Anda di halaman 1dari 4

Pluralisme agama merupakan fahaman yang meny amaratakan semua

agama. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang
dikenali sebagai penganut Islam Liberal. Aliran atau manhaj Islam Liberal
menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal
logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar
daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam
syariat Islam yang asli dan tulen.
Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga
melibatkan al-Quran dan al-Hadis. Penganut Islam Liberal menyatakan alQuran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi ia
adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling
bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan
mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.
Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka
mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur
ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar. Islam
dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik
dan ditinjau kembali.
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru,
tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah
benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan
yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat
bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah
satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apakah mereka mencari
agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri
segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun
terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan (Surah Ali-Imran,
ayat 83).
Pada tahun 2005 Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan
fatwa mengharamkan Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah
Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman tersebut. Pengharaman
tersebut adalah wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama
memang menyesatkan.

Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont


Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke
satu titik pusat, iaitu Realiti Tunggal (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan
dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masingmasing.
Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti
Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John
L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010).
Tidak kurang juga ramai di kalangan sarjana Islam sendiri menjadi
pendukung Islam Liberal. Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah
(Mesir), Nasr Hamid Abu Zayd, manakala di Tunisia terdapat tokoh
bernama Ali Harb. Sarjan-sarjana Islam lain termasuklah Sayyed Hussein
Nasr, Mohamad Arkoun, Hasan Hanafi dan Amina Wadud.
Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal
yang disertai beberapa tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul
Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy Munawar rahman, Azyumardi
Azra, Nassarudin Umar dan ramai lagi. Hampir kesemua tokoh-tokoh itu
pernah mendapat didikan di negara Barat dan ada yang pernah berkhidmat
di institusi-institusi pengajian Barat.
Nurcholish Madjid telah mengubah makna Kalimah Syahadah dengan
pengertian Tidak ada tuhan kecuali Tuhan dengan tafsiran pengertiannya
bahawa menyembah Tuhan yang mana sekali pun adalah benar kerana
hakikatnya semuanya menuju ke satu titik pusat, iaitu Hakikat Yang
Tunggal. Bagi mereka, semua agama adalah cabang-cabang yang berasal
dari pohon yang sama.
Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya
dipercayai mempunyai pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan
berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang rapat dengan Barat.
Perkara ini pernah didedahkan oleh Dr. Yusri Mohamad dan Dr.
Muhammad Uthman El-Muhammady semasa Wacana Membanteras
Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah tahun 2010. Dalam
usaha menyebarkan fahaman pluralisme agama di negara ini, mereka
sangat berhati-hati dengan tidak menyebarkannya secara terang-terangan.

Kesimpulan, pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam


syariat Islam. Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam
yang suci kerana menurut mereka syariat adalah hasil ciptaan manusia.
Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan
agama. Malah, lebih ekstrem lagi mereka turut memperjuangkan hak
golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam
Liberal di Indonesia.

Allah Taala berfirman,




Katakanlah: Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu
bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku
tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu
sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi
penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu
agamamu, dan untukkulah, agamaku. (6) (QS. Al
Kafirun: 1-6)

Pluralisme sebenarnya disalahfaham daripada induknya. Perkara ini berlaku akibat


ideologi dan kepentingan politik yang dipandu, khususnya di Malaysia. Pluralisme
sebenarnya menerima kepelbagaian agama dalam sebuah masyarakat.
Ini bermakna, bayangkan kita dibawah sebuah pemerintahan dimana umat Islam
dihukum berdasarkan al-Qur'an, umat Kristian dihukum berdasarkan Bibel, manakala
umat Hindu dihukum berdasarkan Bhagvad Gita atau Veda atau mana-mana kitab-kitab
mereka. Ini pun sebenarnya konsep pluralisme.
Tetapi akibat pengaruh politik Malaysia, pluralisme dilihat sebagai aliran liberalisme
dimana Islam diturunkan sebagai agama rasmi. Biar masyarakat dibimbing sekularisme
tanpa sebarang tuntutan agama. Ini pun hakikatnya pluralisme, cuma bentuknya
menghala liberalisme.
Ia seperti demokrasi. Ada konsep demokrasi mutlak. Ada konsep demokrasi perwakilan.
Begitu juga pluralisme. Bagi saya, pluralisme bukan musuh jika tidak melibatkan
liberalisme. Kenapa saya gelarkan pluralisme ala-ala liberalisme musuh? Kerana ia
menentang norma negara Malaysia. Kebaikan Islam sebagai agama rasmi:
1) Allah 2) Itulah agama majoriti dan dalam majoriti ini banyak bersifat konservatif
(menjulang agama). Maka dengan konsep agama Islam sebagai rasmi, rusuhan dan
kemarahan dapat dibendung - ini akan membantu ekonomi kerana kestabilan.

Anda mungkin juga menyukai