Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT DATO HAJI ZAINUDIN BIN HAJI ISMAIL ,


AHLI PARLIMEN JELEBU
DI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU KALI KE-42 ,TAHUN 2016

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sehati Sejiwa.


Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Osman , pengetua SMK Undang
Jelebu.
Yang Berusaha ,.wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol
Jelebu.
Yang Berusaha Haji Azmi Bin Mohd, Yang Dipertua PIBG SMK Undang
Jelebu,
Naib Yang Dipertua PIBG SMK Undang Jelebu bersama barisan pimpinan
dan AJK.
Yang saya hormati,
Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Jelebu
Para ibu bapa , seterusnya
Hadirin hadirat sekalian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin-Nya saya telah dapat hadir ke sekolah ini. Saya mengucapkan
1

ribuan terima kasih kepada PIBG SMK Undang Jelebu. Saya juga ingin
merakamkan ucapan tahniah kepada barisan guru-guru yang bertungkus
lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih atas
kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa
mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu
bapa dan pihak sekolah. Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis
seperti ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai sikap responsif dan
sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak mereka.
Kepekaan dan keprihatinan inilah yang akan menjadi aspirasi dan
pendorong yang paling bermakna buat anak-anak kita agar berusaha lebih
giat bagi mencapai prestasi tinggi dan cemerlang, di sekolah baik dalam
bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajarpelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Namun, kepada pelajar
yang tidak Berjaya, teruskan usaha, jangan berputus asa. Rebutlah
peluang yang ada di sekeliling kita, baik dalam bidang akademik mahupun
bidang kemahiran. Kepada pelajar lepasan SPM, teruskan perjuangan
anda, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin. Kepada anak-anak yang akan
menduduki peperiksaaan PT 3 dan SPM, jadikanlah kejayaan abangabang dan kakak-kakak ini sebagai
keputusan lebih cemerlang. Tahniah!

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


2

sumber inspirasi untuk mencapai

Golongan berpendidikan dan berkemahiran penting bidang khususnya


dalam industri berteknologi tinggi. Penumpuan kepada tiga strategi utama
untuk melahirkan modal insan kelas pertama iaitu meningkatkan
keupayaan dan Penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains,
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dan memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral merupakan langkah
bijak yang harus didokongi bersama-sama.Dalam membangunkan suatu
tamadun yang besar, sudah pasti tidak akan mampu dipikul oleh manusia
yang rendah kualitinya, rendah akhlaknya. Tiada tekad yang kuat serta
wawasan yang tinggi. Tanpa kekuatan kualiti generasi muda sama ada
dalam aspek intelektual, akal, rohani dan jasmani, cabaran- cabaran yang
mendatang era globalisasi tidak akan dapat ditangani dengan sebaikbaiknya sekali gus kita bimbang matlamat melahirkan lebih ramai anak
yang berpendidikan tinggi tidak mungkin tercapai. Oleh hal demikian, bagi
menjamin hasrat dan impian untuk membina sebuah kegemilangan
tamadun, tidak ada jalan lain selain gemblengan tenaga dan kualiti
generasi muda.
Hadirin hadirat sekalian.
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan, maka semua pihak harus
memainkan peranan dan memberi pendidikan sempurna dan secukupnya
kepada para pelajar yang merupakan generasi masa hadapan. Para
pelajar harus dididik dengan segala kemahiran dan disemai keperibadian
akhlak mulia. Segala bentuk disiplin yang membina keterampilan
hendaklah digarap dalam pemikiran muda. Jika semua ini dilakukan maka
akan muncul satu tamadun yang harmoni intelek dan peribadi.
3

Saya yakin, apabila kita sanggup menerima dan memegang jawatan dalam
PIBG, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan
tugas dan amanah yang telah diletakkan di bawah kita di samping dapat
terus membina sebuah perhubungan yang baik dengan pihak sekolah.
Melalui hubungan erat antara ahli jawatankuasa PIBG dan sekolah maka
adalah lebih mudah untuk melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan
para pelajar

sekali gus meningkatkan prestasi dan kecemerlangan

sekolah. Kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan
komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru ibu bapa dan
yang utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat
penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan
mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan
seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain.
Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam
setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa
hadapan.
Hadirin hadirat sekalian,
Pihak PIBG juga harus memperkukuh dan memantapkan kepimpinan dan
pengurusan

organisasinya

dari

semasa

ke

semasa,

jawatankuasa pelaksanaan yang boleh melibatkan

membentuk

ibu bapa, untuk

bersama-sama dengan pihak sekolah menggerakkan aktiviti pelajar-pelajar


sekolah. Selain itu, PIBG juga boleh dijadikan forum perbincangan antara
ibu bapa dengan guru mengenai kemajuan murid, keperluan pembelajaran
dan menjaga imej sekolah, menaikkan taraf pencapaian pelajar, membantu
menambah kewangan sekolah, membantu pihak sekolah dan pemimpin
masyarakat menyelesaikan masalah gejala sosial, merokok, gengsterisme,
4

dadah dan kegiatan yang boleh meruntuhkan akhlak pelajar. Harapan saya
agar sokongan padu diberikan kepada pemimpin-pemimpin tuan-tuan
supaya segala perancangan dan pelaksanaan setiap program dapat
memberi faedah kepada pelajar dan PIBG

agar dapat terus dijayakan

dengan cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita sepatutnya berasa bangga dan bertuah kerana menjadi rakyat
Malaysia; negara yang aman, makmur dan indah ini. Hasil masyul dari
buminya melimpah ruah, pohon menghijau tumbuh di melata tempat
menyebabkan apa-apa yang ingin ditanam oleh seseorang itu mudah
hidup. Jadi, kita tidak mempunyai masalah kelaparan kerana makanan
mudah didapati daripada pokok-pokok yang ditanam. Saya percaya
sebahagian daripada anugerah Tuhan ini telah dan sedang tuan/puan
nikmati sekarang. Semua ini menjadikan rakyat Malaysia antara yang
mewah kehidupannya di dunia ini. Jadi ,marilah kita sama-sama bersyukur
ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita satu kehidupan yang bahagia
dan istimewa daripada masyarakat dunia yang lain.
Selain sumber-sumber alam yang ada itu, kita juga telah dianugerahkan
Tuhan dengan kestabilan politik hasil daripada kerajaan yang mantap.
Jalinan kesemua ini akan menjadikan kita bangsa yang hebat di dunia ini
jika kita dapat teruskan penggemblengan tenaga dan perpaduan antara
satu sama yang lain. Bersatu-padulah kita dan janganlah berpecah-belah
kerana sedikit perbezaan fahaman atau perbedaan pendapat. Kalau ini
terjadi, kita masih belum lagi mencapai kematangan dalam mengharungi
hidup yang serba mencabar ini.
5

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Pelajaran itu amat penting bagi kita semua. Pada zaman ini dan di negara
kita, kita mengamalkan pendemokrasian pendidikan. Hal ini bermakna
semua

lapisan

masyarakat

diberi

keadilan

dalam

menuntut

ilmu

pengetahuan. Sekarang ini, kita boleh lihat ramai anak-anak pak tani dan
ramai anak-anak pekerja am telah berjaya mencapai pendidikan yang
paling tinggi iaitu ke peringkat PHD. Sekarang ini, kita telah dapat saksikan
betapa hebatnya anak-anak petani yang pada suatu ketika dahulu miskin
tetapi kini memegang jawatan tinggi di sektor awam mahupun swasta dan
ramai juga telah berjaya

dalam menjadi ahli-ahli korporat terkemuka

negara dan di peringkat antarabangsa. Hal ini semua ialah hasil niat suci
kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar mengejar ilmu pengetahuan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Besarlah harapan saya agar ibu bapa serta guru-guru bergabung tenaga
bagi memastikan kejayaan anak-anak didik di SMK Undagn Jelebu. Akhir
kata, saya mengucapkan syabas kepada PIBG sekolah ini atas komitmen
yang

ditunjukkan.

Kejayaan

anak-anak

adalah

simbol

kerjasama,

permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru dan ibu bapa.
Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat
ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Banyak kelok ke penarik,


Kelok tumbuh pohon kuini;
6

Nan elok bawalah balik,


Nan tak elok tinggallah di sini.
Mangkuk jorong pinggang jorong
Si jorong berisi buah jati,
Dua tiga kata terdorong
Jangan masuk ke dalam hati.

Dengan lafaz

bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan mesyuarat

Agung PIBG SMK Undang Jelebu kali yang ke-42.


Sekian. Wassalamualaikum. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai