Anda di halaman 1dari 1

Takrif Cuti Peristiwa

Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi


Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 98,
telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3
dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan
disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah
tidak kurang daripada 190 hari.
Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:
(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu
sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu
tahun.
(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan
kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan
sebagai cuti peristiwa.
Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan
disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai