Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat:
i.
ii.
iii.
Rajah P
Rajah Q
18
lukisan
catan
kolaj
montaj
cetakan
resis
gosokan
stensilan
percikan
gurisan
capan
19
mozek
Teknik lukisan
Kita telah terangkan mengenai lukisan dan teknik lukisan di subtajuk 1.1.
Teknik catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat adalah menonjolkan dalam karya dan
memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Cuba
dapatkan contoh-contoh seperti yang d hasilkan oleh tiga orang berikut:
Ali menggunakan berus bristle untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas
kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan.
Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.
Ahmad menggunakan berus basuhan untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis
selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan.
Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara
titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.
(Jenis berus dan cara memanipulasikan berus itu boleh memainkan peranan penting
kepada sipelukis dan kesan hasil gambarnya.
Apakah jenis berus yang dicadangkan oleh para pendidikan seni seperti Viktor
Lowenfeld kepada kanak-kanak prasekolah, tahap 1dan tahap 2? Mengapa? Anda tentu
ingin terus membaca.)
Teknik kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik
atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan
sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar. Cuba dapatkan contoh-contoh seperti yang berikut:
Lalita menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk
menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan
pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah.
Ali menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan.
Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan
air sungai.
Swee Eng mengoyakkan dan menampalkan sponj pencuci periok yang berwarna hijau
untuk menggambarkan rumput.
(Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat
hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat banding beza dan
menggunakan gantian; membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa untuk benda
apa. Mereka membandingkan rupabentuk, warna,sifat benda dan jalinan )
Teknik cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada
asasnya cetakan menggunakan sifat timbul, tenggelam pada sesuatu blok atau
skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan
cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan
20
boleh disediakan dan warna atau dakwat cetakan digunakan untuk dicetak ke
atas permukaan kertas. Contoh lain adalah seperti cetakan lino, straw board,
polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, straw board atau
polyfoam. Bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas.
Polyfoam mudah di ukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan
memberi kesan yang berlainan misalnya sifat garisan yang keras pada blok kayu
dan sifat jalinan yang bertitik-titik pada polyfoam itu.
Teknik resis
Teknik ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antar satu sama lain.
Contohnya adalah seperti warna air dan warna lilin; warna air dan cow gum. Lilin
cair atau pepejal boleh digunakan. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air
boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan
diresap. Di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diresap. Lilin menolak
warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadangkadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan
memberi sesuatu kesan jalinan. Krayon juga boleh digunakan di sekolah
rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan
lilin/krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin/krayon yang digunakan.
Teknik membatik menggunakan proses resis.
Teknik gosokan
Kayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletak di atas sesuatu
permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlaian.
Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Berbagai
jalinan yang berlainan boleh dipilih dan disusun untuk menghasilkan gambar.
Cuba dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Ali dengan cara berikut:
Ali melukis seekor katak. Ali meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan
kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan katak
itu berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.
(Dalam aktiviti ini, Ali sebenarnya juga menghubungkaitkan 2 perkara iaitu kulit katak
dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah satu daripada kemahiran berfikir. Ali
perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza).
Teknik stensilan
Untuk tenik stensil rupabentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong diatas stensil. Apabila bahan
warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui
ruang yang kosong atau lubang diatas stensil dan diresap oleh kertas. Garis luar
pada lubang itu memberikesan kepada sifat garis luar rupabentuk yang
dihasilkan.
Teknik percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik
dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang
berupabentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan
kertas. Objek atau kertas berupabentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya
kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan. Cuba dapatkan
berbagai contoh gambar yang dihasilkan cara ini.
21
Teknik gurisan.
Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan
yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan
warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di
atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh
digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.
Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang
berlaian pada garisan yang dihasilkan.
Teknik capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori
cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan
bahan yang disapukan warna(cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu
permukaan. Berbagai rupabentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan
berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan capan
bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan
memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Teknik mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menampal
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun
bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak
bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan
bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.
1.2.4
Kandungan Gambar
Di peringkat sekolah rendah berbagai kandungan gambar boleh merangsangkan
perkembangan menggambar kanak-kanak dan juga perkembangan fizikal,
mental, sosial, emosi, intelek dan estetik kanak-kanak. Kandungan gambar yang
sesuai boleh dikelaskan di bawah kategori seperti yang berikut:
Diri dan Keluarga
Alam sekitar murid
Alam flora dan fauna
Perayaan khas
Cerita
Puisi
Topik penyelesaian masalah
Fantasi
Tajuk-tajuk boleh direka untuk disesuaikan pada peringkat perkembangan fizikal,
mental, sosial, emosi, intelek dan estetik kanak-kanak di tahap 1 dan 2. Tajuk itu
boleh distrukturkan juga untuk tujuan penyerapan pengetahuan berbagai
matapelajaran dan penerapan nilai murni. Ini akan dibincangkan di Tajuk 2 unit
ini dan tajuk 1 Unit 2 di peringkat 2.
22
1.2.5
Proses Penghasilan:
Dalam proses menghasilkan gambar anda boleh mengikut langkah-langkah
berikut:
Mempelajari tentang kaedah dan teknik
Menggunakan atau mengamalkan tatacara bekerja yang bersistem
Mengaplikasi Asas Seni Reka dengan berteraskan kepada nilai dan
pertimbangan estetik. Asas Seni Reka tersebut ialah:
- Unsur Seni: garisan, rupa, bentuk, warna, ton dan jalinan.
- Prinsip Seni: imbangan, rentak, ruang, harmoni, kepelbagaian,
kesatuan, pergerakan, kontra dan penegasan.
- Struktur Rekaan: pecahan ruang, panduan grid, kadar
banding.
Anda boleh menggunakan proses penghasilan karya menggambar seperti
berikut :
i.
Pengwujudan idea
membuat pemerhatian
ii.
menjana idea
Perkembangan idea
membuat penerokaan dan kajian
membuat lakaran atau contengan
berinteraksi
menggunakan kaedah kreatif
membuat pilihan
iii.
Penghasilan
Menghasilkan karya mengikut idea menggunakan alat bahan dan teknik yang
dipilih
iv.
Anda boleh kumpulkan matlumat lanjutan dan contoh contoh menggambar semasa
bertugas di sekolah. Ingat, kita akan teruskan perbincangan di tajuk 2 dan peringkat 2.
LATIHAN
23
1. Sila lakukan satu aktiviti menggambar melalui teknik kolaj, bertemakan buahbuahan. Anda boleh menggunakan bahan-bahan seperti kertas surat khabar
atau majalah. Pilihlah gambar berwarna yang sesuai bagi menghasilkan kolaj
Gunting gambar tersebut mengikut lima jenis buah-buahan yang berlainan saiz
dan bentuk.
Susun semula bentuk-bentuk buahan tersebut menjadi gubahan yang menarik.
Anda boleh menambah daun atau ranting sebagai hiasan, supaya ianya
kelihatan lebih cantik.
2. Pernahkah anda lihat corak yang terdapat pada bendi, belakang daun, pelepah
pisang atau betik, cili, bawang, batang serai dan peria?
Sila pilih 5 daripada bahan tumbuhan yang sesuai, sapukan warna air atau
warna poster pada bahagian permukaannya dan hasilkan gambar bertema flora
dan fauna melalui teknik capan.
Tahniah kerana anda telah berjaya melakukan kedua-dua aktiviti di atas dengan baik.
Hasil kerja anda hendaklah dimasukkan ke dalam folio untuk penilaian semasa
perjumpaan tutorial.
Sekarang cuba anda fikir dan hasilkan satu esei pendek lebih kurang 100 patah
perkataan mengapa anda memilih alat-alat dan bahan-bahan yang anda gunakan tadi.
Soalan tutorial
Anda dikehendaki bawa semua hasil latihan ke sesi apresiasi semasa tutorial.
Bersama 5 orang rakan, secara berkumpulan, pamerkan hasil kerja dari kumpulan anda.
Pilih 2 hasil kerja dan bandingkan pemilihan kandungan, penggunaan alat, manipulasi
bahan, dan kesan yang dihasilkan. Tulis refleksi kendiri tentang pembelajaran anda.
24