Anda di halaman 1dari 5

SEJ T 6 Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896( PERSETIAAN 1895 )

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896


Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan
penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian
persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir
Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November
1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada
tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal
kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau
bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negerinegeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas
kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab
Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan
sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri
yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang.
Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang
berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan
keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan
pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan
keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha
memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya
dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan
kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul
sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan
Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan
pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen
mempunyai kuasa mutlak.

Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani


oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal
kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negerinegeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka
terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa
masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen
pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi
cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan
pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun
1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang
meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku
kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk
mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada
Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan
ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan
menjejaskan kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat
dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah
kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak
dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan
membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor
dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini
digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah
Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan
Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an
dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan
membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari
segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan
bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat
dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di
bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan

memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di
Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli
sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam
bukunya
Administration
of
the
Federation
Malay
States
1896-1920.
Kesan-kesan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu
dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan
pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang
Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral
pertama pada 1 Julai 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata
sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua halehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan
pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya
mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan
menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan
pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai
orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya.
Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak
dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir
Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan
pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang
diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.
Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal
oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat
Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui.
Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil
tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara
langsung oleh British.

Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam
Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah
mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan
desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan
persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan
bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan
sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik
telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan
keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil
persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik
dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu
atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan
getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5
juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan
keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400
km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai
ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan
getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri
Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000
tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan
ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu
juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan
peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan
persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan
pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan
India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam
masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan
bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan
lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana
ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52

buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya
dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan
1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan
dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak
golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk
menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.
Pada hari ini dalam tahun 1896, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor telah
bergabung menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai pusat
pentadbirannya.
Usaha untuk menubuhkan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini bermula menjelang
tahun 1892 apabila didapati bahawa Sistem Residen telah tidak sesuai lagi dan tidak dapat
memenuhi kehendak pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Cadangan rasmi yang
pertama bagi mengadakan suatu bentuk persekutuan datangnya dari Sir Charles Lucas,
seorang Pegawai Tetap di Pejabat Jajahan London dalam bulan Mac 1892 yang telah
diasaskan dari perbincangan dengan Frank Swettenham. Penjajah British mendapati bahawa
sistem yang paling sesuai bagi negeri-negeri Melayu ialah satu sistem di mana pentadbirannya
diseragamkan supaya negeri-negeri yang lebih kuat dan kaya akan dapat membantu negerinegeri yang lemah dan kurang mewah.
Untuk melaksanakan rancangan ini, pada tahun 1895, Frank Swettenham telah diutus ke
negeri-negeri yang berkenaan untuk menerangkan rancangan tersebut kepada Raja-Raja
Melayu serta mendapatkan persetujuan mereka. Frank Swettenham telah berjaya mendapatkan
persetujuan daripada Raja-Raja berkenaan. Berikutannya satu perjanjian yang dikenali
sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri
Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia
Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar
Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa
Tampin. Menurut Perjanjian ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka
dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri
mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang akan
ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.

Anda mungkin juga menyukai