Anda di halaman 1dari 2

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Proses pengajaran bagi seseorang guru merupakan salah satu elemen yang penting
dalam pendidikan. Setiap proses ini memerlukan perancangan yang sistematik dan objektif
yang jelas untuk dicapai. Justeru, reka bentuk pengajaran merupakan salah satu perkara yang
penting dalam memastikan hasil pembelajaran tercapai dengan mudah melalui perancangan
bahan dan penyampaian pembelajaran yang tersusun.
Terdapat banyak peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran yang boleh dilihat
dengan mudah. Salah satu peranan yang utama adalah untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah lebih teratur. Hal ini kerana melalui reka bentuk pengajaran ini, guru
dapat melihat susunan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh beliau bagi memastikan
ianya berjalan dengan sistematik. Guru dapat melihat set induksi sebagai langkah pertama dan
diikuti dengan isi pelajaran seterusnya diakhiri dengan rumusan pengajaran. Kesan daripada
perkara ini, guru dapat memastikan proses pengajaran yang dijalankan berjalan secara
sistematik dan teratur. Jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran seorang guru menjadi
lebih teratur merupakan salah satu peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran.
Selain itu, kepentingan reka bentuk pengajaran ialah dapat memastikan hasil
pembelajaran mudah tercapai. Hal ini demikian kerana perancangan pengajaran yang baik
dapat menjamin pencapaian hasil pembelajaran yang dirancang dengan lebih mudah.
Seseorang guru yang menggunakan reka bentuk pengajaran dalam perancangan pengajaran
akan dapat menjadikan pembelajaran muridnya lebih jelas serta berkesan. Melalui perkara ini
juga, guru mudah untuk menetapkan hasil pembelajaran selaras dengan aras kebolehan
muridnya. Kesan daripada perkara ini, murid akan mudah untuk menerima pembelajaran yang
diajar kerana sesuai dengan tahap mereka. Jelaslah bahawa hasil pembelajaran akan mudah
dicapai merupakan salah satu kepentingan reka bentuk pengajaran.
Di samping itu, peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran ialah dapat
menjimatkan masa dan kos yang tinggi, khususnya bagi program yang besar dan luas. Perkara
ini boleh dilihat apabila reka bentuk pendidikan jarak jauh (PJJ) diperkenalkan oleh sesetengah
institusi pendidikan. Hal ini demikian kerana proses pembelajaran dapat dilakukan dengan
mudah iaitu melalui pembelajaran maya sahaja. Kesan daripada perkara ini ialah ianya dapat
merapatkan hubungan antara guru dan murid walaupun berada di berlainan tempat serta
kawasan. Justeru, jelaslah bahawa masa serta kos yang besar dapat dijimatkan merupakan
antara salah satu peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran.
PERANAN MESEJ DAN MEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah
dalam menyampaikan isi pelajaran. Media pengajaran juga menjadi penghubung antara guru
dengan murid serta murid dan murid dalam memahami sesuatu perkara. Media sering
menggunakan pelbagai pancaindera murid dalam memastikan isi pelajaran dapat disampaikan
dengan berkesan. Hal ini demikian akan mengakibatkan suasana persekitaran pembelajaran

yang menyeronokkan terjadi kerana murid berdepan pengalamana belajar yang sebenar.
Justeru, peranan mesej dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
dalam memastikan