Anda di halaman 1dari 36

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi

Kamu baru sahaja menerima surat daripada rakan lama kamu


yang btelah berpindah sekolah. Rakan kamu itu ingin
mengetahui persiapan kamu menghadapi UPSR. Balas surat
tersebut.

Surat kepada Rakan Lama

PT15376, Jalan Ara,


Kampung Mak Chili,
24000 Kemaman,
Terengganu.
8 Disember 2011.

Menemui Sabri yang berada di Mentakab, Pahang. Ketika saya


menulis surat ini, saya sekeluarga dalam keadaan sihat.
Diharapkan Sabri sekeluarga lebih-lebih lagi. Saya
mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara menulis
surat kepada kepada saya. Saya meminta maaf atas kelewatan
saya membalas surat saudara itu. Kini saya mempunyai
kelapangan, lalu saya tidak tertangguh-tertangguh lagi untuk
membalas surat saudara.

Sabri yang diingati,


Saya seperti juga saudara, akan mengisi masa terluang
pada waktu petang dan malam dengan mengulang kaji
pelajaran. Selepas selesai menyiapkan kerja sekolah, saya

segera membaca nota pelajaran. Cara ini dapat meningkatkan


kemahiran saya dalam sesuatu topik yang guru ajar.

Dalam seminggu, saya akan mengikuti kelas tuisyen tidak


jauh dari rumah. Saya mengikuti kelas itu untuk membantu
saya agar benar-benar menguasai apa yang guru ajar di kelas.
Maklumkan, di pusat tuisyen muridnya hanya 15 orang sahaja,
berbanding di kelas seramai 40 orang.

Sabri yang dihormati,


Saya juga membuat latihan berdasarkan buku-buku latihan
yang ayah saya beli. Kata ayah yang sering beri jalan kepada
saya, sekiranya banyak membuat latihan, kita akan mudah
menjawab soalan yang guru berikan. Saya akui kata-kata ayah
itu betul kerana rata-rata saya mendapat 90 peratus dalam
setiap peperiksaan yang saya tempuhi.

Sekianlah sahaja surat saya untuk kali ini. Sekiranya


saudara ada kelapangan, tulislah surat kepada saya, ataupun emel ke alamat denial@yahoo.com.my. Sebelum berpisah,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi,

Usaha gigih penentu kejayaan,


Mengharapkan kejayaan yang cemerlang,
Balaslah surat ada kelapangan,
Persahabatan teguh tidak akan hilang.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
denial
(Denial Idham)
Posted by basiron_KRT3013 at 19:21 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest
Surat Kiriman Tidak Rasmi

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1.

2.

Karangan ini jenis berformat.

Ada beberapa jenis surat tidak rasmi, contohnya,

a) Surat bertanya khabar


b) Surat tahniah
c)

Surat takziah

3. Walaupun surat ini tidak berbentuk rasmi, tetapi


penggunaan bahasa perlu baku dengan mematuhi hukum
tatabahasa.

4. Gunakan bahasa yang mudah., tepat, dan padat, yang sesuai


kepada sasaran penerima.

5. Gunakan panggilan yang sesuai seperti kakanda/adinda,


ibunda/bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda.

6.

Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:

a) Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah


kanan surat.
b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda
titik (.) dihujungnya.
c)

Pembuka kata selepas selang satu baris kosong.

d) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat


(tidak perlu ke dalam sedikit).
e)

Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit.

f)
Penutup dimulakan ke dalam sedikit, sejajar dengan
perenggan isi.
g) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas
dua atau tiga baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda
koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf
besar.
h) Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.
i)

Nama pengirim boleh ditulis atau tidak

7. Kelemahan calon ialah menulis menyalahi format yang


ditetapkan. Sesetengahnya mencampuradukkan dengan format
surat kiriman rasmi. Terdapat calon menggunakan bahasa
basahan dan tidak menggunakan kata penghadap (panggilan
hormat yang betul), contohnya menggunakan panggilan ayah
sedangkan sepatutnya ayahanda.
Posted by basiron_KRT3013 at 07:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest
Saturday, 10 December 2011

Contoh Karangan (4)


Karangan Jenis Fakta

Tulis sebuah karangan yang bertajuk Faedah-faedah Mengikuti


Kelas Tuisyen.

Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tuisyen

Murid-murid di kawasan bandar biasanya akan mengikuti kelas


tuisyen. Tuisyen merupakan kelas tambahan yang dijalankan di
ruang kedai yang dijadikan kelas. Kelas tuisyen ini mengenakan
bayaran tertentu mengikut jumlah mata pelajaran yang diikuti.
Mengikuti kelas tuisyen menambahkan pemahaman kita
terhadap topik yang guru ajar. Sebagai contoh, kita semakin
faham topik mata pelajaran Sains kerana guru tuisyen memberi
lebih banyak latih tubi. Kesannya, kita akan memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Selain itu, kita dapat menggunakan masa lapang dengan
aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak
mengikuti kelas tuisyen, kemungkinan kita bercampur rakan
sebaya yang suka melakukan perbuatan tidak sihat. Kesannya,
kita boleh terjebak dalam kegiatan yang negatif seperti
mencuri.
Mengikuti kelas tusyen juga menambahkan keyakinan kita
untuk menghadapi peperiksaan. Sebagai contoh, oleh sebab
rakan-rakan bersemangat untuk mendapatkan 5A dalam UPSR,
kita pun mahu mendapat kejayaan yang cemerlang. Kesannya,
kita semakin bersemangat untuk belajar.
Seterusnya, kita boleh bertukar-tukar soalan dengan rakan
dari sekolah yang berlainan. Sebagai contoh, kita boleh

mendapatkan soalan Peperiksaan Percubaan UPSR. Kesannya,


prestasi pelajaran kita akan terus meningkat.
Kesimpulannya, kelas tuisyen merupakan kelas yang wajar
diikuti bagi mereka yang berkemampuan. Jika kita mahu
memiliki otak cair, janganlah teragak-agak untuk mengikuti
kelas tuisyen. Namun, pilihlah pusat tuisyen yang berkualiti.
Posted by basiron_KRT3013 at 07:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest
Karangan Jenis Fakta

Karangan Jenis Fakta

Karangan jenis ini meminta calon memberikan pendapat,


saranan, dan penghujahan terhadap sesuatu tajuk.

Sebelum menulis, calon perlu pasti akan kehendak soalan.

Setiap perenggan perlu isi yang berlainan dan calon perlu


menghuraikan isi terlebih dahulu, barulah huraian yang
berbentuk contoh dan kesan.

Gunakan bahasa yang tepat dan elakkan menggunakan bahasa


yang berbunga-bunga seperti karangan berbentuk cerita.

Digalakkan meletakkan kata-kata hikmat dan peribahasa.


Posted by basiron_KRT3013 at 06:26 No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to


Pinterest
Contoh Karangan (3)
Karangan Jenis Diari

Kamu telah memasuki satu pertandingan bercerita. Tulis


catatan sepanjang kamu menyertai pertadingan tersebut.

Isnin, 17 Mac 2011.

8.15 pagi Saya sudah tiba di perkarangan Sekolah


Kebangsaan Chukai. Saya mengikuti Cikgu Ramlah masuk ke
dewan besar. Semakin dekat melangkah, perasaan bimbang
dan takut menguasai perasaan saya.

9.18 pagi Setelah mendapat giliran nombor 12, saya duduk di


bangku peserta. Ucapan daripada penganjur dan pembacaan
syarat-syarat pertandingan telah diumumkan. Kini giliran
peserta kedua menyampaikan cerita.

10.25 pagi Saya melangkah dengan penuh berhati-hati ke


pentas. Saya memerhatikan murid-murid yang memenuhi
dewan sekitar 150 orang. Setelah membaca surah-surah suci di
dalam hati, saya mula bercerita.

10.34 pagi Habis sahaja saya bercerita, saya melangkah ke


arah Cikgu Ramlah. Guru yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu itu memeluk saya. Beliau mengucapkan rasa


bangga kerana saya petah bercerita seperti bertih digoreng.

11.30 pagi Seramai 36 orang peserta telah menyampaikan


cerita yang bertemakan Sayangi Alam Sekitar. Bagi saya, ratarata peserta dapat mengungkapkan cerita dengan baik. Saya
tidak tahu kedudukan saya, sama ada mendapat hadiah utama
atau tidak.

11.45 pagi Nama pemenang ketiga dan kedua sudah


diumumkan. Saya menunduk, berdoa di dalam hati semoga
juruacara mengumumkan nama saya sebagai pemenang
pertama. Alangklah gembiranya apabila saya diumumkan
sebagai juara.

Posted by basiron_KRT3013 at 04:08 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest
Karangan Jenis Diari

Karangan Jenis Diari

Karangan ini juga dikenali sebagai catatan.

Karangan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu, diari sehari


dan diari beberapa hari.

Jika diari sehari, nyatakan hari, hari bulan, dan tahun.


Kemudian diikuti waktu berlakunya sesuatu kejadian itu.

Jika diari beberapa hari, nyatakan hari, hari bulan, dan tahun.
Waktu disertakan jjka perlu sahaja.

Peristiwa yang dicatat mesti penting dan berkaitan dengan


tajuk.

Urutan peristiwa, seperti juga karangan cerita, boleh


menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa
selanjutnya.
Posted by basiron_KRT3013 at 03:51 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to
Pinterest
Friday, 9 December 2011
Contoh Karangan (2)
Karangan Jenis Menyudahkan Cerita

Tulis sebuah karangan yang bermula dengan petikan berikut:


Ayah dan ibu tiada di rumah. Saya ke dapur untuk minum air.
Tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu. Tanpa berlengah
saya
Mulakan karangan kamu dengan Tanpa berlengah saya

Tanpa berlengah saya mencari punca datangnya bau tersebut.


Bau itu seperti ada sesuatu yang dimasak dalam tempoh yang
lama. Saya segera ke dapur untuk mengelakkan tragedi buruk
daripada berlaku.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati cerek untuk
menjerang air sudah terbakar. Saya perlu bertindak cepat
sebelum cerek yang terbakar tidak menjalar ke seluruh dapur.
Otak yang berputar ligat dan jantung saya berdegup kencang.
Saya segera menunduk, mematikan gas dan mencabut
wayar yang menyambung gas tersebut. Kemudian saya keluar
rumah mencari pasir tetapi tiada. Baldi di tepi tangga saya
capai dan isi dengan air.
Pengetahuan sains saya perlu gunakan dalam saat yang
genting seperti ini. Saya masukkan serbuk sabun ke dalam
baldi yang hampir dipenuhi air. Kemudian, saya menyiram
cerek tersebut.
Syukur saya kepada Tuhan kerana cerek yang terbakar
dapat dipadamkan. Tekak yang mulanya dahaga kini sudah
kenyang. Ketika itu saya mendengar ayah dan ibu meluru
masuk.
Tidak tahu siapa yang menjerang air tadi, sehingga lupa
untuk tutup. Nasib baik dapat dipadamkan, jelas saya seperti
bertih digoreng sebelum ayah dan ibu bertanya. Mereka
menarik nafas lega kerana tiada perkara buruk yang berlaku

Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B


Bahasa Melayu Penulisan
Bahagian B
Untuk Bahasa Melayu Penulisan Bahagian B, murid diminta
menulis karangan mengikut format-format tertentu. Antaranya
ialah:
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Surat Kiriman Rasmi
Biograf
Autobiograf
Temu Ramah
Diari/ Catatan
Dialog
Melengkapkan Cerita
Cerita
Keperihalan
Laporan
Syarahan
Berita
Ucapan
Peribahasa
Perbincangan
Tindakan
Gambaran

Panjang karangan yang perlu dibuat sekurang-kurangnya 80


patah perkataan bagi Sekolah Kebangsaan, manakala 60 patah
perkataan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil. Berikut
adalah contoh-contoh karangan dalam Bahagian B:

Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.

Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga


mempunyai ramai sahabat sama ada di sekolah ataupun di
kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat
saya ini kerana mereka amat baik dengan saya.

Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka


suka membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya
menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik,
mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan saya
dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya


bermain bersama-sama mereka. Contohnya saya suka bermain
bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan
berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan
hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh
badan kami.
Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan
jika saya berada dalam kesusahan. Misalnya, saya pernah
kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah
bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk
dibuat belanja membeli makanan.

Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku


cerita kepada saya. Contohnya, kami sering bertukar-tukar
buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara
tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami
bersama.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai


sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah
perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan
persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan
saya ini akan berkekalan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH


Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon,
70400 Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
________________________________________________________________
_______________
Tuan Pengarah Urusan,
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
50-54, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 KUALA LUMPUR.
6 OGOS 2011
Tuan,
Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahliahli Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kami bercadang untuk
ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut sebagai satu cara untuk
mendedahkan ahli dengan pengalaman penerbitan. Ini selaras
dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan.

2.
Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke
penerbitan tuan. Ahli-ahli memang berharap sangat untuk
mengetahui cara-cara penerbitan majalah Dewan
Pelajar. Untuk pengetahuan tuan, majalah tersebut kami
langgani sebanyak 200 naskah sebulan.

3.
Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan
butir-butir lengkap untuk maklumat pihak tuan.
3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2001
3.2.

Waktu : 9:30 pagi 11:30 tengahhari

3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru


4.
Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak
tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami sedia menanti waktu
yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami
diterima atau tidak, diharapkan berilah jawapan segera untuk
memudahkan kami membuat persiapan.
5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami
yakin pihak tuan tidak akan mengecewakan harapan kami.
Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Farizah Dakir
(FARIZAH BINTI DAKIR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon.

Soalan :
Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan.
Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan tersebut.

RAWANG, Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri


telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos barubaru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang
bulan tersebut.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk


menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada
murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid
juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah


dilakukan oleh puan Guru Besar. Beliau mengingatkan muridmurid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman.
Keamanan ini perlu dipertahankan oleh generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan


pidato, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster
dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan
terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan
Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga turut diadakan.

Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan


hadiah kepada para pemenang pertandingan. Para pemenang
telah menerima hadiah berupa trof dan hamper. Sebelum
bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah Merdeka
dengan penuh semangat.

Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara


tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid di sekolah ini.

Soalan :
Tuliskan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga
Kebersihan di Sekolah

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha


Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guruguru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi ini saya ingin
menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga
Kebersihan Sekolah.

Hadirin yang dihormati,


Kebersihan penting dalam hidup seseorang insan. Hidup yang
bersih menerajui hidup yang sihat. Selain kebersihan diri,
pakaian dan tempat tinggal, kebersihan sekolah juga perlu
dititikberatkan.

Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan


dan membentuk sahsiah murid. Persekitaran yang bersih
memudahkan penerimaan pelajaran yang diajar. Kesannya,
suasana kelas yang kondusif merangsang murid untuk
mengikuti pembelajaran.

Hadirin yang
dikasihi,
Sekolah yang bersih menimbulkan
suasana yang ceria dan selesa. Suasana ini merangsang murid
untuk berfkiran positif dan mempunyai minda yang tenang.
Oleh itu, murid-murid dapat menjauhkan diri daripada gejala
negatif.

Selain itu, sekolah yang bersih dapat meningkatkan imej


sekolah di mata masyarakat. Hal ini kerana masyarakat menilai
sekolah bukan sahaja dari segi kelakuan dan pencapaian murid,
tetapi juga persekitaran sekolah yang bersih. Dengan itu ibu
bapa dan anggota masyarakat akan berasa seronok untuk
berkunjung ke sekolah yang sentiasa bersih.

Akhir sekali, menjaga kebersihan sekolah itu penting


adalah untuk memupuk rasa kecintaan murid terhadap sekolah.
Contohnya, murid-murid sentiasa bekerjasama menjaga
kebersihan kelas dan persekitaran sekolah dan tidak
membuang sampah merata-rata. Hal ini akan membentuk
murid-murid yang sayang akan sekolahnya.

Hadirin yang dimuliakan,


Jelaslah kebersihan sekolah patut dijaga. Oleh itu samasamalah kita menjaga kebersihan sekolah demi kebaikan
bersama.

Sekian, terima kasih.

Soalan.
Kamu menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang
lalu. Tulis catatan tentang aktiviti perkhemahan tersebut.
Jawapan Contoh:
Sabtu, 12 Mac 2011
7.00 pagi
Aku bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai
perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap. Ayah
menghantar aku ke sekolah.
7.30 pagi
Kami berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama
para peserta. Setelah itu kami pun bertolak ke Hutan Reakreasi
Ulu Yam. Kami ke sana dengan bas. Pemandangan sepanjang
jalan ke sana memang indah. Keadaan jalan agak bengkangbengkok.
10.30 pagi
Kami tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari
tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kami bersamasama mendirikan khemah. Cikgu Rashid membahagi-bahagikan
tugas. Aku dan Fuad diminta mengambil air. Beberapa
orang membantu Cikgu Rashid untuk menyediakan makanan.
Selepas makan, kami rehat seketika.
2.30 petang
Kami mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan,
dan mencari harta karun. Aku telah memenangi acara
membuat ikatan. Kemudian, kami berehat sambil minum
petang. Aku dan beberapa orang rakan bermandi-manda di air
terjun yang terdapat di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba
Suresh menjerit. Kami segera mendapatkannya. Rupa-rupanya

seekor pacat di kakinya. Borhan segera membuang pacat itu.


Kami ketawa apabila melihat wajah Suresh.
8.30 malam
Selepas makan malam, kami membuat unggun api dan duduk
mengelilinginya. Kami bernyanyi sambil bertepuk tangan. Ada
pelbagai persembahan turut diadakan. Antaranya tarian,
nyanyian, lakonan dan sebagainya. Sebelum masuk tidur, kami
berbual-bual seketika. Suasana alam itu sungguh nyaman.
Kedengaran deruan air terjun.
Ahad, 13 Mac 2011
7.40 pagi
Kami bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah
itu, kami masak nasi goreng untuk sarapan. Cikgu Rashid
membenarkan kami mandi-manda di air terjun. Kemudian, kami
mengemaskan barang untuk pulang. Kami membersihkan
kawasan perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana
berpeluang menyertai perkhemahan seperti ini.

Soalan:

Baru-baru ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam.


Kamu telah menemu ramahnya untuk mengetahui tentang
faedah-faedah membaca buku. Tulis temu ramah kamu itu
selengkapnya.

Jawapan Contoh

Anita
: Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih sebagai
Tokoh Nilam.
Zambri
itu.

: Khabar baik. Terima Kasih atas penghargaan kamu

Anita
: Kamu memang rajin membaca. Saya ingin
mengetahui apakah kelebihannya apabila
kita banyak membaca buku cerita?
Zambri
: Sebenarnya Anita, dengan membaca kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, apabila saya membaca buku-buku
sejarah negara kita. Kesannya, saya
lebih menghormati dan menyanjung tinggi
pengorbanan para pemimpin negara yang
telah banyak berjasa.
Anita
kamu?

: Bagaimana dengan kemahiran kita berbahasa

Zambri
: Membaca dapat meningkatkan penguasaan saya
dalam berbahasa. Sebagai contoh,

sekiranya saya menemui kosa kata yang tidak saya


fahami, saya akan terus merujuki
kamus. Penguasaan bahasa saya bertambah baik
dan saya mampu mengarang dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Anita

: Adakah tabiat itu tidak membuang masa?

Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita telah mengguna


masa terluang kita dengan baik.
Hal ini dapat mengelakkan kita daripada bergaul
dengan budak-budak nakal. Dengan
demikian tidaklah kita terjebak ke dalam kancah
gejala sosial.
Anita
: Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai
membaca sesuatu buku?
Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada saya. Setelah
selesai membaca sesuatu buku,
saya akan berasa seronok dan puas. Fikiran saya akan
menjadi tenang dan selepas itu mudahlah
untuk saya mengulang kaji pelajaran.
Anita
: Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Tahniah
sekali lagi saya ucapkan.
Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan koleksi buku saya.

Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan .

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga telah


menghadiri suatu majlis perkahwinan saudara saya yang
diadakan di kampung ayah saya di Jelapang. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jelapang mengambil


masa kira-kira tiga jam. Ayah menggunakan Lebuh Raya PLUS
kerana ingin cepat sampai. Pemandangan semasa perjalanan
ke sana sungguh menarik serta mengasyikkan.

Kami tiba di rumah saudara kami kira-kira pada pukul


10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek.
Suasa di sana riuh-rendah dan keadaan menjadi sibuk dengan
kehadiran saudara mara yang turut sama membantu. Saya dan
ayah turut sama membantu menyusun kerusi dan meja untuk
tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias
pelamin.

Pada pukul 11.30 pagi, segala persiapan telah selesai.


Banyak jemputan, saudara mara dan sahabat handai yang
hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Saya
dan jiran tetangga yang lain membantu mengangkat hidangan
dan melayan tetamu yang hadir.

Tepat pada pukul 2.00 petang, kehadiran pengantin


lelaki telah disambut dengan paluan kompang. Selepas itu,
kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin. Mereka

kelihatan sama cantik seperti pinang dibelah dua. Banyak


hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut.

Pada pukul 5.00 petang, majlis perkahwinan tersebut


telah selesai. Pada keesokan harinya, kami sekeluarga pulang
semula ke Kuala Lumpur. Saya berasa amat gembira dan
pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.

Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet

Internet merupakan sistem komunikasi yang direka


cipta untuk menyampaikan maklumat dari serata dunia. Sistem
ini boleh dicapai melalui komputer dan televisyen. Dengan
kecanggihan teknologi masa kini, internet boleh juga dilayari
melalui telefon bimbit.

Melalui internet, kita akan dapat mengetahui sesuatu


maklumat dari serata dunia dengan lebih cepat terutamanya
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal
semasa. Oleh itu, minda kita akan lebih terbuka dan sentiasa
terkini dengan berita-berita dari seluruh pelosok dunia.

Kita juga boleh menambahkan pengetahuan dengan


menjadikan internet sebagai tempat untuk mencari maklumat
yang ingin kita ketahui. Contohnya kita dapat mengetahui
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi melalui laman
sesawang tertentu. Ini boleh menjadi satu sumber rujukan dan
membantu proses pembelajaran di dalam kelas.

Namun begitu, keburukan internet tidak dapat disangkal


terutama tentang budaya kuning. Bagi mereka yang mudah
terpengaruh, mereka akan meniru bulat-bulat perkara negatif
yang dipaparkan. Hal demikian akan menyebabkan perkaraperkara negatif meresap masuk dalam budaya masyarakat kita
hari ini.
Bagi sesetengah golongan murid pula, internet akan
menyebabkan mereka membuang masa dengan sia-sia .
Kerana terlalu asyik dengan internet, mereka malas untuk
mengulang kaji pelajaran. Akibatnya, pelajaran mereka merosot
dan keputusan peperiksaan mereka terjejas.

Sistem komunikasi internet ini sememangnya ada


kebaikan dan keburukannya. Teknologi ini perlu dipelajari dan
digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kita perlu pandai
memilih dan menilai untuk mendapat manfaat daripadanya.

Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun


renyai-renyai. Jam pada dinding menunjukkan pukul 10.00
malam. Ibu dan ayahku masih belum pulang. Tiba-tiba

Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat


dari luar rumahku. Aku meluru ke tingkap. Aku mengintai
keluar, namun objek yang aku lihat tidak jelas kerana suasana
agak kelam. Aku mengambil keputusan untuk keluar
menyiasat. Aku mencapai payung yang terletak di tepi pintu.

Setelah aku menghampiri tempat tersebut, barulah aku


dapat melihat rupa-rupanya satu kemalangan telah berlaku.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dengan sebuah
motosikal. Kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah
yang bertentangan.

Aku agak terkejut apabila ternampak penunggang


motosikal tu terperosok di bawah kereta. Pemandu kereta itu
pula kelihatan cedera parah dan pengsan di tempat duduknya.
Aku segera masuk semula ke dalam rumah lalu menghubungi
talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans dan
polis.

Setelah itu, aku keluar dan memanggil jiran-jiran untuk


memaklumkan kejadian tersebut. Ada juga yang sudah
menjengah-jengah di muka pintu kerana mereka turut
mendengar bunyi dentuman tadi. Mereka segera datang
memberi bantuan. Kami cuba mengeluarkan pemandu dan
penunggang yang cedera itu dengan berhati-hati.

Sejurus kami dapat mengeluarkan penunggang


motosikal itu dari bawah kereta, ambulans pun tiba. Rawatan

lanjut diberikan kepadanya. Kedua-dua mereka segera


dikejarkan ke hospital.

Tidak lama kemudian ibu bapaku pulang. Aku


menceritakan apa yang telah berlaku kepada mereka. Aku
bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada
mangsa kemalangan itu. Kejadian itu memberi peringatan
kepadaku agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

Akhiri karangan anda dengan.kejadian itu tetap dalam


ingatanku hingga ke hari ini.

Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku


beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan rakan-rakanku gemar
berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal
dengan laju sambil bersaing-saing.

Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang


dari latihan sukan di sekolah. Azmi telah mengajak kami
berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah,
kamipun menyahut cabarannya.

Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi


tidak dapat mengawal basikalnya lalu terhumban ke dalam
sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah.
Basikalnya remuk kerana terlanggar tembok longkang.

Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian


yang berlaku dalam sekelip mata itu. Namun apabila melihat
Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan bantuan.
Kami memapahkan Azmi keluar dari longkang lalu
membaringkannya di atas rumput.

Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap


darah pada bahagian kepala dan kaki Azmi. Azmi berkerut
menahan kesakitan, sementara itu nasib kami baik apabila ada
seorang pemuda memberhentikan kereta lalu memberikan
pertolongan. Azmi segera dikejarkan ke hospital.

Akibat kecederaan yang agak parah, Azmi telah


diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya pula berbalut
dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar insaf
melihat tragedi yang menimpa Azmi. Wlaupun telah lama
berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku
hingga ke hari ini.

Kepentingan Perpustakaan

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan.


Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan,
antaranya buku cerita, novel, majalah dan akhbar. Buku-buku
cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan
menggunakan kad pinjaman.

Antara kepentingan perpustakaan adalah dapat


memupuk amalan membaca serta mampu meningkatkan
pengetahuan seseorang. Sebagai contoh jika kita membaca
buku tentang sejarah tokoh negara, kita akan menambahkan
pengetahuan tentang sejarah negarawan. Pengetahuan yang
ditimba itu dapat menyemai semangat patriotik terhadap
negara.

Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat


memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian menjadikan
kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
bergaul dengan budak-budak nakal.

Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan


dapat memberi hiburan kepada kita. Contohnya kita akan
terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca atau mendapat
pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita akan
menjadi tenang dan gembira dengan bacaan tersebut.

Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari


perpustakaan juga akan dapat meningkatkan penguasaan
bahasa seseorang murid. Contohnya kita dapat mempelajari
kosa kata baru yang boleh digunakan semula dalam penulisan

karangan. Jika kita tidak tahu makna sesuatu perkataan pula,


boleh dirujuk di dalam kamus. Secara tidak langsung kita dapat
menambahkan perbendaharaan kata yang baik dan berguna
untuk kita.

Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu


yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Kemudahan yang ada
di perpustakaan jangan dipersia-siakan. Sama-samalah kita
menjaga buku-buku yang ada di dalam perpustakaan kerana
buku-buku itu akan digunakan oleh orang lain pula.

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR


Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah
mengadakan Kem Motivasi UPSR. Kem motivasi sehari ini telah
diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan rakanrakan turut tidak ketinggalan menyertai program yang amat
bermanfaat kepada murid-murid tahun enam ini.
Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri
dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail
yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Kemudian kami telah
diarahkan beratur untuk masuk ke dalam dewan.
Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku
penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami
telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem motivasi
ini. Kemudian Guru Besar telah dijemput untuk menyampaikan
ucapan dan merasmikan kem motivasi ini.
Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab
soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi
setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia,
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang
dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman
dalam bidang masing-masing.
Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan
dan teruja setelah mendengar ceramah motivasi tersebut.
Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat ditimba
melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih
bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Setelah seharian berada di dalam dewan untuk
mendengar ceramah, kami pun dibenarkan pulang kira-kira
pada pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun
saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar
bersungguh-sungguh bagi mendapat 5A dalam peperiksaan
UPSR kelak.

Tuliskan suatu cerita berdasarkan peribahasa Air Dicencang Tidak Akan


Putus

Abang Farid dengan Kak Mazni perang dingin. Beberapa bulan


mereka tidak bertegur sapa. Puncanya ialah kebun getah yang
ditinggalkan oleh ayah. Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah
mewasiatkan kebun getah itu kepada aku, Abang Farid dan Kak Mazni.
Arwah ayah berharap agar kami mengusahakan kebun itu bersama-sama.
Aku tahu bahawa niat arwah ayah baik. Beliau mahu kami adik-beradik
bersatu hati. Namun begitu, niat arwah ayah tidak tercapai gara-gara
sikap Abang Farid dan Kak Mazni.
Kak Mazni mahu menjual kebun getah itu. Alasannya tiada sesiapa
ingin mengusahakannya. Lagipun, tidak ada sesiapa antara kami tinggal
di kampung. Masing-masing ada kerjaya sendiri.
Abang Farid tetap tidak bersetuju akan cadangan kakak Mazni.
Lagipun, arwah ayah sudah berpesan agar jangan sekali-kali menjual
tanah itu. Kak Mazni menyatakan bahawa ada ejen hartanah yang
sanggup membeli tanah itu dengan harga yang tinggi. Kak Mazni
menuduh abang Farid ingin membolot harta itu. Akibatnya, abang Farid
dengan Kak Mazni bermasam muka.
Hari ini Abang Farid mengadakan kenduri arwah di rumah pusaka
kami. Banyak saudara- mara dan jiran yang hadir ke majlis itu. Aku
memberitahu Kak Mazni tentang kenduri itu. Aku mengajaknya pulang ke
kampung. Aku tertunggu-tunggu kedatangan Kak Mazni tetapi hingga
majlis itu selesai, Kak Mazni tidak juga muncul.
Ketika aku dan Abang Farid mengemas di halaman rumah, sebuah
kereta masuk. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Kak Mazni terus keluar
dari kereta itu. Dia terus menerpa ke arah aku dan Abang Farid. Dia terus
bersalam dengan Abang Farid. Dia memohon maaf atas sikapnya. Air
mata kegembiraan berlinang di kelopak mataku. Inilah saat-saat yang aku
nanti-nantikan. Aku ingin melihat adik-beradikku berbaik semula seperti
dahulu. Begitulah kata orang, air dicencang tidak akan putus.

Ucapan Sempena Hari Guru.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru yang dikasihi, dan rakan-rakan yang budiman. Selamat
pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili murid-murid
sekolah ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang
kami kasihi.
Hadirin yang saya hormati,
Hari guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan
guru, Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru terhadap kami
amat bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit. Tanpa guru
kami umpama orang buta yang kehilangan tongkat. Guru umpama lilin,
membakar dirinya semata-mata untuk kesejahteraan orang lain.
Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan
kesabaran. Guru memberikan bimbingan dan pendidikan kepada kami.
Tiada lain harapan mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa
depan. Guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa menghadapi
pelbagai karenah kami.
Selain itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi
galakan kepada kami untuk berusaha demi kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Segala tunjuka ajar dan nasihat gurun amat kami hargai.
Guru berbuat demikian demi kebaikan kami juga.
Hadirin yang dikasihi,
Pada hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain
ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik
kami. Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan pengorbanan guru,
saya serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata
kepada Tuan guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat hari
guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi dilimpahi kesejahteraan dan
terus mendidik kami tanpa berasa jemu.
Sekian, terima kasih.