Anda di halaman 1dari 3

Kebiasaan pelajar akan memilih subjek pilihan (subjek matter) dahulu untuk

menghasilkan perkembangan idea. Menggunakan langkah ini adalah kurang berkesan dan
boleh mengelirukan pada pertengahan projek. Adalah lebih mudah jika kita melakukan
pemilihan jenis karya atau produk terlebih dahulu sebelum melalui proses pemilihan subjek.
Kami memastikan apakah jenis karya yang ingin digunakan sebagai idea utama dan
senaraikan jenis mengikut keutamaan. Kaedah ini membantu memberikan pilihan alternatif
jika anda mengalami masalah dalam mendapatkan maklumat terperinci.

Setelah lukisan analitikal sudah siap sepenuhnya dan diterima oleh pensyarah, proses
menghasilkan perkembangan idea perlu dilakukan. Kami menghasilkan thumbnail sketch.
Kami menghasilkan lakaran sebesar ibu jari secara pantas akan mempercepatkan proses
mendapatkan idea dengan jelas berbanding menggunakan kaedah lukisan bersaiz
sederhana. Pengalaman dalam pengajaran di jabatan seramik selama ini telah
membuktikan bahawa kaedah ini telah mempercepatkan pelajar mendapatkan idea dengan
banyak.

Proses lakaran ini dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada reka bentuk asas
produk sebelum memasuki fasa dekorasi permukaan. Reka bentuk asas produk merupakan
proses utama yang perlu dihasilkan oleh kami untuk mendapatkan percambahan idea.
Proses ini mungkin akan menghasilkan jumlah lakaran yang banyak dan pelbagai. Satu
peringkat lakaran yang dihasilkan akan dipilih sebagai saringan. Beberapa lakaran idea
yang dipilih ini diolah dan dikembangkan semula supaya penambahbaikan dapat dihasilkan.
Proses ini memerlukan kesabaran jika ingin melihat hasil karya atau produk yang baik.

Sebelum menghasilkan produk akhir, kami melakukan lukisan idea secara terperinci
perlu dilakukan untuk memperlihatkan reka bentuk, dekorasi serta warna yang ingin
digunakan dalam komik yang ingin dihasilkan. Peringkat ini kami telah memasukkan
beberapa elemen warna dan hiasan seperti yang dicadangkan. Lukisan perincian ini telah
menampakkan kesesuaian serta pilihan sebelum ianya dihasilkan ke dalam karya atau
produk yang sebenar. Kegagalan menghasilkan lukisan ini akan banyak memberi impak
terhadap kerja-kerja penghasilan karya atau produk. Proses menyiapkan karya atau produk
dengan pantas boleh terganggu jika kegagalan ini dipandang ringan. Pendek kata, kami
memastikan segala proses ini disiapkan sebagai memudahkan kamia di masa depan.

Seterusnya, kami membuat parameter mengenai bila dan di mana cerita akan
berlangsung, serta menentukan urutan kejadian cerita yang akan terjadi secara kronologi,
dan kami mengatur cerita sehingga kami dapat mulai diadaptasikan ke dalam sebuah video.
Seterusnya, kami membuat urutan adegan utama sesuai dengan urutan cerita yang akan
ditampilkan dari awal hingga akhir, karena urutan adegan ini merupakan jalan cerita yang
akan ingin diletakkan di dalam komik. Papan cerita dibuat untuk memberitahu kepada
pembaca mengenai kandungan cerita yang akan diadaptasikan ke dalam komik. Beberapa
di antaranya membuat storyboard dengan amat teliti, dan beberapa lainnya menggunakan
papan cerita sebagai panduan yang tidak begitu wajib untuk digunakan.

Kemudian, kami menentukan adegan utama yang ingin ditunjukkan, dengan


menggambarkan setiap adegan pada setiap ilustrasi. Kemudian kami menulis deskripsi
masing-masing bagian terpenting dari setiap adegan dan mula menggambarkan sketsa
komik. Kami memulakan dengan membuat adegan dengan cara menggambarkan sketsa di
dalam kertas lukisan A3. Kami menghasilkan beberapa babak cerita komik mengikut
keperluan kami. Setelah melukis secara outline dengan jelas watak dan dan latar papan
cerita kami, kami telah scan dan masukkan ke dalam komputer bagi tujuan mewarnakan
menggunakan perisian photoshop dan illustrator.

Setelah scan gambar yang telah dilukis di papan cerita, maka bermulalah kerja
multimedia. Dalam penghasilan e-komik ini kami banyak menggunakan Adobe Illustrator dan
Adobe Photoshop. Adobe Illustrator adalah aplikasi yang digunakan oleh artis dan pereka
grafik untuk menghasilkan vector artwork yang boleh diguna pakai untuk illustrasi manakala
Adobe Photoshop dikhususkan untuk pengeditan foto dan pembuatan efek. Pada awalnya,
kami akan menggunakan Adobe Illustrator untuk mengikut garisan yang terdapat pada
gambar itu menggunakan pen tool. Selesai mengikut garisan yang terdapat pada gambar
itu, kami akan membuang gambar itu dan terus edit garisan yang diikut tadi. Kami akan
meletakkan warna dengan menekan pada bahagian yang ingin diwarnakan. Jika bahagian
itu yang diwarnakan itu menutup bahagian yang belum diwarnakan, kami akan menekan
control+[ sehingga bahagian yang tertutup itu mula timbul. Jika kami ingin membuat
pelbagai tone warna, kami akan menggunakan gradient. Letakkan gradient tool di kawasan
yang terpilih, selepas itu barulah kami memilih warna yang sesuai.
Namun, ada sesetengah dari kami, hanya menggunakan Adobe Photoshop untuk
edit komik ini. Dia melukis menggunakan pen berdakwat pekat dan terus scan serta
masukkan ke dalam computer. Selepas itu, dia menggunakan paint bucket tool untuk

mewarnakan bahagian yang perlu diwarnakan. Untuk membuat shading pula, dia akan
menggunakan brush tool pada kadar opacity yang rendah untuk menghasilkan efek yang
cantik. Selain itu, terdapat juga yang mewarna terus pada kertas lukisan dan scan masuk
computer terus. Kemudian, dia hanya perlu edit untuk membuat dialog belon.

Selesai kami melukis dan mewarna menggunakan perisian tersebut, kami mula
mencari efek-efek yang menarik di google.com. Selesai meletakkan efek, kami mula
menyusun plot-plot komik yang kami lukis menjadi seperti susunan komik. Selepas itu, kami
mencari belon dialog yang menarik dan bersesuaian dengan komik. Selesai mencari bendabenda tersebut, kami mula meletakkan dialog belon yang sesuai dengan keadaan komik itu.
Selepas itu, kami masukkan dialog yang telah kami cipta dalam balon tersebut. Proses ini
mengambil masa yang kurang sedikit berbanding langkah mewarna dan melukis tadi.

Selesai tugasan ini, kami simpan karya-karya ini dalam bentuk jpeg. Selepas itu,
kami membuka perisian Flipmaker Maker Pro untuk menghasilkan e-komik. Prosesnya
sangat mudah. Kami hanya perlu muat naik karya ini dan terus publish dalam bentuk exe.
Maka jadilah e-komik. Begitulah proses keseluruhan dan konsep penciptaan kami dalam
menghasilkan e-komik ini.

Anda mungkin juga menyukai