Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

NAMA

MASTURA BT IRAHIM

NO MATRIK

770727036372001

NO KAD PENGENALAN

770727-03-6372

NO TELEFON

019-9396863

E-MEL

: mastura_ibrahim77@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2015

Kandungan

BAB 1 PENDAHULUAN.................................................................................................
1.1 Pengenalan..............................................................................................
1.2 Etika Profesion ...................................................................................
1.3 Akauntabiliti Keguruan.........................................................................
1.4 Kegiatan Kokurikulum.....................................................5
BAB 2 ISU ETIKA PROFESIONALISME............................................................................
2.1 Ponteng Aktiviti Kokurikulum....................................................................
2.2 Kaitan Permasalahan Dengan Etika Keguruan ........................................
BAB 3 ANALISIS MASALAH..........................................................................................
3.1 Punca Permasalahan...............................................................................
3.2 Implikasi Perlakuan Guru.........................................................................
BAB 4 CADANGAN PENYELESAIAN..........
4.1 Peranan Pentadbir Sekolah....................................................................
4.2 Penerapan Akauntabiliti di Sekolah.......................................................
BAB 5 PENUTUP..........
5.1 Kesimpulan..........17
5.2 Bibliograf............................................................................................

Pengenalan
Guru memainkan peranan penting dalam proses pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar seiring
dengan zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini. Profesion Keguruan menuntut
seseorang itu memberi perkhidmatan dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi, jujur dan amanah di dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan
hidup masyarakat. Justeru itu guru perlu mematuhi etika demi memartabatkan profesion
perguruan. Pematuhan terhadap etika keguruan hanya berlaku sekiranya seseorang guru
itu tahu dan sedar mengenai akauntabilitinya terhadap profesion keguruan. Namun
begitu, timbul pelbagai isu membabitkan guru disebabkan tiada kesedaran terhadap
akauntabiliti keguruan antaranya ialah ketidak hadiran guru untuk bertugas semasa
aktiviti kokurikulum tanpa sebab yang munasabah atau bahasa mudahnya guru ponteng
aktiviti kokurikulum.

Etika
Etika ialah tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap seseorang
individu lain, organisasi, masyarakat dan juga negara. Menurut kamus dewan, etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Sementara
etika dalam kamus Oxford bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Dari
perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berlandaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.

Etika kerja merupakan nilai-nilai penting bagi sesebuah organisasi. Pengamalan


etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi. Terdapat tujuh nilai utama yang menjadi fokus etika kerja di Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Nilai-nilai itu adalah amanah, benar, bijaksana, bersyukur,
dedikasi, ikhlas, penyayang. Seseorang guru menunjukkan etika kerja yang baik
sekiranya dia memahami akauntabilitinya terhadap profesion keguruan.

Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu
tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi
yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Dalam bahasa mudah, akauntabiliti bermaksud
bertanggungjawab

kepada

seseorang

atau

bertanggungjawab

terhadap

sesuatu.

Tanggungjawab itu juga harus difahami dan dilaksanakan sebaik mungkin terutamanya
bagi seseorang yang bergelar guru atau pendidik. Leslie Kaplan dan Wilian Owings
(2001) menjelaskan akauntabiliti guru sebagai kualiti seseorang guru dan kualiti
pengajarannya. Akauntabiliti atau kebertanggungjawab guru difokuskan kepada lima
aspek iaitu akauntabiliti terhadap diri / perlakuan, akauntabiliti terhadap murid,
akauntabiliti terhadap profesion, akauntabiliti terhadap sekolah dan akauntabiliti terhadap
bangsa dan negara.
a) Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan

Selain menyebar ilmu, guru merupakan role model dimana segala tingkah laku
guru akan menjadi contoh teladan kepada murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai
sifat-sifat terpuji yang boleh dicontohi murid. Seseorang guru yang baik seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,
bertanggunjawab, yakin pada diri sendiri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon
Sang, 1988).

Penampilan guru haruslah kemas dan berpengetahuan tinggi terhadap

bidang pelajaran yang diajar.


b) Akauntabiliti terhadap Sekolah
Sekolah adalah tempat bertugas bagi guru. Terdapat tiga kategori sekolah, iaitu
sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sekolah pedalaman. Setiap kategori sekolah ini
mempunyai latar belakang murid yang berbeza. Lantaran ini, sewajarnya guru
menggunakan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan situasi setempat dan
perkembangan kognitif murid di kawasan sekolah dan sekitarnya. Akauntabiliti guru
terhadap sekolah juga berkaitan tentang tanggungjawabnya terhadap tugasan yang
diamanahkan oleh pentadbir sekolah dan ketanggungjawaban terhadap peralatan,
kemudahan serta infrastruktur yang ada di sekolah.
c) Akauntabiliti terhadap Murid
Guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta
kelakuan murid-murid yang diajarnya supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Tugas dan tanggungjawab guru
tidak hanya terhad kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik

darjah, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid dan membantu aspek
perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
d) Akauntabiliti terhadap Profesion
Akauntabiliti terhadap profesion keguruan menuntut seseorang guru itu
memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar dengan cekap dan
dedikasi. Dalam hal ini guru perlu menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang pendidikan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
disampaikan dengan lebih berkesan. Hubungan dengan rakan sejawat juga perlu diberi
perhatian misalnya sentiasa bersedia membantu rakan sejawat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab di sekolah. Demi menjaga imej profesion keguruan, guru perlu mengelak
dari melibatkan diri di dalam aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru
di hadapan murid dan ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
guru.
e) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
Guru bertanggungjawab menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat
pendidikan negara yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukunegara. Sebagai
seorang profesional di dalam bidang pendidikan, guru seharusnya memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan serta latar belakang
keluarga. Masyarakat setempat perlu dihormati walaupun mereka berlainan agama,
kebudayaan dan keturunan. Disamping itu, guru juga perlu memupuk sikap dan nilai di
dalam diri setiap murid agar mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang yang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Kegiatan Kokurikulum
Ab. Alim Abdul Rahim (1999) mendefinisikan kokurikulum sebagai aktiviti
berbentuk pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan
pengalaman-pengalaman pembelajaran. Matlamat aktiviti kokurikulum di sekolah ialah
memperkembangkan intelek, sosial, jasmani dan rohani murid secara optimum disamping
pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Rukun Negara. Secara praktisnya
aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ini tidak
dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan kerana ia dijalankan di luar waktu
persekolahan.
Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap
kepada kurikulum. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum
merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia
menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai -nilai yang telah dipelajari semasa
pembelajaran di bilik darjah. Kokurikulum terdiri daripada beberapa bidang iaitu sukan
dan permainan, kelab dan persatuan dan badan beruniform dimana setiap murid
diwajibkan mengikuti ketiga-tiga bidang.

Isu Etika Profesionalisma : Ponteng Aktiviti Kokurikulum


Antara isu berkaitan etika profesional keguruan ialah ketidak hadiran guru semasa
kegiatan kokurikulum dijalankan atau bahasa mudahnya ponteng aktiviti kokurikulum.
Menurut Cascio (2005), ketidak hadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang
pekerja daripada melaporkan diri atau berada di tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Guru-guru ini biasanya tidak menghadirkan diri
semasa kegiatan kokurikulum dijalankan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan
kukuh. Perbuatan ini boleh menjejaskan kelancaran perjalanan sesuatu program atau
aktiviti pendidikan di luar bilik darjah.
Pelaksanaan kokurikulum adalah diwajibkan ke atas semua guru {Rujuk
Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS)8591 /Jld. 11 (29)
bertarikh 2hb. Januari 1985}. Keengganan guru melaksanakan kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5000 (lima ribu ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan
atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) } dan
jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan kesalahan,
seseorang itu boleh dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi RM500 (lima
ratus ringgit) sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang boleh dikenakan kepadanya
di bawah akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus
dilakukan {Rujuk subseksyen 135(I2) Akta 550}.

Kaitan Masalah Dengan Etika Perguruan


Masalah guru tidak hadir tanpa bersebab atau ponteng semasa kegiatan
kokurikulum ini melangkaui beberapa elemen di dalam Etika Profesion Perguruan (EPP).
Antara elemen

tersebut

ialah profesionalisme,

integriti,

kejujuran intelektual,

akauntabiliti, dan amanah.


a) Aspek Profesionalisme
Berdasarkan aspek profesionalisme, tindakan seperti ini boleh mencemarkan sifat
profesionnya sehingga orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion perguruan.
Kemajuan teknologi pada masa kini membolehkan pelbagai informasi atau berita
disebarkan dengan mudah, pantas dan secara meluas. Penggunaan gajet canggih
membolehkan berita-berita tersebar dan diterima melalui hujung jari. Apa yang
membimbangkan, ianya cerita-cerita negatif membabitkan guru yang datang dari pelbagai
sumber. Dibimbangi cerita seperti murid hadir ke sekolah tetapi tiada guru membimbing
atau melaksanakan aktiviti kokurikulum akan tersebar luas melalui media sosial seperti
WhatsApp, Facebook dan sebagainya.
b) Aspek Integriti
Sebagai seorang yang bergelar pendidik, seseorang guru itu haruslah mengajar dan
mendidik. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada muridnya. Kegagalan guru
dalam menghadirkan diri semasa aktiviti yang melibatkan murid akan menyebabkan
jatuhnya integriti seseorang guru itu. Ianya mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan
rasa hormat terhadap guru terbabit oleh rakan sejawat dan murid-murid disamping secara

tidak langsung menyukarkan aspek pengurusan dan pengelolaan program yang


melibatkan murid terutamanya aktiviti kokurikulum ini.
c) Aspek Akauntabiliti
Guru yang tidak hadir aktiviti kokurikulum tanpa sebab yang kukuh hanya
mengutamakan diri sendiri dan jelas mengabaikan tanggungjawabnya terhadap murid, ibu
bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta profesion perguruan. Tugas guru pada
hari ini tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja, malah guru sepatutnya
bertanggungjawab dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek terutamanya melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
d) Aspek Amanah
Ekoran daripada reformasi pendidikan, tugas dan kerja guru tidak sama dengan guru
di masa-masa lalu. Umum mengetahui pada hari ini, tugas guru termasuklah pentadbir
sekolah semakin mencabar. Berdasarkan kenyataan bekas Perdana Memteri Malaysia,
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Berita Minggu, 16 Mac 1997) meminta semua guru
menjalankan peranan yang menyeluruh terhadap tugas mereka di sekolah termasuk
membangunkan sahsiah pelajar dan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang
semakin kurang diberikan tumpuan. Guru yang gagal melaksanakan aktiviti kokurikulum
adalah tidak amanah di dalam tugasnya membentuk sahsiah keperibadian murid,
disamping menjejaskan proses membentuk murid menjadi insan yang berguna,
berketerampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden.

e) Kejujuran intelektual
Dalam aspek kejujuran intelektual,

tindakan

guru melaksanakan

kegiatan

kokurikulum seharusnya memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan murid.


Guru yang tidak aktif di dalam kokurikulum beraggapan bahawa kokurikulum merugikan
masa murid dan akademik jauh lebih penting berbanding kokurikulum. Anggapan atau
persepsi guru seperti ini dapat mendatangkan kesan kepada murid dimana murid juga
dikhuatiri akan mempunyai persepsi yang sedemikian terhadap kegiatan kokurikulum.
Sedangkan kegiatan kokurikulum yang diwajibkan pelaksanaannya oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai banyak kesan yang positif terhadap murid.
Dapatan kajian yang dijalankan oleh Ab. Alim, (2001) mendapati bahawa murid yang
aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi berbanding
murid yang kurang aktif dalam kokurikulum mempunyai pencapaian akademik yang
lebih rendah. Ketika menuntut di institut perguruan atau di universiti, guru telah
dipersiapkan segala ilmu dan kemahiran melaksanakan kegiatan kokurikulum. Namun
begitu, amatlah malang sekiranya ilmu yang dipelajari itu tidak dimanfaatkan untuk
kemenjadian murid di sekolah.

Analisis Masalah
Punca Permasalahan
Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada punca atau penyebab ia berlaku.
Masalah ketidak hadiran guru semasa kegiatan kokurikulum disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah :
a) bebanan tugas
Faktor ketidak hadiran guru bagi mengendalikan aktiviti kokurikulum adalah
disebabkan beban tugas guru yang semakin bertambah. Selain daripada mengajar, guru
juga dibebani dengan tugas-tugas pengkeranian, fasilitator, perancang, penasihat aktiviti
kokurikulum, jurulatih sukan, guru pengisi data dan banyak lagi. Donald Meichenbaum
dan Matt E. Jeremho (1983) menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama
ialah beban tugas. Kajian oleh Randolfi (1996) pula, salah satu daripada kesan stress
yang terlalu tinggi di kalangan pekerja mengakibatkan ketidakhadiran , moral kerja yang
rendah dan produktiviti yang semakin berkurang. Daripada kajian tersebut beban tugas
yang banyak menyebabkan guru mengalami stres. Guru yang mengalami stres tidak
mampu melaksanakan tugas. Ini menyumbang kepada ketidak hadiran guru semasa
aktiviti kokurikulum.
b) Tanggapan Kokurikulum Tidak Penting Berbanding Akademik
Terdapat guru yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik hingga
sanggup hadir ke sekolah selama berjam-jam mengajar kelas tambahan tetapi tidak
mampu hadir ketika aktiviti kokurikulum berlangsung. Menurut Mohd Sofian Omar

Fauzee (2003), sistem pendidikan terlalu berorientasikan kejayaan dalam peperiksaan


sehingga kokurikulum dipandang remeh walaupun kedua-dua komponen saling
berkaitan. Di dalam Buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 turut dinyatakan bahawa
semua peringkat pendidikan masih memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik
berbanding aktiviti kokurikulum. Hakikatnya, peranan dan tanggungjawab sekolah bukan
semata-mata menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran
tertentu kepada murid, bahkan juga melahirkan murid-murid yang dapat memberi
sumbangan ke arah hidup yang harmoni, bersatu-padu, bertoleransi, berdisiplin dan
mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai
hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985).
c)

Mendahulukan Kepentingan Peribadi dan Membelakangkan Tugas Awamnya

Terdapat segelintir guru yang tidak hadir aktiviti kokurikulum kerana


mengutamakan kepentingan peribadi misalnya terlibat dengan kerja luar seperti mengajar
di pusat tuisyen, terlibat dengan perniagaan samada jualan langsung (direct selling) atau
berniaga di pasar malam dan membuat kerja sambilan yang lain. Berdasarkan kepada
Perintah-Perintah Am Kerajaan, Bab D : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib), di bawah Peraturan 4, seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan
tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya. Tidak salah guru melakukan kerja
sampingan bagi menampung kenaikan kos sara hidup seperti dengan mengajar tuesyen
dan sebagainya, tetapi yang menjadi kesalahan ialah pekerjaan itu dilakukan sewaktu
aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah.
Implikasi Perlakuan Guru

Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpandukan kepada Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Pengeloloaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik oleh guru-guru
akan memberi keberkesanan dalam mencapai hasrat FPK. Namun begitu, sekiranya guru
tidak dapat memberi komitmen dalam menjayakan aktiviti kokurikulum, matlamat
pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK ini sukar untuk direalisasikan. Ianya
umpama menggagalkan sistem pendidikan negara.
Kegagalan guru menghadirkan diri semasa aktiviti kokurikulum tanpa alasan yang
munasabah telah menjejaskan akauntabiliti guru. Isu yang membabitkan etika keguruan
ini melunturkan akauntabiliti guru serta mengundang persepsi negatif dari murid, rakan
sejawat, pentadbir sekolah, ibubapa serta msayarakat. Dalam situasi ini, murid menjadi
mangsa kepada guru yang tidak mematuhi kod etika keguruan apabila mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai pembimbing murid bagi aktiviti kokurikulum.

Kajian mengenai penglibatan kokurikulum yang telah dijalankan oleh


Ramli (1999) mendapati penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum didorong oleh
guru, rakan sebaya serta kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Dibimbangi
ketidak hadiran guru akan memberi kesan kepada kehadiran murid di dalam aktiviti
kokurikulum. Murid akan memberi alasan tiada guru pembimbing untuk tidak hadir
menjalani kegiatan kokurikulum di sekolah kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu
mudah menjadi ikut muridnya disebabkan gurulah orang yang paling dekat dengan murid
selain ibubapanya di rumah.

Cadangan Penyelesaian Masalah

A) Peranan Pentadbir Sekolah


Pentadbir adalah pemimpin yang mencorakkan hala tuju sesebuah organisasi.
Dalam menangani isu guru tidak hadir aktiviti kokurikulum ini, pentadbir sekolah
terutamanya guru besar haruslah sentiasa memberi perhatian dan memastikan guru-guru
sentiasa sedar akan peranan serta tanggungjawab mereka sebagai pendidik atau
pembimbing murid. Etika Profesion Perguruan (EPP) haruslah disebarkan kepada guru
samada melalui ceramah khusus mengenai EPP, mewujudkan ruangan seperti sudut EPP
di bilik guru atau melalui penggunaan teknologi maklumat seperti WhatApps, Facebook
dan e-mail.
Selain itu, pentadbir juga perlu mengingatkan guru mengenai Akta Pendidikan
1996 yang menyatakan guru wajib melaksanakan kegiatan kokurikulum serta tindakan
yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru itu gagal atau enggan melaksanakannya.
Ianya boleh diperjelaskan semasa mesyuarat kali pertama kokurikulum setiap tahun agar
guru mengetahui adalah menjadi kesalahan jika tidak melaksanakan kegiatan
kokurikulum.
Bagi menangani beban tugas guru, pentadbir terutamanya Guru Penolong Kanan
Kokurikulum perlu mengagihkan tugas mengikut kebolehan guru dan seadilnya agar
tiada guru yang merasa terbeban hingga tertekan untuk hadir bertugas. Menurut DeFrank
dan Ivancevich (1998) serta Murphy (1998), program pengurusan stress dapat
membantu pembangunan pekerja pada masa akan datang. Dengan pengagihan tugas
mengikut kebolehan dan secara adil, guru tidak akan merasakan aktiviti kokurikulum

serta sukan ini sebagai bebanan bagi mereka dan mengurangkan stres guru dalam
melaksanakan tugas.

B) Penerapan Sistem Akauntabiliti di Sekolah

Akauntabiliti adalah tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugas-tugas yang


telah diamanahkan oleh majikan di dalam sesebuah organisasi. Rasa tanggungjawab
terhadap kerja yang diberikan adalah amat penting kerana melalui rasa tanggungjawab,
seseorang pekerja akan membuat keputusan dengan lebih berhati-hati bagi mengelak dari
melakukan sebarang kesilapan. Keadaan ini dapat membantu meningkatkan tahap
produktiviti kerja dan mencapai objektif utama di dalam sesebuah organisasi.
Menurut kepada (INTAN,1994) di dalam Citra Karya Falsasah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam, bagi meningkatkan akauntabiliti penjawat awam, tindakan
yang perlu dijalankan ialah dengan mewujudkan satu Sistem Akauntabiliti yang
menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan
satu-satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap
pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ini boleh dilaksanakan
melalui pewujudan jawatankuasa berkaitan bidang kokurikulum di sekolah. Di dalam
jawatankuasa kokurikulum ini, setiap guru akan dilantik sebagai guru penasihat bagi
sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform di samping menjadi
jurulatih bagi sukan untuk kejohanan di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan.
Melalui jawatankuasa kokurikulum ini, secara tidak langsung dapat menyedarkan guru

akan akauntabilitinya terhadap murid dimana guru bertanggungjawab sebagai


pembimbing murid ketika menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan.
Komitmen guru diperlukan jika Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
mahukan individu dikembangkan secara bersepadu dalam melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis supaya mereka berilmu, berpengetahuan, berketerampilan,
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyrakat dan
negara dapat direalisasikan. Bagi akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara,
seseorang guru itu harus menyedari kepentingan kokurikulum di dalam membina negara
bangsa menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan murid.

Kesimpulan

Profesion keguruan yang semakin mencabar hari ini menuntut seseorang guru itu
untuk peka terhadap akauntabilitinya di dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pendidik yang berkesan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seseorang guru
merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid, profesion
keguruan. Guru juga harus menyedari bahawa kegiatan kokurikulum itu sebenarnya
merupakan sebahagian daripada kurikulum samada di peringkat pendidikan rendah atau
menengah.
Ketidak hadiran guru dalam menjalankan tugas sebagai guru penasihat aktiviti
kokurikulum tanpa bersebab adalah bertentangan dengan etika keguruan yang
menekankan tanggungjawab utama seseorang guru adalah terhadap muridnya dan
kepentingan murid mendahului kepentingan lain. Pentadbir sekolah haruslah memastikan
guru-guru memahami etika profesion perguruan dan menyedarkan mereka terhadap
akauntabiliti serta tanggungjawabnya di sekolah. Guru hendaklah memberikan komitmen
terhadap aktiviti kokurikulum bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).

Bibliograf

1. Ab. Alim Abdul Rahim, Pengurusan Kokurikulum,

Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Sdn.Bhd., 1999.
2. Ab. Alim Abdul Rahim (2001), Hubungan Antara Tahap Penyertaan Kokurikulum

Pelajar, Pencapaian Akademik dan Penghargaan Kendiri, Tesis Sarjana, Universiti


Sains Malaysia : Pulau Pinang, 2001.
3. Cascio, Managing Human Recources : Productivity, Quality of Worklife, Profits, New

York : Mc Graw-Hill, 2005.


4. DeFrank, R.S & Ivancevich, J.M , Stress On The Job : An Executive Update ,

Academy of Management Executive.12 , p.55-66 , 1998.


5. Institut Tadbiran Awam Negara, Citra Karya : Falsafah, Nilai dan Etika Dalam

Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur : INTAN, 1994.


6. Nevins, M., and Stumpf, S. 21st Century Leadership: Redefining Management

Education. Strategy, Management, Competition, 3rd quarter. 1999, p.41-51.


7. Mhd

Radzi

Hussain,

Akauntabiliti

Pengurusan

Sukan

dan

Kokurikulum,

http://www.ptss.edu.my/v6/index.php%3Foption%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_dow
8. Mohd Sofian Omar Fauzee , Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof , Kokurikulum :

Peranan dan Implikasi , Kuala Lumpur : Sanon Printing , 2002.


9. Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia : Mengikut Sukatan Pelajaran Baru, Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman, 1988.

10. Ramli Ishak, Persepsi dan Sikap Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah

Menengah Batu Lima, Gurun, Kedah Terhadap Kegiatan Kokurikulum : Satu


Tinjauan, Tesis : Universiti Teknologi Malaysia, 1999.