Anda di halaman 1dari 5

CERPEN: HIPERTENSI

A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang
aeroangkasa. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman Aqil
berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat
penerokaan hutan.
- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia berdebat dengan
cikgu Faridah tentang teori Graviti. Kelas menjadi kecoh.
Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor kerana dia
mempunyai daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada
rakannya yang lain.
- Aiman ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik
perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah. Di rumah,
Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak
matematik. Aiman juga teringat bahawa semasa di sekolah
rendah, dia selalu ponteng kerana berasa bosan apabila
berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang
dimilikinya.
- Disebabkan kepintarannya, di sekolah Aiman selalu
menyakat rakan-rakannya yang lambat menyelesaikan
masalah dan latihan terutamanya dalam subjek matematik.
Dia juga suka merayau di dalam kelas serta ditegur oleh
gurunya. Guru kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu
bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di
bahagian pinggul hingga lebam.
- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia
mengambil kesempatan untuk berhalusinasi (beranganangan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam
imaginasinya usianya bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi
pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas kapal
Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman
dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya memprotes tindakan
bapanya di dalam hati sahaja.
- Aiman semakin galak/ kerap membayangkan dirinya sebagai
seorang angkasawan dan berpeluang berlatih dengan pihak
Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan
dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa
Antarabangsa. Aiman juga membayangkan dirinya berada di

bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang


tiada udara. Dia membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di
bulan.
- Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat.
Bapanya terpaksa bersikap kasar kepadanya dan selalu
menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap
pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat
rawatan intensif dan latihan terapi.
- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang
mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia nyata. Suara
ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti
dirinya serta meminta Aiman supaya mendekatkan diri
kepada Tuhan.
- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya
bahawa dia tidak perlu lagi rawatan intensif dan terapi. Aiman
juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi.
Dia berdoa kepada Tuhan dan berharap hidupnya akan
berubah.
B. TEMA:
- bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang
diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".
- Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa
sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki
kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa
Antarabangsa.
C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu
bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan
intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.
ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu
perkara. Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah
matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di
sekolah rendah.
iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru
Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka

merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan


Aiman kepada ibu bapanya.
iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth cikgu faridah mengajar matematik kepada Aiman dan muridmuridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.
v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak
kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah
imaginasinya sahaja.
vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah
menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka
mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Aiman Aqil:
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga
lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah
matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada
di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka
menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah
matematik.
- bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi
angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.
- suka memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah
apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang
suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya
yang sering merotan dan menamparnya.
- insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan
kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya
berserah kepada Tuhan.
2. Bapa Aiman:
- seorang jurutera makenikal.

- seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman


yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar
Aiman kerana kedegilan anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan
pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar untuk
mendapat rawatan intensif dan terapi.
3. Ibu Aiman:
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah
apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di
dalam hati sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman
dengan garang.
E. GAYA BAHASA:
i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit,
aeroangkasa, planet.
ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada
air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun
lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"
F. NILAI:
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anakanaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah
matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan
setiap kali melihat Aiman dirotan oleh bapanya.

iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti


dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya di
dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab
mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada
Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap
suaminya yang terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang
terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta
kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan
makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan
menasihati Aiman yang suka merayau supaya kembali ke
tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.
G. PENGAJARAN:
i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman
menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman
dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah
matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah
rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah
mengajar Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan
keluarga kita. Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan
intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth
- Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh
bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth Guru aiman menasihati Aiman supaya duduk di kerusinya dan
tidak merayau serta mengganggu rakan lain.