Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS ITEM

Analisis Skor Ujian


Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan item yang dibina mencapai
sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kegunaan analisis
item, iaitu yang pertama menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang
diharapkan. Untuk tujuan ini , item tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif
pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan
pelajar yang dapat menguasai dengan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran,
mempunyai kekunci item (pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu yang
berfungsi.
Kegunaan analisis item yang kedua ialah memberikan maklum balas kepada pelajar
tentang prestasi mereka bagi setiap item yang dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang
betul, aras kesukaran dan indeks diskriminasi pelajar berkenaan akan menunjukkan
prestasinya bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item tersebut sukar atau mudah
berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah item tyersebut diskriminatif berdasarkan
nilai indeks diskriminasi. Pelajar juga boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia
membuat salah pada mana-mana item.
Kegunaan analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang
kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan pelajar yang
mendapat betul bagi satu item adalah penting kepada guru untuk menentukan perlunya
pengajaran tambahan atau pemulihan.
Kegunaan keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya , jika
sesuatu item itu berulang kali didapati sukar oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan sama
dilakukanya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin
disebabkan maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur pelajar. Sebarang
keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang lengkap tentang pencapaian objektif
sesuatu kurikulum.
Kegunaan analisis item yang kelima adalah untuk menyemak semula item. Maklumat
tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula
item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula dalam ujian yang akan datang. oleh itu
jika setiap kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian kecil item akan disemak dan akhirnya
keseluruhan kualiti ujian akan dipertingkatkan. Adalah lebih menjimatkan masa untuk
menyemak semula item yang lama daripada membina item yang baru.
Kegunaan terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis item, guru boleh
mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui aktiviti ini juga , guru dapat menilai
mutu item yang ditulus selepas setiap kali dilakukanj analisis item.
INDEKS KESUKARAN (IK)
Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini ditentukan
dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam
persamaan berikut:
Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi
p=
item x____________________________

Bilangan calon yang menjawab item x


Nilai bagi p adalah di antara 0.00 hingga 1.00. Item yang mudah mempunyai nilai p
yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walaubagaimanapun,
didapati bahawa item terlalu mudah (apabila nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu terlalu
sukar (apabila p kurang daripada 0.15) tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang
berguna.
IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.

Tafsiran IK
Nilai p
0.61 hingga 0.80
0.36 hingga 0.60
0.20 hingga 0.35

Aras Kesukaran
Item mudah
Item sederhana
Item sukar

Contoh:
Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80%
atau 0.8.
Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah
30% atau 0.3.
Item B lebih sukar daripada Item A
Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab dengan
betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi
tinggi peratusan itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.
INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)
Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan
menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik
atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut
gagal dalam menjawab item tersebut.
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada
murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai keupayaan diskriminasi yang baik adalah
jika item tersebut dapat dijawab oleh kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian tinggi.
Indeks diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian (data selanjar)
dengan skor setiap opsyen bagi sesuatu item berkenaan.

ID ialah satu petunjuk mengenai keupayaan suatu item mengasingkan CPT dan CPR

Tafsiran ID

JAWAPAN SALAH/ DISTRAKTOR (Indeks Diskriminasi Pengganggu)

Indeks Kesukaran Pengganggu