cikgu terima kasih
semua...Namun aku merasa sedih kerana tidak mempunyai wang untuk
menyambung pelajaran ke menara gading. Siapa yang ingin menolong ibuku
apabila aku tiada nanti? wahab pula akan menduduki spm tahun ini. Perasaan aku
bercampur bau, antara dua pilihan.

Anda mungkin juga menyukai