Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN

September 2015 SEMESTER


KOD KURSUS

EKM 322

NAMA KURSUS

KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA MURID
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

Bahagian A

Setelah membaca artikel bertajuk Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran


Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh Shamsudin
Othman dan Abdul Rasid Jamian, Universiti Putra Malaysia, dapat dikenalpasti tujuan
dan rasional untuk menjalankan kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenal pasti keyakinan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa. Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk mengukur sejauh mana guru
dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran
pembacaan murid.
Pengkaji
Kaedah pengumpulan data
Dapatan kajian
Implikasi dapatan kajian
Bahagian B
Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya dan ciptaan seni yang diperoleh
dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala
ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan
berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, dalam upacara perkahwinan,
tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan
bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak
berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkembangan pesat yang berlaku
mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang
demikian, maka sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang
khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang
sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan
dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta
tersendiri.
Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan bahasa yang
indah, halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca atau penonton. Ia

merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam
bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan non-naratif. Karya sastera berbeza
dengan hasil-hasil penulisan akademik atau non-akademik lain kerana tidak mempunyai
variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada pembaca atau penonton.
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan
dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan
keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang
difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah
karya itu hidup dan bertenaga.
Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga
diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan
perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan
direnungi bersama oleh pembaca. Menurut Arbaie (2008) Unsur akaliah ini merupakan
langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu
mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau
sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan
prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan
sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan
membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa
seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena
yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah
dilalui atau dialami oleh pembaca.
Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan
kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber
yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca
memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat
itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik katakata yang diungkapkan.

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk
struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika
sesebuah karya itu.
Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalanpersoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam
masyarakat.

Ianya

merupakan

renungan

serta

pengamatan

pengarangnya

dan

diterjemahkan secara halus dan berhemah.


Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk
meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di
dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit
naluri kehidupan manusia sejagat.

Bahagian C