Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YDP PIBG SK AYER KEROH 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG SK AYER KEROH KALI KE /2016

Terima kasih Saudari / Saudara Pengerusi Majlis,


Yang Dihormati En(perasmi..heheheh kalau ade.buh sendiri)
Yang Berusaha Puan Hjh Rose Marina Bt Mohd Saad
Guru Besar Sk Ayer Keroh,
Barisan Guru Penolong Kanan Sk Ayer Keroh
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi .
Guru-guru Sk Ayer Keroh
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam
Sejahtera.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan limpah taufik-Nya dapat
kita bertemu dan bersua muka di majlis Mesyuarat Agung Kali ke.. ini. Di sini juga
saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk saya
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini. Saya juga berterima kasih kepada
para ibu bapa yang hadir pada hari ini kerana dapat meluangkan masa demi masa
depan anak-anak kita semua.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Perjumpaan kita dalam mesyuarat Agung ini adalah satu peristiwa penting yang
diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan antara pihak
sekolah dan para ibu bapa. Perjumpaan ini di samping untuk merapatkan hubungan
antara pihak sekolah dengan ibu bapa, kedua-dua pihak boleh sama-sama berbincang

untuk mengetahui kebolehan, kelemahan dan sebarang unsur-unsur yang dapat


membantu memajukan prestasi sekolah ini.
Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada keduadua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anak-anak kita.
Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar SK Ayer Keroh
meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah
sebuah sekolah yang terbaik di kawasan Melaka Tengah dan di negeri Melaka.
Contohnya , Sk Ayer Keroh telah mendapat tempat top five dalam keputusan UPSR
2015 yang lepas. Ada murid sekolah ini juga yang memasuki pertandingan dalam
bidang kokurikulum seperti squash, sukan renang dan kita semua berharap agar Sk
Ayer Keroh sentiasa tersenarai sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Mesyuarat agung PIBG yang diadakan pada kali ini akan membuat pembubaran
ahli jawatankuasa yang lama dan membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang
baru.Justeru itu saya sangat berharap agar kita dapat memilih ahli jawatankuasa PIBG
bagi Sesi .. memandangkan kita mempunyai ahli-ahli PIBG yang
berkaliber dan mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Semoga ahli jawatankuasa baru
yang dilantik akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama kepada para ibu bapa
agar sentiasa peka dengan persekitaran kawasan sekolah. Jika hendak berurusan
dengan pihak sekolah sentiasalah memakai pakaian sopan dan sesuai . Begitu juga
minta kerjasama ibu bapa agar menghadkan penghantaran anak-anak khususnya
anak-anak kita di tahun satu sehingga pintu masuk pagar sekolah sahaja. Tidak perlu
menghantar anak-anak hingga ke dataran perhimpunan. Biar kita pupuk sikap berdikari
anak-anak kita sedari tahun satu lagi. Begitu juga rungutan dan rasa tidak puas hati
yang kedengaran daripada pihak ibu bapa diharap dapat diselesaikan secara baik

dengan pihak sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kepercayaan kepada guru-guru di
sini untuk memberikan pendidikan terbaik dan sama rata kepada semua anak-anak kita
tanpa mengira perbezaan kaum dan taraf ekonomi sesebuah keluarga . Biarlah kita di
pihak ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah yang perlu
mengendalikan pelbagai karenah anak-anak kita.
Tuan-tuan dan puan-puan ,
Bagi mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya
memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh
bergantung

harap

kepada

pihak

sekolah

semata-mata,

malahan

perlu

juga

menyumbangkan tenaga dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita.


Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan
peranan masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan
puan-puan sekalian sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata-kata yang
kurang menyenangkan. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai