Anda di halaman 1dari 36

Perusahaan Kecil dan Sederhana

P I N JA M A N A N DA

Perusahaan Kecil
dan Sederhana –
Permohonan Pinjaman dan
Keperluan Pembiayaan

Program pendidikan pengguna oleh:


kandungan 1 Pengenalan

2 Proses permohonan pinjaman


Peringkat pertama:
Penyediaan pelan perniagaan

3 Peringkat kedua: Proses permohonan

7 Peringkat ketiga:
Penilaian permohonan pinjaman

9 Kelulusan permohonan pinjaman


Gambarajah:
Proses permohonan pinjaman

10 Tanggungjawab anda sebagai peminjam

11 Hak anda sebagai peminjam

12 Pengurusan aliran tunai

13 Dana khas bagi perusahaan kecil


dan sederhana

14 Soalan yang sering ditanya

23 Glosari

24 Lampiran

Penafian
Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda
sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau
maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan
tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada
nasihat guaman.
Tarikh: 1 Disember 2003
Pengenalan
Institusi kewangan adalah penyumbang utama dana kepada perusahaan
kecil dan sederhana di Malaysia.
Institusi kewangan adalah
Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam
penyumbang permohonan pinjaman mereka dengan memaparkan maklumat-
maklumat tentang keperluan-keperluan lazim institusi kewangan dalam
utama dana memberikan pinjaman.

kepada perusahaan kecil


dan sederhana di Malaysia
PROSES PERMOHONAN PINJAMAN Pelan perniagaan yang diolah dengan baik
dan berstruktur seharusnya merangkumi
Umumnya, proses permohonan pinjaman
dan memaparkan informasi perniagaan
terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi
yang memang ingin diketahui oleh institusi
Pelan penyediaan pelan perniagaan, penyerahan
permohonan pinjaman dan penilaian
kewangan. Pelan perniagaan hendaklah

perniagaan permohonan pinjaman.


bersifat jelas, mudah dan ringkas.

yang baik Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?


PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN
seharusnya PELAN PERNIAGAAN
Aspek penting pelan perniagaan adalah:

mengandungi... Maklumat mengenai syarikat anda


• Model perniagaan, produk/perkhidmatan,
wawasan dan matlamat
adalah diperlukan sebelum institusi
kewangan boleh membuat keputusan sama • Kedudukan syarikat masa kini, dalam
ada untuk meluluskan pinjaman anda. konteks kewangan, pasaran dan pesaing
Ini adalah untuk memastikan pemprosesan (jika ada)
permohonan pinjaman anda berjalan
• Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan
dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan
perniagaan
kecil dan sederhana, ini akan melibatkan
penyediaan pelan perniagaan. • Keperluan pembiayaan
• Tujuan-tujuan spesifik pinjaman dan
Apakah Pelan Perniagaan?
bagaimana pinjaman boleh membantu
Ia adalah rencana bertulis yang perniagaan
memaparkan wawasan anda
dan bagaimana perniagaan anda
akan diuruskan untuk menepati
objektifnya.

2
Pelan perniagaan yang baik seharusnya PERINGKAT KEDUA: PROSES
mengandungi maklumat asas seperti PERMOHONAN
berikut:
Untuk mempercepatkan proses permohonan,
• Pengenalan mengenai perniagaan anda anda seharusnya mengemukakan borang
permohonan pinjaman yang lengkap dengan
• Carta organisasi dan struktur organisasi
melampirkan pelan perniagaan dan semua
• Tujuan dan wawasan perniagaan dokumen yang berkaitan yang dikehendaki
oleh institusi kewangan anda. Setiap institusi
• Perihal produk dan perkhidmatan
kewangan mungkin mempunyai borang
• Analisis industri dan pesaing permohonan pinjaman dan senarai semak
permohonan pinjaman mereka sendiri.
• Strategi perniagaan
Walau bagaimanapun, senarai dokumen
• Keperluan operasi yang diperlukan oleh kebanyakan institusi
kewangan adalah lebih kurang sama untuk
• Strategi jualan dan pemasaran
ditentusahkan dan dinilai. Jadual berikut
• Unjuran kewangan menyenaraikan dokumen-dokumen asas
yang dikehendaki (mengikut jenis syarikat)
Contoh pelan perniagaan adalah seperti
untuk permohonan pinjaman.
yang terdapat di Lampiran.

3
Dokumen Berkanun

Dokumen untuk Syarikat Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal

• Memorandum & artikel persatuan • Pendaftaran perniagaan

• Sijil penubuhan (Borang 9) • Lesen perniagaan

• Penyata peruntukan saham (Borang 24) • Penyata cukai pendapatan perniagaan

• Penyata yang memberikan butiran daftar • Borang J pekongsi/empunya tunggal


pengarah dll. (Borang 49)
• Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal
• Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin

• Borang J pengarah/penjamin

Dokumen Kewangan dan Pengurusan

• Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun

• Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi kewangan untuk tempoh 6 bulan

• Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi kewangan bersama-sama surat-surat tawaran

• Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi kewangan

• Unjuran perniagaan dan aliran tunai

• Senarai pembekal dan pembeli utama

4
Dokumen Kewangan dan Pengurusan

• Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan

• Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat

• Akaun pengurusan terkini

• Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)

Lain-lain Dokumen Berkaitan

Dokumen Cagaran Lain-lain Dokumen

• Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan • Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak
dan geran tanah yang dicadangkan sebagai
• Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca
cagaran
pendapatan
• Dokumen yang membuktikan pemilikan ke
• Maklumat mengenai entiti perniagaan yang
atas lain-lain cagaran yang dicadangkan
berkaitan
• Laporan penilaian yang berkaitan
• Invois dan dokumen komersial

• Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak


berpotensi

• Pinjaman kumpulan

5
Anda harus Institusi kewangan memerlukan • Strategi/pelan kontingensi peminjam untuk
dokumen-dokumen ini untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan
mengisytiharkan menentusahkan/memahami/menilai keuntungan
maklumat yang yang berikut:
• Cadangan kemudahan adalah selari dengan

lengkap • Kewujudan syarikat/perniagaan,


pengarah/pemilik perniagaan dan kuasa
keperluan pinjaman

• Amaun yang dipohon mencerminkan


dan tepat
untuk meminjam dan kesahan pinjaman
keperluan perniagaan berdasarkan
• Risiko operasi perniagaan dan kecekapan kepada jualan sekarang atau ramalan
mengenai hal-hal pengurusan, pengalaman dan kepakaran
• Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan
kewangan anda pemilik dan kumpulan pengurusan utama
pinjaman yang dicadangkan
• Kekuatan kewangan dan keupayaan
Anda harus mengisytiharkan maklumat
membayar balik (termasuk aliran tunai)
yang lengkap mengenai hal-hal kewangan
peminjam
anda dan memastikan bahawa maklumat
• Nilai bersih perniagaan dan penggearan tersebut adalah tepat pada masa permohonan
(gearing) peminjam pinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumat
yang betul juga akan memastikan
• Kedudukan kewangan pengarah/pemilik
permohonan pinjaman anda cepat diproses.
perniagaan

• Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikat Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh
dalam keadaan ekonomi semasa Institusi Kewangan
• Industri dan risiko pasaran perniagaan Untuk memahami perniagaan dan untuk
mendapatkan penjelasan, institusi kewangan
• Risiko operasi perniagaan
mungkin mengadakan sesi temu duga dan
lawatan ke premis perniagaan anda.

6
Ini adalah untuk membolehkan institusi • Daya maju perniagaan
kewangan menilai kedudukan kewangan
• Sama ada risiko adalah pada tahap yang
dengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yang
boleh diterima menurut garis panduan
diajukan ketika sesi temu duga dan lawatan
pinjaman institusi kewangan
adalah berkaitan dengan perniagaan, struktur
pengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasaran • Keupayaan anda membayar balik pinjaman
dikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan
• Sama ada pinjaman anda adalah untuk
masa hadapan dan putaran hayat produk.
membangunkan perniagaan

• Sejarah kredit anda dengan institusi


PERINGKAT KETIGA: PENILAIAN
kewangan tersebut
PERMOHONAN PINJAMAN
Prinsip umum yang digunakan oleh institusi
Selepas anda mengemukakan semua dokumen
kewangan untuk menilai risiko kredit
yang diperlukan, institusi kewangan akan
perniagaan boleh dibahagikan kepada 5
menilai permohonan pinjaman anda. Anda
aspek yang merangkumi kedua-dua
boleh merujuk kepada piagam pelanggan
penilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif.
yang dipamerkan di ruang legar bank untuk
Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-ciri
mengetahui tempoh yang diperlukan oleh
masing-masing adalah diringkaskan seperti
institusi kewangan untuk memproses
di bawah:
permohonan anda.
• Karektor
Dalam menilai permohonan pinjaman
anda, institusi kewangan akan menjurus – Pengetahuan anda tentang perniagaan,
kepada keperluan asas tertentu seperti yang pengalaman dan projek yang lampau
diringkaskan di bawah:
– Kedudukan kewangan, rekod pembayaran
balik yang lampau, reputasi dan
komitmen kepada perniagaan

7
– Stail pengurusan perniagaan anda iaitu i. Penjanaan aliran wang tunai yang
konservatif, aggresif, berhemat dan mencukupi iaitu, tunai masuk ditolak
sebagainya tunai keluar akibat perbelanjaan
adalah mencukupi untuk membayar
– Pelan penggantian pengurusan, umur dan
balik pinjaman. (Keuntungan tidak
tahap kesihatan
boleh dimanfaatkan untuk membayar
• Modal balik pinjaman memandangkan ia
adalah keputusan pengiraan yang
– Sumber modal, misalnya sama ada daripada
diperolehi pada akhir sesuatu tempoh)
pemegang saham syarikat
ii. Lain-lain punca pembayaran balik
– Kecukupan komitmen kewangan anda
dalam perniagaan (dalam bentuk [Program pembayaran balik akan
dana pemegang saham, pendahuluan distrukturkan mengikut kaedah yang tidak
daripada pengarah dan cagaran akan terlalu membebankan perniagaan]
pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik)
• Keadaan
[Anda harus memastikan bahawa anda
– Pengaruh luar yang akan memberikan
menyediakan modal yang mencukupi
kesan secara langsung dan tidak langsung
untuk menyokong perniagaan anda dan
terhadap prestasi perniagaan seperti
tidak hanya bergantung kepada
persekitaran teknologi/pembangunan,
pinjaman bank. Ini memastikan perniagaan
globalisasi, pasaran mata wang asing,
anda berkeupayaan menghadapi sebarang
ekonomi negara rakan dagangan utama,
kejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]
sistem perundangan, rangka kerja
• Kapasiti pengawalseliaan dan trend sosial

– Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk


membayar pinjaman melalui:

8
• Cagaran GAMBARAJAH: PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

– Cagaran yang ditawarkan oleh anda Penghantaran borang


untuk mengimbangi kelemahan bagi permohonan dan
dokumen yang
aspek-aspek di muka surat 7 dan 8 diperlukan
Institusi kewangan menjalankan
pemeriksaan kredit dan meneliti
Penilaian dan
pengendalian akaun semasa perniagaan, kelulusan kemudahan
rekod pembayaran balik pinjaman dan yang dipohon
kemudahan perdagangan. Sesetengah
institusi kewangan sudahpun
memperkenalkan matriks penilaian Pengeluaran surat
tawaran/penolakan
pinjaman dalam bentuk pemarkahan pinjaman
sebagai sebahagian daripada proses
penilaian kredit mereka.
Penerimaan tawaran Penolakan tawaran
oleh pemohon atau rayuan terhadap
KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN penolakan
permohonan
Setelah institusi kewangan meluluskan
pinjaman anda, ia akan mengeluarkan Pemohon perlu
mematuhi keperluan
satu surat tawaran yang menyatakan perundangan dan
syarat-syarat kemudahan pinjaman syarat-syarat
tersebut. Di antara syarat-syarat yang pra-pengeluaran
lazim dikenakan ialah:

PENGELUARAN
KEMUDAHAN KREDIT

9
• Syarat-syarat pembayaran balik dan Tanggungjawab anda sebagai peminjam
penjelasan tunggakan seharusnya merangkumi:

• Pinjaman tertakluk kepada semakan • Mengekalkan pengurusan akaun yang baik:


berkala dan akan berubah mengikut budi
– Jika anda mempunyai kemudahan
bicara institusi kewangan
overdraf, pastikan anda tidak melampaui
• Penyerahan buku-buku akaun had kemudahan tersebut

• Keperluan yang dikenakan ke atas – Pastikan tiada cek yang dipulangkan


peminjam jika berlaku perubahan akibat dana yang tidak mencukupi
dalam jenis perniagaan yang diceburi
– Pastikan semua kutipan perniagaan
dikreditkan ke akaun bank anda (untuk
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI menanam sikap bertanggungjawab
PEMINJAM atau akauntabiliti yang lebih baik/urus
tadbir korporat serta kawalan dan
Sebagai seorang peminjam, institusi
pengurusan aliran tunai)
kewangan mengharapkan anda mengambil
langkah-langkah yang perlu untuk • Memastikan ansuran bulanan dibayar
menguruskan perniagaan anda supaya dalam masa yang ditetapkan:
pinjaman anda dapat dibayar balik
– Ketepikan dana yang mencukupi untuk
tepat pada masanya. Pinjaman ini akan
membayar ansuran dan komitmen
tertakluk kepada semakan berkala
bulanan dalam masa yang ditetapkan
(contohnya, setahun ataupun setiap
pertengahan tahun). Institusi kewangan – Elakkan sebarang kelewatan dalam
juga boleh meminta anda mengemukakan membuat pembayaran dengan memberi
kedudukan kewangan atau prestasi masa yang mencukupi untuk menjelaskan
perniagaan yang terkini dan lain-lain pembayaran, iaitu mengeluarkan cek
butiran berkaitan dengan perniagaan anda. tepat pada masanya

10
• Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap: – Haluan perniagaan

– Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempoh – Rancangan masa depan
pembayaran balik penghutang dan pemiutang
– Pengemukaan dokumen-dokumen
perdagangan, dan lain-lain
yang dikehendaki oleh pihak
• Pastikan penggunaan dana ke arah yang betul: institusi kewangan, seperti laporan
kemajuan dan lain-lain
– Gunakan dana semata-mata untuk tujuan
perniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi
HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM
– Gunakan dana seperti yang tertera di dalam surat
tawaran. Contohnya: Sebagai peminjam, anda mempunyai
hak seperti berikut: Institusi kewangan
i. Pinjaman bertempoh untuk pembelian harta
benda atau aset tetap • Hak untuk mendapat akses mengharapkan anda
ii. Overdraf untuk keperluan modal kerja dan
kepada segala maklumat yang mengambil langkah-
boleh mempengaruhi keputusan
bukan untuk pembelian aset tetap
pinjaman anda langkah yang perlu
– Dana digunakan hanya untuk perniagaan yang
• Hak untuk mendapat layanan untuk menguruskan
dimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaan
syarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya
yang profesional, bersopan, dan perniagaan anda
tanpa prasangka
• Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telah supaya pinjaman anda
• Hak untuk mendapat maklumat yang
dapat dibayar
diaudit
tepat mengenai akaun pinjaman anda
• Maklumkan kepada institusi kewangan jika berlaku secara tetap
sebarang perubahan pada perniagaan, seperti:
• Hak untuk mengambil tindakan balik tepat pada
– Struktur pengurusan yang terbaru undang-undang jika berlaku masanya
perlanggaran kontrak

11
PENGURUSAN ALIRAN TUNAI Peranan 2: Perancang Tunai
Cara terbaik untuk
Bajet Tunai • Memastikan tunai kepunyaan syarikat
menentukan banyak digunakan dengan cara yang betul
Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan
mana tunai yang oleh usahawan-usahawan perusahaan kecil
dan efisien

ada... ialah dengan dan sederhana ialah membuat andaian • Menjejaki pergerakan tunai
bahawa untung bersih adalah sama dengan
melihat bajet tunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untuk
• Meramalkan aliran masuk dan keluar
menentukan banyak mana tunai yang ada Peranan 3: Pengedar Tunai
tunai syarikat pada sesebuah syarikat dan urus niaga yang
mana satu yang menggunakan tunai pada
• Mengawal tunai yang diperlukan untuk
membayar pembekal serta menetapkan
masa-masa tertentu ialah dengan melihat
keutamaan dan masa pembayaran
bajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkan
peristiwa yang menyebabkan aliran masuk • Meramalkan penggunaan tunai
dan keluar bagi sesuatu tempoh fiskal.
Peranan 4: Pemungut Tunai
Peranan pengurusan tunai bagi usahawan
• Memastikan penghutang membayar
perusahaan kecil dan sederhana ada lima,
hutang dalam masa yang ditetapkan
seperti yang disenaraikan di bawah:
Peranan 5: Penjimat Tunai
Peranan 1: Pencari Tunai
• Memastikan syarikat anda mendapat
• Memastikan anda mempunyai dana yang
nilai yang maksimum untuk wang yang
mencukupi bagi membayar semua bil semasa
telah dibelanjakan
dan yang akan datang
• Terdapat 5 langkah asas di dalam
menyiapkan bajet tunai:

12
– Menentukan baki tunai minimum Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi,
yang mencukupi penubuhan dana perusahaan-perusahaan kecil dan
sederhana adalah juga untuk memastikan mereka yang
– Meramalkan jualan
berdaya maju terus mendapat akses kepada pembiayaan pada
– Meramalkan penerimaan tunai kadar yang berpatutan. Oleh itu, pinjaman daripada dana yang
diluluskan akan dikenakan caj pada kos yang lebih rendah.
– Meramalkan penggunaan tunai

– Menentukan baki tunai pada akhir bulan Cara-cara Memohon Pinjaman di bawah Dana Khas
Dana khas ditadbir oleh beberapa agensi Kerajaan atau
DANA KHAS BAGI PERUSAHAAN KECIL ejen-ejen mereka bergantung kepada tujuan dana tersebut.
DAN SEDERHANA
Bank Negara Malaysia turut mentadbir sebahagian daripada
Kerajaan telah juga menubuhkan beberapa dana-dana ini. Usahawan-usahawan boleh memohon
dana khas yang boleh diakses oleh perusahaan pinjaman tersebut melalui institusi-institusi kewangan yang
kecil dan sederhana. Dana perusahaan kecil terlibat. Dana tersebut disalurkan melalui institusi-institusi
dan sederhana yang pertama ditubuhkan pada kewangan yang terlibat, memandangkan mereka mempunyai
1985 dan dipanggil Tabung Pelaburan Baru (TPB). rangkaian cawangan yang luas, sekali gus memudahkan akses
Tujuan TPB ialah untuk mempercepatkan proses pinjaman bagi peminjam. Institusi-institusi kewangan
pemulihan ekonomi berikutan kemelesetan yang terlibat akan menjalankan proses penilaian kredit
ekonomi pada pertengahan dekad 1980-an. sebagaimana permohonan pinjaman lain dan permohonan
Sejak itu, Kerajaan telah menubuhkan banyak pinjaman yang berjaya akan dikemukakan ke Bank Negara
lagi dana melalui pelbagai kementerian dan Malaysia untuk disahkan.
agensi. Sehingga kini, Kerajaan telah menubuhkan
Untuk maklumat mengenai senarai tabung-tabung
lebih 40 dana untuk perusahaan kecil dan
yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia, sila layari
sederhana bagi membiayai pelbagai bidang
laman web di www.bnm.gov.my.
perniagaan.

13
S&J
SOALAN YANG SERING DITANYA

Apakah maklumat yang perlu Kebanyakan institusi kewangan mempunyai senarai semak yang menyenaraikan
saya kemukakan kepada institusi dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila bertanya kepada institusi kewangan yang
kewangan untuk mendapatkan berkenaan untuk mendapatkan senarai semaknya.
kemudahan kredit?

Bolehkah saya mendapat Institusi kewangan adalah dalam perniagaan menyediakan pembiayaan dan akan
pembiayaan jika saya memberi pertimbangan untuk memberi pinjaman kepada sebarang perniagaan yang
menceburkan diri dalam berdaya maju walaupun ianya adalah perniagaan yang baru. Namun demikian,
perniagaan buat pertama kali? institusi kewangan akan meneliti trek rekod syarikat berkenaan atau akaun peribadi
pemohon apabila menyemak semula permohonan pinjaman.

Mengapakah institusi kewangan Melalui pelan perniagaan, institusi kewangan boleh mendapatkan maklumat
memerlukan pelan perniagaan? berhubung dengan perniagaan peminjam seperti latar belakang peminjam dan
Siapa boleh membantu saya untuk industri, kedudukan kewangan peminjam, unjuran perniagaan peminjam, strategi
menyediakan pelan perniagaan? perniagaan dan keperluan operasi peminjam. Anda boleh meminta bantuan
bank perdagangan terlibat untuk menyediakan pelan perniagaan tersebut sekiranya
anda mengalami kesukaran untuk menyediakannya. Hampir semua bank
perdagangan mempunyai Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdedikasi.
Unit ini ditubuhkan untuk menangani keperluan perusahaan kecil dan sederhana,
termasuk memberi khidmat nasihat.

14
Adakah perlu saya mengemukakan Keperluan pelan perniagaan bergantung kepada institusi kewangan terbabit.
pelan perniagaan kepada institusi Anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda mengenai perkara ini.
kewangan bagi jumlah
pinjaman yang kecil seperti
pinjaman sebanyak RM10,000?

Adakah peluang perusahaan Tidak. Tujuan meminta cagaran adalah untuk memastikan bahawa peminjam komited
kecil dan sederhana untuk untuk membayar balik pinjaman yang telah diambil. Kriteria utama yang digunakan
mendapatkan pinjaman oleh institusi kewangan untuk menaksir sesuatu permohonan pinjaman adalah daya
daripada institusi kewangan maju perniagaan pemohon.
akan berkurangan sekiranya
tidak ada cagaran?

Bagaimana sekiranya institusi Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan cagaran
kewangan tetap inginkan cagaran? yang tidak mencukupi, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit untuk
menyediakan jaminan bagi pinjaman yang diambil daripada institusi kewangan. Jaminan
oleh Syarikat Jaminan Kredit ini akan menyokong cagaran yang mungkin berbeza di
antara institusi kewangan. Buat masa ini, Syarikat Jaminan Kredit mengendalikan enam
skim jaminan, yang mana butir-butir lanjut boleh didapati dengan melayari
www.cgc.gov.my.

15
Apakah alasan-alasan institusi Alasan-alasan menolak permohonan kredit termasuk:
kewangan untuk menolak • Pemohon tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik kemudahan yang dipohon
permohonan sesuatu pinjaman?
• Tujuan pinjaman adalah tidak selaras dengan kemudahan yang dipohon

• Keputusan kewangan pemohon yang tidak memuaskan

• Pemohon mempunyai pinjaman luar yang banyak sehingga mengakibatkan penggearan


yang tinggi (iaitu jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada modal)

• Pengendalian akaun semasa yang tidak memuaskan oleh pemohon

• Rekod pembayaran balik yang kurang memuaskan dengan pemberi pinjaman yang lain

• Pemohon mempunyai kes yang sedang menunggu tindakan guaman

• Risiko perniagaan yang tinggi seperti terlalu bergantung kepada pembeli atau
pembekal tunggal

• Kekurangan komitmen kewangan daripada pemilik perniagaan, iaitu tidak bersedia untuk
menyumbang modal kerja tambahan

• Pengurusan yang lemah

• Empunya tunggal/perkongsian/pengarah-pengarah/pemegang-pemegang/penjamin dan


sebagainya yang menghadapi tindakan kebankrapan daripada pihak lain

Satu keperluan Bank Negara Malaysia ialah institusi kewangan seharusnya memaklumkan
keputusan kreditnya kepada peminjam secara formal dan bertulis, yang dengan jelas
mengenal pasti bidang yang gagal dipenuhi oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan
bahawa peminjam mengetahui alasan penolakan dan membantu peminjam memperbaiki
kelemahan yang dikenal pasti sebelum mengemukakan permohonan pinjaman lain pada
masa akan datang.

16
Bolehkah saya mengemukakan Boleh. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan fi pemprosesan
permohonan pinjaman kepada sekiranya anda menolak pinjaman tersebut setelah ia diluluskan.
lebih daripada sebuah institusi
kewangan?

Apa yang boleh saya Setiap institusi kewangan mempunyai satu set garis panduan kredit dan kriteria
lakukan sekiranya institusi penilaian kredit masing-masing. Apabila institusi kewangan memaklumkan
kewangan menolak keputusannya dan alasan penolakan kepada anda, anda sepatutnya berhubung dengan
permohonan pinjaman saya? institusi berkenaan untuk mengetahui apa yang anda boleh buat bagi membolehkan
mereka mempertimbangkan semula permohonan anda dan selepas itu, mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan institusi kewangan. Sebagai
alternatif, anda boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan yang lain.

Bolehkah sesebuah institusi Semua institusi kewangan menjalankan kajian semula berkala ke atas potfolio kredit
kewangan mengurangkan jumlah dan berdasarkan kepada penilaian mereka, mungkin mengambil keputusan untuk
kemudahan kredit (seperti mengurangkan pendedahan kredit kepada sebarang peminjam. Institusi kewangan
kemudahan overdraf, kemudahan boleh berbuat demikian atas beberapa sebab termasuk penggunaan kemudahan yang
perdagangan) yang dahulunya rendah (overdraf dan kemudahan perdagangan) atau pengendalian akaun yang tidak
telah diberikan kepada saya? memuaskan (overdraf).

Hak ini biasanya dinyatakan di dalam surat tawaran atau dokumen-dokumen yang lain.
Walau bagaimanapun, institusi-institusi kewangan biasanya akan memberi notis awal
mengenai keputusan mereka untuk mengurangkan kemudahan kredit peminjam
untuk membolehkan peminjam mencari kaedah alternatif. Walau apapun, institusi
kewangan mungkin akan mempertimbangkan sebarang rayuan/permohonan daripada
peminjam untuk mengembalikan kemudahan kredit ke tahap asal, sekiranya wajar.

17
Saya menghadapi masalah untuk Anda boleh merujuk kepada institusi kewangan anda dan memohon penstrukturan
membayar balik berdasarkan atau penjadualan semula pinjaman anda. Ia biasanya dilakukan dalam bentuk
amaun ansuran sekarang tetapi bayaran bulanan yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman.
saya mampu membayar ansuran Walau bagaimanapun, anda mesti memberikan kepada institusi kewangan anda
yang lebih rendah. Apa yang perlu maklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan anda untuk membolehkan
saya lakukan? mereka membuat penilaian.

Di manakah boleh saya Semua bank perdagangan dan syarikat kewangan telah dikehendaki oleh Bank Negara
membuat aduan terhadap Malaysia untuk menubuhkan unit aduan di institusi masing-masing. Anda seharusnya
institusi kewangan saya? cuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan anda terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,
anda boleh merujuk masalah anda kepada Bank Negara Malaysia. Untuk isu-isu berkaitan
dengan pinjaman perniagaan oleh kaum Bumiputera, anda juga boleh merujuk kepada
ERF Sdn. Bhd. (sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai
pusat setempat untuk menangani isu-isu berkaitan pembiayaan Bumiputera).

18
Di manakah boleh saya Hampir semua bank perdagangan telah menubuhkan Unit Perusahaan Kecil dan
mendapat khidmat nasihat Sederhana (IKS) yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada perusahaan-
kewangan berhubung perusahaan kecil dan sederhana.
dengan perniagaan saya?
Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Unit Khas IKS untuk membantu
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan membekalkan
maklumat mengenai berbagai-bagai sumber pembiayaan yang ada, melancarkan proses
permohonan pinjaman, menangani masalah yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan
kecil dan sederhana untuk mendapat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan dan
menyediakan khidmat nasihat. Unit tersebut boleh dihubungi di:

Unit Khas IKS


Tingkat 4C
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

19
Apakah fungsi ERF Sdn. Bhd.? ERF Sdn. Bhd. adalah satu pusat setempat yang telah ditubuhkan oleh Bank
Negara Malaysia untuk memberi pembiayaan dan khidmat nasihat kepada
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.

Bagaimanakah caranya untuk saya Tabung khas yang disediakan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia disalurkan
mendapatkan akses kepada kepada orang awam melalui institusi-institusi kewangan, atau secara kolektifnya
tabung khas yang disediakan oleh dikenali sebagai institusi-institusi kewangan yang terlibat atau agensi-agensi
Kerajaan/Bank Negara Malaysia? yang dilantik oleh kerajaan. Kriteria dan objektif tabung khas termasuk kadar
pinjaman ditentukan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia, sekali gus mengawasi
penggunaan tabung khas tersebut.

Apakah peranan yang dimainkan Pada asasnya, peranan institusi-institusi kewangan yang terlibat adalah untuk menilai
oleh institusi-institusi kewangan permohonan pinjaman dan menentukan kelayakan dan daya maju projek-projek yang
yang terlibat berkaitan dengan akan dibiayai. Perusahaan Kecil dan Sederhana boleh menyerahkan permohonan
tabung khas? pinjaman tabung khas melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan.

Meskipun pinjaman-pinjaman ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan/Bank Negara


Malaysia, keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman adalah
tertakluk kepada penilaian institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan. Ini adalah
kerana risiko kredit akan ditanggung oleh institusi kewangan yang terlibat yang
berkenaan. Di samping itu, institusi-institusi kewangan yang terlibat akan mengawasi
pembayaran balik daripada peminjam-peminjam.

20
Adakah borang-borang tertentu Tidak. Kerajaan/Bank Negara Malaysia tidak menyediakan borang tertentu
yang perlu diisi untuk membuat untuk permohonan tabung khas. Pemohon boleh menggunakan borang-borang
permohonan tabung khas? yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

Bagaimana kalau pemohon Keperluan cagaran adalah berdasarkan penilaian kredit dan profil risiko pemohon.
tidak memenuhi syarat-syarat Kriteria utama ialah daya maju sesuatu projek. Antara faktor-faktor lain yang turut
cagaran yang dikenakan diambil kira adalah karektor dan integriti pemohon, keupayaan untuk membayar balik
oleh institusi-institusi kewangan pinjaman, komitmen modal dan keadaan perniagaan. Institusi-institusi kewangan
yang terlibat? yang terlibat juga boleh menolak permohonan jika permohonan tersebut tidak
mengandungi maklumat yang cukup bagi membolehkan penilaian kredit dibuat. Untuk
membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, Syarikat Jaminan Kredit juga mempunyai
beberapa skim jaminan kredit untuk manfaat pemohon-pemohon yang tiada cagaran
atau mempunyai cagaran yang tidak mencukupi.

Memandangkan tabung khas ini Pelanggan (peminjam) adalah terikat dengan perjanjian pinjaman yang mereka
disediakan oleh Kerajaan/Bank tandatangani. Ini dianggap penting khususnya bagi membolehkan Kerajaan/Bank
Negara Malaysia, adakah Negara Malaysia untuk meneruskan program bantuannya kepada pemohon-
pelanggan diwajibkan membayar pemohon yang layak memandangkan saiz tabung akan berkurangan jika peminjam-
balik pinjaman tersebut? peminjam gagal membayar balik pinjaman. Peminjam akan menandatangani
dokumen perjanjian pinjaman di mana semua syarat-syarat dinyatakan termasuk
tindakan-tindakan yang akan diambil oleh institusi-institusi kewangan yang
terlibat jika peminjam mungkir.

21
Bolehkah saya memohon Rekod kredit yang negatif boleh menjejaskan penilaian kredit pemohon. Anda patut
pinjaman yang baru jika membincang hal ini dengan institusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skim
pinjaman sedia ada telah pembayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Setelah akaun anda
diklasifikasikan sebagai dikemaskinikan, rekod kredit anda akan mencerminkan keadaan yang lebih baik.
pinjaman tidak berbayar?

Mengapa institusi-institusi Institusi-institusi kewangan biasanya akan meminta penyata-penyata kewangan


kewangan menghendaki untuk tiga tahun bagi membolehkan mereka membuat perbandingan dalam
penyata-penyata kewangan menentukan trend perkembangan perniagaan untuk menilai keupayaan peminjam
untuk tiga tahun? membuat pembayaran balik.

22
GLOSARI

Cagaran
Harta yang sah, deposit tetap atau sekuriti-sekuriti ketara yang lain yang
dicagarkan kepada institusi kewangan untuk pinjaman yang diberi.

Institusi Kewangan Yang Terlibat


Institusi-institusi kewangan yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia sebagai
perantara untuk tabung khas.

Modal Permulaan
Modal yang diperlukan untuk memulakan atau menubuhkan perniagaan.

23
LAMPIRAN

CONTOH PELAN PERNIAGAAN


Pengenalan
Perihal Perniagaan
Perihal ringkas mengenai perniagaan; bidang industri yang diceburi dan pasaran yang disasarkan,
dan posisi daya saing berbanding dengan saingan anda

Kedudukan Semasa Syarikat


Tarikh penubuhan dan di peringkat mana syarikat berada pada masa ini
• Untuk perniagaan baru:
– Sejauh mana pencapaian perniagaan; sama ada kumpulan pekerja utama telah diambil, pengeluaran telah
bermula, status jualan dan sebagainya
• Untuk perniagaan sedia ada:
– Nyatakan jualan dan keuntungan syarikat untuk tiga tahun yang lalu

Pembiayaan Yang Dipohon


• Nyatakan jenis, amaun, tujuan, tarikh pinjaman diharap akan dikeluarkan dan tempoh pembayaran semula
pinjaman yang dijangkakan
• Perniagaan baru hendaklah mengenal pasti sumber modal permulaan syarikat sama ada daripada
saham-saham/modal berbayar, pendahuluan daripada pengarah-pengarah, ahli keluarga, pihak ketiga,
pinjaman luaran dan sebagainya

24
Contoh-contoh:

Pembiayaan Modal Kerja


Jenis dan had
Overdraf, kemudahan perdagangan (resit amanah, penerimaan jurubank dan sebagainya)

Tujuan
– Untuk membiayai kekurangan/jurang di dalam keperluan modal kerja

Pengiraan untuk Nilai RM bagi Keperluan Modal Kerja

Contoh: Hari

Syarat-syarat kredit penghutang 90

Pusing ganti stok 60

150
Tolak
Syarat-syarat kredit penghutang ( 60 )
Kitar Penukaran Aset 90

Sekiranya perolehan jualan tahunan ialah RM5 juta, keperluan modal kerja ialah 90/365 x RM5.0 juta = RM1.23 juta

25
Pembiayaan Perbelanjaan Modal
Jenis dan had
Pinjaman berjangka, pemajakan, sewa beli margin pembiayaan yang diperlukan, sumber kewangan
peminjam dalam mengeluarkan modal sendiri

Tujuan
• Untuk membiayai pemerolehan aset tetap, misalnya pembelian harta benda, jentera
• Untuk membiayai kos pembinaan kilang/rumah kedai

Butiran
• Jenis, jenama/buatan dan kos untuk memperolehi aset tetap dan hayat ekonominya
• Kos pembinaan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan

Syarat-syarat pembayaran
• Kaedahnya
• Amaun (berdasarkan unjuran aliran tunai/pendapatan)
• Tempoh pinjaman
• Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula

26
Objektif dan Visi Perniagaan
Anda harus memperjelaskan visi anda tentang bagaimana anda inginkan perniagaan anda berkembang dan pencapaian
pada masa hadapan

Perihal Produk dan Perkhidmatan


• Terangkan jenis produk yang dikeluarkan/perkhidmatan yang disediakan
• Nyatakan bahagian perniagaan anda dalam rantai penawaran iaitu, sama ada sebagai pembekal perkhidmatan, pengilang
[Original Equipment Manufacturer (OEM) atau industri sokongan], ejen pemasaran/jualan, pemborong, kontraktor pembekal,
pembinaan dan sebagainya
• Jumlah jualan atau pengeluaran dalam setahun
• Sifat kitaran perniagaan, nalar atau berkitar
• Sifat produk
• Kapasiti/jumlah yang kilang anda boleh keluarkan dan posisi masa kini

Analisa Industri dan Pesaing


• Sediakan gambaran ringkas mengenai struktur industri dan ciri-cirinya; tahap persaingan dan halangan kemasukan
• Senarai pesaing utama syarikat, bahagian pasaran mereka, kekuatan/kelemahan berbanding syarikat sendiri
• Mengenal pasti ancaman, risiko dan peluang yang ada

27
Strategi Perniagaan
• Pembentukan strategi yang jitu dianggap penting untuk memastikan kejayaan perniagaan
• Strategi seharusnya berasaskan kekuatan syarikat dan faktor-faktor kejayaan yang kritikal dalam konteks
persaingan dan industri
• Strategi yang efektif seharusnya memfokus kepada keunikan atau kelainan produk dan perkhidmatan
yang anda berikan
• Strategi syarikat anda seharusnya bersifat dinamik (iaitu mampu untuk menangani perubahan dalam
persekitaran kendalian dalam jangka masa panjang)

Strategi Generik
• Pengeluar kos rendah
• Pembezaan; produk yang ditawarkan adalah unik
• Fokus; menceburi pasaran "niche", segmen barisan keluaran atau pasaran yang bercirikan geografi

Syarat-syarat Pengendalian
Personel
• Menyenaraikan jenis dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk jawatan pengurusan utama, pengeluaran,
pemasaran dan jualan
• Sumber dan ketersediaan buruh; mahir, tidak mahir, teknikal
• Latihan dan insentif untuk mengekalkan pekerja-pekerja

Proses Pengeluaran/Pembuatan
• Tahap automasi dalam proses pengeluaran; teknologi yang diperlukan dan perjanjian teknikal/sokongan jaminan
• Jenis/buatan jentera utama yang digunakan

28
• Kapasiti pengeluaran/giliran kerja Ramalan Kedudukan Kewangan
• Bahan mentah utama/komponen • 3 aspek ramalan kedudukan kewangan
Khidmat Pelanggan dan Sokongan Selepas Jualan diperlukan:
• Menyediakan lakaran ringkas mengenai program syarikat bagi – Untung Rugi
khidmat selepas jualan dan sokongan untuk membina kesetiaan – Aliran Tunai
pelanggan, menambah belian ulangan dan mempromosi lain- – Kunci Kira-kira
lain barangan dan perkhidmatan • Dokumen-dokumen di atas hendaklah
disediakan dalam bentuk unjuran bulanan
Kitaran Perniagaan, Pembeli, Pembekal, & Syarat-syarat Perdagangan untuk 12 bulan yang pertama dan di dalam
• Pembeli utama, jumlah jualan, kekerapan dan syarat-syarat kutipan bentuk unjuran tahunan untuk tempoh 2
• Pembekal utama, jumlah belian, kekerapan dan syarat-syarat tahun selepas itu
pembayaran • Andaian-andaian yang digunakan
• Butiran konsesi/perjanjian dengan pembekal dan pembeli Nyatakan andaian-andaian utama seperti
• Kitaran perniagaan (contoh: senarai peristiwa-peristiwa penting berikut:
perniagaan, masa yang diambil dan syarat-syarat) – % kos perbelanjaan utama, bahan-bahan
Strategi Jualan dan Pemasaran mentah, pekerja, komisen
– % jualan kredit dan tunai
Sediakan lakaran ringkas mengenai strategi pemasaran syarikat bagi
– Tempoh kredit yang diberi dan diterima
menggalakkan pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan
– Tempoh inventori
daripada segi campuran pemasaran iaitu produk, penetapan harga,
– % pertumbuhan perniagaan setahun
aliran (jualan) dan promosi-promosi

29
Format penyata untung rugi, penyata aliran tunai dan penyata kunci kira-kira
adalah seperti berikut:

Penyata Untung Rugi


Jumlah Jumlah Jumlah
Tarikh Jan Feb Mac Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Jualan
Kos
Tolak: Kos Jualan
Untung Kasar
Margin Untung Kasar (%)
Tolak: Jumlah Kos Kendalian
Perbelanjaan Pemasaran & Jualan
Perbelanjaan Pentadbiran & Overhed
Keuntungan Kendalian
Margin Keuntungan Kendalian (%)
Tolak: Kos Bukan Kendalian
Faedah oleh Bank
Keuntungan Sebelum Cukai
Margin Keuntungan Sebelum Cukai (%)
Tolak: Cukai Pendapatan
Keuntungan Bersih Selepas Cukai
Margin Untung Bersih (%)

30
Anjuran Penyata Aliran Tunai
Jumlah Jumlah Jumlah
Tarikh Jan Feb Mac Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Baki Mula

Sumber Hasil
Jualan Tunai
Jualan Kredit
Overdraf
Pinjaman Bertempoh
Modal Ekuiti
Perbelanjaan Tunai
Kos Jualan
Gaji & Perbelanjaan Berkaitan
Perbelanjaan Bukan Gaji
Faedah
Pembayaran Pinjaman
Dividen
Pembelian Aset
Cukai Pendapatan
Perubahan Tunai Bersih
Baki Akhir

31
Anjuran Penyata Kunci Kira-kira
Jumlah Jumlah Jumlah
Tarikh Jan Feb Mac Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Asset Semasa
Tunai Dalam Tangan
Penghutang Perdagangan
Lain-lain Penghutang,
Deposit & Bayaran Terdahulu
Jumlah Hutang dari Anak-anak Syarikat
Stok

Liabiliti Semasa
Pinjaman Jangka Pendek
Pemiutang Perdagangan
Lain-lain Pemiutang dan Akruan
Jumlah Hutang kepada Anak-anak Syarikat
Jumlah Hutang kepada Syarikat Induk
Jumlah Hutang kepada Pengarah-pengarah
Asset (Liabiliti) Semasa Bersih
Asset Tetap
Pinjaman Bertempoh
Dibiayai Oleh:
Modal Syer
Perolehan Tertahan

32
Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama

Anda mungkin juga menyukai