Anda di halaman 1dari 4

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka

terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat.
Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi
nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, Apabila kamu hendak
mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada
wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali
pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi,
amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan
remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada
akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan
nilai murni dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini
perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan
boleh diperoleh.
(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang
pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari remaja kita.
Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah
bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan
sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak
pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui
pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada
dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan
yang berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.(B) Hal ini juga turut disedari oleh
Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata
pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai
murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui
cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu
mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju namun, masyarakatnya
masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa
mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan
budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.
Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban
jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan
nilai murni, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.
(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum
dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah
yang paling berkesan dalam membentuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan
hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan
manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan nilai murni ini kerana
pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya
matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badanbadan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat
berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah,
mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti
bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di
kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam
sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. (K) Melalui programprogram yang dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri
mereka. Mereka akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu.
Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk
kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita
berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan
kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki
bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang

tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum
yang dijalankan oleh pihak sekolah.
(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang
mengamalkan nilai-nilai murnil. (M) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, begitulah peribahasa
yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anakanak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan
anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya nilai
murni. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang
positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri
anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang
mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik
mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka
juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini,
hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati.
Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan
maruah keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang
mampumenconteng arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang
mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan nilai dalam diri anak-anak.
(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni adalah melalui
kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan
mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan
seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempenkempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita mengamalkan nilai
murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan
kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai
murni kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di
36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian
ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan
secara berterusan serta giat dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini,
diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilainilai murni ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas dan tunjang dalam
kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan
yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi
kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting
untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.
Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dipupuk melalui
aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Masyarakat sekeliling mampu
mempengaruhi tingkah laku para remaja yang dianggap separa matang dan belum keras ubunubunnya. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan rukun tetangga dapat
dijayakan dengan penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Biar kita ambil contoh
aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk membersihkan kawasan kediaman
bersama-sama tanpa mengira status, agama dan bangsa. Sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing tidak wujud ketika menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama bagai aur dengan
tebing terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya, pelbagai nilai murni dapat diterapkan seperti
nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan sebagainya.Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri
ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita
berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan
kediaman juga akan terjamin dan sekali gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam
denggi. Izharlah bahawa aktiviti kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilai-nilai murni
dalam diri remaja kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah yang
dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan nilai murni dalam sanubari remaja kita. Amalan
nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negaranegara gergasi yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa,
yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan
amalan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan
berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah
dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan
tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam
amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak
sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah
berkata, Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak
bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka. Jadi, kita mengharapkan agar
menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani
kerana ketinggian nilai murni rakyatnya.

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi demikian
kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri anak-anak
mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan masyarakat yang
saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk nilai-nilai
murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?
Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan pihak
kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di
desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat
tahi ayamkerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka
masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan
haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan
nilai-nilai murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.
Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam
kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai
moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa
boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat
kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk
mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk
nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara
kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara
pada masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik dipadam.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam
menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu
bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana belakang parang jika diasah tajam juga.
Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini amat dituntut
kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.Dalam mengatasi
masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di
luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan
sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya
semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran

boleh mewujudkan mata pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak
sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin
kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak negara pada masa akan
datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilainilai moral dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media
massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini
mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang
untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha
untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian
ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang
untuk kadaulatan negara.Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang
popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah
sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di
televisyen.JIka pihak media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar
untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat di luar sana.Oleh itu,
pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini
bak kata pepatahyang berpayung yang ditembak
Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan program
kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong membersihkan
kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar penduduk
kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan
sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program seperti ini juga memberi peluang kepada
penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar
kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti katak dibawah tempurung yang tidak bergaul dengan
orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan
seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini.
Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan moral dalam
kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan peranan yang penting
dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatahBersatu kita
teguh,bercerai kita roboh.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di dalam diri kita kerana
tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana hancur badan dikandung
tanah,budi baik dikenang juga.