Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Piano sering digelar sebagai alat muzik yang sempurna. Seseorang dapat
mengalami dan mempelajari semua elemen-elemen muzik seperti melodi, ritma dan
harmoni pada piano. Kemahiran memainkan piano yang baik memerlukan pembacaan
notasi dalam klef trebel dan bes. Seorang pemain piano yang baik juga perlu
mengaplikasikan teknik permainan yang betul dalam permainan pianonya. Pengaplikasian
teknik yang betul merupakan satu kelebihan kepada guru muzik semasa mengendalikan
kelas muzik dalam bilik darjah. Alat muzik piano sebagai alat bantuan mengajar banyak
membantu guru melaksana pelbagai aktiviti yang menarik.
Munurut sebuah jurnal bahasa Inggeris yang bertajuk Fundamentals of Piano
Practise, seorang pelajar piano harus memahami definisi teknik terlebih dahulu kerana
ketidakfahaman tentang maksud teknik yang betul akan membawa kepada cara latihan
yang salah. Kefahaman yang jelas tentang teknik boleh membantu seseorang untuk berlatih
dengan cara yang betul.

Grand piano

Upright piano

Dalam tugasan ini, saya memilih untuk membuat ulasan kritis mengenai teknik
permainan yang diaplikasikan oleh rakan saya, iaitu Nur-Rasyiqah Ilyia dalam memainkan
skel broken chords Bb major (tangan kanan) dan B harmonik minor (tangan kiri), permainan
lagu Padiku dan Twinkle Variations. Permainan piano rakan saya telah pun saya rakam
dalam bentuk CD dan skor lagu telah saya lampirkan pada bahagian Lampiran

1. Skel broken chords


Dalam permainan skel broken chords, kami dikehendaki untuk memainkan skel broken
chords Bb major dengan tangan kanan dan skel broken chords B harmonik minor dengan
tangan kiri. Berdasarkan permainan skel broken chords yang dimainkan oleh Rasyiqah,
saya telah membuat pemerhatian dan analisis mengenai kelemahan dan kekuatan teknik
permainannya.

Antara kelemahan yang dapat saya perincikan ialah, dalam memainkan skel broken
chords Bb major dengan tangan kanan, Rasyiqah telah membuat sedikit kesilapan kerana
menekan not D dan membunyikannya dua kali. Seterusnya, dalam memainkan skel broken
chords B harmonik minor dengan tangan kiri, Rasyiqah juga telah membuat kesilapan
kerana memainkan not D juga seakan-akan bunyi bertindih dengan not E dan berbunyi
seperti memainkan not hiasan. Selain itu, dari segi tempo semasa memainkan skel B
harmonik minor dengan tangan kiri secara menurun, Rasyiqah memainkannya dengan
tempo yang tidak konsisten kerana memainkan agak laju pada not F# dan D dan kemudian
pada not B, wujudnya seakan-akan pause, dan seterusnya dia memainkan skel seperti
biasa dengan baik.

Dari segi kekuatan permainan skel broken chords pula, Rasyiqah dapat menguasai
teknik penjarian yang betul dalam kedua-dua skel tangan kanan dan tangan kiri. Dari segi
tempo pula, Rasyiqah dapat memainkan skel Bb major dengan tempo yang tepat dan
sesuai. Dia juga mengaplikasikan teknik legato dalam permainannya kerana menghasilkan
permainan yang lembut dan setiap not juga terhubung, serta phrasing yang sesuai dalam
permainan skel broken chords olehnya.

2. Lagu Padiku dengan iringan Masri


Dalam permainan lagu Padiku, kami dikehendaki memainkan lagu tersebut dengan iringan

masri. Lagu ini adalah dalam nada D major dan dalam meter lazim iaitu meter

4
.
4

Rentak ini banyak digunakan dalam lagu-lagu berirama padang pasir dan juga lagu-lagu
nasyid.
Berdasarkan lagu Padiku yang telah dipersembahkan oleh Rasyiqah, saya telah
menganalisis kelemahan dan kekuatannya mengenai teknik permainan dan beberapa
kriteria lain. Antara kelemahan yang telah dia lakukan ialah, dari segi irama, pada bar ke-3,
Rasyiqah telah memainkan not E krocet dan G krocet sebagai E krocet bertitik dan G
kuaver. Kesilapan yang sama juga turut dilakukan pada bar ke-7. Seterusnya, pada bar ke13 dan bar ke-14 dan ulangan pada bar ke-21 dan bar ke-22, Rasyiqah telah memainkan
dua not E krocet sebagai E krocet bertitik dan E kuaver. Pada bar ke-15, Rasyiqah
memainkan not E krocet dan D krocet sebagai nilai E krocet bertitik dan D kuaver.
Dari segi teknik penjarian pula, saya mendapati bahawa Rasyiqah juga turut dapat
mengaplikasikan kemahiran pergerakan ibu jari di bawah jari kedua dengan tangan kanan
dengan baik. Pada pandangan saya, Rasyiqah tidak mempunyai masalah dari aspek ini.
Namun begitu, dia perlu melakukan lebih banyak latihan agar jarinya bergerak dengan lebih
lembut dan kelihatan tidak terlalu keras.
Lagu ini harus diiringi dengan rentak masri. Oleh itu, chord progression amat penting
dalam mengiringi lagu ini. Berdasarkan penelitian saya, saya mendapati bahawa rasyiqah
lebih banyak menggunakan kord dalam kedudukan perdu untuk mengiringi lagu ini. Selain
itu, terdapat juga kesalahan dalam memilih penggunaan kerana kord tersebut tidak sesuai
digunakan dan tidak berapa indah untuk didengari. Sebagai contohnya, Rasyiqah telah
menggunakan kord I pada bar ke-16. Pada pendapat saya, kord V atau V7 lebih sesuai
digunakan pada bar tersebut kerana lebih sedap untuk didengari dan ia membentuk Kaden
imperfek dari bar ke-15 ke bar 16 (ii-V).
Secara keseluruhannya, Rasyiqah dapat memainkan lagu Padiku dengan iringan
masri dengan tempo yang sesuai dan dalam mood yang riang walaupun terdapat beberapa
kesalahan yang dilakukan.

3. Lagu Twinkle Variations

Seterusnya, kami juga harus memainkan lagu Twinkle Variations dalam nada F major dan

meter lazim

4
.
4

Dalam karya lagu ini, saya juga telah membuat penelitian dan perincian

mengenai kelemahan dan kekuatan teknik permainan Rasyiqah.


Skel Kromatik adalah sejenis skel di mana semua not adalah berjarak satu semiton.
Ia meliputi semua not pada mata kunci putih dan hitam pada kibod. Skel kromatik
mengandungi 13 not dalam satu oktaf. Dari segi teknik permainan skel kromatik, saya
mendapati bahawa Rasyiqah masih belum menguasai permainan skel kromatik. Hal ini
dapat dilihat melalui cara dia bermain dari bar ke-11 dan bar ke-12, iaitu permainan pada
tangan kirinya masih tersekat-sekat.
Selain itu, dari segi teknik permainan double notes (3rds) pula, Rasyiqah dapat
memainkannya dengan baik. Hal ini boleh dilihat dari kelancarannya bermain lagu ini pada
bar 1, bar ke-2 dengan tangan kanan, manakala bar ke-5 dan bar ke-6 dengan tangan
kanan.
Seterusnya, dari segi teknik permainan staccato, saya dapat melihat bahawa
Rasyiqah tidak dapat mengaplikasikan teknik staccato dengan sepenuhnya pada
keseluruhan lagu. Hal ini kerana terdapat banyak kesalahan yang telah dilakukan pada barbar

tertentu

yang

sepatutnya

dimainkan

teknik

staccato,

namun

dia

tidak

mengaplikasikannya. Sebagai contohnya, not krocet pada bar ke-4 sepatutnya dimainkan
secara tersentak kerana ia adalah staccato. Kesilapan yang Rasyiqah lakukan juga boleh
dilihat pada bar ke-9 dan bar ke-10, di mana dia tidak mengaplikasikan teknik staccato pada
bar tersebut.
Seterusnya ialah teknik slur. Dalam lagu ini, saya mendapati bahawa Rasyiqah tidak
dapat memainkan lagu tersebut sepenuhnya dengan baik. Saya menyatakan demikian
kerana Rasyiqah tidak dapat memainkan permainan tangan kanan dan kiri dengan lancar
pada bar ke-3, bar ke-8 dan ke-9 dan juga pada bar yang lain secara tersekat-sekat.
Selain itu, dari segi irama, Rasyiqah juga membuat kesalahan dalam memainkan
irama dari bar ke-15 sehingga bar ke-17. Hal ini kerana dia memainkan setiap not pada bar
tersebut tidak mengikut nilai setiap not dan memainkan semua not pada bar tersebut
dengan nilai krocet.
Seterusnya, Rasyiqah juga melakukan kesilapan dari segi dinamik. Pada bar ke-7,
lagu ini sepatutnya dimainkan dengan dinamik poco cresc atau dinamik bertanda

iaitu beransur-ansur kuat. Rasyiqah tidak memainkan lagu ini mengikut dinamik yang telah
dinyatakan pada skor. Teknik permainan Shafini juga dilihat masih tersekat-sekat khususnya
pada bar-18, di mana dia seolah-olah berhenti memainkan lagu tersebut.
Secara keseluruhannya, teknik dan cara permainan Rasyiqah dalam karya lagu ini
perlu diperbaiki lagi agar dia dapat memainkan karya ini dengan lebih baik.
Cadangan
Untuk penambahbaikan teknik permainan piano, saya mencadangkan agar
Rasyiqah melakukan lebih banyak latihan penjarian dengan memperbanyakkan latihan
bermain skel supaya menjadi rutin dan kebiasaannya dengan pergerakan ibu jari di bawah
jari kedua. Jika dia selalu membuat latihan seperti ini, saya yakin bahawa jarinya akan
bergerak dengan lebih lembut dan kelihatan tidak terlalu keras.
Menurut sebuah laman web yang bertajuk Music Education, slur adalah satu
notasi muzik barat atau teknik yang memerlukan seorang pemain muzik itu memainkan alat
muzik secara licin (legato). Oleh hal yang demikian, saya menyarankan agar Rasyiqah
harus berlatih dengan lebih intensif agar permainannya akan menjadi lebih baik dan lancar
tanpa sebarang sekatan. Pengaplikasian teknik slur dalam sesebuah karya tidak seharusnya
dipandang enteng kerana ia dapat menjadikan lagu yang dimainkan lebih hidup dan sedap
didengari oleh semua orang.
Selanjutnya ialah teknik staccato. Menurut buku Music Theory yang ditulis oleh
Loh Phaik Keng, staccato bermaksud dimainkan secara pendek atau tersentak-sentak. Oleh
itu, bagi mengatasi masalah ini, suka saya memberi saranan kepada Rasyiqah supaya
berlatih memainkan lagu tersebut dengan melihat skor di samping berlatih secara intensif
supaya dia lebih peka terhadap teknik staccato yang sepatutnya diaplikasikan. Dia juga
boleh berlatih apa-apa lagu kegemarannya, ataupun skel major dan minor, dan lain-lain lagi
untuk meningkatkan lagi kemahiran teknik staccato. Dalam penjarian staccato, kita tidak
perlu menaikkan tangan terlalu tinggi daripada papan piano, agar mudah untuk kita
menggerakkan jari-jari kita ke not-not yang seterusnya.
Seterusnya, teknik permainan double notes (3rds) adalah satu teknik yang paling
sukar di piano kerana memerlukan penyelarasan. Setiap jari perlu memainkan 2 not secara
selaras dan sama dan dalam usaha ini, jari yang kecil dan lemah perlu untuk menjadi kuat
lebih-lebih lagi setiap jari di tangan kanan kerana lebih banyak berfungsi dalam permainan
melodi. Untuk teknik ini, saya mencadangkan agar Rasyiqah melakukan lebih banyak latihan
tubi untuk skel double notes supaya jarinya menjadi terbiasa dan dapat memainkan apa

sahaja jenis lagu yang mengandungi skel double notes dengan baik. Hal ini kerana teknik
latih tubi dalam muzik adalah aktiviti pengulangan atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya

untuk

mencapai

taraf

penguasaan

kemahiran

disamping

menjamin

keberkesanannya. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran dalam bermain skel major dan minor, appregio, contrary motion, skel kromatik
dan broken chords.
Rumusan
Teknik permainan piano adalah keupayaan untuk memainkan pelbagai petikan
piano yang berbeza-beza. Teknik permainan piano ini bukan sahaja dilihat dari aspek
ketangkasan, tetapi ianya merangkumi banyak kemahiran. Sesungguhnya, bermain piano
bukanlah sesuatu yang anda boleh kuasai sepenuhnya dalam hanya satu atau dua sesi
latihan sahaja. Malah jika latihan piano tidak dilakukan jangka masa yang terlalu lama,
bukan mudah untuk menguasai kemahiran bermain piano tersebut dengan mudah.
Kemahiran tersebut mungkin menjadi berkarat sedikit, namun begitu jika ada kemahuan, di
situ ada jalan. Jika kita rajin berusaha, sudah pasti ilmu yang telah lama kita tinggalkan
pasti akan menjadi bersinar kembali dan tidak akan berkarat lagi. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan hasrat KSSR Pendidikan Muzik, Kurikulum Pendidikan Muzik,
kita sudah tentu mahu melahirkan pelajar yang kreatif, berilmu berpengetahuan serta dapat
menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzik.

Bibliografi

Awanro. (2010, April 11). Teknik Dasar Bermain Piano. Retrieved Mac 10, 2016, from
Keyboardiz: http://www.keyboardiz.com/?p=article&id=195
Bye, L. D. (1981). Theory & Harmony for Everyone. America: Mel Bay's.
Fitch, G. (2011, Ogos 28). On Double Notes. Retrieved Mac 07, 2016, from Practising The
Piano: http://www.practisingthepiano.com/on-double-notes-part-one/
Hoffer, C. (2007). Music Listening Today. America: Thomson Schirmer.
Kheng, L. P. (2009). Music Theory. Singapore: MDF.
Kodijat-marzoeki, L. (2002). Penuntun Pengajar Piano. Jakarta: Katalog Dalam Terbitan
(KDT).
Miller, M. (2005). Music Theory. New York: Alpha Inc.
Nugroho, A. R. (2009). This Is It! Teknik Permainan Piano Karya Musik, 199-230.
Unsil, S. (2013, Januari 2). Music Education. Retrieved Mac 20, 2016, from Slideshare:
http://www.slideshare.net/missstepheltonz/fpk-15829193
Zock, J. A. (2011). Fundamentals of Piano Practise. Nyanyian, 65-89.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai