Anda di halaman 1dari 4

Sistem Saraf Somatik

Sistem saraf somatik adalah sistem yang mengawal pergerakan voluntari otot rangka yang cepat.
Selain itu, sistem saraf somatik adalah bahagian dari sistem saraf yang bertanggungjawab untuk
semua gerakan tubuh secara sadar untuk merasakan rangsangan eksternal. Semua panca indera
dikendalikan oleh sistem ini. Sistem saraf somatik juga terdiri daripada saraf tulang belakang
yang membolehkan kita untuk mengawal otot ia juga membawa impuls dari organ-organ deria
kembali ke saraf tunjang dan otak. Sistem saraf somatik menginervasi semua organ sensorik,
termasuk mata, telinga, lidah, dan kulit, serta semua otot rangka, dan otot-otot yang melekat pada
tulang dan digunakan untuk gerakan sadar. Dalam gerakan, Sistem saraf somatik membawa
impuls dari otak ke otot yang akan dipindahkan, sedangkan kapasitas sensorik, Sistem saraf
somatik membawa impuls dari organ sensorik ke otak.

Sistem Saraf Autonomik


Sistem saraf autonomik adalah sistem yang mengawal pergerakan otot yang tidak berangka. Otot
tidak berangka termasuk otot jantung,saluran darah,dan otot-otot organ-organ dalaman badan
(contoh otot traktus penghadaman). Kita tidak langsung mengawal otot-otot sistem saraf
autonomik (auto-sendiri,nomik -regulasi). Secara umumnya, sistem saraf autonomik bertindak
balas dengan perlahan dan mengambil masa yang panjang berbanding dengan sistem saraf
somatik.
Selain itu, sistem saraf autonomik terbahagi lagi kepada dua bahagian: simpati dan parasimpati.
Kedua-dua sistem ini terlibat dalam metabolism badan, mengambil, menyimpan, dan
menggunakan tenaga dan bahan-bahan bekalan daripada makanan dan mengeluarkan bahan
buangan daripada badan. Sistem saraf autonomik juga terdiri daripada sebahagian daripada
sistem saraf yang tidak boleh dikawal, contohnya degupan jantung, hati,otot licin,organ-organ
dalaman paru-paru dan lain-lain.

Sistem Saraf Simpatatik


Sistem saraf simpatatik terdiri daripada pelbagai fungsi, terdapat beberapa fungsinya seperti;
mengalihkan aliran darah dari saluran gastro intestinal (GI) dan kulit melalui vasakostriksi, aliran
darah ke otot rangka dan paru-paru tidak hanya dipertahankan, tapi ditingkatkan (sebanyak1200
persen, dalam kasus otak rangka). Selain itu ,sistem saraf simpatatik dapat melebarkan
bronkiolus paru-paru, yang memungkinkan untuk pertukarn oksigen arveolar yang lebih besar. Ia
juga dapat meningkatkan denyut jantung dan kontratilitas sel jantung (miotis) sehingga
memberikan satu mekanisme untuk peningkatan aliran darah untuk otot rangka.

Sistem Saraf Parasimpatatik


Sistem saraf parasimpatatik terdiri daripada pelbagai fungsi iatu: memperbesar pembuluh darah
yang menuju ke saluran pencernaan,meningkatkan aliran darah. Hal ini penting mendapat
kecukupan komsusi makanan, kerana tuntutan metabolic yang lebih besar ditempatkan pada
tubuh oleh usus. Sistem saraf parasimpatatik juga dapat menyepitkan diameter bronkiolar ketika
memerlukan oksigen yang telah berkurang. Selain itu, sistem parasimpatatik merangsang sekresi
kelenjar ludah, dan mempercepat gerak peristaltik dan ia juga terlibat dalam ereksi alat kelamin,
melalui saraf splanknikus pelvis.

RAJAH

CARTA

SISTEM
SARAF
AUTONOMIK
SISTEM
SARAF
SIMPATATIK

SISTEM
SARAF
PARASIMPATA
TIK

Anda mungkin juga menyukai