Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN PERMAINAN

Permainan Tawan Menara merupakan inovasi berdasarkan permainan tradisional


iaitu Baling Selipar. Baling Selipar dimainkan setelah pemain pertama daripada
kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah
selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga
kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak
terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan
lontaran seterusnya. Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama
berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan
pada pihak lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun
semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.

TAWAN MENARA
Dalam

permainan

Tawan

Menara,

pasukan

penyerang

akan

berusaha

menjatuhkan susunan menara(botol). Setiap ahli pasukan penyerang diberikan satu


peluru (bola) untuk menjatuhkan susunan menara. Setelah peluru dilepaskan,
permainan bermula. Pasukan pertahanan cuba untuk menyusun kembali menara yang
telah diruntuhkan oleh pasukan penyerang sementara cuba untuk mengekalkan
bilangan ahli pasukan pertahanan daripada terkena peluru yang dilontarkan oleh
pasukan penyerang. Ahli pasukan pertahanan yang terkena peluru akan dimatikan.
Permainan dimainkan secara 2 pusingan secara berganti. Kiraan mata pula dikira
berdasarkan ahli pasukan dalam pasukan pertahanan serta bilangan menara(botol)
yang berjaya didirikan.

INOVASI PERMAINAN
Inovasi dalam permainan ini adalah berdasarkan cara permainan yang ditambah
baik daripada permainan Baling Selipar. Sebagai contoh, permainan baling selipar
adalah berbeza bagi setiap negeri.
Selain itu, inovasi juga dibuat berdasarkan peralatan yang digunakan dalam
permainan. Peralatan yang diinovasikan adalah seperti selipar yang telah kami tukar
dengan botol. Peralatan digunakan lebih mencabar bagi meningkatkan keseronokan
dalam permainan Tawan Menara. Selain itu, penggunan selipar adalah seperti tidak
sesuai kerana kotor dan sukar untuk diadakan di sekolah kerana muri-murid akan
memakai kasut. Oleh itu, peranan selipar telah ditukar dengan botol plastik.

Anda mungkin juga menyukai