Anda di halaman 1dari 2

Penilaian kendiri

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan
role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar
dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
kearah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan
akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi.
Program Bina Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang
menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah
dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional.
Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan
buadaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atau
Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh pelajar guru
PISMP semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Sebelum itu, seluruh ahli
kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti
di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya
ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SJKT Jalan Paya Besar iaitu salah
sebuah sekolah yang baru dibina untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli
Jawatankuasa telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda
aras ke sekolah tersebut. Pihak SJKT Jalan Paya Besar telah memberi maklum balas yang positif
untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan Itu.
Apabila sampai di sekolah, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SJKT
Jalan Paya Besar. Seterusnya kami di bawa ke Bilik Mesyuarat yang begitu selesa untuk
mendengar taklimat daripada Guru Besar, En. Karunamurthy. Majlis bermula dengan bacaan doa
oleh saya. Seterusnya Guru Besar telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang
ada di sekolah dan pencapaian SJKT Jalan Paya Besar dalam bidang akademik mahupun sukan.
Disebabkan oleh SJKT Jalan Paya Besar merupakan sekolah baru, guru guru sekolah tersebut
telah berusaha dengan penuh semangat untuk meningkatkan prestasi akademik yang baik. Guru

besar dan guru guru lain juga telah menetapkan pelbagai rancangan untuk memajukan prestasi
sekolah tersebut dari segi bidang akademik, sukan, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu
beliau juga berkongsi pengalaman, cabaran yang dihadapi serta cara mengatasi cabaran tersebut.
Taklimat beliau memberi suatu motivasi intrinsik kepada saya untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab, kreatif dan inovatif.
Setelah taklimat, kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu
kepada kami. Selepas itu, kami telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk menjalankan sesi
soal jawab dengan pihak pentadbiran sekolah iaitu GPK 1, GPK HEM, GPK KOKO, Guru Panitia
Matematik dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat seperti takwim tahunan, carta organisasi
cabaran yang dihadapi, cara mengatasinya dan sebagainya. Disini saya dan kawan kawan saya
dapat peluang untuk membina hubungan yang mesra bersama warga warga SJKT Jalan Paya
Besar. Akhir sekali, kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah.
Antara kawasan yang dilawati ialah pejabat, pusat sumber, bilik guru, sudut pembelajaran, bilik
tayangan dan sebagainya. Sepanjang membuat lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik
dengan bilik pusat sumber kerana mural yang dilukis adalah sangat cantik dan menarik perhatihan
pelawat. Selain itu susunan rak buku, kerusi dan meja adalah kemas. Keceriaan adalah salah satu
unsur dalam 3M yang perlu diterapkan dalam sesebuah sekolah. Dengan ini dapat dilihat secara
kasar bahawa pihak pengurusan sekolah ini sanggup berusaha untuk menerapkan unsur unsur
3M tersebut.
Tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan
dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua
pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya
lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru guru pelatih kerana mampu
memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh sungguh menimba ilmu dan
pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan
ini dapat memberi informasi dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi
memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan
kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk
membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat
bahawa program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai