Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan:

Arkeologi telah berkembang dari satu kegiatan pengumpulan barangan antik


dan ianya dikenali sebagai Purbawanisme. Catatan terawal tentang Purbawanisme
ialah minat terhadap barangan antik Raja Babylon yang dikenali sebagai Nabonidus
(555-539 Sebelum Masehi). Baginda telah menekskavasi Kuil Naram-Sin hingga ke
lantai asas yang dibina 2200 tahun sebelum pemerintahanya. Hasil dari penemuan
ekskavasi tersebut telah di tempatkan di sebuah muzium khas di kota Babylon.
Pertengahan Abad ke 19 Masehi merupakan era kemunculan arkeologi
sebagai satu disiplin ilmu
yang dikenali sebagai Arkeologi Lama. Perkembangan ini telah diperkukuhkan
dengan penerapan
idea-idea revolusi dalam disiplin geologi yang dipelopori oleh para ahli geologi
Britain dan Sistem
Tiga Zaman yang diperkenalkan oleh C.J. Thomsen (1788-1865) seorang ahli
arkeologi Denmark.
Istilah Arkeologi Baru telah diperkenalkan oleh Lewis Binford seorang ahli
arkeologi Amerika
Syarikat dan David Clarke di Britain pada pertengahan tahun 1960an. Namun
iannya mula digunakan dalam merujuk kepada teknik ekskavasi yang
mementingkan aspek stratigrafi dan saintifik oleh Wissler dalam tahun 1917,
Richard Woodbury dalam tahun 1954 dan Haag dalam tahun 1959. Perkembangan
dalam tempoh tiga dekad ini merupakan perubahan kepada asas dalam matlamat
dan praktikal disiplin arkeologi.

Perbezaan Arkeologi lama dan Purbawanisme:


A)Teori:
Falsafah
Arkeologi lama(1820_1960) merupakan kajian mengenai sejarah masa lampau.
Ianya melibatkan data primer yang tulen samaada berbentuk artifak, monument,
fosil atupun manuskrip2 lama yang berusia ribuan tahun. Hasilnya lebih membawa
kepada proses pembentuk sesebuah ilmiah atau disiplin ilmu. Walau bagaimanapun,
arkeologi baru merupakan kesinambungan daripada arkeologi lama selepas tahun
1960. Istilah ini digunapakai apabila zaman tersebut telah terciptanya teknologi
peralatan seperti computer dalam menghasilkan media saintifik. Kajian yang
dijalankan terhadap arkeologi baru lebih kepada ujikaji atau eksperimen terhadap
sampel ujikaji untuk mengetahui asal-usul atau kesahihan sampel tersebut.
Pendekatan
Namun pendekatan yang digunakan dalam arkeologi lama ialah kualitatif. Hal ini
kerana kajian yang dilakukan oleh para arkeologi pada tahun 1820 memerlukan
penemuan2 artifak supaya penemuan tersebut dapat diteliti dengan lebih
terperinci.
Manakala, arkeologi baru pula menggunakan pendekatan kuantitatif. Pada tahun
1960, penggunaan computer amat digalakkan bagi memudahkan para arkeologi

memasukkan data berbentuk nombor untuk dijadikan sebagai generalisasi. Teknik


baru seperti computer dalam statistic dan matriks data digunapakai dalam
arkeologi baru. Selain itu, kajian secara saintifik dan statisgrafi turut dijalankan
untuk mengenal pasti asal usul, usia dan keaslian sampel artifak tersebut. Data
yabg diperolehi akan disebarkan kepada orang ramai secara umum dan mudah
difahami.

Pengungkapan
Cara penyampaian data atau ilmiah melalui Arkeologi lama ialah berbentuk
kesusasteraan. Lebih banyak penceritaan sesuatu artifak lebih perincian maklumat
yang diperolehi. Hal ini kerana ahli arkeologi pada masa itu berpengetahuan dalam
bidang sains induktif dan sains semula jadi.
Manakala, arkeologi baru pula menerangkan sesuatu ilmiah dalam bentuk simbolik
dan mudah difahami. Sebagai contoh kaedah pentarikhan seperti karbon 14
memerlukan nombor dan simbolik dalam mengenalpasti sesuatu artifak.

Sikap

Persamaan arkeologi lama dan arkeologi baru


B) Praktikal :
Persamaan
Kedua-dua arkeologi lama dan baru mempunyai persamaan dari segi proses
tinjauan kajian iaitu menggunakan kaedah ekskavasi. Contoh bagi tapak ekskavasi
arkeologi lama ialah Lelang dan Kyongju di Korea oleh ahli arkeologi Jepun antara
tahun 1910 hingga 1945. Manakala contoh projek ekskavasi bagi arkeologi baru
ialah projek ekskavasi dan pemuliharaan kapal Mary Rose di England antara tahun
1956 hingga 1986.
Kesimpulan
Keduadua arkeologi lama dan baru mempunyai perbezaan yang ketara. Namun
terdapat juga persamannya melalui kaedah ekskavasi. Tercetusnya dua arkeologi
lama dan baru disebabkan kegiatan purbawanisme. Oleh itu ramai ahli arkeologi
lama dan baru mengalami perbalahan bagi mempertahankan pendapat mereka
terhadap teori fahaman masing.