Anda di halaman 1dari 2

SOALAN BAHAGIAN I

PERINTAH AM
SOALAN: Semasa menghadiri majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik
Samad telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadirkan diri.
Selepas membukanya, Encik Samad mendapati ianya satu hadiah yang
cukup bernilai.JELASKAN dari segi peraturan sedia ada mengenai
syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Samad.
(5 markah)
Soalan nih nak kita jelaskan syarat pemberian hadiah. kau orang blh
rujuk BAHAGIAN II TATAKELAKUAN dalam BAB D - Peraturan2 Peg.
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Jawapan :
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak
boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri
atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau
memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir
atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan,
badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu
dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, dengan tugas rasminya.
(2) Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut,
membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada
mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempenan
persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak
terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.
Rujukan : Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian II Tatakelakuan 8 ( 1-2)

Soalan :
Doktor Vanessa, seorang ahli Persatuan Pergigian Malaysia (MDA)
ingin menghadiri mesyuarat tahunan persatuanberkenaan. Apakah
jenis cuti khusus yang boleh diberikan? Nyatakan kadar dan
syarat-syaratnya?
(4 markah)
Jawapan :
Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh
meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai pegawai ikhtisas bagi
menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka.
Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang
diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke
semasa. mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agung
Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar biasa sahaja.
Rujukan : Rujukan : Perintah Am - Bab C Bab D Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian VI Cuti
Tidak Berekod (45)

Anda mungkin juga menyukai