Anda di halaman 1dari 15

ABSEILING

1.0

PENGENALAN

Abseiling berasal dari perkataan Jerman abseilan iaitu to rope down ialah
proses untuk mengawal penurunan dengan tali, digunakan semasa memanjat
batu (rock climbing), mendaki gunung(mountaineering), mendaki gua(caving)
dan memanjat lembah(canyoneering) serta digunakan untuk turun ke tebing
curam dengan cara berjalan ke bawah.

Juga dikenali sebagai rappelling(English Amerika), abbing(loghat British


untuk abseiling), jumping, lompatan, roping down, roping, seiling (loghat
Australia), rap jumping, lompatan tali (loghat Amerika), snapling (loghat
Israel) dan rappling (loghat Hindi).

Rajah 1: Gambar Aktiviti Abseiling

2.0

SEJARAH ABSEILING

Bermula abseiling disifatkan oleh Jean Esteril Charlet, seorang yang tinggal di
pergunungan sejak tahun 1840 hingga 1925. Charlet memikirkan teknik
abseiling atau rappel untuk berjalan ke bawah dengan menggunakan tali
setelah dia gagal dalam cubaan secara solo Petit Dru pada tahun 1876.
Setelah beberapa kali cubaan, kesemuanya secara solo, dia berhasrat untuk
sampai ke kemuncak Petit Dru dalam tahun 1979 dan berjaya sampai atas
bantuan Prosper Payot dan Frederic Folliguet yang tinggal di pergunungan.
Semasa pendakian Charket berjaya dalam penurunannya.
Jean Charlet bertemu jodoh dengan anak muridnya iaitu Isabella Straton
pada tahun 1872 setelah sama-sama mendaki Mont Blanc.

3.0

PERALATAN ABSEILING
3.1

Helmets(Topi pelindung)
Helmets dipakai sebagai pelindung kepala dari hentakkan dan
batu-batu yang jatuh. Lampu yang disertakan bersama dengan
dengan topi pelindung ini digunakan apabila berada di dalam
cerun yang gelap.

Rajah 2 :Topi Keselamatan Yang Digunakan

3.2

Gloves(sarung tangan)
Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan daripada tali
dan cedera akibat geseran pada dinding semasa penurunan. Ia
juga digunakan dalam rekreasi abseiling, bidang perindustrian,
perlumbaan dan ketenteraan untuk memanjat tempat tinggi,
gunung atau bukit. Jika tidak digunakan ia mengundang risiko
bahaya kepada pendaki.

Rajah 3: Jenis Sarung Tangan Yang Digunakan

3.3

Boots(kasut but)
But atau kasut lain yang tegap yang mempunyai tapak
cengkaman yang baik digunakan dalam aktiviti ini.

Rajah 4: Kasut Untuk Abseiling

3.4

Knee pads(pad lutut) dan elbow pads(pad siku)


Kedua-dua alat ini digunakan untuk melindungi sendi dari
tercedera semasa merangkak, merempuh atau mendaki.

3.5

Rope(tali)
Tali yang digunakan semasa penurunan dari tempat yang tinggi
biasanya jenis Kernmantle yang banyak pintalan tali teras yang
menghalang

tangan

dari

melecet.

Dalam

kebanyakan

penggunaan tali jenis rendah regangan atau tali statik yang


mana mengurangkan pantulan dan memudahkan penurunan
digunakan untuk menampung berat pendaki.

Rajah 5 : Tali Kernamatle

3.6

Harness(Tali-temali)
Tali-temali diikat di sekeling pinggang untuk keselamatan
penurun. Tali-temali yang selesa dan selamat penting untuk
menampung penurunan pendaki selama beberapa jam.

Rajah 6 : Harness ( Full Harness & Chest Harness)

3.7 Descender atau rappel device(Alat penurunan)


Descender ialah alat geseran yang membantu tali digunakan untuk
menahan bebanan dengan tenaga yang minimum untuk pendaki
mengawal penurunan. Kelajuan alat penurunan ini dikawal oleh
penggunaan kurang atau lebih gerakan tali. Alat penurunan ini
direka termasuk:

Breaking bars (bar penahan)

Figure eight (bentuk lapan)

Abseil rack (rak abseil)

Bobbin (alat yang sendirinya terkunci jika berhenti dari


penurunan secara tiba-tiba)

Gold tail(tali bewarna kuning keemasan)

Sky genie

Rajah 7 : Gambar Figure of Eight

Alat-alat di atas juga digunakan oleh pencuci tingkap dan ahli bomba
dan penyelamat. Alat-alat lain yang digunakan ialah:

Carabiner wrap(pembalut carabiner)

Basic crossed-carabiner brake(penahan asas carabiner)

Piton bar brake(bar penahan Piton)

Alat-alat di atas merupakan alatan lama semasa penurunan pada


tahun 1960-an dan tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang.

Rajah 8 : Gambar Karabiner Yang Biasa Digunakan

4.0

PENGAPLIKASIAN

Abseiling juga digunakan untuk:

Pendaki batu untuk turun ke kaki pendakian atau untuk


berhenti ke tempet tertentu untuk mencuba tugasan baru.

Penurun pendakian rekreasi untuk naik ke puncak trek, anak


tangga atau lain-lain.

Pendaki lembah, untuk turun di kaki air gunung seperti air


terjun atau lembah untuk berjalan turun dan lompatan yang
berbahaya atau mustahil.

Pelumba jelajah, yang biasa menggunakan abseilingatau lainlain aktiviti tali.

Pekerja

industri atau komersial, menggunakan teknik

abseiling untuk pergi ke struktur bangunan untuk melakukan


kerja-kerja

pembinaan,

baikpulih,

atau

pembersihan.

Contohnya, pencuci bangunan, pekerja kuari dan lain-lain.

Ahli bomba, ahli penyelamat atau paramedik, dengan


menuruni helikopter menggunakan tali.

Pekerja kapal laut, menyiasai pengimbang tangki atau lain-lain


bahagian kapal.

Usaha-usaha penyelamat seperti menyelamat mangsa cedera


atau kemalangan(kenderaan atau kapal terbang) dengan
menggunakan teknik abseiling.

Pemanjat cerobong asap untuk membaiki bahagian cerobong


asap.

Abseiling merupakan sukan lasak yang berbahaya, berisiko tinggi sekiranya


tidak diselia atau dijalankan oleh pendaki yang tidak berpengalaman.
Abseiling khususnya dilihat lebih berbahaya dari pendakian. Tali memainkan
peranan yang penting dalam mengimbangi berat badan pendaki. Tambahan
pula, peratusan tinggi kemalangan pendakian adalah dari aktiviti abseiling.
Abseiling amat dilarang atau ditegah di sesetengah kawasan atau
tempat disebabkan potensi tanah runtuh atau kawasan berbahaya.

5.0

BAGAIMANA UNTUK MEMPRAKTIKKAN ABSEILING?

Abseiling termasuk menurunkan tali menggunakan alat geseran diikat pada


tali di pinggang. Ia digunakan untuk turun ke kawasan tanah yang berbahaya
dan memakan masa untuk pendaratan kaki. Mulakan abseiling di tempat yang
rendah atau cetek terlebih dahulu. Kemudian ke tampat yang tinggi peringkat
demi peringkat. Pastikan tiada sesiapapun di bawah, dengan menggunakan
tali yang diikat dengan kemas dan selamat seterusnya pegang tali yang
melingkar dengan mencuba tarik(untuk bergerak ke bawah) dan tahan(untuk
mengawal kelajuan penurunan). Berhati-hati dan jerit turun! Untuk memberi
amaran kepada sesiapa sahaja berada di bawah dan pastikan tali tadi sampai
ke tanah semasa turun. Jika anda ingin berhenti di tengah-tengah penurunan,
pusing alat abseiling dan ia akan terkunci secara automatik(tidak bergerak
turun) kemudian anda boleh untuk berpusing-pusing dan bergoyang-goyang
di situ.

6.0

JENIS-JENIS ABSEILING:

Dua gaya penurunan yang digunakan dalam aktiviti abseiling ialah gaya
duduk dan gaya junam. Penurunan gaya duduk adalah gaya yang biasa
digunakan dan mudah untuk dilaksanakan. Penurunan gaya junam adalah
gaya penurunan yang kompleks dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

7.0

KEMAHIRAN TALI

Tali merupakan peralatan utama dalam aktiviti abseiling. Kita mesti


mempunyai kemahiran membuat ikatan dan simpulan tali. Terdapat beberapa
jenis ikatan atau simpulan tali yang diaplikasikan dalam aktiviti abseiling.
Pemilihan jenis simpulan tali adalah berdasarkan kepada kekuatan

dan

keselamatan sesuatu ikatan. Setiap jenis simpulan tali mempunyai fungsi


yang khusus dan digunakan pada tempat yang tertentu. Simpulan tali yang
digunakan tidak akan terbuka atau terlucut apabila dikenakan regangan yang
tinggi. Sebaliknya, simpulan tali ini mudah dibuka semula setelah digunakan.
Ikatan yang dipelajari ini akan digunakan untuk membuka ikatan pada dahandahan pokok. Jenis-jenis ikatan atau simpulan tali yang digunakan ialah
simpul manuk, simpul tindih kasih, ikatan bunga geti dan simpul buaian.
7.1

Simpul manuk
Simpul manuk digunakan pada permulaan sesuatu ikatan.
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali utama pada dahan
atau palang.

7.2

Simpul Tindih Kasih


Simpul tindih kasih digunakan pada ikatan tali keselamatan
yang dipasang pada bahagian dada. Simpulan ini tidak terjerut
walaupun dikenakan regangan yang tinggi.

7.3

Ikatan Bunga Geti


Ikatan bunga geti digunakan untuk menyambung dua utas tali
yang tidak sama besar. Ikatan bunga geti beganda pula
digunakan supaya ikatan menjadi lebih selamat. Fungsi ikatan
bunga geti berganda sama dengan ikatan bunga geti biasa.
Ikatan ini mudah dilakukan dan senang dibuka.

7.4

Simpul Buaian
Simpul buaian digunakan untuk membuat tangga tali. Batang
kayu

digunakan

sebagai

anak

tangga

diikat

pada

tali

menggunakan simpul buaian. Simpulan ini dapat menahan kayu


daripada tergelongsor ke bawah apabila dipanjat.

8.0

PERSEDIAAN MELAKUKAN ABSEILING

Setelah memasang dan menguji tangga tali, tali utama dan tali keselamatan
dilakukan. Kita boleh melakukan abseiling seperti langkah-langkah berikut:
1. Pasang ikatan abah-abah dengan kemas.Laraskan ikatan pada
bahagian pinggang dan peha mengikut keselesaan.
2. Pasang karabiner pada Harness.

10

3. Pasang figure of eight pada karabiner.


4. Pakai topi keselamatan dan sarung tangan dengan kemas.
5. Sebelum

memanjat

tangga

tali,

pasang

ascender

tali

keselamatan (safety one) pada karabiner.


6. Setelah tali keselamatan siap dipasang, berteriak dengan
menyebut safety one on. Panjat tangga tali sehingga ke lokasi
permulaan.
7. Apabila sampai dilokasi permulaan, pasang tali keselamatan
kedua dan buka tali keselamatan pertama. Berteriak dengan
menyebut safety one off, safety two on.
8. Keluarkan figure of eight daripada karabiner dan pasang tali
utama (main line) pada figure of eight.
9. Pasang dan kunci figure of eight pada karabiner. Pastikan
karabiner telah dikunci dengan kemas.
10. Ambil kedudukan dan berteriak dengan menyebut safety two
off, safety three on.
11. Beri isyarat atau minta kebenaran untuk turun, sebagai contoh:
SAYA_______(sebut

nama)_______MINTA

KEBENARAN

UNTUK TURUN,TUAN.
12. Tunggu sehingga isyarat kebenaran turun belay on diberikan
oleh pembantu yang menjaga hujung utama dibawah.

8.1

Prosedur Penurunan.

Sebelah tangan memegang tali utama di hadapan dengan genggaman


yang longgar.

11

Tangan dominan memegang tali utama di sebelah belakang.

Genggam tali dengan erat dan bawah ke pinggul.

Pandang ke bawah dan tentukan lokasi pendaratan.

Bawa tali utama disebelah belakang ke sisi untuk membolehkan


longsoran ke bawah.

Kedudukan badan seperti sedang duduk. Kaki dibuka seluas bahu dan
direhat ke bawah.

Untuk menghentikan penurunan, genggam erat tali dengan tali


disebelah belakang dan bawa ke belakang pinggul.

Nota:

Tarikan graviti akan menyebabkan kita turun ke bawah.


Ulang semula perlakuan di atas sehingga sampai ke bawah.

8.2 Panduan Pembantu Tali Keselamatan.

Memakai topi keselamatan dan sarung tangan.

Menyilangkan tali keselamatan pada pinggang.

Menumpukan perhatian kepada penurunan sepanjang masa.

Melepaskan tali tali supaya penurun turun dengan lancer.

Memastikan tali disusun dengan kemas dan teratur supaya tidak


berpintal atau terbelit-belit.

8.3

Prosedur Pendaratan.

Sebaik sahaja kaki mencecah kawasan mendarat, laporkan


kepada pembantu yang berada di atas, sebagai contoh:

12

SAYA ..(sebut nama).. TELAH SELAMAT


SAMPAI / TURUN, TUAN.

Buka tali keselamatan.

Buka kunci karabiner.

Keluarkan figure of 8 daripada karabiner dan tali utama.

Keluarkan karabiner daripada Harness.

Bergerak ke kawasan selamat.

Tanggalkan sarung tangan dan topi keselamatan.

Susun semua peralatan yang digunakan ditempat yang


ditetapkan.

Bersedia untuk arahan seterusnya.

8.4 Panduan Pembantu Tali Utama Di Bawah (Blayer).

Pakai topi keselamatan dan sarung tangan.

Sentiasa bersedia dan tumpukan perhatian kepada penurunan


sepanjang masa.

Pembantu sentiasa memegang tali dan cuba menjangkakan


sebarang kecemasan yang kemungkinan berlaku.

8.5

Sekiranya penurun berteriak falling tarik dan tegangkan tali utama.

Memberi motivasi kepada penurun.

Membantu penurun membuka peralatan selepas selamat turun.

Aspek-aspek Keselamatan

13

Aspek

keselamatan

perlu

diberi

perhatian

dan

keutamaan

dalam

perlaksanaan aktiviti-aktiviti abseiling. Risiko kemalangan dapat dielakkan jika


setiap peraturan berikut dipatuhi.
Memakai pakaian yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang terlalu
besar.
Memastikan ahli kumpulan tidak memakai barang-barang perhiasan
seperti cincin, gelang, rantai dan jam tangan.
Mengikat dengan kemas rambut yang panjang.
Memasukkan tudung kepala kedalam baju.
Memeriksa semua peralatan dengan teliti sebelum dan selepas
digunakan beberapa kali.
Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat khas.
Menguji setiap ikatan selepas digunakan beberapa kali.
Menyelenggara semua peralatan selepas digunakan.
Memaklumkan kecederaan yang dialami kepada guru.
Memberi perhatian dan mematuhi setiap arahan dan peraturan.
Melakukan aktiviti dengan pengawasan pembimbing.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, aktiviti abseiling dapat


menguji tahap keberanian dan keyakinan diri seseorang. Disamping itu juga
aktiviti ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama.
Cabaran yang terdapat dalam aktiviti abseiling dapat membentuk keberanian
dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan harian dan
pelajaran.

14

BIBLOGRAFI

Aris Fazil Bin Hj.Ujang, Borhan Bin Yusof, Abd. Halim Bin Md. Salleh(2005),
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

http://www.kingswood.Co.uk/page/document (Carian pada 07hb April 2008)

http://www.onrock.co.uk/safetybackupprocedurewhilstAbseiling.htm (carian
pada 07hb April 2008
http://www.pinnaclesport.com (carian pada 06hb April 2008)
http://www.chockstone.org/gallery.htm (carian pada 06hb April 2008)

15