Anda di halaman 1dari 2

ANAK ITIK YANG

HODOH
Pada suatu masa dahulu,
seekor ibu itik mengeram enam
biji telur.
Tidak lama kemudian, satu per
satu telur itu menetas dan
keluarlah anak itik yang comel serta berbulu kuning. Tetapi
satu telur yang agak besar menetas dan anak itu berwarna
kelabu!
Sungguh hodoh rupamu! ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia
melompat ke dalam air dan anak itik juga turut bersama.
Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatangbinatang yang lain di ladang itu.
Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak itik yang comel itu. Tetapi
mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek
dan dihalau dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada
kawan dan tidak ada tempat tinggal.
Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia
berjalan keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar
datang ke tempat itu tertawakannya dan berkata, Pergi kamu dari sini!
Hodohnya kamu!
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada
sebuah pondok. Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya
tinggal di situ. Ayam juga memberikannya makanan.
Ayam bertanya, Bolehkah kamu bertelur?
Tidak, kata itik itu.
Bolehkah kamu mengejar tikus? Tanya kucing.
Tidak, kata itik itu.
Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini, kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar
menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar
menjadi ais. Itik itu memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang

sangat cantik berterbangan di udara. Burung-burung


berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,
ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati
terjumpa itik itu di atas tanah beku dan membawanya
pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada
disitu. Pada petang harinya, anak petani itu bermain
dengannya dan membawanya ke perigi. Dia terlalu kasar
sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun
melarikan diri dari ladang.
Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa
selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat
sayapnya sudah menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya
boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di
dalam air. Alangkah cantiknya burung itu, fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang
berenang berhampiran.
Burung-burung itu melihatnya dan berkata, Wah ! awak
seekor angsa yang tampan. Marilah berenang dengan
kami.
Apa? Aku seekor angsa?
Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air, kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa! ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.

Anda mungkin juga menyukai