Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A: Laporan Temubual

Temu bual yang dijalankan telah dilakukan di sekolah kami berpraktikum iaitu SK
Desa Pinggiran Putra. Kami telah menemubual Ustazah Syajaratuddur binti
Mahamod iaitu guru pembimbing kami. Berumur 33 tahun dan telah berkhidmat
di sekolah SK Desa Pinggiran Putra yang beralamat di Persiaran desa Pinggiran
4A,

Desa

Pinggiran

Putra,

Kajang,

Selangor

selama

tahun

semenjak

pembukaan sekolah pada tahun 2013.


Hasil temubual yang telah dilakukan oleh kami, antara langkah-langkah yang
diambil oleh beliau untuk tidak membezakan bangsa, jantina dan murid adalah:
1. Bangsa

Beliau cuba mengelompokkan murid dari kaum dan jantina berlainan


dengan menempatkan mereka dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluang untuk mereka berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain

akan lebih terbuka luas.


Sikap saling hormat menghoramati antara dua pihak sangat diperlukan
agar wujud suana yang tenteram dan mudah untuk memberi dan

menerima arahan.
Isu agama dan juga kepercayaan yang dianuti tidak disentuh bagi
menjaga hak sosial masing-masing selagi masih tidak wujud perkara yang

sensitif dan negatif.


Perancangan aktiviti

pembelajaran

yang

sesuai

dengan

semua

kepercayaan , nilai dan agama murid.


2. Jantina

Galakkan untuk sentiasa berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan

yang berlainan jantina amat disarankan oleh beliau.


Guru perlu sentiasa memberi kesedaran tentang

perhubungan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.


Menerapkan pengetahuan agama dalam perhubungan agar murid lebih

terbuka untuk menjaga batas setiap perhubungan mereka.


Tanggapan atau persepsi buruk terhadap sekelompok

batasan

murid

dalam

yang

berlainan jantina contohnya seperti murid yang malas dan nakal perlu
dielakan oleh seseorang guru.
3. Bahasa

EDU 3063

Penggunaan

bahasa

yang

sama

(Bahsa

Melyu)

digunakan

bagi

memudahkan komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan

murid.
Penggunaan Bahasa Malaysia akan memastikan proses pembelajaran
berjalan dengan lancar kerana semua murid memahami bahasa yang

digunakan.
Beliau juga menggunakan gaya bahasa yang pelbagai agar setiap
komunikasi antara guru dan murid dapat menarik perhatian murid dan
mampu memberansangkan minat belajar murid.

Selain itu juga, kami megajukan soalan mengenai perlukah anda memberi
perhatian terhadap perbezaan kelas sosial murid dan ini yang dinyatakan oleh
beliau.

Ya, kerana kepelbagaian sosio budaya ini turut merangsang kewujudan


masalah

displin

murid

.Ini

kerana,

rakan

sebaya

amat

mudah

mempengaruhi tingkah laku rakan ataupun seseorang murid. Jadi sebagai


guru perlu sentiasa peka dengan perubahan murid supaya tingkahlaku
yang tidak diingini dapat dibendung seterusnya mengawal dan cuba
mengubah sikap murid yang bermasalah.
Selain itu, kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan
Allah yang penuh dengan hikmah. Justeru, hal ini juga mempunyai
persamaan dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia khususnya
yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah
alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak lain, tetapi
seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu kenalmengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar
kepelbagaian ini seperti yang disebut di dalam al-Quran.
Selain itu kami juga mengajukan tentang bagaimanakah anda membantu
membentuk nilai, sikap dan tingkah laku mereka.
1. Nilai

Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni disepanjang proses pengajaran

kepada murid tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.


Disetiap masa akhir pembelajaran, guru sentiasa memberi nasihat dan
peringatan untuk sentiasa menjaga akhlak kepada murid supaya boleh
dijadikan amalan seharian mereka.

EDU 3063

2. Sikap

Beliau sentiasa menggalakkan mereka tanpa mengira latar belakang sosial


budaya supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Dengan penglibatan yang aktif, asas sosialisasi yang
positif dapat diterapan dalam diri murid-murid seperti wujudnya semangat
setia kawan, menghormati hak-hak orang lain, mematuhi arahan dan
penggunaan bahasa yang baik dalam pertuturan dalam interaksi mereka

seharian.
Melabelkan diri seseorang guru sebagai ibubapa kepada murid-murid
supaya wujud perasaan sangat menghormati guru dalam diri murid-murid.

3. Tingkah Laku

Galakkan penglibatkan diri murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah


kerana beliau menyatakan bahawa dalam aktiviti kokurikulum, murid
secara tidak langsung dapat mempelajari tingkah laku yang baik terutama
dari guru yang mempamerkan akhlak, budi pekerti dan hubungan yang
baik dengan warga sekolah. Segala norma , nilai dan peraturan yang
dibawa dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan yang amat
bermakna dalam amalan hidup murid. Selain daripada meningkatkan
pengetahuan murid, aktiviti kokurikulum ini juga boleh menjalinkan
hubungan persahabatan di antara murid melalui aktiviti yang telah

dirancang.
Penetapan peraturan dalam kelas dan juga ganjaran kepada yang
melakukan kebaikan dan yang menjaga tingkah laku.

Soalan terakhir yang kami ajukan kepada beliau ialah, pernahkah beliau
menghadapi

masalah

yang

melibatkan

bangsa

selama

tempoh

beliau

berkhidmat. Beliau mengatakan alhamdulillah di sekolah ini tidak berlaku


masalah seperti ini kerana sekolah ini mempunyai murid yang berbangsa melayu
dan hanya sedikit sahaja daripada bangsa lain. Masalah utama yang pernah
beliau hadapi sepanjang mengajar adalah sesetengah pelajar amat sukar untuk
dikawal pergerakannya. Hal ini kerana murid yang aktif selalu mengganggu
rakan-rakan yang lain dan ini akan mempengaruhi suasana pembelajaran. Beliau
menangani permasalahan tersebut dengan menetapkan peraturan semasa
didalam kelas dan juga menawarkan ganjaran kepada tindak balas yang baik.

EDU 3063

BAHAGIAN B: ANALISIS VIDEO GADOH


Berdasarkan filem Gadoh arahan Brenda Banker dan Namron, lakonan
Namron, Zahiril Adzim Nicholas Liew Davis , Amerul Affendi dan banyak lagi artis
lain. Sebuah filem melayu yang mengisahkan tentang konflik di antara pelajar
sekolah samseng yang berbangsa Melayu dan Cina yang amat teruk sehingga
melibatkan pergaduhan di antara mereka.
Ideologi 1 Malaysia yang diura-urakan oleh Dato Seri Najib Tun Razak ,
sejak beliau mengambil tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang ke-5 sangat releven dan diterima positif oleh segenap lapisan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini menunjukan keunggulan kita sebagai negara
bangsa yang harus disegani dan digeruni pada zaman ini kerana kita boleh
bersatu. Pepatah Melayu mengatakan bersatu kita teguh bercerai kita roboh,
peribahasa ini yang kita pegang dajn menyebabkan kita kuat, namun seandainya
kita berpecah belah dan bergaduh dalam satu bumnbung rumah yang sama
maka bercerai-berailah anak-anak serta masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Begitulah senario yang terjadi di Malaysia sebenarnya, sememangnya
manis di muka tetapi di dalam hati sebenarnya semua orang seharunya tahu
pahitnya hempedu itu. Segala persoalan ini sebenarnya sedikit sebanyak
didedahkan di dalam filem Gadoh arahan Brenda Danker dan Namron. Kedua-dua
orang pengiat seni nyang amat peka akan perlunya kesdaran antara dua kaum di
Malaysia yang bagaikan anjing dengan kucing dari dahulu hingga sekarang iaitu
bangsa Melayu dan bangsa Cina. Mengapa hal ini boleh berlaku, jawapnya
adalah sikap kedua-dua bangsa yang sangat sombong dan dengki antara satu
sama lain.
Dalam filem tersebut bangsa Melayu memburuk-buruk dan menghina
orang Cina. Contohnya orang Melayu membenci orang Cina kerana orang Cina

EDU 3063

makan babi iaitu daging yang haram bagi orang Muslim. Malahan juga kerana
kemewahan hidup orang cina. Apa yang orang Cina dapat sebenarnya kerana
usaha dan titik darah dan kerja keras tulang 4 kerat mereka. Orang Cina pula
hanya untuk mempertahan diri kerane mereka memang ditindas kerana benar
mereka bukan masyarakat asal di tanah Melayu. Mereka sebenarnya tinggal di
negara ini kerana sudah diberi status warga negara. Kedua-dua bangsa ini
sebenarnya harus sedar akan hakikatnya sudah hidup sebumbung mengapa
tidak mereka bersatu. Itulah yang teka-teka yang Encik Azman katakan tentang
istilah tempat tinggal yang sering disalah tafsirkan dan mempunyai pelbagai
makna oleh pelbagai pihak.

Sentiviti

kaum

yang

masih

menebal

dalam

minda

masyarakat

dirungkaikan dalam filem ini, malahan juga orang Melayu sendiri sebenarnya
tidak mahu menolong bangsa sendiri. Contohnya generasi muda Melayu yang
hilang akhlak semasa melihat bangsa sendiri yang buta mahu melintas jalan pun
tidak mahu membantu. Tetapi orang yang membantu ialah orang Cina iaitu
perempuan Cina yang mempunyai nilai kasihan terhadeap orang yang susah.
Filem ini sebenarnya telah berjaya mencari sesuatu kelaian dari filem yang
biasa kita lihat. Apa yang terpendam di dalam jiwa orang Melayu dan orang Cina
sedikit sebanyak dimuntahkan dalam filem Gadoh ini. Watak Heng menunjukan
sikap anak-anak Cina yang sebenarnya baik, dia rajin membantu ibu bapanya
berniaga lepas habis waktu persekolahan. Hal ini yang tidak ada pada anak-anak
Melayu.

Sebaliknya

anak-anak

Melayu

balik

ke

rumah

selepas

sekolah

mendengar ibu bapa bergaduh dan mengumpat bangsa bangsa Cina dan berfikir
untuk mengekalkan kekuasaan mereka daripada dirampas orang Cina. Anakanak Melayu juga diajar supaya membenci orang Cina.
Dalam filem ini juga kita dapat ,melihat bahawa dari warga pendidik
sendiri kurangnya kesedaran, merendah-rendah dan tidak pernah menghargai
bidang seni khususnya teater. Contohnya semasa cikgu Ann mencadangkan
supaya mewujudkan kelab teater di sekolah supaya dapat mengubah pemikiran
dan membentuk kerjasama para pelajar yang bermasalah di sekolah. Cadangan
cikgu Ann tersebut telah dibantah oleh guru-guru lain. Malahan juga semasa
Encik Azman datang ke sekolah dengan pakaian yang tidak formal, guru-guru
memandang rendah akan kebolehnya dalam mengendalikan pelajar yang
bermasalah. Cikgu di sekolah tersebut menganggap kewujudan kelab teater
5

EDU 3063

bukannya membentuk akhlak tetapi mengalakkan maksiat disekolah tersebut.


Persolanannya, pengarah filem ini mengetengahkan bagaimana orang yang
berpelajaran sebenarnya sangat sombong bila mengeluarkan kata-kata dan
sering menganggap seni persembahan tiada nilai yang baik.
Ketamakan orang Cina juga diketengahkan oleh pengarah filem Gadoh.
Misalnya watak kumpulan Cina yang sanggup meragut demi mendapatkan wang.
Mulut orang Melayu juga sebenaranya sangat kotor , bercakap sesuatu yang
orang Cina tidak suka. Usaha orang Melayu tidak pernah melebihi orang Cina
dan mereka asyik mengharap kesenangan datang dengan cara yang mudah.
Sikap kedua-dua bangsa ini menyebakan bangsa lain menjadi mangsa.
Contohnya watak Raj Kumar yang mewakili orang India yang sering menjadi
mangsa permusuhan orang Cina dan orang Melayu.

Kesimpulannya melalui filem tersebut, kita sedar dendam lama akibat


peristiwa 13 Mei 1969 tidak pernah hancur dalam minda orang Cina dan orang
Melayu. Walaupun sudah mempunyai agama tetapi masih saling membenci dan
mengapi-apikan bangsa lain supaya membenci sesutau kaum yang dianggap
bersalah. Sikap yang tidak betul dan kurangnya keikhlasan begini harus hilang
dan dikikis di negara yang berdaulat seperti Malaysia. Filem yang bersifat
realistik begini juga harus dipertontonkan kepada masyarakat khususnya meraka
yang mengaku diri sebagai orang Malaysia.

EDU 3063

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU-ISU KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI


SEKOLAH
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan
siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru
juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap
pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya
guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek
budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit
sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah
guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,
impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka
di sekolah

Mengenali latar belakang pelajar.

Taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan


dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil
kepada individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu
kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik
tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberi
layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar.

EDU 3063

Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang
murid dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid
yang tercicir tidak merasa tersisih.Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat berkomunikasi
dengan

baik

antara

satu

sama

lain

tanpa

ada

perasaan

rendah

diri. Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosialmengambarkan perbezaan


cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Strategi pembelajaran yang sesuai.

Setiap seorang pelajar itu adalah unik. Keunikan mereka tidak sama antara
satu sama lain. Seorang guru tidak boleh menganggap semua murid boleh
belajar dengan cara yang sama. Biasanya penyampai seseorang guru itu
bergantung pada persekitaran tempat tinggal pelajar, status sosioekonomi
keluarga dan gaya pembelajaran. Guru harus berusaha untuk menolong murid
memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Dengan
mengambil

kira

menyediakan
individu

faktor-faktor

pembelajaran

mempunyai

gaya

yang
yang

membantu
berkesan

pembelajaran

pembelajaran

mengikut

tertentu.

guru

dapat

kemampuan. Setiap

Oleh

itu,

guru

perlu

didedahkan kepada pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan bagaimana


menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar dengan pengajaran guru agar dapat
mencapai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan
dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah

Pengurusan

hal-ehwal

murid

dalam

bilik

darjah

melalui

pendekatan

penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa


lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di samping
menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan
murid terhadap gurunya. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah
memperkembang potensi mereka secara optimum. Faktor ini mendesak guru
menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan
adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid
8

EDU 3063

supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.
Mengurus pelajar yang ramai berlainan latar belakang bukanlah sesuatu yang
mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku
dianjurkan melalui peraturan dan rutin harian bilik darjah. Pematuhan peraturan
menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal.

Penglibatan aktif murid

Seseorang individu akan menjadi seseorang yang berpengetahuan dan


berkemahiran dalam penglibatannya. Beliau boleh mengembangkan identitinya
serta perasaan kepunyaannya terutama sebagai ahli kepada sesuatu kumpulan.

Aspirasi /Jangkaan guru

Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang dalam sesuatu aspek


kehidupan. Pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak
dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimana pencapaian akademik
pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar
belakang pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama
kepada perbezaan dalam pencapaian akademik yang pelbagai.
Ini kerana tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan
menyampaikan ilmu pengetahuan. Kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu
tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama
pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini
pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar
belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, etnik, personaliti,
bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, fizikal,
tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta
minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasi dalam kehidupan sebenar.
Seseorang guru perlu bijak menangani kepelbagaian tahap pencapaian
murid. Ini kesan daripada kepelbagaian tahap sosioekonomi mereka. Setiap
murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Seseorang guru perlu bijak
dalam memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat
9

EDU 3063

tugsan yang diberikan. Guru perlu menggunakan pelbagai strategi dan teknik
yang berbeza untuk mengajar dan memberi kefahaman kepada pelajar.

Bahasa

Dalam bidang pendidikan, Akta pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan


Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menekankan penggunaan
bahasa

kebangsaan

sebagai

bahasa

perpaduan.

Penyata

Razak

1956

menyatakan:
Tujuan dasar pelajar di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walau pun perkara ini tiada
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di
dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya
hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas
tersebut supaya satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

Pelbagai kaedah pembelajaran

Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran


mengikut tahap pencapaian murid. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk
mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui pelbagai kaedah yang
sesuai seperti penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Masa pengajaran
dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang
merangsangkan minda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata
bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour).

10

EDU 3063

Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk


deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan
murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk
nasihat

tetapi

bukan

membentuk komuniti

leteran.

Guru

pembelajaran

yang

perlu

bertanggungjawab

mesra murid

berasaskan

untuk
latar

belakang dari pelbagai Sosio-Budaya.

KESIMPULAN
Negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan sosiobudaya yang
berbeza antara satu sama lain. Kepelbagaian masyarat ini memerlukan usaha
berterusan untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu
sama lain. Khususnya apabila berlaku pertembungan budaya antara setiap
kumpulan. Dalam proses tersebut melibatkan peringkat integrasi antara kaum.
Proses ini adalah bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat
dengan menghilangkan perbezaan identiti. Proses ini juga merujuk kepada
penyatuan kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti yang
terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.
Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk
membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan
sosial. Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang
merasa tersisih. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah
memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap
pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.

RUJUKAN
Keow, C. L. (2012). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, B. P. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

11

EDU 3063

Seman, A. A. (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind


Horizons. Sdn. Bhd.
Ahmad Ali Seman & Warti Binti Kimi. (2014). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Rosnani Rifin. (2013). Asal usul Masyarakat Majmuk. Pulau Pinang: Golden Book
Distributors.
Wahyudin, Dinn. 2002. Pengantar Pendidikan. Jakarta: Universitas Terbuka.
Pendidikan, K. (2012, September). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Dipetik pada Februari 28, 2016, daripada Moe Goverment:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-BlueprintExecSummary-BM.pdf
Fitri Ibrahim (Jun 19, 2014). Budaya dan Pembelajaran. Dipetik pada Februari 28,
2016, daripada http://www.slideshare.net/fitri91/edu-individu

12

EDU 3063