Nama Pelajar
Tempoh Praktikum
Pengkhususan
: Kimia
Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru
pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Selain itu, saya juga telah menerima nasihat
dan tunjuk ajar daripada guru-guru sekolah yang lain serta pensyarah penyelia kami. Hasil
daripada kolaborasi tersebut, terdapat beberapa langkah yang akan diambil bagi mengatasi
masalah kawalan kelas ini iaitu:
1. Bersikap lebih tegas dalam memberi arahan dan amaran kepada pelajar iaitu dengan
2.
3.
4.
5.
menulis nama pelajar yang bermasalah untuk diserahkan kepada unit disiplin.
Melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar dalam sesi PdP.
Menetapkan tempat duduk pelajar di dalam kelas.
Memanggil nama penuh pelajar agar mereka rasa dihargai dan diberi perhatian.
Memberi peneguhan positif kepada pelajar yang menunjukkan contoh yang baik di
dalam kelas.
Kaedah Ganjaran dan Hukuman merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori
Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku
itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Tingkah laku
adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan. Peneguhan positif merupakan stimuli
yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku yang diingini.
Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Misalnya memberi pujian, penghargaan,
hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan berlaku.
Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan
menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru
mengarah seseorang murid yang membuat bising dalam kelas agar datang ke depan
membuat pembentangan bagi menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti
pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh
menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai. Misalnya,
mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan
mengubah sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya tingkah
laku operan itu pada masa depan. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk memilih
peneguhan negatif yang terbaik untuk dilaksanakan di dalam kelas agar perasaan pelajar
dijaga.
Tempoh penyelesaian:
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah bermula dari 08 Februari
2015 hingga 12 Mac 2015. Sepanjang tempoh ini, saya akan memerhati perubahan sikap
dan tingkah laku pelajar di dalam kelas saya. Sekiranya kawalan kelas masih tidak dapat
dilaksanakan dengan baik, cadangan penyelesaian masalah ini akan diteruskan hingga
kesemua pelajar mampu memberikan tumpuan dan kerjasama terhadap guru di dalam kelas
dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Tindakan susulan:
Sebagai langkah awal bagi mengatasi masalah ini, saya akan menyediakan satu buku
nota kecil yang akan digunakan untuk mencatat nama pelajar yang membuat masalah di
dalam kelas. Amaran diberikan kepada pelajar dan sekiranya nama pelajar sudah tercatat
sebanyak tiga kali, maka nama mereka akan diserahkan kepada unit disiplin. Selain itu,
semasa menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan pelajar, saya hendaklah
memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Pelajar dibenarkan bergerak bagi menjalankan
aktiviti yang dirancang namun dalam keadaan yang terkawal. Jika tidak, saya akan
mengambil tindakan sama ada dengan menulis nama mereka pada buku atau
membenarkan mereka rehat 5 minit lambat daripada pelajar lain. Saya juga akan cuba untuk
lebih kerap memanggil nama mereka dengan nama penuh agar mereka rasa lebih diingati
dan dihargai. Selain itu, saya juga akan memanggil nama pelajar-pelajar yang bermasalah
untuk membuat latihan atau sebarang aktiviti lain seperti memadam papan putih,
menyediakan LCD dan sebagainya. Dengan menunjukkan prihatin serta rasa kasih sayang
yang erat pada mereka, diharap mereka dapat memberikan kerjasama dengan baik
sepanjang proses PdP berlangsung di dalam kelas.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kawalan kelas yang berkesan adalah merupakan faktor utama
keberkesanan sesebuah rancangan pengajaran guru di dalam kelas. Sebaik mana
sekalipun rancangan pengajaran yang disediakan, namun tanpa kawalan kelas yang baik,
semua objektif dan hasil pembelajaran tidak akan tercapai. Alberto & Troutman (1986)
menyatakan bahawa, kawalan kelas merujuk kepada kemahiran guru menguruskan masa,
ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu
iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam
menjalankan pengajaran yang bermakna terhadap pelajar. Hal ini melibatkan pendekatan
pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus serta mengawal murid dan
...
Tarikh: .
Tandatangan: ..
Nama: .
Tarikh: .
Nama: .
Tandatangan: ..