Anda di halaman 1dari 10

UPSR 2015

1.Datanglah dengan cukup bersedia


dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda
perlukan, seperti pensel, pen, jam
(tangan), pemadam, pembaris, dan lainlainnya. Kelengkapan ini akan
membantu anda untuk memberi
sepenuh tumpuan sepanjang masa
peperiksaan.

UPSR 2015
2.Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah
siap sedia dan akan menghadapi
peperiksaan dengan baik.
3.Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam
keadaan baik dan selesa untuk anda
menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

UPSR 2015
4.Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu
peperiksaan untuk membaca soalan secara
mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan
berapa lama masa yang diperlukan untuk
menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk
menjawab soalan yang mudah dulu, baru
soalan yang sukar. Ketika anda membaca
soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul
yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

UPSR 2015
5.Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang
anda tahu, kemudian dengan soalan yang
mempunyai markah banyak. Soalan terakhir
yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih
panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.

UPSR 2015
6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan,
ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda
tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika
tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda
abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan
jawapan jika anda tidak pasti kerana
pilihan pertama jawapan anda biasanya
betul, jangan menggantinya kecuali anda
yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

UPSR 2015
7.Semasa menjawab soalan esei,
fikirkan dulu jawapannya sebelum
menulis.
Buat rangka karangan untuk esei
dengan mencatat dulu beberapa idea
yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi
itu mengikut susunan yang mana
penting atau perlu dibincangkan dulu.

UPSR 2015
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab
pada persoalannya.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama.
Gunakan perenggan pertama sebagai
pengenalan esei anda. Gunakan perenggan
seterusnya untuk membincangkan isi-isi
utama secara terperinci. Sokong isi anda
dengan penerangan yang jelas, contoh, atau
petikan dari buku atau media lain jika perlu.

UPSR 2015
9.Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa
jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat
meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab
semua soalan ujian.
Pastikan anda telah menjawab semua soalan.
Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan,
struktur bahasa dan tanda baca.
Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada
kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik
perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda
yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

UPSR 2015
10.Analisa

jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda
dalam mempersiapkan diri untuk
peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi
mana yang sesuai dengan anda. Tentukan
strategi mana yang tidak menjadi dan
ubahlah. Gunakan pengalaman kertas
peperiksaan sebelumnya ketika belajar
untuk peperiksaan akhir.

UPSR 2015
HARAPAN IBU, AYAH, GURU-GURU
DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH
AMATLAH BESAR MENGGUNUNG
JANGANLAH HAMPAKAN
KAMI.BERUSAHALAH DAN
BERJUANGLAH HINGGA KE DETIKAN
MINIT JAM YANG TERAKHIR.

Anda mungkin juga menyukai