Anda di halaman 1dari 30

3.0 Kajian Catan Barat.

Catan Barat bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu
aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Teknik
yang digunakan adalah seperti mozek dan fresco.
Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub
warna kepada berus atau pisau palet ke atas kanvas
Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan
kesan lembut, licin dan berkilau
Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus
untuk membentuk objek
Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan
perbatasan

yang

tepat,

menggunakan

masking

tape

untuk

memisahkan warna
Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna
legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lutsinar atau
kesan kusam
Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan
untuk menghasilkan kesan tertentu.
Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu,
logam, dan sebagainya untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam
membuat kolaj timbulan atau arca.
Catan barat boleh dibahagi kepada beberapa aliran baru yang
menentang pemikiran tradisi Seperti:

3.1

ALIRAN ALIRAN BARAT

Aliran Realisme iaitu lukisan atau catan dibuat mengikut subjek dengan tepat
dan menyerupai bentnk sebenar.
Aliran Romanticism adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang
berlaku

pada

zaman

itu.

Mesej

karya

tertumpu

kepada

kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi


muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu
gaya zaman klasik.
Aliran Impresianisme dihasilkan dengan mengutamakan kesan suasana
atmosfera. Warna digunakan berasaskan perkara yang dilihat dalam jangka
masa tertentu. Perhatian tertumpu kepada pencahayaan dan apresiasi pelukis.
Aliran Ekspresionisme mengambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui
penggunaan warna, sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis dengan
pelbagai cara yang bebas. Pelukis

mementingkan kespontanan, intuitif dan

pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya. Kepentingan aksi


semasa melukis diambil kira dan memberi kesan kepada karya.
Aliran Kubisme mementingkan bentuk-bentuk geomaetri yang dipecahpecahkan supaya dapat dipandang dari pelbagai sudut dan terdapat ilusi tiga
dimensi yang lut sinar.
Aliran Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau dalam khayalan dan
Objek- objek yang tidak kena-mengena atau tidak berhubungan diletakan bersisi
dalam suatu situasi yang tidak dijangka.
Aliran Seni Op merupakan gabungan reka bentuk geometri dengan kombinasi
warna tertentu untuk menghasilkan ilusi gerak pada penglihatan.

3.2 Kaedah Teori


Analisis maklumat dari internet, buku dan majalah memperlihatkan
proses penghasilan catan. Berbezaan antara catan barat adalah
teknik yang digunakan untuk menghasilkan catan seperti teknik
impasto, glazing, Scumbling, dan All Prima. Berus yang pelbagai
jenis saiz akan digunakan untuk menyapu warna di atas permukaan
kanvas,kertas dan bahan. Catan Barat dihasilkan dengan campuran
warna di atas kanvas secara spontan bagi menghasilkan pelbagai
jenis warna yang menarik dan unik

3.3 Karya Bandingan:


Karya-karya catan barat sering dipraktikkan dan
dimanipulasikan oleh pelukis-pelukis antarabangsa.
Ini termasuklah karya-karya oleh, Salvador Dalidan dan Paplo
Picasso. Keistimewaan catan adalah ini ialah mampu menghasilkan
karya mengikut perasaan pelukis serta boleh menghasilkan catan
dengan keinginan pelukis.
( Gambar 1~ 6 )

Aliran Kubisme

"Two Girls Reading"- Karya Pertama


Pablo Picasso yang menggunakan
aliran Kubisme

Gambar 1
Aliran Realisme

Stone-Breakers , 1849. Karya Gustave


Courbet yang menggunakan aliran Realisme.

Gambar 2
Aliran Romantisme

Liberty Leading the People Karya


Eugne Delacroix yang menggunakan
aliran Romantisme.

Gambar 3

Aliran Impresionisme

Sunset(1890) Karya Claude Monet


yang
menggunakan
aliran
Impresionisme.

Gambar 4
Aliran Surealisme

The Persistence of Memory Karya


Salvador Dali.

Gambar 5
Aliran Exspresionisme

The Scream (1893), Karya Norwegian.

Gambar 6
Dari karya-karya catan barat ini, Gambaran yang dihasilkan
adalah lebih pendapat dan luahan idea pelukis sera mempunyai garisan struktur
atau bentuk yang komplikasi. Pengaruh masa, zaman serta pengetahuan pelukis
telah dimanipulasikan sehingga catan yang dihasil mempunyai unsur-unsur
pergerakan dan rupa. Catan ini lebih bersifat kepada imbangan.

3.4 Kaedah Praktikal.


Catan Barat mempunyai alatan dan bahan. Dalam catan ini alatan
dan bahan perlu dianalisi akan fungsi dan tujuan. Pengalaman praktis
ini akan diambilkira apabila menghasilkan karya. Hasil dari analisis
terhadap alatan dan bahan catan beberapa dapatan telah dibuat
iaitu :-

3.4.1Alatan

(Gambar 7) Pelbagai jenis alatan catan.

Gambarfoto 8 :Persediaan alat catan.


-

Alatan catan yang berbeza saiz mempunyai tujuan yang


tertentu.(Gambarfoto 7)

Alat catan perlu bersesuai

bagi menghasilkan karya

yang meniputi asas-asas seni reka bentuk seperti ,


pergerakan, penyatuan, pengurangan dan lain-lain lagi.
Asas asas

seni reka akan membantu menghasilkan

sebuah karya yang lebih kemas, tepat dan menarik.


Namun perlu sapukanwarna arkilik dengan cepat dan
perlu dikawal sepanjang masa

mengelakan

kering

dengan cepat dan untuk mendapatkan kesan warna yang


baik. ( Gambarfoto 8)
-

Warna perlu disapu

banyak kali kerana ini akan

menghasilkan kesan warna yang menarik serta nampak


kemas.
-

Sebelum mula mewarna perlu lukis gambar yang dipilih


di atas kanvas.

Sebelum mula mewarna perlu menyapu warna putih


dahulu agar menyenangkan kerja mewarna.

Sebelum mencetak perlu buat olahan dan master


drawing sebagai panduan mencetak.

3.4.2 Kanvas
Kanvas yang digunakan yang akan digunakan tidak
diubahsuai. Kanvas beli mengikut saiz yang ditentukan bagi
menghasilkan sebuah karya yang baik. Kanvas telah
dibahagi kepada tiga bahagian dengan menggunakan
pensel sebelum mula melukis gambar yang diubahsuai
dengan ini mudah untuk melukis gambar yang pilih di atas
kanvas.

Gambar 9 :Kanvas digunakan untuk menghasilkan lukisan atau catan.

3.4.3 Palet.

Gambar 10
Palet amat penting semasa menghasilkan sesebuah karya catan kerana
sebelum mula menghasilkan karya perlu membuat kajian warna di atas
palet untuk menentukan warna yang dipilih bagi menghasilkkan karya.
Kegunaan palet adalah untuk mencampurkan warna serta untuk
menghasilkan pelbagai warna sekunder dan tertier dengan menggunaka
warna asas.

3.4.4 Berus lembut dan keras.

GAMBAR 11

Berus digunakan untuk mewarna atau untuk mencampurkan warna.


Pimilihan berus dan saiz berus juga amat penting kerana saiz berus yang
tertentu sahaja sesuai untuk menghasilkan karya catan yang berkualiti.

3.4.5 Akrilik.

GAMBAR 12
Warna Akrilik sesuai digunakan bagi menghasilkan catan kerana warn akrilik
mudah kering serta boleh mewarna berulang-ulang seperti Over Lap. Ia juga
mudah untuk baiki apabila berlaku kesilapan. Warna akrilik juga memberikan
kesan warna serta campuran warna yang terang dan baik.

3.4.6 Pensel

Gambar 13
Pensel digunakan untuk melukis melakarkan gambar yang dipilih dalam
satu kertas ia juga digunakan untuk melakar gambar yang telah diubah
suai dalam kanvas sebelum mula mewarna.

3.4.7. Kekuda

GAMBAR 14
Kekuda digunakan untuk meletakkan kanvas dan juga untuk meringankan
kerja melukis serta meewarna atas kanvas.

3.4.8 Pemadam

Gambar 15
Pemadam digunakan untuk memadam lakaran atau contengan pensal
yang salah.

Perkembangan Idea:

4.1- Idea utama dalam penghasilan catan adalah


mengabungkan pelbagai jenis-jenis alam benda,alam sekeliling dan
figurah yang dipilih dan diterjemahkan dalam satu komposisi.
Imej- imej yang dipilih dari kajian diubahsuaikan serta dilukis kembali
Bersamaan dengan itu, unsur-unsur asas senireka
digabungjalinkan dengan imej-imej yang dipilik supaya menjadi
sebuah lukian catan barat yang digabung dengan pelbagai aliran
barat.
4.2- Dalam penghasilan, unsur-unsur garisan struktur dan Golden mean
diambilkira. Elemen-elemen utama yang digunakan adalah garisan,
warna, rupa, jalinan dan ruang.
4.3 -Elemen- elemen ini digarapkan bersama-sama dengan prinsip utama
yang digunakan iaitu kesatuan dan harmoni. Elemen rupa dan warna
dimanupulasi untuk menampakkan imej-imej yang digabung menjadi
satu rupa yang menarik

5 Olahan dalam pengkaryaan:-

5.1

- Lakaran yang dipilih

Lakaran dipilih setelah proses penambahan dan pengurangan


dibuat pada setiap perkembangan idea yang di buat.

5. 2

Olahan warna

Olahan warna di buat pada setiap salinan lakaran untuk


Membezakan visual dengan aplikasi warna yang berbeza.

Olahan 1

Olahan 3

Olahan 2

Olahann 4

6 -Lakaran dan Visual Akhir:


6.1 Lakaran berwarna yang dipilih dan yang akan ditukarkan dalam
bentuk catan adalah seperti berikut:-

Gambarfoto : Lakaran berwarna yang dipilih

6.2 - Lakaran yang dipilih ini disesuaikan dengan media catan iaitu
yang akan dibuat. Ia lebih menekankan unsur-unsur warna, bentuk , jalinan
serta rupa memandangkan catan barat mempunyai ciri-ciri dan
batasan-batasan yang tertentu . Melukis dan mewarna atas kanvas tidak
samakan dengan kertas lukisan.
6.3 - Dalam proses pembikinan nanti, kerja yang mudah didahulukan iaitu
mewarna bahagian latar dahulu. Selepas itu bahagian terperinci dibuat.

7.0 Huraian Karya:


I.

Dalam karya ini, aliran yang dipilih serta Golden Mean di utamakan
disamping elemen warna, rupa. Rupa yang dipelbagaikan dari beranika
rupa bentuk digabungjalinkan dalam satu komposisi. Rupa yang dipilih
disusun mengikut ruels of thirt. Dalam karya catan ini juga mementingka
implied line. Rupa yang terdapat dalam catab ini disusun mengikut
imlplied line agar gambar disusun dengan teratur dan senang untuk lihat
serta faham apa yang terdapat dalam gambar.
Gambar yang dipilih untuk diolah menjadi hirut-piut bagaikan terdapat
pergerakan dalam komposisi. Elemen lain iaitu warna, jalinan, garisan
dikukuhkan dengan kaedah menyapu warna pada gubahan.
Komposisi yang berbentuk kesatuan dan keharmonian memperlihatkan
keseragaman gambar yang digubah. Ini bermakna ianya menampilkan
kesan pegerakan, penyatuaan dan

rupabentuk yang berbeza pada

hasilnya.
II.

Catan atau teknik impasto amat sesuai untuk menghasilkan unsur-unsur


seni visual, komposisi dan asas-asas seni reka bentuk dalam hasilnya.
Elemen rupa dari kesan-kesan sapuan warna dapat menyerlahkan imejimej hasil dari gabungan elemen rupa, jalinan, garisan dan ruang.

7.1

Proses Penghasilan:-

Berikut adalah peringkat-peringkat proses karya dihasilkan:-

Langkah 1 : Mencari dan meneroka pelbagai gambar dan Internet berkaitan tema
yang dipilih untuk menghasilkan catan barat yang berkaitan dengan aliran
tertentu.

Langkah 2: Selepas mencari pelbagai gambar memilih gambar yang sesuai dan
tertentu sahaja bagi meghasilkan catan barat.

Gambar- gambar yang dipilih

Langkah 3: Menggubah suai gambar yang dipilih dan lukis di atas


kertas tracind Paper.

Langkah 4 :

Menyusun dan mengolah gambar yang dilukis atas

tracing paper. Menghasilkan pelbagai susunan rupa bagi memilih


gambar yang terbaik.

Langkah 5: Melukis gabungan gambar tersebut di atas kertas A4.

Langkah 6 :

Fotostat

gambar yang dipilih kepada beberapa

kepingan bagi membuat kajian warna untuk memilih warna yang


sesuai.

Langkah 7 : Selepas buat beberapa olahan warna. Memilih olahan


yang terbaik dan dipilih sebagai Master Drawing.

Langkah 8 : Memilih kanvas yang sesuai dan melekat Masking Tape


di seluruh bahagian tepi kanvas.

Langkah 9 : Bahagikan kanvas kepada tiga bahagian mengikut ukuran


yang tertentu agar dapat menuntukan Focal point.

Langkah 10 : Selepas itu, melukis gambar dengan merujuk Master


Drawing di atas kanvas.

Langkah 11 : Menyediakan alatan yang diperlu untuk menghasilkan


catan.

Langkah 12 : Meletakan kanvas di atas kekuda agar mudah mewarna.

Langkah 13 : Mewarna dengan menggunkan teknik Impasto agar


menghasilkan kesan aliran Impresionisme dan surealisme.

Langkah 14 : Selepas mewarna mengubah suai bahagian atau warna


tertentu serta mengemaskan permukaan kanvas supaya Nampak
bersih dan menarik.

Langkah 15 : Akhinya, tanggalkan Masking Tape daripada kanvas.

Langkah 16 : Hasil Catan Barat gabunggan aliran Impresionisme dan


Surealisme.

8.0Keputusan:Selama tiga minggu

telah diambil, untuk menyiapkan hasil kerja catan.

Dalam penghasilan kerja kursus ini catan dihasilkan dengan menggunakan


pelbagai teknik dan media telah digunakan

bagi meneroka bahan yang

sesuai untuk menghasilkan catan yang terbaik. Penggunaan warna terus


daripada tiup tanpa campur dengan warna lain tidak menghasilkan karya
yang baik kerana tidak mempunyai ton warna yang menarik. Teknik yang
sanggat baik untuk menghasilkan catan adalah dengan menggunakan teknik
impasto untuk menyapu warna di atas kanvas. Teknik ini memberikan kesan
yang baik apabila warna dicampur di atas kanvas tanpa dicampur dahulu
dalam palet menghasilkan warna yang unik. Dengan menggunakan teknik ini
mudah untuk menghasilkan karya

berdasarkan aliran Impresionisme dan

surealisme. Walaupun meneroka pelbagai bahan gambar hasil karya yang


dihasilkan tidak mencapai seratus peratus. Ini mungkin disebabkan oleh
kekurangan pengalaman membuat catan barat. Kekurangan tumpuan
semasa menghasilkan karya juga akan menghasilkan karya yang kurang
memuaskan. Kesan catan yang memuaskan dapat memberi kesan aliran
Impresionismewarna

yang

baik

pada

hasil

karya.

Perbezaan

yang

kemungkinan terdapat dalam master drawing dengan hasil karyanya ialah


kegunaan warna yang berlainan dan pengunaan ruang dan rupa yang
berlainan pada bahagian yang berbeza. Saiz berus yang tidak sesuai juga
akan menyebabakan hasil catan menjadi tidak konsisten serta menghasilkan
karya yang kurang memuaskan.
Hasil karya cuba menampilkanreka letak, Golden mean, titik fokos, Implied
Line

dan warna. Imej-imej

yang pelbagai memberi satu konsepsi

kepelbagaian rupa bentuk luar biasa. Komposisi bersifat kesatuan dan


keharmonian diharap dapat memberi impak visual yang menarik kepada
audien. Gambar gambar yang diterjemahkan melalui jalinan-jalinan tampak
dapat memberi satu rencah dan memyebapkan hasil menjadi lebih menarik.