Anda di halaman 1dari 22

1

1.

ABSTRAKS

Ikhlas adalah suatu sifat mahmudah yang patut disemai dalam setiap
sanubari insan yang mengaku beriman. Sememangnya bukan mudah
untuk menjadi seorang yang benar-benar ikhlas dalam kehidupannya
kerana ia berkait rapat dengan persoalan hati manusia yang sentiasa
berbolak-balik dan tidak nampak tandanya dengan jelas. Apa yang
boleh

dilakukan,

berusahalah

dengan

sebaik

mungkin

dalam

melaksanakan amalan di dunia ini dan niatkan segala-galanya kerana


Allah SWT. Hanya Dia yang selayaknya memberikan ganjaran yang
benar-benar setimpal atas apa yang diusahakan. Bagi sesiapa yang
telah beramal dengan penuh keikhlasan, tiba-tiba dipuja dan dipuji oleh
manusia atas sumbangan dan kebaikannya, sedangkan itu semua tidak
memberikan kesan kepada kecintaan dan keikhlasan kepada Allah
SWT, mereka itulah yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud, Rasulullah SAW telah ditanya

berkenaan seseorang

yang telah berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?


Jawab Baginda, "Itulah khabar gembira yang didahulukan buat para
Mukmin" (Riwayat Muslim).
Akan tetapi sejauh manakah umat Islam mengamalkan sifat
ikhlas dalam kehidupannya?

2.

PENDAHULUAN
Insan merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah

SWT dan yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk Allah


yang lain ialah akal. Akal yang dipandu oleh wahyu akan mendorong
manusia tersebut melakukan perkara-perkara yang baik dan diredhai
Allah.
Melalui akal , seseorang itu akan dapat membezakan yang mana
perkara baik , dan yang mana perkara yang buruk. Dalam erti kata
lain , membezakan perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan
perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Dalam kertas kerja ini

telah

membincangkan mengenai sifat Ikhlas di mana ia telah membicarakan


mengenai pelbagai aspek perlu diketahui melalui sifat ikhlas ini.
Antara perbicangannya adalah mengenai maksud ikhlas itu
sendiri dari sudut pandangan pelbagai Ulama. Selain itu , kertas kerja
ini juga menyebut cara-cara atau perkara yang perlu dilakukan untuk
memililki sifat ikhlas. Pelajar juga membawa perbincangan ikhlas dari
sudut kepentingan penghayatan sifat itu dalam kehidupan Muslim.
Akhir sekali , setelah membaca kertas kerja ini , pembaca
kemungkinan dapat mengenal dan mengetahui apa itu sifat ikhlas ,
bagaimana untuk memilikinya dan juga pembaca mampu mengetahui
sejauh mana penghayatannya dalam kehidupan Muslim.

3.

DEFINISI IKHLAS

3.1

Pergertian Secara Umum

Ikhlas bermaksud memurnikan tujuan bertaqarrub (mendekatkan diri)


kepada Allah SWT dari hal-hal yang dapat mengotorinya. Dalam erti
kata lain , Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya
tujuan dalam segala bentuk ketaatan contohnya solat , puasa , zakat
dan sebagainya. Semua itu dilakukan kerana Allah semata-mata.
3.2

Pengertian Ikhlas menurut Bahasa

Ikhlas dari segi bahasa bermaksud bersih dari kotoran dan menjadikan
sesuatu itu tidak kotor. Maka bagi orang yang Ikhlas adalah orang yang
menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah SWT sahaja dengan
menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang
lain serta tidak riak dalam beramal.
Menurut kamus pula, ikhlas diterjemahkan dalam satu perkataan
sahaja iaitu bebas. Ikhlas dikatakan bebas kerana apabila kita
melakukan sesuatu itu amalan dengan ikhlas maka kita akan bebas
dari godaan syaitan khususnya(Abdul Halim Salleh,2005).
3.3

Pengertian Ikhlas Menurut Istilah

Ikhlas dari sudut istilah ialah Ikhlas dalam berniat untuk mendapatkan
keredhaan Allah SWT sahaja dalam beramal tanpa menyekutukanNya
dengan yang lain serta memurnikan niat daripada kotoran yang
merosak.

Dalam

konteks

yang

lain

pula

istilah

Ikhlas

ialah

menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan


semata-mata

kerana

Allah

SWT

dan

diqasadkan

(niat)

untuk

menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari riak ,


ujub atau inginkan pujian manusia.

Dalam konteks lain juga , ikhlas bermaksud melakukan amal


ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu
keredaan Allah SWT. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa
keikhlasan,

orang

tersebut

akan

melakukan

sesuatu

tanpa

mengharapkan balasan. Terdapat pepatah , ada ubi ada batas ,


aku beri jangan lupa

balas. Seseorang yang ikhlas tidak akan mengharapkan pujian dan


sanjungan daripada manusia jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.
3.4

Pengertian Ikhlas Menurut Ulama

Menurut Profesor Dr. Muhammad Abdul Latif , beliau mengatakan ikhlas


ialah menyengajakan perbuatan semata-mata mencari keredhaan Allah
dan memurnikan perbuatan dari segala bentuk kesenangan duniawi. Ia
mesti membebaskan hati dari dikuasai oleh keinginan-keinginan yang
bersifat sementara , seperti kemewahan , kedudukan , populariti ,
mengharapkan simpati dari orang lain , pemuasan hawa nafsu dan
penyakit hati yang lain(Muhammad Abdul Latif,2012).
Ulama lain ada mengatakan ikhlas adalah setiap kata-kata ,
amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT , untuk
mencari keredhaan dan gajaran baik dariNya tanpa memandang
kepada imbuhan duniawi , kemewahan , kemegahan atau gelaran.
Jester itu insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan
kerana

kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.

Melalui

pengertian ini dapat kita faham bahawa ikhlas ialah melakukan sesuatu
amalan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT dengan
tidak mencampurkan keinginan dunia , keuntungan untuk diri sendiri ,
mencari

pangkat

dan

darjat

dan

pujian

mengenalinya(Asy-Syahid Hasan al-Banna,1928).

agar

seluruh

dunia

Selain itu , Imam Ibn Qayyim menjelaskan erti ikhlas iaitu


mengEsakan Allah SWT di dalam tujuan atau keinginan ketika
melakukan ketaatan. Beliau juga menjelakan bahawa makna ikhlas
adalah dari segala yang mengotorkan(ibn Qayyim,1301)
Kesimpulannya , ikhlas adalah perkara yang lahir dari hati yang
luhur dan hanya mengharapkan redha Allah SWT semata-mata. Inilah
akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amalan. Allah
SWT akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan
ikhlas.

4.

PERINGKAT-PERINGKAT IKHLAS

4.1

Ikhlas Mubtadi

Orang yang beramal kerana Allah , tetapi di dalam hatinya terbisik


keinginan pada dunia. Ibadahnya dilakukan hanya sekadar untuk
menghilangkan kesulitan sahaja. Ia melaksanakan solat tahajud dan
bersedekah kerana ingin usahanya berhasil. Ciri orang yang mubtadi
ini biasanya dilihat dari cara dia beribadah. Orang yang hanya
beribadah ketika sedang berada di dalam kesulitan biasanya ia tidak
akan istiqamah. Jika kesulitan dapat di atasi , ibadahnya pun akan
berhenti(Imran Effendy Hasibuan, 2003).
4.2

Ikhlas Abid

Orang yang beramal kerana Allah SWT dan hatinya bersih dari riak
serta keinginan dunia. Ibadahnya dilakukan hanya kerana Alah dan
demi mendapat kebahagiaan akhirat. Ikhlas Abid juga ialah orang yang
yakin bahawa amal ini dapat menyelamatkan dirinya dari seksaan api
neraka. Ibadah seorang Abid ini sentiasa berterusan , tetapi ia tidak
mengetahui yang mana penting dan lebih penting. Ia menganggap
semua ibadah adalah sama(Ibid).
4.3

Ikhlas Muhibb

Orang yang beribadah hanya kerana Allah , bukan mengiginkan syurga


atau

takut

kepada

azab

neraka.

Semuanya

dilakukan

kerana

tanggungjawab atau bakti seorang hamba kepada penciptaNya(Ibid).


4.4

Ikhlas Arif

Orang yang dalam ibadahnya memiliki perasaan bahawa ai digerakkan


oleh Allah SWT. Ia berasa yang ibadah itu bukannya dirinya. Ia hanya

menyaksikan ia sedang digerakkan Allah kerana memilki keyakinan


bahawa beliau tidak mempuyai daya upaya melaksanakan ketaatan
dan meninggalkan kemaksiatan. Semuanya berjalan atas kehendak
Allah SWT(Ibid).

5.

KEDUDUKAN IKHLAS

Rasulullah SAW pernah bersabda , ikhlaslah dalam beragama , cukup


bagimu

amal

yang

sedikit.

Sabda

Rasulullah

SAW

lagi

sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima amal kecuali amal yang
dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan kerana mengharapkan redha
Allah semata-mata(hadis riwayat an-Nasai dan Abu Daud).
Imam Syafie pernah memberi nasihat kepada seorang temannya
. Wahai Abu Musa , jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar
kesungguhan untuk membuat seluruh manusia redha(suka) , maka itu
tidak akan terjadi. Jika demikian , maka ikhlaskan amalanmu dan
niatmu kerana Allah Azza Wa Jalla .
Disebabkan

itu

tidak

hairanlah

jika

Ibn

Qayyim

memberi

perumpamaan seperti ini mengenai ikhlas , Amal tanpa keikhlasan


seperti

musafir

yang

mengisi

guni

dengan

kerikil

pasir.

Memberatkannya tapi tidak memberi manfaat. Selain itu , beliau juga


berkata , Jika ilmu bermanfaat tanpa amal , maka tidak mungkin Allah
SWT mencela para pendeta Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa
keikhlasan

maka

tidak

mungkin

Allah

mencela

orang-orang

munafik(Ibn Qayyim,1301).
Kesimpulannya , dari beberapa contoh hadis dan kata-kata
hikmah di atas , jelaslah menunjukkan bahawa ikhlas itu memang
sangat penting bagi setiap umat Islam dalam melaksanakan ibadah ,

kerana tanpa rasa ikhlas dan hanya mengharapkan redha dari Allah
SWT ibadah kita tidak akan diterima oleh Allah dan akan ibadah yang
dilakukan akan sia-sia sahaja.

6.

CONTOH IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

6.1

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar

Menuntut ilmu adalah perkara yang dituntut di dalam Islam dan


menjadi satu kewajipan terhadap seluruh umat manusia. Ayat al-Quran
yang pertama juga menyeru umat manusia membaca. Islam
meningkatkan marabat orang yang menuntut ilmu. Sabda Baginda
SAW yang bermaksud , Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang
islam dan orang yang meletakkan ilmu itu di sisi orang yang tidak
ahlinya seperti memberikan rantai permata , mutiara dan emas ke
leher babi(hadis riwayat Ibn Majah).
Seorang

murid

yang

sedang

menuntut

ilmu

haruslah

menanamkan sifat keikhlasan di dalam hati iaitu apa yang sedang


mereka pelajari adalah semata-mata kerana Allah SWT. Matlamat
terhadap

Allah

bertanggungjawab

dapat

menunjukkan

belajar

berbanding

satu

sikap

matlamat

yang
yang

lebih
hanya

menumpukan peperiksaan atau dipaksa. Ketika belajar seoarang


pelajar yang ikhlas akan menumpukan sepenuh perhatian , mereka
tidak akan meniru atau menipu untuk menjawab kertas soalan atau
kerja kursus bagi mencapai hasrat mereka sendiri.

6.2

Kehidupan Sebagai Seorang Pekerja

Keikhasan dalam bekerja amat penting kerana ia dapat mempengaruhi


budaya kerja seseorang individu. Ini kerana orang yang ikhlas akan
mempunyai sifat membantu rakan dalam memudahkan segala urusan

10

serta akan sentiasa berusaha untuk memanfaatkan waktu bekerja


dengan sebaik mungkin dan akan memastikan segala perkara-perkara
yang asasi dan utama tidak diabaikan seperti kedatangan , komitmen ,
dedikasi , disiplin dan intergriti. Selain itu , orang yang ikhlas akan
sedaya upaya mengelakkan diri dari sikap berlengah-lengah atau
sambil lewa dalam melakukan pekerjaan.

Sesungguhnya orang yang ikhlas bekerja kerana Allah SWT


mereka akan menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan
dan akan sentiasa bersungguh-sungguh bagi menghasilkan prestasi
kerja yang terbaik. Dengan melakukan kerja dengan keikhlasan akan
membuahkan keberkatan dalam kehidupan. Ini berdasarkan hadis
Baginda SAW ya g diriwayatkan oleh Umar al-Khattab RA :


()
Maksudnya : sesungguhnya pekerjaan itu bergantung kepada niat dan
sesungguhnya setiap orang akan memperolehi hasil sesuai dengan
niatnya itu(hadis riwayat Bukhari).

6.3

Kehidupan Dalam Sebuah Keluarga

Manusia hanya merancang dan Allah yang akan menentukannya.


Suami isteri perlu ikhlas menerima takdir pasangan masing-masing
kerana takdir jodoh adalah ketentuan dari Allah SWT sejak azali lagi.
Cahaya mata yang dikurniakan Allah adalah harta dan anugerah
yang paling istimewa bagi pasangan suami isteri. Jadi , pasangan

11

perlulah redha dan ikhlas dalam menerima cahaya mata akan akan
mereka lahirkan. Setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya , jika Allah
mengurniakan cahaya mata yang kurang sempurna atau istimewa ,
perlulah kita tabah dan ikhlas dalam menghadapinya. Mungkin
ketentuanNya itu bertujuan untuk menguji hamba-hambaNya supaya
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Sebagai seorang
ahli keluarga di dalam kehidupan muslim , perkara yang perlu
diingatkan adalah dengan menanamkan sifat ikhlas di dalam diri
masing-masing.

6.4

Kehidupan Sebagai Seorang Pemimpin Masyarakat

Islam menitikberatkan sifat ikhlas dalam kalangan individu yang


memimpin

masyarakat.

Hal

ini

adalah

kerana

mereka

diberi

bertanggungjawab dan amanah yang sangat tinggi sebagai mewakili


suara masyarakat untuk diberi pembelaan. Sebagai contohnya ,
seseorang yang digelar wakil rakyat. Mereka seharusnya

terus

berkhidmat

dapat

memastikan

segala

permasalahan

rakyat

diselesaikan. Mereka perlu memastikan keperluan rakyat dapat diisi


dan keselamatan rakyat harus dijaga. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud , Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan
dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin , lalu ia tidak
mempedulikan tentang mereka , kesusahan dan penderitaan mereka
nescaya Allah SWT tidak akan mempedulikan tentang keperluan ,
kesusahan dan penderitaannya di hari khiamat kelak(hadis riwayat
Bukhari).

12

13

7.

CARA-CARA UNTUK MEMILIKI SIFAT IKHLAS

Sifat ikhlas adalah merupakan sesuatu yang sukar dicapai sekiranya


sesorang itu mempunyai hati yang kotor. Walaubagaimanapun , ikhlas
ini mampu dicapai oleh setiap manusia dengan melakukan cara-cara
tertentu dan melakukannya dengan teratur.
Memilki Ilmu
Seseorang yang mempunyai ilmu akan dapay membezakan perkaraperkara yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT. Dengan mempunyai
ilmu , secara tidak langsung sesorang itu akan mengetahui apa itu
ikhlas , contoh-contoh ikhlas , cara untuk memilki sifat ikhlas dan
kepentingan ikhlas tersebut. Hal ini kerana ikhlas merupakan perkara
yang disuruh oleh Allah SWT.
Membaca dan Mengambil Iktibar
Selain itu , untuk memiliki sifat ikhlas seseorang itu perlu membaca
dan mengambil iktibar dari sirah Nabi , sahabat-sahabat Baginda ,
Tabien ,Tabi-tabien , wali-wali Allah , Ahli Sufi , Alim Ulama dan Para
Syuhada mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas. Sebagai
contohnya , sifat Rasulullah yang ikhlas membantu manusia tidak kira
agama. Baginda SAW pernah menolong seorang nenek tua yahudi
yang buta dengan memberi makan kepadanya. Baginda menguyah
makanan tersebut terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada nenek
tersebut. Disebabkan sifat ikhlas Baginda membantu nenek tersebut ,
nenek tersebut telah memeluk Islam.
Memahami Cara Iblis Mengoda Manusia

14

Untuk memiliki sifat ikhlas , kita mestilah memahami cara-cara iblis


menggoda dan menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar
daripada perasaan ujub , riak dan takabbur. Sifat-sifat ini akan
menghapuskan amalan kita kepada Allah SWT dan sifat ini akan
membuatkan kita syirik kepadaNya.

Mengosongkan Fikiran
Antara cara-cara yang lain untuk memilki sifat ikhlas adalah dengan
mengosongkan fikiran di saat kita beribadah kepada Allah. Semasa
ibadah itu , hati kita hanya memikirkan Allah sahaja contohnya
mendirikan solat untuk Allah semata-mata , zikir untuk Allah dan
semua ibadah dan pekerjaan yang kita lakukan hanya pada Allah SWT.
Mengulangi Ibadah(Istiqamah)
Apabila seseorang yang melakukan ibadah yang pada mulanya tanpa
ada keikhlasan dalam dirinya , akan tetapi apabila menjadi kebiasaan
pada dirinya melakukan ibadah secara berulang-ulang , secara
automatiknya sifat ikhlas itu mampu timbul dan wujud dalam dirinya
apabila beliau ingin melakukan ibadah dan seseorang itu akan
melakukan ibadah tanpa disuruh atau dipimpin oleh orang lain.
Mulakan Dengan Amalan Yang Mudah
Kenyataan ini lebih merujuk kepada pekerjaan , bukannya ibadah.
Seseorang yang ingin mencapai keikhlasan dalam dirinya , orang
tersebut mestilah melakukan pekerjaan yang lebih mudah untuk
dilakukannya. Dengan mengulangi pekerjaan tersebut , sifat ikhlas
dapat dilatih. Sebagai contohnya , seseorang yang mampu melakukan

15

sesuatu pekerjaan yang dianggap mudah baginya , beliau akan


mempunyai kesanggupan dalam dirinya untuk melakukan perkara
tersebut

kerana

beliau

merasakan

perkara

tersebut

tidak

membebankannya sekaligus membuatkannya berasa senang hati


melakukan pekerjaan tersebut.

16

8.

KEPENTINGAN IKHLAS DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu muslim dalam menjalani

kehidupan memberikan pengaruh yang sungguh besar terutamanya ke


arah pembentukan peribadi yang syumul dan berkualiti sejajar dengan
syariat. Antara kepentingan penghayatannya :
Membunuh Sifat Riak Dalam Diri
Sifat riya boleh memusnahkan pahala amalan yang dilakukan. Sifat
riya ini timbul di dalam diri muslim disebabkan kurangnya keimanan
dan ketaqwaan. Sekiranya melaksanakan sesuatu perkara di hadapan
orang lain, perkara tersebut dilakukan dengan sebaik mungkin supaya
nampak cantik pada pandangan manusia. Namun, bila bersendirian
dan tidak diketahui oleh orang lain, perbuatannya hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga, tidak bersungguh-sungguh dan tidak
sempurna. Sifat suka menunjuk-nunjuk ini dapat dihapuskan sekiranya
disertai dengan keihklasan niat kerana Allah SWT. Oleh itu, setiap
amalan atau perbuatan muslim mestilah disertakan keikhlasan supaya
diterima dan diredhai Allah(Md. Dzul Fahmi, 1995).
Membentuk Jiwa yang Kental
Seorang yang ikhlas, terselit dalam setiap amalannya niat melakukan
kerja kerana Allah SWT. Dalam setiap detik kehidupan pula tidak semua
perkara yang dilaksanakan meraih kesempurnaan. Ada cacat cela dan
kekurangan yang boleh menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati
di kalangan pelakunya. Justeru, dengan keikhlasan akan terbentuk jiwa
yang kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dan kepayahan.
Sekiranya kecewa pada sesuatu masa, jiwa yang ikhlas akan segera
terubat kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

17

Secara tidak langsung, individu yang ikhlas akan kembali bangkit untuk
melaksanakan yang terbaik kerana Allah SWT tanpa terus menerus
terkurung dengan kekecewaan yang telah berlaku(Ibid).

Memupuk Sifat Tenang dan Redha Dalam Kehidupan


Dunia adalah pentas ujian. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut
ayat 2 yang bermaksud : Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata Kami beriman sedang
mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?. Bagi insan yang ikhlas
menjalani kehidupannya, sudah pasti mereka akan sentiasa tenang
walaupun terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang hebat. Mereka
akan tetap meneruskan kehidupan dengan hati yang lapang dan redha
dengan ketentuan-Nya di samping sentiasa berusaha melakukan yang
lebih baik dari semasa ke semasa(Ibid).
Mendapat Darjat yang Tinggi di sisi Allah SWT
Seseorang yang mempunyai sifat ikhlas akan diangkat darjatnya oleh
Allah kerana beliau melakukan setiap amalan hanya kerana Allah SWT.
Bukan mudah untuk seseorang memilki sifat ikhlas , disebabkan itulah
Allah mengangkat individu yang mempunyai sifat yang sedemikian.
Ikhlas juga merangkumi aspek menuntut ilmu. Apabila seseorang itu
ikhlas dalam menuntut ilmu , maka darjatnya akan ditinggikan oleh
Allah SWT. Firman Allah :

18

)
(11 : 58
Membuahkan Kejayaan
Sifat ikhlas sangat unik dan istimewa. Hal ini demikian kerana , ikhlas
memberikan pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam
amalan dan perbuatan setiap yang digelar mukmin. Jika keikhlasan
mendahului setiap gerak-geri insan , pasti akan lahir keluhuran dan
membuahkan hasil keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT dalam
setiap amalannya. Allah berfirman dalam surah al-Mukminun :

: 23 (
(2-1
Melalui ayat ini dapat kita faham bahawa mukmin yang berjaya
adalah mukmin yang khusyuk solatnya. Dalam erti kata lain , mukmin
tersebut mendirikan solat dalam keadaan ikhlas.
Amalan Menjadi Nikmat
Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras
dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka beras yang
dimasak menjadi nikmat apabila dimakan. Tetapi jika beras itu masih
kotor , maka akan tergigit kerikil dan batu kecil itu apabila dimakan.
Demikianlah keikhlasan , menyebabkan amalan menjadi nikmat dan
segala pengorbanan tidak akan terasa berat. Sebaliknya pula dengan
amalan riak akan menyebabkan amalan tiada nikmat. Pelakunya akan
mudah menyerah dan selalu kecewa. Seperti kata-kata hikmah
masyarakat arab :

19


Menghasilkan Prestasi Kerja yang Lebih Baik
Seseorang

pekerja

yang

mempunyai

sifat

ikhlas

berupaya

menghasilkan mutu kerja yang lebih cemerlang dan dapat menjadi


pekerja yang lebih produktif. Sebagai contohnya , apabila seseorang itu
melakukan kerja dengan ikhlas , hatinya tidak akan merasa untuk
berputus asa atau melakukan kerja separuh jalan. Beliau akan
melakukannya dengan senyuman dan penuh ketelitian. Maka hasil
kerjanya

akan

lebih

bermutu

berbanding

pekerja

yang

tidak

mempunyai sifat ikhlas.

Terhindar dari Godaan Iblis dan Syaitan


Iblis dan syaitan merupakan makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT.
Mereka telah diusir dari syurga kerana telah mengingkari perintah Allah
untuk tunduk pada Nabi Adam AS. Mereka telah dijanjikan neraka atas
kesalahan mereka itu. Sebelum Iblis dan syaitan meninggalkan syurga ,
mereka telah memohon kebenaran dari Allah SWT untuk menyesatkan
anak cucu Adam. Allah telah memakbulkan permintaan mereka , akan
tetapi iblis dan syaitan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan
menggoda hamba yang ikhlas. Firman Allah SWT :


(40-39 15 (

20

Maksudnya : iblis berkata , Ya tuhanku , oleh sebab Engkau tekah


memustuskan bahawa aku sesat , pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi , dan pasti aku
akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba yang
ikhlas di antara mereka .
Kesimpulannya , ikhlas adalah sifat yang perlu dimiliki oleh
seorang mukmin kerana banyak kepentingannya dalam kehidupan
untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya dunia dan akhirat.

21

9.

KESIMPULAN

Setelah membaca dan meneliti kertas kerja ini , kita dapat mengenal
pasti pengertian sifat ikhlas dari sudut bahasa dan istilah. Ikhlas yang
dapat kita rumuskan adalah melakukan sesuatu perbuatan sama ada
ibadah ataupun perbuatan seharian semata-mata kerana Allah SWT.
Walaupun terdapat pelbagai pendapat , akan tetapi pendapat yang
diberikan mereka tidak lari dari maksud dalamannya iaitu melakukan
sesuatu kerana Allah.
Selain itu , kita telah mengetahui bahawa ikhlas itu mempunyai
pelbagai peringkat. Setelah mengetahuinya , kita mampu menilai diri
kita sama ada kita berada di peringkat yang dimahukan ataupun tidak.
Sama ada kita berada di peringkat mubtadi , peringkat abid , peringkat
muhibb atau berada di peringkat yang paling tinggi iaitu peringkat arif.
Melalui kertas kerja ini lagi , kita dapat lihat dan ketahui
bagaimana caranya untuk kita memiliki sifat ikhlas ini. Pelbagai cara
telah dikemukakan di dalam kertas kerja ini , dengan cara ini bolehlah
dicuba dan dipraktikkan agar kita berjaya memperolehi sifat ikhlas.
Setelah helaian demi helaian disemak , akhir sekali kita dapat
lihat

kepentingan

sifat

ikhlas

dalam

kehidupan

jika

kita

mengamalkannya. Betapa pentingnya jika semua orang mengetahui


mengenai sifat ikhlas jika diamalkan dalam kehidupan seharian sama
ada kita pergi menghadap Allah atau kita pergi melakukan pekerjaan
atau kebajikan. Negara akan maju jika setiap rakyatnya ikhlas ketika
melakukan kerja dan membuatkan negara lain gerun akan negara yang
mempunyai kualiti rakyat yang sedemikian.

22

10.

RUJUKAN

Al-Quran dan Terjemahan


Muhammad al-Ghazali, 1991. Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur.
Victory Agencie.
Dr. Hasan Hj. Mohd Ali,1996. Siri Keluarga Mithali Utusan-Akrab : 100
Akhlak Mulia. Kuala lumpur. Tinggi Press Sdn Bhd.
Qadir Bin Abdul Mutalib al-Indonesia al-Mandili, 1959. Siri Ilmu Tasawuf
Penawar Bagi Hati : Akhlak Yang Murni. Johor Darul Takzim. Perniagaan
Jahabesa.
Mohd Baqir Mohd Ali, 1996. Intisari : Kebahagiaan Insan Mukmin. Kuala
Lumpur. Pencetakan IWC Sdn Bhd.
Md. Dzul Fahmi, 1995. Bimbingan Kecantikan Akhlak & Keluhuran Budi.
Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers.
Mohd. Isa Selamat, 1994. Penawar Jiwa : Motivasi Ketenangan Dan
Kebahagiaan Hidup. Kuala Lumpur. Darul Numan.
Imran Effendy Hasibuan, 2003. Pemikiran Akhlak Syekh Abdurrahman
Shiddiq Al-Banjari. LPNU Press.
Dr. Sidi Gazalba, 1975. Asas Agama Islam. Kuala Lumpur. Bulan Bintang
Asy Syibli Sulaiman, 2000. Akhlak Orang Mukmin Yang Ditakuti Syaitan.
Selangor Darul Ehsan. Pencetakan Putrajaya Sdn Bhd.
Musthafa Muhammad Tahhan, 1996. Muslim Ideal Masa Kini. Jakarta.
CV. Cendikia Sentra Muslim.
Hasan Mohd Hj Al-Khair, 2005. Orang Bahagia Dan Berjaya : Petua Dan
Amalannya. Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Perniagaan Jahabersa