pembelajaran yang guru terapkan di dalam kelas ini pastinya akan menimbulkan minat
dan sifat ingin tahu murid seterusnya kecindanan yang ada pada guru tersebut
membuat murid tetap kekal fokus di dalam kelas.
Jawapan lain :
Peranan guru sebagai pembimbing agar murid jelas tentang hala tuju dan tujuan
mereka ke sekolah
Pemupukan nilai-nilai murni sejak awal persekolahan agar mempunyai asas yang kuat
dan tidak mudah terpengaruh
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas agar yang bersalah dihukum dan
yang lain mendapat pengajaran daripadanya
Penganjuran kem-kem motivasi dan sahsiah diri bagi membentuk personaliti dan
akhlak yang baik
Mewujudkan hubungan rapo yang baik antara guru dan murid
b. Huraikan kesan yang bakal berlaku seandainya masalah sosial ini terus
merebak dan menjadi barah dalam masyarakat.
[10 markah]
Contoh Jawapan :
Gejala sosial di negara ini jika dilihat dan diikuti perkembangannya adalah berada di
tahap yang membimbangkan. Setiap hari di dada-dada akhbar pasti akan ada berita
yang melaporkan kebejatan masalah sosial yang dilakukan oleh golongan muda
khasnya. Rempit, seks bebas, penyalahgunaan dadah, hiburan melampau, berpakaian
mencolok mata dan sebagainya seakan-akan sudah sinonim dengan mereka.
Sedangkan golongan inilah yang akan mewarisi kepimpinan negara satu hari nanti.
Apakah nasib negara ditangan golongan yang menjadikan hedonisme sebagai
pegangan mereka?
Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang hanya tahu berseronok pastinya
menjadi lemah. Anasir-anasir asing akan mudah menyusup masuk
mengembangkan pengaruh mereka. Akhirnya pemimpin ini menjadi lembu
dicucuk hidung. Natijahnya negara akan dijajah sekali lagi dar? /aVyaf Malaysia
hilang kebebasan yang dinikmati selama ini'.
2
akan
dan
yang
akan
Jawapan lain :
Rakyat akan merana akibat berlakunya penindasan dan negara menjadi huru hara
Peperangan saudara untuk merebut kuasa dan kekayaan akan berlaku.
Mewariskan generasi yang lemah dari segi kesihatan, ekonomi dan ketenteraan
Agama dan moral tidak lagi menjadi panduan dalam hidup bermasyarakat
Bala bencana akan menimpa seperti yang telah terjadi kepada masyarakat yang
terdahulu
Ekonomi negara akan terjejas dan ramai orang akan kehilangan pekerjaaan
Negara akan menjadi miskin dan rakyat mengalami kesempitan hidup
Penyakit-penyakit berjangkit akan mudah merebak dan tahap kesihatan rakyat akan
merosot
2.a Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan yang lengkap dan
mampu memacu perubahan dalam mencapai misi dan visi Negara. ia juga mampu
menzahirkan pendidik yang berkualiti tinggi.
Nyatakan kesan-kesan positif pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 ke atas
sistem pendidikan negara.
[5 markah]
Contoh jawapan :
Empat kesan positif Akta Pendidikan 1996 ke atas sistem pendidikan negara.
i. Kedudukan Bahasa Kebangsaan diperkukuhkan. la menjadi bahasa pengantar
disemua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
ii. Kurikulum disemua sekolah diselaraskan termasuk sekolah jenis kebangsaan.
3
iii. Pendidikan Islam diperluaskan di mana pengajaran subjek Agama Islam di SJK perlu
diajar sekiranya terdapat lima atau lebih pelajar yang beragama Islam.
iv. Pendidikan pra sekolah dipertingkatkan dan penubuhan kelas pra sekolah di aliran
perdana.
v. Pendidikan khas diberi tumpuan di mana pelajar-pelajar yang berkeperluan khas ini
tidak akan diabaikan dalam aliran pendidikan kebangsaan.
Jawapan lain:
Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi landasan akta
Peperiksaan yang sama
Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah
Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih terancang
pendidikan yang memberi penekanan pengunaan bahasa Melayu memberi kesan pada
komuniti.
Jawapan lain:
Penyediaan buku teks dan buku rujukan pelajar dan guru dalam bahasa Melayu.
Membuat pelbagai program bagi memperkasakan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris iaitu MBM/MBI
Meningkatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan bertaraf dunia.
3.
Burnout mungkin disebabkan oleh tekanan yang berterusan serta
memberikan kesan secara fizikal dan psikologi kepada seseorang guru.
a. Senaraikan tanda-tanda kesan burnout yang dihadapi oleh seseorang guru.
[5 markah]
Contoh jawapan :
Burnout jika tidak dapat dikawal akan memberi pelbagai kesan kepada seseorang guru.
Antaranya guru akan terasa terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk melayan murid,
rakan sekerja, pihak pengurusan dan juga ahli keluarga. Seseorang guru yang
menghadapi burnoutakan mengalami emosi yang tidak stabil, menjadi murung, cepat
sedih, mudah terasa dan memandang negatif terhadap sesuatu perkara atau perkataan
yang dicapkan oleh orang lain.
Jawapan lain:
Kesan fizikal seperti kesihatan terjejas, sering mengambil cuti
Kesan organisasi/sekolah, penurunan produktiviti, kes tatatertib/disiplin meningkat.
4.
Strategi pembelajaran dan pengajaran inovatif memberi penekanan kepada
perkembangan teknologi dan peningkatan kemahiran berfikir murid.
a. Terangkan kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempraktiskan
inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
[5 markah]
Contoh jawapan
Guru perlu mempunyai inisiatif untuk mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada
sesuatu yang kreatif dan berinovatif. Kecenderungan guru ke arah inovasi dapat dilihat
jelas dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penemuan, inkuiri
dan resos, projek dan pembelajaran aktif. Murid digalakkan mencari, meneroka, menilai
dan menggunakan maklumat untuk menghasilkan pengetahuan baru dalam
pembelajaran. Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsikan bersama
murid-murid yang lain. Guru berperanan sebagai pemudahcara. Pembelajaran juga
boleh berlaku hasil daripada maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam
pembelajaran.
Jawapan lain
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
Inkuiri .
Hands-On Learning
Didik Hibur
b.
Cikgu Junaidah menghadapi masalah mengajar murid-muridnya
menghasilkan karangan yang bermutu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Beliau mendapati murid-muridnya malas membaca, tiada dorongan dan
ketandusan idea untuk menulis karangan. Huraikan bagaimana guru dapat
memperbaiki masalah tersebut melalui satu contoh kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berinovatif
(10 markah)
Contoh jawapan
Inovasi boleh tercetus apabila timbul masalah seperti contoh kelemahan menulis
karangan. Guru juga perlu menilai sebab kelemahan murid seperti malas membaca,
tiada dorongan dan ketandusan idea. Oleh itu guru perlu mencari pelbagai kaedah
berinovasi bagi mengatasi masalah tersebut. Contohnya guru boleh menggunakan
kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Guru menggunakan bahan berita
sepanjang minggu da/am oentuk simulasi di dalam bilik darjah. Kemudian guru boleh
meminta pelajar melaksanakan tugasan merumuskan isu, mencari jawapan dan jalan
penyelesaian kepada isu tersebut dengan menggunakan teknik i-Think. Guru boleh
menggalakkan pelajar menyarankan idea baharu dan bersifat analitikal, kritikal dan
praktikal dalam menterjemahkan idea mereka kepada aplikasi. Kaedah yang pelbagai
boleh memberi motivasi dan galakan kepada murid. Pelajar dapat membuat aplikasi isi
pelajaran kepada masalah autentik yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pelajar juga perlu menjawab soalan yang
mencabar dan komstowV.tof Qan diberi jangka masa yang sesuai untuk menyelesaikan
m#salah yang diberi. Pelajar juga perlu belajar secara koperatif dan koiiaboratif dalam
menjayakan satu-satu tugasan yang diberi. Murid dapat m&nanganj /su dan gmalan
sebenar dalam kehidupan persekitaran
Jawapan lain
Calon perlu beri huraian contoh bagaimana guru menggunakan kaedah di bawah untuk
mengatasi masalah kelemahan mengarang Bahasa Melayu
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
Inkuiri
Hands-On Learning
Didik Hibur
BAHAGIAN B
(60 markah)
1. Kajian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010 mendapati bahawa lebih
kurang^ 80 % guru meggunakan ICT (TMK) kurang satu jam seminggu. Kajian
tersebut juga mendapati bahawa hanya sepertiga murid menyatakan bahawa guru
mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada 2012 mendapati
bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi
pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran.
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025)
Bincangkan sejauh mana Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berperanan
membantu guru dalam menghadapi cabaran globalisasi dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran.
[20 markah]
Contoh jawapan Pro :
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang pesat teiah memberi
kesan kepada semua bidang kehidupan termasuklah bidang pendidikan. TMK sangat
membantu bidang pendidikan terutama guru dalam menghadapi cabaran globasisasi.
TMK membantu guru dalam menyediakan pelbagai maklumat dan ilmu yang berkaitan
dengan pendidikan dengan sangat banyak dan meluas. Maklumat ini boleh ini boleh
didapati dalam pelbagai bentuk seperti audio-visual, dokumen, rujukan dan Iain-Iain.
Selain itu guru.guru juga dapat berkongsi maklumat dan data sebagai resos pendidikan.
Bahan-bahan yang terdapat boleh digunakan sebagai bahan akademik, bahan
penyelidikan dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru dapat
berkongsi idea dalam bidang PdP dan mencari penyelesaian bersama dengan guru dari
seluruh dunia dalam menghadapi pelbagai masalah pendidikan. Maklumat ini boleh
dikongsi secara pantas melalui hantaran elektronik, CD Rom, cakera padat, telesidang
dan sebagainya.
Guru boleh menggunakan TMK dalam proses PdP di dalam bilik darjah dengan
menggabungkan kaedah dan teori pengajaran seperti pengajaran berasaskan
komputer. Guru mendapat peluang mendidik pelajar menguasai teknologi maklumat
seperti menggunakan pelbagai perisian dan menggunakan laman sesawang untuk
9
10
2.
Gangguan dan tekanan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada
persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Kecenderungan ke arah pelakuan
negatif wujud kerana dipengaruhi rangsangan di sekelijjflg ft mengganggu emosi
mereka.
(Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir, UPM).
Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk menangani gangguan
dan tekanan emosi murid dalam konteks amalan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
[20 markah]
Contoh jawapan :
Tindakan pertama ialah mengesan gangguan emosi muridmelalui tingkah laku dan
pencapaiannya dalam pembelajaran. Antara tandamasalah emosi murid ialah tidak
hadir ke sekolah tanpa sebab, selalu mengantuk atau tertidur dalam kelas, kelihatan
letih, sering berasa cemas dan takut. konsep kendiri yang lemah, cepat marah, suka
bergaduh, kerap berbohong, membela diri secara tidak menentu, mengkritik secara
keterlaluan dan sebagainya.
Murid yang mengalami gangguan emosi harus dibantu dan tidak seharusnya dibiarkan
berterusan. la memberi kesan kepada perkembangan mental dan akhirnya menjejaskan
pencapaian akademik mereka. Tambahan pula seorang murid memenuhi kebanyakan
masanya di bangku sekolah. Oleh itu, peranan guru dan pihak sekolah sangat penting
untuk menyusun aktiviti kurikulum demi menyemai pembentukan emosi yang positif
dalam kalangan murid. Guru harus memperkembangkan pengalaman murid dengan
menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan
ciri-ciri muridnya. Penggunaan bahan mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid
mendorong mereka mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembelajaran
seterusnya membantu mengekalkan emosi mereka terhadap aktiviti pembelajaran.
Guru harus berusaha untuk membantu murid berasa dirinya sebahagian daripada bilik
darjah. Guru perlu menggerakkan keinginan murid untuk melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti pembelajaran. Peranan mereka sentiasa diterima, dipuji dan
diperhatikan oleh guru dan rakan.
Jawapan lain :
Membina suasana emosi bilik darjah yang kondusif seperti melahirkan sifat-sifat
penyayang, berlimbang rasa, peramah, lucu serta menjalankan tugas dengan
11
bertanggungjawab dan adil. Di samping itu guru mesti prihatin, peka dengan
perkembangan murid
Mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dengan berkongsi tanggungjawab dengan
murid serta sentiasa memberikan galakan dan bukannya desakan bagi menghasilkan
aktiviti PdP yang menarik dan menyeronokkan seperti berkongsi pengalaman, cerita,
tugasan yang sesuai dan sebagainya
Apabila emosi. murid dapat dikawal maka guru dapat menjelaskan apa yang perlu
dipelajari oleh murid melalui penerangan yang jelas dan berstruktur. Isi pelajaran harus
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Kesediaan murid menerima pelajaran
harus diperhatikan guru. Perhubungan positif antara guru murid harus dikekalkan
sepanjang proses pembelajaran. Situasi ini akan mendorong murid mengamalkan
tingkah laku yang efektif dan berkualiti serta emosi yang stabil.
b.
Cikgu Joseph seorang guru baharu berkhidmat di sekolah A. Semasa
pengajaran, beliau tidak dapat mengawal tingkah laku sebilangan pelajar dalam
kelasnya.
Berdasarkan situasi di atas, analisis punca-punca utama wujudnya masalah
tingkah laku dalam kalangan pelajar-pelajarya
[15 markah]
Contoh jawapan:
Punca yang paling ketara wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah adalah
disebabkan kebosanan dalam kalangan murid-murid. Ini berlaku kerana guru gagal
menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian
murid. Guru tidak peka dengan keperluan murid-murid seperti kasih sayang,
penghargaan, diri, keselamatan dan Iain-Iain lagi.
Lain-lain jawapan:
Pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar,
kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti
adalah terlalu lama
Pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan
terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran
Keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit
tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
12
Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari
luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah
Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.
3.
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan
tekanan besardalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020,
/alaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu
lencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian
.an kebudayaan dan yang paling penting adalah pendidikan Strategi-strategi dan
perubahan inovasi dalam sistem pendidikan perlu digerakkan dan dikembangkan
dalam memenuhi hasrat tersebut.
Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sejauh mana guru-guru di Malaysia
bersedia menjayakan misi tersebut
[20 markah]
Contoh jawapan pro:
Banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh guru di Malaysia bagi mencapai hasrat
tersebut antaranya melalui penguasaan ilmu dan kemahiran. Kebanyakan guru telah
diberikan latihan dan kemahiran yang cukup di bawah kursus-kursus anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru juga sentiasa mendapat latihan tambahan
seperti Latihan dalam Perkhidmatan, kursus jangka pendek dari masa ke semasa untuk
meningkatkan pengetahuan kemahiran yang sentiasa berubah. Guru senantiasa diberi
peluang melalui belajar dalam pelbagai program dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat seperti menguasai ilmu psikologi, pedagogi, TMK dan Iain-Iain.
Guru juga didedahkan softskill (kemahiran insaniah) seperti kemahiran komunikasi,
team-work, kepimpinan keusahawanan terutama dalam persekitaran kerja mereka di
sekolah. Dengan itu guru dapat memantapkan personaliti dan karakter diri sebagai guru
yang baik dan dapat menjadi contoh atau role model kepada pelajar dan orang lain
seperti tingkahlaku yang baik, bertanggungjawab, kepimpinan.
Guru juga mendapat banyak pendedahan meningkatkan penguasaan TMK yang pesat
supaya tidak ketinggalan dengan itu guru dapat melaksanakan PdP yang kreatif dan
interaktif. Guru dapat menggunakan pelbagai sumber dari TMK seperti web, forum, eleaming dalam PdP dan dapat melaksanakan PdP yang kreatif. Penyediaan portal
pembelajaran membantu di bilik darjah seperti mengajar menggunakan kaedah
berpusatkan murid, HOTS, ICT, inkuiri, project-based learning, penyelesaian masalah,
konstruktivisme dsbnya.
Jawapan lain :
sokongan organisasi KPM, JPN, PPD, sekolah
13
aalan EDU3093
SOALAN STRUKTUR
1. Malaysia telah melibatkan diri dengan UNESCO sejak tahun 1958. Sejak dari tarikh
itu Malaysia telah banyak menjalankan usaha untuk merealisasikan tonggak-tonggak
pendidikan UNESCO.
Huraikan bagaimana guru di Malaysia telah memainkan peranan dalam menegakkan
satu daripada tonggak pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk mewujudkan suasana
harmoni dan bekerjasama dalam konteks pendidikan.
2 Pendemokraslan pendidikan ialahpeluang pendidikan untuk semua
Huraikan usaha-usaha yang telah dijalanan untuk merealisasikan hasrat
pendemokrasian pendidikan di Malaysia.
3. Dalam Peraturan-Peraturan Tatakelakuan Dan Tatatertib Pegawai-Pegawai Awam,
1993 (Pindaan 2002), Peraturan 4A menjelaskan bahawa penjawat awam tidak boleh
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.
Huraikan tindakan yang dikenakan beserta TIGA contoh pelanggaran Peraturan 4A
oleh seseorang guru.
"4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melaku- kan gangguan seksual terhadap orang
lain,iaitu,seseorang pegawai tidak boleh;(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan
seksual daripada orang itu: atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat
seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambil kira
segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina
atau terugut.
(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat
seksual kepada orang lain
(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di
hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara li san, bertulis atau
dengan apa-apa lain;
(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja
sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam.
14
15
1.
Sekolah Wawasan "berhasrat untuk melahirkan anak bangsa Malaysia lebih
bersifat cinta akan negara dan menjaga kepentingan rakyat Malaysia"
(a)
Jelaskan dua ciri utama dalam sekolah wawasan untuk menyemarakkan
perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
(b)
Huraikan empatcara bagaimana anda dapat merealisasikan perpaduan kaum
melalui penubuhan sekolah wawasan.
2.
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam Tata
Kelakuan bagi anggota perkhidmatan awam di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002).
a. Jelaskan dua (2) rasional Peraturan Tatatertib Pegawai Awam dilaksanakan.
16
ESEI
1. Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk
menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya
saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. sebaliknya kita perlu
membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk
kepada kita.
(a)Jelaskan lima kesan positif globalisasi pendidikan
(b)Jelaskan lima kesan negatif globalisasi pendidikan.
2. Alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak
tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan
kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja.
(a) Huraikanlima tanda-tanda pelajar tersebut sedang menghadapi tekanan emosi.
(b) Di Malaysia beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks
melindungi hak kanak-kanak.
Bincangkan sejauhmanakah hak perlindungan kanak-kanak di Malaysia diamalkan di
sekolah.
Soalan 3 (a)
Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan penting dalam memaju dan
memodenkan sistem pendidikan di Malaysia.
Huraikan lima kesan pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan kepada
masyarakat guru dan Negara Malaysia sendiri.
Soalan 3b
17
JAWAPAN BAHAGIAN B
1. (a) dua ciri utama dalam sekolah wawasan untuk menyemarakkanPerpaduan
i. Gabungkan 3 sekolah dalam satu kawasan
ii. Berkongsi kemudahan
1. (b) 4 peranan guru di sekolah wawasan untuk mencapai perpaduan nasional
i. Memperkasakan sekolah wawasan
ii. Perkongsian perhimpunan
iii. Perhimpunan sukan tahunan
iv. Sambutan hari guru
v. Pelaksanaan kokurikulum
vi. Pertukaran peranan guru pakar di sekolah wawasan
vii. Galakkan perkongsian kantin, perpustakaan dan tempat reha
viii. Lain-lain yang munasabah.
18
19
3. (a) Jelaskan tiga isu dan cabaran yang menimbulkan stress dalamkalangan guru
1. harapan/permintaan terlalu tinggi 2. pelaksanaan pelbagai reformasi
3. hubungan antara individu 4. beban kerja-- kerja perkeranian 5. kerenah pelajar 6.
pengiktirafan professional 7. sumber pengajaran
8. perhubungan kurang baik dengan rakan sekerja 9. sikap pihak pengurusan 10.
kurang masa rehat
3 (b) Cadangkan dua langkah yang sesuai untuk menangani stres yang dihadapi oleh
guru
I. tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
ii. praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
iii. berkomunikasi secara berkesan
iv. tangani kritikan dengan baik
v. tangani kemarahan dengan berkesan
vi. atasi masalah dengan berkesan
BAHAGIAN B
(a)
deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini
akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
BAHAGIAN C
JAWAPAN
Soalan 1
(a) Jelaskanlima kesan positif globalisasi pendidikan.
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan / pendidikansepanjang hayat
Pembentukan jati diri pelajar.
Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
Pembentukan jati diri
Kualiti guru
22
Soalan 2
(a) Huraikanlima tanda-tanda pelajar tersebut sedang menghadapi tekanan emosi.
23
24
25