Anda di halaman 1dari 2

Bagi penulisan kreatif,ada gaya bahasa yang tersendiri demi menimbulkan

keindahan secara berkias.Dalam masyarakat Melayu khususnya,bahasa kiasan


diperlukan untuk komunikasi kerana sifat masyarakat itu.Kritikan atau teguran
misalnyatidak disampaikan secara langsung demi menjaga maruah orang yang
ditegur.Demikianlah sifat masyarakat yang sangat mementingkan adab.
Bahasa figurative yang juga disebut sebut kiasanberfungsi untuk meninggikan kesan
penyampaian dengan cara membandingkan suatu benda atau subjek dengan subjek
yang lain.dengan ini,bahasa kiasan dapat mengubah dan menimbulkan nilai rasa
atau konotasi tertentu.Antara nya adalah seperti yang berikut :

Simile
Metafora
Personafikasi
Depersonifikasi
Hiperbola
Alusi.

Simile
Simile membuat perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti,bagai dan
bak.Simile mengandungi dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan
bandingan.Contohnya cinta bagai setitis embunBiasanya,bahan bandingan
mengikut subjek utama tetapi ada kala keadaannya terbalik,iaitu bahan bandingan
yang diikuti subjek.

Metafora
Metafora ialah satu bentuk perbandingan berasal daripada bahasa yunani yang
beerti memindahkan.Metafora tidak menyatakan bahawa sesuatu dibandingkan itu
berkeadaan sepertinya tetapi sebaliknya unsure itu merupakan perkara yang sama
dan bahawa kedua-duanya adalah serupa sedangkan hakikatnya bukan demikian.

Personafikasi

Satu lagi bahasa kiasan yang sangat popular ialah personafikasi.Personafikasi


bermakna memberikan sifat manusia kepada benda atau binatang.Pada asasnya,ini
merupakan bentuk metafora khusus.Dalam keadaan yang paling mudah dan
lazim,personafikasi menggunakan kata ganti diri orang ketiga untuk perkara bukan
manusia,maka perkara itu disebut personafikasi.

Anda mungkin juga menyukai