Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PdP
PENDAHULUAN
Mata pelajaran sains merupakan antara mata pelajaran yang mempunyai
kepentingan kepada pembangunan negara. Ini kerana menjelang negara maju
2020 sains dan teknologi sangat diperlukan kepada asas yang membantu kepada
pencapaian negara kita. Mata pelajaran sains menjadi mata pelajaran wajib lulus
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ada kalangan murid
meminati mata pelajaran ini dan ada yang menganggapnya mata pelajaran yang
susah. Apapun situasinya, guru perlu mengajar dan berusaha agar pengajaran
dan pembelajaran murid berjalan lancar.

Pengenalan
Dalam mempelajari mata pelajaran sains, terdapat beberapa masalah
murid yang dapat diperhatikan wujud dalam kelas yang saya ajar. Saya lebih
memfokuskan kepada masalah penguasaan murid terhadap kemahiran saintifik
atau kemahiran proses sains berbanding masalah tingkahlaku murid. Saya
memfokuskan kajian terhadap penguasaan kemahiran proses sains. Penerapan
Kemahiran Saintifik adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat
mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta
membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti
penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna (Abu Hassan, 2004,
seperti yang dinyatakan dalam Mohd Ali Bin Ibrahim, 2010.) Menurut Mohd
Ali dan Rohiza (2010) Kemahiran Proses Sains adalah amat penting selain

daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ia juga dapat
membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Menurut Faridah, Rohaida
dan Abd. Razak (2013) guru perlu memberi noktah kepada kaedah pengajaran
yang tidak berpusatkan murid sebaliknya menggalakkan kaedah eksperimen dan
penglibatan murid yang menyeluruh.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Saya mengajar mata pelajaran sains yang di salah sebuah sekolah
pedalaman satu di Bahagian Limbang bermula 14 Februari 2011. Penempatan
pertama di sekolah pertama pada 2 Julai 2002 sebelum berpindah ke sekolah
kedua sekarang ini. Dua buah sekolah ini mempunyai budaya dan latar belakang
yang berbeza. Situasi ini memberikan saya banyak pengalaman serta
pengetahuan baru untuk mempersiapkan diri saya dengan ilmu keguruan.
Saya mengajar mata pelajaran sains untuk kelas tahap dua iaitu Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6. Jumlah enrolmen murid di sekolah ini adalah seramai 116
orang di mana seramai 14 orang untuk Tahun 4, 17 orang bagi Tahun 5 dan 17
orang bagi Tahun 6. Walaupun bilangan murid untuk satu kelas yang diajar itu
rendah namun cabaran tetap wujud. Kekurangan dan kerosakan peralatan ICT
seperti LCD dan komputer riba mempengaruhi corak pembelajaran dan
pengajaran (pdp). Namun sekolah diberi 20 unit komputer di dalam Bilik
Komputer yang boleh digunapakai dalam pdp. Sekolah mempunyai sebuah bilik
sains namun kekurangan dari segi peralatan sains dan kelengkapan yang
sepatutnya ada pada sebuah bilik sains. Keadaan bangunan yang sudah uzur dan
sempit mengurangkan kekerapan penggunaan bilik sains tersebut. Bilik sains ini

merupakan ubahsuai kekal bekas bilik asrama murid kerana bangunan asrama
baru telah dibina.
Kemahiran proses sains membuat inferens merupakan salah satu
kemahiran yang mencabar untuk diajar kepada murid-murid kerana ia bersifat
abstrak. Pada peringkat umur lingkungan 7 hingga 11 tahun, pemikiran murid
adalah bersifat konkrit. Seperti yang dikatakan oleh Piaget,(1964) They
operate on objects and not yet on verbally expressed hypotheses. Untuk
mencapai penguasaan kemahiran proses sains (membuat inferens), murid perlu
berfikir sesuatu yang lebih abstrak . Dalam erti kata lain, murid saya perlu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk mengetahui sesuatu
yang baharu.
Pencapaian murid saya ialah kurang mendapat markah Bahagian B
dalam ujian yang telah diadakan. Bahagian B sains sebenarnya merupakan
soalan struktur yang menilai kemahiran proses sains(KPS). Murid belum
menguasai kemahiran proses sains dengan sebaiknya. Antara KPS yang dinilai
adalah memerhati dan membuat inferens yang selalu menjadi kesukaran
kepada murid untuk menjawabnya. Saya memberikan mereka lembaran kerja
yang khusus kepada KPS memerhati dan KPS membuat inferens.

FOKUS PROJEK INOVASI


Walaupun terdapat 12 kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh
murid, namun dapatan dan hasil pemerhatian memberikan saya hasrat untuk
memfokuskan kajian saya terhadap dua KPS sahaja iaitu KPS memerhati dan
membuat inferens. Meningkatkan penguasaan KPS memerhati dan membuat
inferens menggunakan kaedah amali merupakan fokus projek saya.
3

OBJEKTIF PROJEK
(a)

Meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains (KPS)

(b)

murid dalam memerhati menggunakan kaedah amali.


Meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains (KPS)
murid dalam membuat amali.

KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 6, Seramai 18 orang

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Prosedur projek
Projek ini menggunakan Model Kemmis dan McTaggart(1988) sebagai asas
perlaksanaan.
Rajah 1.1: Model Kajian Kemmis dan McTaggart
Kitaran 2

Mereflek
Kitaran 1

Memerhati

Merancang
Bertindak

Menurut model kajian ini, terdapat empat peringkat dalam satu kitaran
kajian. Adaptasi daripada model ini membolehkan saya melaksanakan projek
inovasi ini.
Merancang tindakan: Peringkat ini merupakan perancangan projek. Dalam
perancangan awal, saya mengenalpasti responden. Selain itu, saya juga
mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir berkaitan perlaksanaan projek
yang akan dijalankan ini. Kedua ialah merancang sesi Pengajaran dan
4

Pembelajaran menggunakan kaedah amali dan permainan. Dalam proses PdP


saya merancang menggunakan instrumen lembaran kerja pada akhir PdP saya
berkaitan dengan pemerhatian dan membuat inferens.
Melaksanakan tindakan: Peringkat ini adalah peringkat projek inovasi
dijalankan. Saya menjalankan sesi PdP kaedah amali disertakan dengan teknik
pertandingan. Saya menyediakan lembaran kerja dengan soalan perbincangan
berkaitan yang menjurus kepada KPS memerhati dan membuat inferens.
Memerhati: Saya akan membuat pemerhatian dan menilai prestasi murid saya.
Saya catatkan penilaian saya berdasarkan pemerhatian, soalan lisan ataupun
soalan perbincangan secara bertulis murid saya. Saya akan kumpulkan dapatan
saya ini. Segala hasil dapatan ini saya akan analisis dan nilai. Saya akan
membuat refleksi berkaitan amalan PdP saya melalui projek inovasi ini.
Membuat refleksi: Saya akan membuat refleksi kendiri berdasarkan
pemerhatian dan juga hasil lembaran kerja murid yang diberikan.
Pelaksanaan Tindakan
Jadual 1.1 : Jadual pelaksanaan Projek Inovasi
Bil

Tarikh

Aktiviti
-perjumpaan dengan mentor dan

Catatan

pentadbir sekolah
-Membuat refleksi PdP,
23/3/15

mengenalpasti masalah, tajuk,


objektif Pojek Inovasi.
-Perjumpaan dengan mentor dan

2
3

24/3/15
25/3/15

berbincang tentang projek inovasi.


-Penulisan kertas cadangan dan
perjumpaan dengan mentor untuk
perbincangan mengatasi masalah

30/3/15

yang wujud.
-Sesi PdP

2/4/15
6/4/15

-Refleksi
-Sesi PdP dengan inovasi

10/4/15

-Refleksi
-Menyediakan laporan projek

13/4/15

17/4/15
18/4/15

inovasi
-Cadangan penambahbaikan
-menghantar Portfolio Internship

ANGGARAN KOS
Jadual 1.2: Anggaran Kos Kajian
BIL
1
2
3
4

JENIS BAHAN
Kertas 2 rim x RM12.00
Kad Manila 4 x RM1.00
Fotostat bahan/ laporan
Marker pen 3 set x 10.00
JUMLAH

JUMLAH KOS
RM 24.00
RM 4.00
RM10.00
RM 30.00
RM 64.00

Anggaran kos adalah seperti di atas. Bahan-bahan ini diperlukan


dalam menjalankan projek inovasi nanti.
Disediakan oleh:
----------------------------------------------(Rusman bin Omar)
SCE1

Anda mungkin juga menyukai