Anda di halaman 1dari 2

PLURALISME AGAMA

merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama.


Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali
sebagai penganut Islam Liberal.
Aliran atau manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan
kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam.

KESESATAN

menyatakan al-Quran bukan wahyu Tuhan yang asli tetapi ia adalah


ciptaan Nabi Muhammad manakala hadis-hadis adalah saling
bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya.
mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. (Firman Allah SWT yang
bermaksud: Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama
Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan
di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah
mereka dikembalikan(Surah Ali-Imran, ayat 83).)
Nurcholish Madjid (Pengasas islam liberal Indonesia) telah mengubah
makna Kalimah Syahadah dengan pengertian Tidak ada tuhan kecuali
Tuhan dengan tafsiran pengertiannya bahawa menyembah Tuhan yang
mana sekali pun adalah benar kerana hakikatnya semuanya menuju ke
satu titik pusat, iaitu Hakikat Yang Tunggal. Bagi mereka, semua agama
adalah cabang-cabang yang berasal dari pohon yang sama

KESIMPULAN
Pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam syariat
Islam. Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang
suci kerana menurut mereka syariat adalah hasil ciptaan manusia.
Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan
agama. Malah, lebih ekstrem lagi mereka turut memperjuangkan hak
golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam
Liberal di Indonesia.

AllahTaalaberfirman,




Katakanlah: Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah
apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang
aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang
kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah
Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah,
agamaku. (6) (QS. Al Kafirun: 1-6)

Prepared by Amirul Baihakhi Muqar

Anda mungkin juga menyukai