Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN
Pada awalnya, rantau Asia Tenggara terdiri daripada sebuah benua yang besar.
Keadaan ini disebabkan belum wujudnya pecahan benua pada masa itu.
Penggunaan istilah Asia Tenggara mula digunakan secara meluas semasa
Perang Dunia Kedua1 dan meliputi kawasan Semenanjung Indo-China serta
gugusan-gugusan pulau Indonesia termasuklah Filipina. 2 Manakala, dalam aspek
kedudukan geografi pula, Asia Tenggara terletak di antara China dan India. 3
Buktinya, fakta ini disokong oleh sarjana India iaitu K.M Pannikar dalam bukunya
iaitu Future of Southeast Asia. Menurut beliau, Asia Tenggara merujuk kepada
negara yang terletak di antara China dan India. Maka, kedudukan benua ini yang
strategik merupakan asas kepada kegemilangan pembentukan tamadun Asia
Tenggara.
Secara umumnya, terdapat dua kelompok masyarakat yang tinggal di Asia
Tenggara. Kumpulan pertama ialah masyarakat yang tinggal di kawasan
persisiran pantai yang menganjur dari Pattani sehingga ke Sulu dan biasanya
terdiri daripada orang Melayu. Seterusnya, masyarakat yang tinggal di bahagian
kepulauan merupakan kumpulan masyarakat kedua yang tinggal di Asia
Tenggara. Misalnya, orang Cham di bahagian tengah dan selatan Kemboja, orang
Khmer di Lembah Mekong dan Kemboja, orang Mon di Lembah Menam dan Hilir
Burma, serta komuniti orang Pyu di Lembah Irrawady dan Sittang. 4
Selain itu, bentuk muka bumi di Asia Tenggara yang terdiri daripada kawasan
tanah tinggi, tanah rendah yang meliputi kawasan tanah pamah, serta lembahlembah sungai5 merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya
perebutan untuk mendapatkan sesuatu kawasan antara kaum majoriti dan
minoriti. Jadi, ciri-ciri tersebut akhirnya menjadi faktor-faktor yang mendorong
1 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 8.

2 Hail, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. London : Universiti London. Hlm 3.
3 Ibid. Hlm 30.
4 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 11.

5 Ibid. Hlm 21.


1

kepada berlakunya perpindahan penduduk dari utara ke bahagian selatan. Maka,


bahagian selatan yang dimaksudkan ialah bahagian bentuk muka bumi yang
terdiri daripada kawasan tanah rendah. Manakala, bahagian utara pula terdiri
daripada kawasan tanah tinggi dan beriklim sejuk. Perpindahan ini melibatkan
pergerakan penduduk dari selatan China seperti Tibet 6 ke bahagian lembahlembah sungai yang dipanggil selatan. Walau bagaimanapun, istilah selatan ini
akan membawa maksud yang lain apabila melibatkan perpindahan penduduk
asli di Asia Tenggara ke kawasan pedalaman atau hilir sungai. Jadi, bahagian
selatan dalam aspek perpindahan ini ialah pergerakan penduduk ke bahagian
pedalaman atau ke hilir sungai.

2.0

FAKTOR-FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI

KEMUNCULAN

AWAL

KERAJAAN DI ASIA TENGGARA


2.1 Faktor Geograf
Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan awal
kerajaan di Asia Tenggara berdasarkan kepada bentuk muka bumi. Hampir
seluruh Asia Tenggara terletak di antara kawasan tropika, dan begitu juga ada
persamaan dalam iklim serta tumbuhan dan haiwan di seluruh rantau ini. Suhu
yang sentiasa panas walaupun ia adalah sejuk di kawasan tanah tinggi. Banyak
laut dan hutan produk unik kepada rantau ini, dan oleh itu telah banyak yang
dikehendaki

oleh

peniaga-peniaga

antarabangsa

pada

masa-masa

awal.

Sememangnya tidak dapat ditolak penyataan bahawa pada amnya Asia


Tenggara mempunyai tanah-tanih yang sesuai untuk pertanian tetapi tahap
kesuburan kebanyakan kawasan adalah rendah dan kawasan-kawasan yang
paling sesuai untuk pertanian padi sawah adalah di kawasan lembangan sungaisungai utama.7
Jika

dilihat

pada

sejarah

peradaban

sebuah

tamadun

bermula

dengan

kepentingan sumber. Sumber keperluan seperti air, tanah yang subur dan
sumber makanan menjadi pendorong kepada pembentukan sebuah tamadun.
6 Abdul Rasyid Melebek & Amat Jauhari Moain. 2006. Sejarah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 13.
7 Ibid. Hlm 51
2

Sebagai contohnya,

kerajaan agraria memiliki lokasi dan kedudukan yang

strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, keadaan


geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula, iklim
yang panas dan lembab sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertanian dan
tanaman masyarakat pada masa itu adalah tanaman sawah padi. Dapat dilihat
dalam peradaban kerajaan Kemboja bermula dengan pertapakan masyarakat di
Tasik Tonle Sap. Tasik Tonle Sap merupakan tempat tumpuan masyarakat di Asia
Tenggara yang kaya dengan sumber-sumber alam seperti ikan. Tasik Tonle Sap
juga selain daripada kaya dengan sumber-sumber alam seperti ikan ianya juga
mempunyai saliran yang banyak dan sesuai dijadikan untuk pertanian. 8
Hal ini demikian kerana, pertanian yang diusahakan oleh masyarakat pada ketika
itu adalah sawah padi yang memerlukan air yang banyak untuk memastikan
pertumbuhan

pertanian

itu

sentiasa

subur.

Hal

ini

menjadikan

faktor

pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara. Kerajaan awal Asia Tenggara iaitu
kerajaan agraria terletak di kawasan tanah subur berhampiran lembangan
sungai yang sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian ini memudahkan
mendapat bekalan air dari sungai-sungai. Hal ini demikian kerana, kerajaan
Angkor di bawah kerajaan agraria faktor penyumbang kepada kemajuan sistem
pertanian adalah dengan pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperolehi
dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Ini memperlihatkan bagaimana sebuah
kerajaan

bertanggungjawab

secara

langsung

dalam

pengurusan

sistem

pengairan. Jika dilihat semasa pemerintahan Raja Indravarman I telah membina


sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar
serta dapat menampung keperluan asas kerajaan Angkor. 9 Hal ini menjadi
tempat yang melihat pertumbuhan peradaban yang gemilang di Asia Tenggara.
Selain itu, pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara bukan sahaja tertumpu
di kawasan tanah pamah dan kawasan yang subur namun kerajaan awal di Asia
Tenggara juga mula bertapak di kawasan pergunungan atau lebih dikenali
sebagai kawasan tanah tinggi. Kawasan pergunungan merupakan kawasan tanah
tinggi yang terlalu kering untuk kegiatan pertanian yang diusahakan oleh
manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah seperti tanaman padi sawah
8 Anthony Reid. 2004. Sejarah Modern Awal Asia Tenggara. Jakarta : Pustaka
LP3ES Indonesia. Hlm 59
9 Ibid. Hlm 80
3

namun kawasan tanah tinggi hanya sesuai untuk pertanian pindah. Pertanian
pindah merupakan satu proses di mana apabila tanah telah tidak subur,
masyarakat pada ketika itu akan berusaha mencari tempat atau tanah yang
baharu serta subur untuk membina petempatan baru. Pertanian pindah
merupakan satu pertanian asas bagi kebudayaan separuh normadik. Kehidupan
masyarakat yang gemar bertani mengamalkan pertanian pindah tidak sesuai
untuk

menubuhkan

kerajaan

pentadbiran

berpusat

dan

pembangunan

kebudayaan yang mampu mencapai tahap ketamadunan yang tinggi sehingga


mampu memperkukuhkan struktur daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
Jika dilihat dengan teliti jelaslah bahawa faktor geografi memainkan peranan
penting dalam membentuk kerajaan atau politi yang termasyhur di kawasan Asia
Tenggara pada ketika itu.

2.2 Faktor Agama


Perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara sama ada di kawasan tanah besar
mahupun

di

kepulauan-kepulauan

tidak

dapat

dipisahkan

dari

proses

Indianisasi. Kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Asia Tenggara seperti


kerajaan di Jawa dan Indochina adalah dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu
berdasarkan kepada penemuan inskripsi-inskripsi. 10
Sebelum kedatangan agama Hindu, penduduk di Asia Tenggara khususnya di
kawasan Nusantara mengamalkan kepercayaan animisme iaitu kepercayaan
bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh dan keperibadian sendiri. 11
Namun, Apabila berlaku proses pengindiaan ataupun proses Indianisasi iaitu
lebih kurang pada abad pertama Masihi menjadi faktor yang amat penting
kepada perkembangan politi atau kerajaan awal di Asia Tenggara. Proses
Indianisasi ini berlaku di Asia Tenggara secara perlahan-lahan dan memakan

10 Nazarudin Zainun & Nasha Rodzaidi Khaw. 2015. Sejarah Arkeologi Nusantara. Selangor :
PTS Akademia. Hlm 1.

11 Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. 1999. Tamadun Dunia. Selangor :
Penerbit Fajar Bakti. Hlm 84.

masa yang panjang dan tidak melibatkan kuasa ketenteraan ataupun ekonomi
tetapi mempengaruhi kepada politik dan kebudayaan masyarakat tempatan. 12
Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha adalah dibawa melalui golongan
pedagang atau vaisya, golongan Brahmin atau pendeta dan juga turut dibawa
oleh golongan kesyatria. Golongan pedagang atau Vaisya yang datang ke Asia
Tenggara bukan sahaja bertujuan untuk menjalankan aktiviti perdagangan tetapi
turut melakukan proses penyebaran agama mereka. Hal ini berikutan kerana
perkembangan aktiviti perdagangan di kawasan Asia Tenggara yang memberikan
kesempatan untuk proses pengindianisasian berlaku. 13
Hal ini ditambah lagi apabila pemerintah-pemerintah di kerajaan awal Asia
Tenggara yang telah menerima ajaran Hindu membawa masuk golongan
Brahmin India yang bertujuan untuk membantu mereka dalam memberikan
pengetahuan baharu dan cara-cara atau amalan-amalan agama Hindu. Pada
masa itu, hal pentadbiran sesebuah negara Asia Tenggara melibatkan konsep
Makrokosmos iaitu alam atau dunia dan cakerawala atau universe serta
Mikrokosmos iaitu dunia atau pusat negeri. Dipercayai bahawa susunan fizikal
yang tepat di pusat negeri akan membawa keharmonian dan kedamaian
masyarakat. Oleh itu, kejatuhan dan pembangunan adalah bergantung kepada
sikap dan kebolehan seseorang raja. Berikutan perkembagan tersebut telah
mewujudkan kesan ke atas pemikiran masyarakat Asia Tenggara. Pengaruh dari
India tersebut telah meninggalkan peradaban bahawa raja memiliki kuasa yang
luar biasa yang seterusnya telah meletakkannya di suatu kedudukan yang
tertinggi dan menjadi kewajipan kepada rakyat untuk taat setia kepadanya.
Walau bagaimanapun, proses Indianisasi ini tidak melibatkan keseluruhan
rantau Asia Tenggara pada waktu itu umpamanya di Vietnam kerana kawasan
tersebut menerima pengaruh kuat daripada budaya Cina. 14 Di Asia Tenggara,
kebudayaan dengah pengaruh India mula berkembang apabila manusia mula
12 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 9-10

13 Nazarudin Zainun & Nasha Rodzaidi Khaw. 2015. Sejarah Arkeologi Nusantara. Selangor : PTS
Akademia. hlm 6

14 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 10.

menghuni sesuatu kawasan secara tetap dan keluar daripada aktiviti memburu
dan memungut hasil hutan kepada aktiviti pertanian dan penempatan secara
tetap.
Apabila berkembangnya aktiviti pertanian akan menghasilkan kemajuan di dalam
sesebuah masyarakat yang secara tidak langsung akan membawa kepada
penstrukturan organisasi sosial dan pembentukan kebudayaan teratur yang
mencirikan masyarakat dalam petempatan tersebut. Pekembangan tersebut pula
adalah hasil daripada local genius yang diertikan sebagai kebudayaan asal
penduduk tempatan yang menjadi asas kepada proses Indianisasi yakni
menyerap aspek-aspek kebudayaan India ke dalam sosiobudaya masyarakat
tempatan.15
Namun begitu, proses Indianisasi yang diindianisasikan itu tidak menerima
secara sepenuhnya sosiobudaya dan falsafah politik India ke dalam sosiobudaya
masyarakat tempatan di Asia Tenggara. Apa yang berlaku ialah sosiobudaya dan
falsafah politik India itu disesuaikan dengan keadaan sosiopolitik dan budaya
masyarakat tempatan di rantau Asia Tenggara sehingga ia menjadi ciri-ciri
tersendiri dan bersesuaian dengan masyarakat tempatan serta berlainan
daripada apa yang diamalkan di negara asalnya. Sebagi contoh, masyarakat Asia
Tenggara tidak mengamalkan sistem kasta seperti yang dipraktikkan di India dan
juga masyarakat Asia Tenggara telah mengubah suai huruf-huruf India untuk
penulisan bahasa tempatan manakala bahasa India iaitu bahasa Sanskrit pula
tidak diterima dan tidak digunakan sebagai bahasa ibunda oleh masyarakat di
Asia Tenggara.16
Tambahan pula, proses akulturasi budaya yang berlaku di Asia Tenggara juga
bukanlah suatu proses yang disengajakan atau telah dirancangkan tetapi lebih
kepada suatu proses yang berlaku secara tidak sedar disebabkan keterbiasaan
penduduk tempatan dengan kedatangan pedagang-pedagang daripada India.
Walaupun proses Indianisasi berlaku di kawasan Asia Tenggara, dapat dilihat
bahawa

kesenian,

kepercayaan

dan

kebudayaan

tamadun-tamadun

yang

mengalami proses tersebut masih mengalami identiti tersendiri dan berbeza


15 Nazarudin Zainun & Nasha Rodzaidi Khaw. 2015. Sejarah Arkeologi Nusantara. Selangor : PTS
Akademia. hlm3.

16 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 10.

mengikut setiap tamadun yang dirujuk ataupun setiap kerajaan awal yang ada di
Asia Tenggara. Antara bukti yang menunjukkan berlakunya penyebaran agama
Hindu dan Buddha di Asia Tenggara adalah melalui jumpaan monumen di seluruh
Asia Tenggara seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur dan candi Angkor
Wat.17
2.3 Faktor Ekonomi
Kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua kategori iaitu kerajaan
Agraria dan kerajaan Maritim. Selain itu, kerajaan di bawah pengaruh kerajaan
Agraria adalah kerajaan Angkor yang merupakan satu kerajaan yang kuat dan
agung yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Manakala, kerajaan Maritim juga
merupakan satu kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan awal di Asia Tenggara.
Antara contoh kerajaan Maritim adalah kerajaan Champa, kerajaan Chih Tu,
kerajaan Sriwijaya, kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Majapahit. Faktor ekonomi
antara faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi kemunculan kerajaan
awal di Asia Tenggara.

2.3.1 Kerajaan Agraria


Dengan itu, salah satu kerajaan awal iaitu kerajaan Agraria yang berasaskan
ekonomi pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan serta pencarian
hasil sungai. Ia terbentuk berhampiran lembah sungai yang subur seperti
kerajaan Dvaravati di sungai Menam, Thailanddan di sungai Irrawady dan
sebagainya18. Selain itu, kerajaan Taruma di tanah tinggi Dieng di kawasan
Indonesia diketahui bahawa kegiatan ekonomi nya diusahakan di kawasan
pedalaman, lereng bukit dan kawasan berbukit. Pada peringkat awal, ekonomi
muncul berada tahap yang sederhana dan ia berkembang mengikut peringkatperingkat yang tertentu. Dengan itu, ia berkembang secara evolusi dan menjadi
penempatan kekal sehingga wujud satu bandar yang maju dan secara tidak
langsung wujudnya satu kerajaan awal di Asia Tenggara pada masa itu.

17 Nazarudin Zainun & Nasha Rodzaidi Khaw. 2015. Sejarah Arkeologi Nusantara. Selangor :
PTS Akademia. Hlm 6.

18 http://saku30.tripod.com/bab3.htm. Diakses pada 19 Oktober 2015


7

Antara jenis ekonomi yang utama yang diusahakan oleh kerajaan Agraria ialah
padi sawah, padi huma, jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran. Manakala,
dari segi rempah ratus ialah cengkih dan lada hitam serta ekonomi hasil hutan
ialah kayu gaharu, kapur barus, tanduk, ganding, damar, kayu cendana serta
pelbagai lagi jenis ekonomi yang lain. Pada tahap awal juga, sistem pertanian
dijadikan sebagai sumber untuk menyara diri individu dan kelompok masyarakat
pada masa itu. Dengan itu, hal ini mempengaruhi kerajaan mereka untuk
membina sistem pengairan yang baik untuk menyediakan bekalan air yang
mencukupi, bersih dan berkualiti contohnya kerajaan Angkor mempunyai sistem
pengairan di sungai Mekong yang

mengalir ke Tasik

Tonle

Sap untuk

menyuburkan tanah, mengairi sawah padi, membekalkan ikan air tawar dan tasik
ini juga amat penting untuk bekalan air minuman. Pembinaan sistem pengairan
atau tasik yang dijadikan untuk takungan air merupakan di bawah tanggungan
dan pengurusan Raja atau kerajaan seperti zaman Raja Indravarman 1 membina
sistem pengairan dan Baray iaitu sebuah kolam air yang besar dibina untuk
menyediakan bekalan air yang mencukupi bagi kesuburan pertanian agar
mereka dapat menampung keperluan makanan penduduk Angkor pada masa itu.
2.3.2 Kerajaan Maritim
Kerajaan Maritim yang dikenali di mata dunia sebagai kerajaan awal di Asia
Tenggara merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan
perdagangan, pelabuhan dan kelautan. Kerajaan ini juga terletak di persisiran
pantai dan kepulauan. Pada peringkat awal kegiatan ekonomi mereka fokus
kepada penangkapan ikan dan memungut hasil laut. Disebabkan kegiatan
mereka

telah

berkembang

maka

penempatan

mereka

menjadi

sebuah

perkampungan nelayan. Terdapat juga kerajaan Agraria yang berkembang


menjadi kerajaan Maritim iaitu kerajaan Funan.
Funan telah menjadi sebuah pelabuhan persinggahan yang penting untuk para
pedagang yang melalui selat Melaka. Menurut Wan Shaghir Abdullah (1998),
Funan juga turut dikenali sebagai Mediterranean Timur dalam kalangan para
saudagar19. Menurut D.G.E Hall (1987), bahawa Funan adalah kerajaan Melayu
yang tertua di semenanjung Indochina 20. Ia muncul pada permulaan abad
19 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1998. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan
Melayu. Hlm. 749
20 Hall, D.G.E. 1998. Sejarah Asia Tenggara. Surabaya. Usaha Nasional.
8

pertama Masihi. Pada masa itu, ia merupakan sebuah kuasa besar di Asia
Tenggara. Kerajaan ini terletak di bahagian hilir dan Delta Sungai Mekong yang
meluas sampai ke Annam Tengah dan sebahagian besar Lembah Menam dan
bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Aktiviti kerajaan ini ialah aktiviti
perdagangan di samping mengusahakan aktiviti pertanian seperti penanaman
padi. Selain itu, ia juga melaksanakan sistem cukai yang dikenakan seperti cukai
dibayar dengan emas, perak, mutiara dan minyak wangi. Kerajaan Funan
dikatakan telah berkembang apabila jalan perdagangan laut di antara negara
China dan India, Timur Tengah serta Eropah mula berkembang. Antara bukti
kerajaan Funan sebagai sebuah perdagangan ialah dengan perjumpaan cermin
gangsa pada abad pertama Masihi bersama wang emas roman.
Kerajaan

yang

menjalankan

ekonomi

perdagangan

dan

kelautan

serta

perdagangan ini terletak di persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan


seperti kerajaan srivijaya di Sungai Musi, kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok
dan Sungai Muda dan kerajaan Tiumah di Pulau Tioman. Terdapat juga kawasan
yang berkembang dalam perusahaan kawasan penghasilan emas dan timah dan
apabila wujud lebihan pengeluaran maka semua hasil akan didagangkan untuk
melariskan aktiviti ekonomi kerajaan Maritim pada masa itu. Dengan wujudnya
pelabuhan pembekal seperti Klang dan Kuala Selingsing di Perak maka kawasan
tersebut telah menjadi pusat dagangan yang maju. Pelabuhan itu juga menjadi
tempat persinggahan oleh ahli perdagangan yang ingin mendapatkan barangan
seperti damar, rotan, emas, timah dan hasil laut.
Cabang kerajaan Maritim iaitu kerajaan Kedah Tua, Langkasuka dan
Srivijaya telah menjadi pelabuhan kerajaan 21. Pada mulanya, hal ini hanya
dilakukan dengan perdagangan berhampiran kemudian ia telah berkembang
dengan pesat dan maju. Antara Selat Melaka dan Selat Sunda ia telah menjadi
laluan dagang antarabangsa dan pelabuhan yang wujud dijadikan sebagai
pelabuhan enterpot kerana ia merupakan pembekal emas, timah, hasil hutan
dan hasil kerajaan persekitarannya. Tanah Melayu juga dikenali sebagai
Semenanjung emas dan Sumatera sebagai Bumi emas kerana kaya dengan
emas yang menjadi faktor penarikan orang-orang India dan Yunani.

21 http://studentsrepo.um.edu.my/491/2/BAB1.pdf. Diakses pada 19 Oktober


2015
9

Secara keseluruhannya, perkara di atas dapat menunjukkan suatu faktor yang


relevan untuk mengatakan faktor ekonomi dapat mempengaruhi kewujudan
kerajaan awal di Asia Tenggara. Pada masa pemerintahan kerajaan awal
tersebut, walaupun mereka mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza, tetapi
secara langsung kerajaan-kerajaan itu mempunyai hubungan atau saling
bergantung antara satu dengan yang lain. Antaranya ialah masyarakat Agraria
yang ramai penduduknya seperti Sailendra telah menghasilkan beras yang
banyak untuk diberikan kepada kerajaan Maritim di samping kerajaan Maritim
memberi barang mewah dari China dan India seperti tembikar, tekstil, gelas dan
manik kepada kerajaan Agraria serta kerajaan Maritim membina kapal dengan
mendapatkan kayu seperti kayu Pegu daripada kerajaan Agraria. Manakala,
gajah yang menjadi kenderaan kerajaan Maritim juga didapati daripada kerajaan
Agraria di Siam.

2.4 Faktor Politik


Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara mula muncul pada abad pertama
Masihi. Faktor politik ini mempunyai kaitan dengan faktor lain seperti faktor
ekonomi dan faktor sosial misalnya agama dalam mempengaruhi kemunculan
kerajaan awal di Asia Tenggara. Faktor ini juga sebahagian daripada faktor yang
dominan. Pemerintah-pemerintah pada masa itu saling membuat hubungan yang
baik antara satu dengan yang lain untuk membuahkan hasil yang positif sebagai
peringkat awal hendaknya muncul suatu kerajaan yang berwawasan 22.
Jelas yang difahami oleh masyarakat pada masa kini bahawa pada mulanya
kerajaan-kerajaan

awal

secara

keseluruhan

mereka

mengamalkan

sistem

pentadbiran yang mempercayai seorang raja berkuasa mutlak iaitu raja


mempunyai kuasa yang tidak boleh dinafikan dan dipersoalkan oleh sesiapa
sama ada dalam soal pentadbiran dan sebagainya yang diamalkan oleh kerajaan
Angkor. Raja juga dianggap sebagai devaraja iaitu wakil tuhan untuk memipin
manusia di muka bumi. Dengan itu, Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk
menjalankan pemerintahan. Dengan adanya sifat bekerjasama antara golongan
pemerintah, maka kerajaan Angkor telah mencapai kegemilangan pada zaman

22 Adhir Vhakravarti. 1998. India and South-East Asia Socio-Econo-Cultural


Contacts. India : P.K. Bhattacharya Punthi Pustak. Hlm. 37.
10

pemerintahan Raja Surya-Varman II.Semua hal politik, ekonomi dan sosial


diserahkan kepada raja untuk mentadbirnya.
Selain itu, kerajaan Srivijaya di Sumatera muncul sebagai kekuasaan yang
dominan

muncul

di

bahagian

kepulauan.

Ini

juga

menunjukkan

corak

pemerintahan Raja mempunyai kuasa mutlak dan berdasarkan catatan Arab,


Raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau serta menteri yang
dilantik sebagai perantaraan Raja dengan rakyat. Oleh itu, satu kerajaan dikenali
sebagai kerajaan Majapahit yang didirikan oleh Raden Wijaya yang menerima
pengaruh Hindu-Bhudha. Pemerintahan kerajaan ini berdasarkan atas undangundang manu iaitu sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim terhadap
masyarakat. Raja juga dibantu oleh perdana menteri dan empat orang menteri
seperti yang dilakukan oleh kerajaan lain. Kerajaan yang mengamalkan konsep
Devaraja ini pernah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Hayam Wuruk
iaitu yang diperintah oleh Raja Senaraga dan perdana menteri iaitu Patih Gajah
Mada. Disebabkan oleh perkembangan kerajaan awal ini, maka wujud juga
kerajaan di semenanjung Tanah Melayu pada abad kelima Masihi iaitu kerajaan
Kedah Tua yang juga dikenali sebagai Kataha di dalam catatan I-Ching yang
sebut Cheah-Cha. Sebagai bukti kerajaan ini mencapai kegemilangan yang
tersendiri apabila ahli-ahli sejarah telah menemui wang perak semasa zaman
pemerintahan Sultan Al-Mutawakil pada tahun 847 hingga tahun 861 Masihi.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada dua jenis
kerajaan iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Perkembangan tersebut
berlaku berdasarkan kedudukan kawasan tersebut yang mempunyai kelebihan
yang tersendiri sehingga menyebabkan kawasan tersebut kian berkembang
sehingga membentuk sesuatu kerajaan. Kewujudan kerajaan awal atau politi di
Asia Tenggara dipengaruhi oleh beberapa faktor

seperti faktor geografi

sesebuah kawasan, faktor agama iaitu proses Indianisasi, faktor ekonomi dan
faktor politik. Kemajuan di dalam aktiviti perdagangan di rantau Asia Tenggara
yang disebabkan oleh kepesatan hubungan perdagangan di antara India dan
China membolehkan masyarakat dan kerajaan awal Asia Tenggara mewujudkan
kerajaan-kerajaan

awal

dan

mengambil

peluang

untuk

mengembangkan

penempatan serta meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Dalam hal ini,
11

faktor-faktor tersebut sangat mempengaruhi kedatangan masyarakat luar dan


sekaligus memberi kesan kepada kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara.

12