Anda di halaman 1dari 11

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran


sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga
kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif
termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian
ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan
diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan
sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan
disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan
kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti
wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani
juga memainkan peranan penting dalam kehidupan
seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering
menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di
dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan
rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam
kehidupannya.
Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam
kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang
iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan
kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan
raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya
di negara kita tidak setanding dengan kemudahan
infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi??
Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya
bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat
digunakan??
Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Antaranya
memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali
pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di
lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna
mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di
jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap
bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain

dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa


diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap
keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat
diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi
tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang
basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua
pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen
tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya,
nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG
Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa
menabung penting kepada setiap orang?Orang-orang tua ada
menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat,
hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.
Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat
membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan
pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang
disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam
kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk
membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika
berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh
digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana
kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini
membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat
dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung
hutang yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang
positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula menyimpan
dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan
bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian,
terima kasih.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan
seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan
seimbang? Dan apakah kepentingan makanan
seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang

mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh


tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi
dan juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua
orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang
akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,
menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut
menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.
Makanan seimbang penting terutama kepada para
pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah
pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika
di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan
daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang
penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di
dalam kelas.
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting
buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang,
individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan
penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan
anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk
kestabilan kesihatan. Terima kasih.
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh
para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu
persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti
dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta
menyertai kegiatan unit beruniform.
Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para
pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum
dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk
saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama
bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan
memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang
diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa
berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan
cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar
dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan
melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain,
berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini
membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak

bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah


akhlak.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan
yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa
berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau
tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!
Sekian, terima kasih.

PIDATO BAHAGIAN B (SPONTAN)


Disediakan oleh: Steward Mohammad
sempena Pertandingan Pidato Piala Diraja, Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Sibu,
Sarawak 2015
Format Mudah
(1) Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera para hakim, penjaga
masa dan hadirin hadirat sekalian.
(2) Tajuk pidato kedua saya pada pagi ini ialah '_____'
(3) Definisi bagi tajuk pidato saya iaitu '_____' ialah _______________
____Pembukaan____
____Indikator 1 ____ Tuntasnya,.....
____Indikator 2 ____ Konklusinya,....
____Indikator 3 (jika perlu)____
(4) Kesimpulannya, ____________________________________________________
_____________________________________________________________________
Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup
(1)
(2) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup'
(3) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup' ialah amalan tabiat yang meningkatkan
tahap kesihatan mampu menjamin kesejahteraan hidup.
Amalan yang mampu menjaga kesihatan ini semakin hari semakin diabaikan oleh rakyat
Malaysia kita. Pelbagai nasihat telah diberikan namun umpama mencurah air ke daun keladi.

Apakah amalan gaya hidup yang boleh dipraktikkan untuk menjamin kualiti hidup?
Indikator saya yang pertama, amalan-amalan negatif sepatutnya dielakkan. Hal ini kerana,
amalan yang negatif mampu mempengaruhi kesihatan kita. Misalnya, amalan merokok boleh
membawa kepada pelbagai penyakit. Antaranya, sakit jantung, barah paru-paru dan
kemungkinan menghidapi strok. Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan
amalan-amalan negatif mampu menjamin kualiti hidup.
Indikator saya yang kedua, amalan senaman sewajarnya dikerapkan. Amalan ini bertujuan untuk
menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana, sisa toksin dikeluarkan dari badan semasa
senaman melalui peluh. Sebagai contohnya, aktiviti senaman boleh dilakukan sebanyak 3 kali
seminggu iaitu 20 minit satu sesi. Konklusinya, amalan senaman mampu menjamin kualiti hidup,
**** Indikator lain: Makan makanan seimbang
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan negatif dan
mengamalkan senaman mampu menjamin kualiti hidup. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin
dan hadirat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cerdas. Ingatlah, badan sihat otak
cerdas. Sekian,terima kasih.
Bahasa Jiwa Bangsa
(1)
(2) 'Bahasa Jiwa Bangsa'
(3) 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah bahasa yang menjadi milik mutlak sesuatu bangsa serta menjadi
identiti kebangsaan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, bahasa ini kian tergugat dengan
bahasa-bahasa asing dari negara-negara atas angin. Rakyat mengagungkan bahasa luar kerana
ingin kelihatan bergaya dan mengikuti perkembangan masa kini. Tetapi, mereka lupa
kepentingan bahasa Melayu ini. Persoalannya, apakah kepentingan bahasa Melayu?
Indikator saya yang pertama, bahasa Melayu penting dalam seni hiburan. Pada masa kini, kita
semua tahu bahawa bidang seni hiburan di negara Malaysia memerlukan penggunaan bahasa
Melayu dalam pembikinan karya. Sebagai contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam
pembuatan lagu, drama, filem dan teater. Tuntasnya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni
hiburan.
Indikator saya yang kedua, bahasa Melayu penting dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana,
sekiranya guru dan pelajar menggunakan bahasa Melayu dalam proses P&P pelajar akan lebih
cepat faham. Hal ini pasti mampu menjadikan pelajar itu cemerlang. Konlusinya, bahasa Melayu
penting dalam pendidikan.
**** Indikator lain: Alat perkomunikasian
Kesimpulannya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan dan pendidikan. Oleh itu,
saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa memartbatkan bahasa Melayu agar
dikenal di peringkat global supaya mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain. Ingatlah, bahasa melambangkan bangsa. Sekian,terima kasih.
Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti
(1)
(2) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti'

(3) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti' ialah alam sekeliling yang dijaga dan
dipelihara menjadikan rakyat hidup sejahtera.
Alam sekitar kita kian tercemar pada masa kini. Hal ini menyebabkan berlakunya bencana alam
seperti banjir, jerebu dan kemarau. Persoalannya disini, apakah cara yang efektif bagi
melestarikan alam sekitar untuk kehidupan rakyat yang berkualiti?
Indikator saya yang pertama, Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang penting. Jabatan
tersebut seharusnya turun padang memantau aktiviti yang dilakukan terhadap hutan untuk
mengelakkan pencemaran. Aduan yang diterima sewajarnya diselesaikan dengan segera.
Misalnya, masalah banjir melanda negara kita baru-baru ini (hanya sesuai digunakan sekitar awal
tahun 2015) dipercayai berpunca daripada penebangan pokok. Jadi, Jabatan Alam Sekitar
seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Tuntasnya, Jabatan Alam Sekitar
berperanan penting untuk melestarikan alam sekitar.
Indikator saya yang kedua, kempen yang dianjurkan boleh melestarikan alam sekitar. Kempen
tersebut bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan penjagaan alam. Misalnya,
kempen yang pernah dianjurkan ialah Sayangi Sungai Kita, Cintai Alam Sekitar dan sebagainya.
Konklusinya, kempen yang dianjurkan memapu melestarikan alam sekitar serta menjadikan
kehidupanj rakyat berkualiti.
**** Indikator lain: Peranan pihak sekolah

Kesimpulannya, alam sekitar boleh dilestarikan melalui peranan Jabatan Alam Sekitar dan
penganjuran kempen dan mampu menjamin kualiti hidup rakyat. Oleh itu, saya sarankan kepada
hadirin dan hadirat untuk menjaga alam sekitar kita. Ingatlah, alam sekitar tanggungjawab
bersama. Sekian,terima kasih.
Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan
p/s: Apa-apa sahaja yang berkaitan perpaduan, isinya boleh disamakan melainkan soalan
merujuk kepada sesuatu pihak sahaja. Sebagai contoh soalan yang tidak boleh sama isi dengan
tajuk ini, Peranan Media Massa Dalam Perpaduan, Peranan Kerajaan Dalam Perpaduan atau
Peranan Sekolah Dalam Perpaduan.
(1)
(2) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan'
(3) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan' ialah penyatuan rakyat yang kukuh mampu
menjadikan negara aman dan sejahtera.
Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan
betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan perpaduan itu lebih utuh?
Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal
ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka
akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun
Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu
sama lain dan mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan
perpaduan lebih utuh.

Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan
kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan
menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh
kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah
terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan kaum.
**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Kesimpulannya, keutuhan perpaduan mampu diwujudkan melalui Rukun Negara dan
penganjuran rumah terbuka serta penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan
kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah
sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.
Perpaduan Teras Keamanan Negara
(1)
(2) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara'
(3) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara' ialah penyatuan masyarakat penting untuk
keharmonian dan kesejahteraan negara.
Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan
betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian.
Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan perpaduan itu lebih utuh?
Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal
ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka
akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun
Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu
sama lain dan mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan
perpaduan lebih utuh.
Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan
kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan
menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh
kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah
terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan kaum.
**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Kesimpulannya, perpaduan penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan kepada
hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika
bersatu padu, pasti mampu menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.
Sekolah Penyayang Murid Cemerlang
(1)
(2) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang'
(3) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang' ialah sesuatu organisasi tempat menuntut ilmu yang
mempunyai ciri penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam semua bidang seperti
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pelajar menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Adakah anda semua tahu, sekolah
yang penyayang lebih cenderung melahirkan pelajar yang cemerlang. Persoalannya, sekolah
penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi atau aspek apa?
Indikator saya yang pertama, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi
akademik. Hal ini kerana , pelajar akan dibimbing dan diberi perhatian berterusan oleh guru.
Sudah pasti pelajar akan lebih memahami pembelajaran itu. Jadi, pelajar yang cemerlang
mampu bersaing di peringkat dunia dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara yang lain. Tuntasnya, pelajar yang cemerlang dari segi akademik mampu dilahirkan oleh
sekolah penyayang.
Indikator saya yang kedua, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi sahsiah.
Pelajar akan diajar mengenai cara mematuhi peraturan dengan baik. Hal ini boleh menyediakan
mereka dengan suasana kerja pada masa hadapan. Konlusinya, sekolah penyayang melahirkan
pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah.

**** Indikator lain: Kokurikulum


Kesimpulannya, sekolah penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dari aspek akademik
dan sahsiah. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk memberi kerjasama
kepada pihak sekolah untuk mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar. Sesungguhnya,
Sekolahku Syurgaku. Sekian,terima kasih.
Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi
(1)
(2) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi'
(3) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi' ialah pelajar yang bersahsiah tinggi
mampu berjaya dalam pelajarannya.
Murid yang berdisiplin tinggi menjadi kebanggaan negara. Persoalannya, apakah ciri-ciri murid
yang berdisiplin tinggi untuk mencapai kejayaan akademik?
Indikator saya yang pertama, murid yang bijak mengatur masa merupakan murid yang
berdisiplin tinggi. Mereka mempunyai jadual belajar sendiri dan mematuhinya. Hal ini mampu
menjadikan mereka cemerlang dalam pelajaran. Konlusinya, pelajar yang bijak mengatur masa
ialah murid yang berdisiplin dan pasti berjaya dalam pelajaran.
Indikator saya yang kedua, murid yang mematuhi peraturan merupakan murid yang berdisiplin
tinggi. Pelajar sebegini pasti disegani oleh guru dan pelajar. Mereka pasti akan berjaya keraan
mempunyai disiplin dan matlamat yang jelas. Tuntasnya, pelajar yang mematuhi peraturan
merupakan pelajar yang berdisiplin dan pasti berjaya dalam bidang akademik.
**** Indikator lain: Menepati masa
Kesimpulannya, pelajar yang mematuhi peraturan dan bijak mengurus masa merupakan pelajar
yang berdisiplin tinggi dan boleh mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, saya
sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menerapkan ciri-ciri positif tersebut untuk mencapai
kejayaan kerana kita merupakan pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah, pemudi tiang negara,
pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.
Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan

(1)
(2) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan'
(3) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan' ialah cara pentadbiran yang
bersistematik mampu menjadikan visi negara tercapai.
Kita seharusnya berbangga kerana lahir di negara yang berdemokrasi. Pasti wawasan negara
mampu dicapai jika pemimpinnya bijak. Oleh itu, apakah cara kepimpinan yang berkesan oleh
pemimpin dan mencapai wawasan?
Indikator saya yang pertama, kepimpinan yang berkesan ialah pemimpin yang bersahsiah tinggi.
Mereka mempunyai etika yang tinggi, mematuhi peraturan dan sebagainya. Hal ini mampu
mensejahterakan rakyat. Tuntasnya, pemimpin yang bersahsiah tinggi merupakan cara
kepimpinan yang berkesan dan mampu mencaapi wawasan negara.
Indikator saya yang kedua, pemimpin yang prihatin kepada rakyat membolehkan wawasan
negara tercapai. Kita sangat beruntung, kerana berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri
yang tercinta iaitu Dato' Seri Najib. Beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mensejahterakan
rakyat. Buktinya, Klinik 1 Malaysia memudahkan rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang
rendah. Konklusinya, pemimpin yang prihatin kepada rakyat mampu membimbing negara ke arah
mencapai wawasan.
**** Indikator lain: berdaya saing tinggi , berinovasi, sistem pentadbiran teratur
Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan seperti cara pemimpin yang prihatin kepada rakyat
dan berdisplin tinggi mampu menjadikan negara mencapai wawasan. Oleh itu, saya sarankan
kepada hadirin dan hadirat untuk menyokong kerajaan dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Pemimpin yang baik dikenang juga.
Sekian,terima kasih.
Remaja Cemerlang Negara Terbilang
(1)
(2) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang'
(3) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang' ialah remaja yang mempunyai kejayaan yang baik
mampu menjadikan negara cemerlang dalam semua bidang.
Pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata, berikan aku sepuluh orang remaja dan aku akan
gegarkan dunia. Jelaslah bahawa remaja amat penting dalam pembangunan negara masa
hadapan. Persoalannya, remaja yang cemerlang dari aspek apakah yang menjadikan negara
terbilang.
Indikator saya yang pertama, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara
terbilang. Mereka pasti mampu bersaing dengan rakyat dari negara lain. Bukan itu sahaja,
mereka boleh membawa kebanggaan kepada negara dengan memenangi pertandingan di
peringkat antarabangsa. Tuntasnya, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan
negara cemerlang.
Indikator saya yang kedua, remaja yang cemerlang dari segi sukan mampu menjadikan negara

terbilang. Hal ini boleh mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan di pentas
dunia. Sebagai contohnya, atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa ialah Dato' Lee Chong
Wei, Dato' Nicol Ann David, Pandelela Rinong dan sebagainya. Konklusinya, remaja yang
cemrlanmg dari segi sukan pasti menjadikan negara terbilang.
**** Indikator lain: sahsiah, daya pemikiran
Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang dari segi sukan dan ilmu mampu menjadikan negara
terbilang.. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa membanggakan
negara. Ingatlah bahawa pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang
(1)
(2) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang'
(3) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang' ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan menjadikan murid itu berjaya dalam semua bidang.
Kita semua tahu bahawa soalan KBAT ini menjadi salah satu soalan yang diketengahkan dalam
peperiksaan awam kini. Persoalannya, bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi melahirkan
pelajar cemerlang?
Indikator saya yang pertama, kemahiran ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif. Mereka
boleh membuat ciptaan mereka sendiri mengikut daya pemikiran mereka. Misalnya, dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, pelajar akan disuruh mencipta sesuatu dan mereka boleh
mengaplikasikan daya inovasi mereka dan mendapat marakh yang diingini. Tuntasnya,
kemahiran ini menjadikan pelajar lebih cemerlang dan kreatif dan melahirkan pelajar yang
cemerlang.
Indikator saya yang kedua, kemahiran ini mampu menjadikan pelajar lebih berdikari. Hal ini
kerana pelajar boleh memikirkan sendiri jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Sebagai
contohnya, dalam pentaksiran LISAN, pelajar akan diaju soalan yang memerlukan daya
pemikiran yang tinggi dan mereka pasti boleh menjawab dengan betul. Konklusinya, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi mampu menjadikan pelajar lebih berdikari.
**** Indikator lain: memikirkan strategi penyelesaian sendiri, berkeyakinan
Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadikan pelajar cemerlang kerana
membolehkan pelajar lebih kreatif dan inovatif dan berdikari. Oleh itu, saya sarankan kepada
hadirin dan hadirat untuk mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjadi lebih
cemerlang. Ingatlah, pelajar cemerlang tunjang nusa. Sekian,terima kasih.
Hargai Warga Tua
(1)
(2) 'Hargai Warga Tua'
(3) 'Hargai Warga Tua' ialah menghargai golongan yang sudah tua atau berusia sekitar 60 tahun
ke atas.
Pada masa kini, kita sering melihat warga tua diabaikan oleh anak mereka. Merekalah orang
yang paling banyak berjasa kepada kita. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk membalas
jasa mereka?
Indikator saya yang pertama, sebagai anak kita haruslah memberi kasih sayang kepada mereka.

Mereka banyak memberi kita perhatian semasa kita kecil. Kita janganlah menjadikan alasan
kesibukan bekerja untuk mengabaikan mereka. Tuntasnya, kasih sayang boleh diberi untuk
menghargai jasa mereka.
Indikator saya yang kedua, kita seharusnya memenuhi keperluan mereka. Kita seharusnya
mengambil tahu keperluan mereka seperti ubat-ubatan. Jika boleh, elakkan untuk menghantar
ibu bapa ke rumah jagaan orang tua. Konklusinya, kita boleh menghargai jasa ibu bapa dengan
memenuhi keperluan mereka.
**** Indikator lain: Sabar melayan kerenah mereka
Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai jasa mereka dengan memberi kasih sayang dan
memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, saya sarankan hadirin dan hadirat di dalam dewan ini
supaya menjaga dan menghargai warga tua. Ingatlah, warga emas kita sayangi bersama.
Sekian,terima kasih.
-Saya merupakan wakil pidato bagi SMK Tiong Hin. walaupun tidak mendapat 5 tempat teratas,
masih lagi merasa bangga kerana dapat pengalaman yang berharga dan sudah lakukan yang
terbaik mungkin. Cuma bukan rezeki dan biasalah, adat pertandingan ada menang ada kalah.
-tanggal 9/3 pertandingan. Ingin mengucapkan tahniah kepada SMK Ulu Balingian (juara) , SMK
Agama Sibu( ke-2) , SMK Sungai Merah (ke-3) dan SMK Sacred Heart, SMK Bukit Assek
(SaguHati)
Itu saja!!
-namun, saya tak galakkan anda semua menggunakan seratus peratus teks diatas dan saya
berharap anda boleh gubah idea sendiri agar bahasa dan isi anda markahnya tinggi. isi diatas
sekadar panduan.