Anda di halaman 1dari 6

Sejauh

manakah

kedudukan

Malaysia

dalam

standard

prestasi

pendidikan

antarabangsa memberi implikasi terhadap kurikulum pendidikan di negara ini?


Cadangkan penambahbaikkan yang boleh dilakukan dalam sistem pendidikan di
Malaysia agar kedudukannya menjadi lebih baik.

Setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri termasuklah negara kita
Malaysia. Gahnya dan unggulnya sistem pendidikan sesebuah negara biasanya menjadikan
Ujian PISA (Programme International Student Assessment) dan TIMSS (Trends in
International Mathematics and Science Study) sebagai kayu ukur dan penanda aras bagi
sistem pendidikan yang digubal.
Kedudukan sistem pendidikan Malaysia yang berada pada tahap bagai telur di
hujung tanduk bagi kedua-dua ujian ini mendatangkan pelbagai implikasi ke atas sistem
kurikulum pendidikan di Malaysia. Implikasi-implikasi ini mendatangkan beberapa perubahan
drastik yang diabadikan ke dalam kurikulum pendidikan negara dengan harapan baru agar
kedudukan Malaysia dalam standard prestasi antarabangsa dapat ditingkatkan daripada
kedudukan sekarang yang boleh dikatakan sebagai nyawa-nyawa ikan. Implikasi yang
pertama adalah perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kepada sukatan yang
lebih bersepadu (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2012). Buktinya, pengenalan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan
sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru dan KBAT juga
merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar
mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Hasil dapatan TIMSS dan PISA
mendapati bahawa kedudukan Malaysia terus merundum sejak tahun 2009 hingga kini.
Antara 74 buah Negara yang terlibat Malaysia berada pada kedudukan 57 dalam PISA dan
purata skornya iaitu 404 adalah dibawah nilai min yang dicatatkan oleh Negara-negara
OECD. Apabila dikaji mengapakah keadaan ini berlaku, didapati bahawa sebab mutlaknya
adalah murid-murid yang dilibatkan dalam pentaksiran ini kurang didedahkan dengan KBAT
yang melibatkan soalan-soalan aras tinggi. Contoh-contoh soalan TIMSS dan PISA ada
dilampirkan di belakang penulisan ini. Implikasi daripada keadaan ini, maka Kementerian
Pelajaran Malaysia menerapkan penggunaan KBAT dalam sistem kurikulum Malaysia.
Memandangkan kesemua anjakan yang berlaku dalam dunia pendidikan kini berkait secara
langsung dengan KBAT, kerajaan berpandangan adalah penting bagi semua pihak yang
terlibat secara terus dalam bidang pendidikan baik pelajar, guru, sektor awam mahupun

swasta memahami kepentingan KBAT dan mengaplikasikannya dengan efektif dan


konsisten.
Selain itu, prestasi Malaysia dalam standard prestasi antarabangsa ini juga memberi
impak lain terhadap kurikulum pendidikan negara. Perubahan demi perubahan berlaku dek
kerana keputusan kedua-kedua ujian itu tidak menggalakkan. Salah satunya adalah struktur
kurikulum baharu diperkenalkan iaitu KSSR yang merupakan singkatan kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Sebenarnya, ianya merupakan satu perubahan besar terhadap
sukatan pelajaran yang diolah daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Implikasi daripada ujian PISA dan TIMSS ini sebenarnya membawa kepada perubahan
daripada satu sistem pendidikan yang lebih berorientasikan seseorang individu kepada
pemetaan yang lebih holistik atau pun menyeluruh. KSSR adalah satu transformasi
pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan dalam sistem kurikulum ini
juga amat berbeza daripada yang sebelum. Antara kaedah yang terdapat dalam strategi ini
ialah penggunaan modul dalam pembelajaran, pembelajaran secara konstruktivisme iaitu
pembelajaran lebih kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar, dan
pembelajaran dalam bilik darjah.Menariknya, satu lagi strategi yang diterapkan ialah
pembelajaran belajar cara belajar yang bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar
sama ada bersama guru atau tanpa guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia,

2001). Implikasi-implikasi daripada ujian standard pendidikan

antarabangsa ini membuatkan kerajaan melihat bahawa pendekatan KSSR lebih mampu
menaikkan sistem pendidikan negara kita.
Biasa kita dengar penceramah motivasi berkata, sekalipun kita jatuh ke tangga ke
seratus, bangkitlah menuju anak tangga pertama. Begitu jualah sistem pendidikan negara
kita, sekalipun ujian standard prestasi antabangsa menunjukkan negara Malaysia berada di
tangga yang tercorot, maka kita hendaklah bangkit dengan membuat beberapa
penambahbaikkan terhadap sistem pendidikan negara kita supaya kedudukan Malaysia
dalam ujian tersebut dapat diubah ke tahap yang lebih baik.
Antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan mengkaji semula
peranan guru di sekolah. Hal ini demikian kerana, memetik kepada laporan kajian ujian PISA
dan TIMSS Kementerian Pelajaran Malaysia mencatatkan bahawa salah satu punca
merosotnya keputusan ujian tersebut adalah guru tidak mengajar dengan betul. Pada

pendapat saya, yang diertikan dengan guru tidak mengajar dengan betul itu bukanlah
merujuk kepada guru tiada profesionaliti akan tetapi tugas guru itu sendiri telah terbelah
bahagi pada masa kini. Inilah yang harus dikaji balik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
kerana kebanyakan tugas kerani guru terpaksa lakukan sehingga mengganggu masa guru
mengajar dalam kelas. Seharusnya, guru memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas
mengajar dan memikirkan kaedah yang lebih baik untuk membuatkan pengajaran lebih
berkesan. Seelokkan, segala kerja yang berkaitan pengkeranian di lepaskan kepada
bahagian pentadbiran dan guru hanya memasukkan data yang berkaitan dengan
pemarkahan semata-mata.
Kedua, isu MBMMBI, sekalipun kita melihat bahawa isu memartabatkan bahasa
melayu, memperkukuhkan bahasa inggeris ini sebagai satu wadah yang bagus. Namun,
tidak mustahil ianya akan memakan diri sendiri. Kita sedia maklum, bahawa bahasa inggeris
adalah bahasa universal, akan tetapi adakah kerana ini semata-mata, kita tinggalkan
bahasa melayu kita yang mana sering diuar-uarkan bahawa bahasa melambangkan
bangsa. Di manakah bangsa kita jika kita sering menggunakan bahasa inggeris di mana
sahaja kita berada? Jika kita inginkan bahasa melayu menjadi bahasa yang terulung dan
bahasa utama di Malaysia, maka kerajaan dan rakyat hendaklah berusaha mulai sekarang
mencapai ke arah itu. Kita boleh lihat negara-negara luar seperti Jepun dan China yang
hebat dan sangat gah dengan sistem pendidikan yang mereka cipta sehingga terkenal di
pelosok dunia juga menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa utama. Mereka
mampu kenapa tidak kita?
Bukan itu sahaja, perubahan penggunaan bahasa pengantar dalam subjek kritikal
seperti sains dan matematik turut memberikan kesan negatif kepada pencapaian sistem
negara, seharusnya, penggunaan bahasa pengantar hendaklah dikekalkan agar dan
diselaraskan dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dalam subjek sains, jika subjek tersebut
diajar oleh guru yang sama daripada bahasa melayu ditukar kepada bahasa inggeris,
sememangnya akan mendatangkan sedikit sebanyak kesulitan kepada guru tersebut bagi
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana sudah pasti dari aspek istilah
adalah amat berbeza. Bukan itu sahaja, perubahan bahasa pengantar ini juga akan
menyusahkan pelajar mendapatkan bahan rujukan. Mana tidaknya, tahun ini bahasa
pengantar subjek kritikal adalah bahasa inggeris dan tahun depan diubah kepada bahasa
melayu sekaligus akan mendatangkan kesulitan kepada pelajar dan memberi impak yang
negatif terhadap keputusan peperiksaan pelajar.

Konklusinya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam membantu negara kita


Malaysia untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam standard prestasi pendidikan
antarabangsa. Pengkolaborasian antara semua pihak tidak boleh sama sekali dipandang
enteng bagi mewujudkan sistem pendidikan yang lebih sistematik dalam menghasilkan
masyarakat yang hebat dengan ilmu.

RUJUKAN

Abdul, R. H. (2001). Falsafah dan kaedah pemikiran. Kuala Lumpur: Utusan Pub & Dist.

Baharudin Yaacob. (2003). Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan pelaksanaan inovasi
kurikulum di maktab perguruan: satu kajian kes

Berita harian: penambahbaikan drastik pendidikan. (2014, March 20). Retrieved August 13,
2015, from
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Penambahbaikandrastikpendidikan/m/
mArticle

Bernama. (2013, December 11). Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik dalam PISA |
Astro Awani. Retrieved August 12, 2015, from http://www.astroawani.com/beritamalaysia/malaysia-mampu-capai-kedudukan-lebih-baik-dalam-pisa-26808

Institut Pendidikan Guru. (2013). JURNAL KBAT KENT.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Soalan lazim KSSR. Retrieved August 12, 2015,
from http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?
id=146&cat=30&keyword=&page=1&

Mok, S. S. (2009). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Said, & Hamdan, T. (2000). Cabaran era globalisasi ke atas warga pendidikan di Malaysia.
(Said, Hamdan and Talib, Nasrudin (2000) Cabaran era globalisasi ke atas warga

pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 6 (1). pp.


35-46. ISSN 1394-1801.) Faculty of Education, UTM.